Ahad, 30 Oktober 2011

Ke Sekolah



Ah! Malam sudah rupanya. Jam yang berjenama KEMAS itu tepat di dinding menunjukkan jarum pendek di angka 10, manakala jarum panjang pula di angka 5, Jadi sekarang pula berapa datuk harimau, hehehe… Datuk harimau pula macam dalam cerita dongeng kanak-kanak dulu-dulu kala  pula. Cuba teka berapa sekarang? Tentunya pukul 10.05 malam kan. Jadi masa untuk tidur bagi seseorang kanak-kanak. Sebelum tidur apa yang diperlukan oleh kanak-kanak di bawah 6 tahun buat sebelum masuk ke dalam bilik tidurnya. Kalau anda seorang yang bijak sana, cuba berfikir sejenak di kotak fikir itu, pasti anda dapat mengengahkan idea-idea itu kan. Cewah..banyak cerita pula. Ya! Sekarang jam memasuki 10.06 malam, sudah 1 minit telah berlalu begitu saja tanpa masa yang tidak dimanfaatkan.


“Along!” teriak Nizam.

“Ya Ayah, ada apa ni, kenapa panggil Along dengan kuat ni, ayah tidak perlu panggil Along macam tu tau, macam Along ni pekak kah?” ujar Maisarah

Maisarah menunjukkan telinganya sambil menarik cuping telinga.

“Ayah! Along tidak pekak lagi lain lah dengan adik tu” cerita Maisarah.

“Kalau dah tahu Along tidak pekak, tolong dengar cakap  ayah ya”

“sekarang pukul berapa” Nizam tanyakan kepada Maisarah.

“Entah lah ayah, tak kan ayah tidak pandai tengok jam, Ayah ni pelik la. Kalau tak pandai tengok jam cuba tanya dengan umi tu, umi bab tengok jam memang umi pandai, Along pun belajar daripada umi” jawab Maisarah. Maisarah dengan lagak seperti orang dah besar walaupun umur baru 5 tahun.

“Umi tengok lah anak umi ni, sudah pandai menjawab pula, ni mesti belajar dari umi” jelak Nizam sambil menjeling kea rah Rosni.

“Kenapa dengan umi pula, tiada kaitan dengan saya tau!” balas Rosni.

“Ya lah anak umi” ujar Nizam.

“Along! Mana beg busuk tu, esok kan nak pergi sekolah umi? Nak pergi tak  Nizam mengarah Maisarah supaya mencari beg yang diberikan kepada Maisarah oleh sepupunya ketika umur Maisarah 3 tahun. Sudah 2 tahun usia beg tersebut di tangan Maisarah, kesan-kesan kekotoran dan kerosakan tidak kelihatan di badan beg tersebut. Sudah 2 tau.

“Nak lah, mesti lah nak pergi, kan Along dah besar” jawab Maisarah membilang nombor dengan menggunakan jari tangan kanan.

“One, two, tree, four, five…”

“Entahlah ayah, jap nanti Along carikan” sahut Maisarah, matanya melilau-lilau mencari beg sekolah yang berwarna biru gelap diberikan oleh sepupunya 2 tahun yang lepas. Masih lagi Maisarah mencari-cari jejak-jejak beg tersebut. Tiba-tiba Maisarah diam, diam tidak bermakna senyap, kata orang diam-diam ubi berisi, tapi Maisarah diam adakah berisi juga kah? Maisarah diam seribu bahasa. Diam Maisarah memandang, memerhati, tangan mencapai sesuatu..

“Sudah jumpa ayah!” teriak Maisarah dengan kuat sekali.

“Oh! Disini kamu menyorok ya, aku cari merata tempat kamu menyorok pula” bisik Maisarah menunjukkan beg sekolahnya sambil menyapu habuk-habuk kecil yang masih lega melekat di beg sekolahnya kepada Nizam..

