Memaparkan catatan dengan label puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi. Papar semua catatan

Rabu, 4 November 2015

Katanya Kau Mahu Bercinta (2)



Kita berdua
Tidak bisa mendakap
Antara tubuh-tubuh 
Di bawah malap bercahaya 
Kelam malam datang pada kegelapan
Yang tidak pernah mengerti satu jiwa 

Kala sepi tertanya-tanya 
Ke mana seluruh nafas telah pergi 
Pada waktu kacau yang merayu
Denyut jantung pasti berlagu

Makin tidak faham dan hampa terhiris
Dugaan hanyalah kenangan
Air mata mendidih bergenangan.
Dan cinta tidak bisa mendakap

Isnin, 31 Ogos 2015

Perahu Perpaduan





Perahu ini sudah lama berlayar
Meredah lautan bernama Malaysia
Masih terkial-kial mencari daratan
Terbentang lembah menghijau muafakat

Perahu yang satu bermuat impian
Tidak terumbang-ambing menuju tepian
Angin pun bersahabat memujuk laut agar tenang
Awan sejuk dalam damai yang luar biasa mengundang

Dari gunung kedengaran berita gempa yang gempita
Ada nyawa terkorban dalam gegearan di tanah tinggi kita
Cerita mitos semangat yang marah sucinya tercemar
Sampai tuntutan ritual peribumi yang beryakin benar
Menaerik perhatian dunia – sama memberikan komentar
Ada yang setuju mengangkat wibawa budaya warisan
Tidak kurang mempersendakan amalan kuno pascamoden
Sambil rakyat kecil mengibarkan kain prihatin empati dipinta
Perahu terus belayar laut perpaduan menghulur kemanusiaan
Kala kewiraan malim gunung yang menyerlah ditulis tinta

Tiba-tiba lanun lautan muncul di laut ketuanan
Kapal besar berisi minyak kehidupan bahan daganagan
Menggoncang perahu perpaduan yang menghampiri daratan
Pencarian dan usaha menyelamat sampai ke penamat
Semua anak kapal selamat – minyak masih dalam kandungan
Menggamit kelegaan tatkala gunung kesusahan
Masih bergegar

Perahu perpaduan in mesti sampai di daratan walau ada gegar
Kerana laut pun lanun bermaharajalela  bagai tiada gentar
Perahu yang kecil boleh meraih pengiktirafan sewajar
Pabila sampai di destanasi daratan merdeka tidak gentar gegar.

Raymond Majumah

Rabu, 22 April 2015

Cerita Kecil Hari Bumi








Semalam
Ianya nyaman dan syahdu
Suci putih bersih
Menyenangkan, kesejukan dan berkasih sayang
Hinggakan tertusuk sungguh dalam di jiwa                  

Hari ini
Ianya telah didera hitam
Tterlalu jauh berlari-lari
Tidak terkejarnya
Tiada lagi menggoda
Tiada lagi menyapa

Penghuninya
Membuang segala tentang falsampah
Segala tangisan
Tiada lagi keindahan itu
Tiada peduli oleh penghuninya

Esok
Tiada perasaan gelisah
Rasa maaf
Tiada lagi rasa cinta
Tapi sayangnya
Harum  mu telah menjadi bau yang hanyir

Selamat hari bumi



22 April 2015





#Kredit foto dari http://www.griyawisata.com





















Jumaat, 10 April 2015

Repost Sajak : Dialog Suami Yang Mati Pucuk & Isteri Yang Tiada Susu


Malam ini bosan sunggoh, lalu aku buka pc seperti mahu menulis sajak tentang ji es ti, entah lah setelah hampir satu jam tak tertulis apa-apa pun, idea ada tapi di mana nak memulakan seperti tidak kena, tulis ini tak jadi, tulis itu tak jadi, mungkin perkara ini disebabkan sudah lama tidak menulis rasanya kali terakhirnya aku tulis sajak tahun 2012. Itu yang terakhirnya dan selepas itu aku seperti cuci tangan. 

Okey. untuk tidak mengecewakan hati aku yang sunggoh bosan aku titip sajak yang tulis 2010 masa itu aku lepak di kafe PICC putrajaya. Tajuk sajak ini sedikit lucah tapi isinya tidak begitu. Jika di diteliti isinya lebih kurang makna ji es ti namun begitu bergantung kepada kefahaman pembacanya.

-------------------------------------------------------------
Dialog suami yang mati pucuk & isteri yang tiada susu
-------------------------------------------------------------

Isteri : Dalam lena aku tidak tahu bagaimana kamu boleh membawa kitab, gitar dan sepasang payu dara yang sudah tiada susu untuk anak-anak yang menelaah, berjoget dan menangis

Suami : Hanya untuk menyegar, menyembuh dan memurnikan keluarga ini yang porak peranda di kala rumah ini juga berlubang- lubang

Isteri : Mengapa samput larut malam begin hingga baju terkoyak

Suami : Jika malam buta lebih banyak berehat dan buta berjalan hingga terpijak duri, seperti juga jantung harus berehat dan berkorban seketika bernafas, ketika ini banyan embun bersembunyi dan merasionalisasi serta mengtranformasi rumah ini, supaya rumah tidak ada lubang dan baju ini aku sendiri akan menjahitnya tanpa mengupah dengan sesiapa

Isteri : Kemahuan kamu adalah milik kamu, kamu boleh hilangkan kemanisan dan kesusuan yang seharusnya bersama

Suami : Inilah masanya jiwa kita untu menambah subur, aku terpaksa melakukan untuk anak-anak dan cucu kita, pulangku bukan untuk membawa kenaikan kedaratan tetapi aku memperdalamkan sungai yang cetek ini, lumrah lah jika kamu terkejut, marah dan menolak, apa-apa pun kamu harus menerima tentang arahan ini dan berharap aku adalah dewa segala dewa.

27 Mei 2010

Selasa, 3 Mac 2015

Penyair adalah pembohong




Penyair adalah pembohong, pembohongan penulis selalunya melalui karya-karya kreatif seperti puisi atau cerpen mahupun novel.

Pembohongan penyairan melalui puisi telah diterjemahkan oleh penulis-penulis puisi sakralara  Puisi cinta ini lahir daripada luahan perasaan dan renungan keenam-enam penulisnya. Sakralara adalah sebuah buku puisi yang dihimpunkan oleh  beberapa anak muda dan ada sesetengah agak veteran usianya. Hahaha.



 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates