Dikala
ini jam menunjukkan sesuatu yang menakjubkan untuk keesokan harinya adalah
bekerja, aku mampir menyiapkan sebuah ceritera indah barangkali atau lebih
tepat lagi menekani penyeleraian sebuah cerita kontot. Sebenarnya aku tidak menekuni certot, kali
boleh dikatakan berjaya walaupun dulu lah sebenarnya aku juga menimbulkan rasa
minat terhadap cerita-cerita pendek tapi susah juga untuk mengilhamkan
cerita-cerita eksperimental atau tidak logic yang diterima akal. (absurdisme barangkali
boleh disebut sini) kerana ketiadaan kesungguhan minat mendalam terhadap cerita
pendek menyebabkan aku gagal menghabiskan antologi 'merpati menari di padang
embun' karya Zanazanzaly meskipun rasanya sudah setahun aku membeli di pesta buku Selangor,
namun tidak menjadi masalah bagi mengunyah 'epal kuning' pula hasil muntahan Roslan Jomel. Minat aku terhadap karya
sastera meliputi novel, puisi dan skrip.
Skrip!
Oh skrip
ceritanya adalah berbeda dengan karya-karya yang lain, aku sukakannya kerana
apa?
Kerana
ianya salah satu kompenan atau syarat penting dalam menghasilkan sesebuah
filem, drama tv, drama radio mahupun teater. Menekuni skrip betul-betul
mengujakan aku terutama skrip teater, kali ini aku masuk pertandingan menulis
skrip teater pendek anjuraran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tapi menulis skrip yang berbentuk
pertandingan bisa diwajarkan oleh sesuatu tema khusus yang telah ditetapkan oleh
penganjur yang selalu cuba menyogokkan kebendaan.
Tapi
kan…menulis skrip yang baik dan menarik harus bermula dengan idea yang baik,
ianya harus asli bukan adaptasi, tak begitu saudara? Dalam konteks ini, idea, tema, atau apa-apa
pun yang saudara mahu namakan, tapi sesetengah penulis skrip di Malaysia cuba
menamakan sebagai gagasan ataupun konsep cerita barangkali penulis cuba merangkami dari A hingga Z terutama
merekacipta sinopsisnya. Saudara pun tahu, mencipta sesuatu idea atau ilham
tidak kira bidang apa pun sama ada dalam pertukangan, sains teknologi, kejuruteraan
mahu kesusasteraan ianya adalah sesuatu yang amat sukar, barang pecah kepala
mahu memikirkannya. Fikirkan lah apa idea saudara semua?
Aku
juga ada firasat, pernah aku mendengar di dalam dunia, university mana pun mahu
professor di Universiti Harvard sendiri pun tidak mengadakan kuliah bagaimana
idea atau ilham itu datang dan bagaimana idea itu dikatakan menarik dan baik.
Aku masih ingat lagi kata-kata Arwah Pak JJ (baru saja meninggal dunia dia
adalah guru aku dalam penulisan skrip drama tv)ketika aku berchating di dalam
facebook, sinopsis yang menarik tidak semestinya mempunyai rantaian skrip baik
juga,
Di Malaysia, kebanyakan tema-tema cerita amat menarik namun apabila
digubah menjadi skrip ianya amat buruk sekali, itu adalah pemerhatian aku,
kalau saudara juga berpendapatan dengan aku mungkin kita serupa. Hahaha… Aku
masih ingat lagi, pada tahun 2003, katanya lecture aku, di dalam dunia tidak ada yang mudah, begitu
dengan penulisan adalah sesuatu yang tidak mudah dikerjakan, kerja wartawan pun
susah juga, betul tak @orang_kertas? Akan
tetapi jika kita atau penulis mempunyai
teknik, stamina dan skill penulisan yang memudahkan kerja-kerja begitu. Kata
orang, Ilmu pengetahuan dan pengalaman adalah hadiah berharga!
Aku
perhatikan di dalam drama-drama melayu kebanyakan cerita-cerita yang sangat
klise, sangat membosankan. Katakan guru aku, salah satu untuk mengelakkan
menulis idea atau tema-tema yang klise harus penulis atau saudara sendiri
memperbanyakan bersekengkang mata menonton drama atau filem mat salleh, tapi filem
siam dan Iran juga pernah menonjol. Pendapat aku lah, kerana di situ banyak
perbaharui trend telah dilakukan. Andaian ringan aku..kebanyakan filem mereka memperrberatkan
karakter sungguh menakjubkan walaupun tidak semua contoh Lord of The Rings –
ini filem adaptasi,
Oh!
Filem Inggeris! Kenapa harus memandang tinggi cerita mereka? Saudara pun tahu
kan, tak payah saya nak jelaskan. Bukan aku mahu mengikut aku menonton filem
luar tu tapi sekurang cerita mereka amat
menarik untuk kita pelajari, tidak salah kita mempelajari sesuatu yang baik
atau berfaedah, jangan yang haram sudah lah. Kerana prinsip seorang penulis,
harus ada sifat untuk mempelajari sesuatu yang baru, biar lebih kreatif dan berinovasi bukan hanya teknokrat saja
yang harus kreatif.
Seperti
kata kolumnis Jalan Telawi.com, Hasmi Hashim, salah seorang pengerak acara
APUKE katanya
menulis terus menulis, jangan putus menulis,
latiha terus latihan, kerana itulah pengerakan kita sebagai penulis yang
kreatif dan hebat. Penulis harus berusaha untuk lari klise kehidupan yang
sebenar, harus ada stail yang terkini untuk mencari idea atau tema yang
bermutu.
Seperti kata Samsudin Othman
dalam bengkel penulisan puisi, idea tidak kira di mana-mana, ianya sentiasa ada
di mana-mana Cuma kita perlu mengoreknya, mencangkulnya dan mengaul menjadi
lumat. Kebanyakan ilham datang melalui
pengalaman, majalah, paper, internet atau seumpamaanya.
Apa
yang penting adalah storyline itu harus ada fiksyennya, karakter atau perwatakan,
ada penkonflikan, dilema, tapi yang paling jelas cerita di Malaysia adalah isu social
(mungkin masyarakat tertarik dengan ini) – paling banyak ditonjolkan oleh
pengarah dan produser filem tiada pengandaian langsung, memang tidak kreatif. .
Mahu beradu dulu, malam ini adalah malam
sunnat.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamini ker pertandingan menulis skrip yang kamu maksudkan?
BalasPadamhttp://maharamdotcom.blogspot.com/2011/09/sayembara-menulis-skrip-drama-pendek.html