“Yes! Yes! Along dah jumpa beg sekolah, tengok lah ayah, cantik kan beg sekolah Along ni” kata Maisarah. Sedang pada masa itu Rosni sedang melipat kain anak-anaknya dan kainnya hanya tersenyum gelagat Maisarah lalu menyampuk.

“Along! Lain kali barang Along tu simpan lah baik-baik tau, tidak pun simpan lah di atas rak tu” menunjukkan rak yang baru sahaja dibelinya di kedai Ah Chong beberapa bulan lepas.

“Tu almari siapa” tanya Rosni

“Almari Along lah, Almari siapa lagi” jawab Maisarah.

“Kalau tahu taka pa”

“Along sememang sudah tahu lama dah, sejak umi beli lagi” sinis Maisarah menjawabnya pertanyaan Rosni.

“Along, Along” Rosni mengeleng-geleng kepala, dia meneruskan kerja melipat kain.

“Siapa yang letak beg busuk di celah almari tu?” tanya Nizam yang masih berduduk di kerusi yang berwarna merah itu. Kakinya menjulur di atas bangku kecil yang diperbuat daripada kayu yang dibeli dari Thailand.

“Ayah! Takkan Along pula yang letak situ, kalau Along letak tidak pula Along susah-susah mencarinya, betul tak umi? Maisarah menjelaskannya kepada Nizam.

“Ya lah tu” sahut Rosni yang masih melipat kain baju yang telah dibasuhkan oleh Mak Mah semalam.

“Ayah! Nak buat dengan beg ini” Maisarah menunjukkan begnya.

“Ya Allah, nak buat apa lagi? Kemas lah buku dan pensil Along tu, kan esok pagi-pagi nak pergi sekolah umi kan? Jelas Nizam yang sudah berdiri sambil mencekak pinggang.

“Ya tak ya juga, kan umi sudah berjanji dengan Along semalam jika Along tolong umi buat susu untuk adik, Along dapat pergi sekolah, yeh! Esok dapat pegi sekolah” Maisarah memberitahu kepada Rosni.

“Betul kan umi”

Rosni mengangguk saja apa yang diperkatakan oleh Maisarah. Maisarah apa bila bercakap macam budak-budak yang sudah besar. Pada hal Maisarah baru hanya berumur 5 tahun, kalau diikut dengan umurnya pastinya tidak bercakap sedemikian rupa.

_____________________________________________________________________


Waktu pagi kelas pra sekolah riuh rendah dengan suara anak-anak kecil yang rata-ratanya masih berumur 5 tahun hingga 6 tahun.

Maisarah masuk kelas pra sekolah dengan membawa beg di galas di atas belakang. Ini adalah kali pertama Maisarah ke kelas pra sekolah walaupun umur hanya 5 tahun. Sedangkan kanak-kanak lain yang sudah berumur 5 tahun mendaftar dan belajar di pra sekolah.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Ikan Duyung





Selalu Rosni pulang dari kerja pukul 5 petang baru sampai rumah, hari ini entah kenapa tiba-tiba pulang ke rumah pukul 4 petang.

“Assalamualaikum”

sambil mengelongkar mencari anak kunci untuk membuka pintu pagar sering kali dibuka bagi menghindari dari Maisarah dan Habibah membuka pintu pagar ketika waktu petang untuk bermain-main bersama anak-anak jiram terutama Nur Ain dan Ariff.

“Ish, mana pula anak kunci ni” bisik Rosni menyumpah-nyumpah kepada dirinya.

Maisarah dan Habibah seperti biasa, bila sesiapa pun yang member salam, pasti kedua-dua adik beradik ini akan menjenguk ke luar selepas membuka pintu. Ketika itu gray masih lagi tertutup.

“Hey! Hey! Umi sudah balik kerja”

Maisarah berteriak bersama-sama habibah. Mak Mah hanya memerhatikan gelagat kedua-dua adik beradik itu. Habibah cuba memanjat gray itu hanya Maisarah cuba menghalangnya.

“Adik! Jangan panjat! Nanti  terjatuh pula” nasihat Maisarah kepada Habibah yang masih kecil lagi

“ Mak Mah, tolong Along buka gray ni” mengarahkan nenak saudaranya itu.

Mak Mah menggeleng kepalanya tanpa bercakap sepatah pun lalu mencari anak kuunci untuk dibuka gray itu.

“Terima kasih, Mak Mah”. Ujar Maisarah

Mak Mah hanya menganguk kepala sahaja.

“Mak Mah ini baik betul, kalau macam ini tindak laku Mak Mah pasti Tuhan tidak akan marah, betul tak?” jelas Maisarah.

“Ya lah tu” Mak Mah mengiakan yang diperkatakan oleh Maisarah.

Maisarah menolak gray yang diperbuat besi itu dicatkan berwarna hitam dengan kuat. Maisarah terus meluru keluar untuk mendapatkan Rosni, seperti biasa bila Rosni pulang dari sekolah ataupun pulang dari mana-mana pun Maisarah mendakap Rosni. Sayang betul Maisarah dengan Rosni. Tiba-tiba gray yang telah ditolak kuat oleh Maisarah tadi melantung semula ketika itu Habibah lagi ditengah-tengah antara bingkai pintu.

Rosni yang baru sahaja membuka pintu pagar terus didakapi dan dicium oleh Maisarah terdengar satu yang kuat dari lantunan gray besi terus memandang ke bunyi itu, hatinya terkejut, berdebar-debar barangkali hati berkibar-kibar macam bendera kah. Hati terus memberikan satu refleksi melalui saluran-saluran berjalar ke neuron otak. Kata orang lah, ini kata orang, bukan lembu tau! Bila hati berkata itu, otak berfikir itu, hati kata ini, otak fikir ini. Jadi hati dan akal seiring sejalan. Ah! Macam lagu pula evergreen pula ‘seiring sejalan’.

“Mak Mah” teriak Rosni ketika ini cuba melepaskan pelukan kuat oleh Maisarah pada pinggangnya. Rosni terus melulu ke hadapan untuk menahan gray. Mak Mah terkejut dengan teriakan Rosni memandang kea rah Habibah mencapai tangan Habibah menarik tangan Habibah. Terlepas Habibah daripada terkepit antara gray dengan bingkai pintu. Alhamdulilah. Syukur.

“Adik” Rosni melangkah ke dalam rumah dan memeluk Habibah menciumnya dengan sepenuh hati.

“Tak nak, tak nak, mi suk” Habibah bersuara lemas dengan pelukan oleh Rosni, Habibah cuba melepaskan pelukan Rosni.

Hati Rosni berdebar-debar tadi memandang Mak Mah hanya tersenyum tawar bersuara lembut.

“Nasib baik Mak Mah ada tadi, kalau tidak ada tak tahu apa nak jadi dengan adik” Rosni melepaskan Habibah.

“Ya, selalu nasib baik” balas Mak Mah.

Maisarah masuk  ke dalam rumah dengan senyuman manis dengan lagaknya seperti buat tidak tahu atau tidak peduli apa yang berlaku tadi.

“Apa kecoh-kecoh ni?” Tanya Maisarah yang tersenyum manis.





“Eh! Buat tak tahu pula Along ni” sahut Rosni.

“Tidak tahu apa pula, Along tidak faham la” Jawab Maisarah dengan gelak

“Hahaha..”

“Malas lah nak layan Along, lebih umi pergi mandi dan solat dulu, sekejap ayah dah nak balik kerja, tak payah bawa Along pergi jalan-jalan hanya bawa adik sorang saja” jelas Rosni.

“Mana boleh hanya bawa adik sorang, Along pun anak ayah juga” Jelas Maisarah.

“Tahu pula dia anak ayah” menunjukkan kepada Habibah.

“Ini adik siapa pula”

“Mestilah adik Along, takkan adik orang lain pula” sahut Maisarah yang tersenyum riang.

“Umi! Cepat lah umi pergi mandi lepas nak main pula cerita ikan duyung, kita tengok sama-sama ya” jelas Maisarah.

“Cepat lah umi. Nak Along tolong ambil kan tuala umi” Maisarah sengala mahu membodek Rosni. Setiap kali Maisarah melakukan kesalahan dia pasti akan membodek Rosni.

“Tak payah nak bodek umi pula tu, lepas ni nak cakap dengan ayah, jangan bawa Along pergi jalan, padam muka” jelas Rosni.

“Memang muka Along sudah padan pun, tengok ni” sahut Maisarah sambil menggosok pipinya yang gebu.

Rosni berlalu dari ruang tamu yang bersepah-sepah telah disepahkan oleh kedua-dua adik beradik itu. Maisarah menekan butang tivi. Alamak tivi tidak menyala. Maisarah menekan butang open beberapa kali namun tivi juga tidak mahu menyala.

“Ish ish, kenapa susah pula tivi ini hendak menyala?” kata Maisarah sambil mengetuk di atas kepala tivi beberapa kali.

“Rosak kah, Mak Mah tolong jap cuba buka tivi ini, apasal susah sangat tivi ini hendak menyala, kalau ikut kan hati Along ni mahu saja di buang sahaja tivi buruk ni, tidak ada gunanya disimpannya buat menyusahkan sahaja, nak tengok cerita ikan duyung susah” ujar Maisarah.

“Kalau tidak boleh buka juga tivi ini nanti ayah balik kerja, nak suruh ayah ganti tivi yang baru dan besar” jelas Maisarah.

Sememang tivi yang berjenama pensonic tu sudah agak lama, tivi sebegitu sememang tidak sesuai lagi digunakan oleh anak-anak seperti Maisarah, bukan setakat lusuh warnanya tetapi skrin agak kecil nak tengok perlu dengan jarak yang sangat dekat. Maisarah selalu menonton tivi dengan jarak dekat hanya beberapa inchi dari matanya teutamanya menonton spongebob mahupun wonder pets. Zaman sekarang tivi bersaiz 14 inchi skrinnya memang tidak siapa menggunakan lagi, kebanyakan rakyat di Malaysia menggunakan tivi yanag berstail LCD ataupun Plasma. Tertentu di rumah tuan-tuan dah gunakan tivi skrin LCD kan kan.. paling tidak pun ada tivi berukuran 29 inchi kan kan…

“Along! Cuba tekan kuat sikit” menyuruh Maisarah.

 “Along dah kuat tekan ni hingga tangan Along terasa sakit dibuatnya, dah merah tangan Along ni” menunjukkan tangannya yang kemerahan kepada Mak Mah.

“Patutlah, Along tak buka suis di atas, memang tak buka tivi tu, sampai bila-bila hingga bertahun-tahun pun, nasib Along lah terkena tertipu dengan tivi tu”  jelas Maisarah.

“Ya ke, Mak Mah! Tapi rasanya pagi Along dah buka suis, Mak Mah yang tutup ya?” kata Maisarah.

“Tengah hari tadi kuat kilat, gurun di langit pun lain macam je, Mak Mah yang tutup tadi” jelas Mak Mah.

“Tak kan Along dah ingat tengah hari tadi gurun kuat, tak dengar kah?” jelas mak Mah.

“Mak Mah ni mana Along nak dengar, tadi kan Along tertidur bersama adik ibah” jelas Maisarah.

“Mak Maaaaaaaaaaaaah”

Jumaat, 28 Oktober 2011

Lukisan Sponge Bob








Setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad bila jarum pendek menunjukkan tepat di angka 3, ini bermakna 3 petang, rancangan yang ditunggu oleh semua kanak-kanak kecil juga tidak kecuali Siti Nur Maisarah. Apakah rancangan tu? Cuba teka, kalau tidak tahu apakah rancangan tersebut pasti anda bukan kanak-kanak kan? Kalau nak tahu juga tunggu lah selepas ini Maisarah akan bercerita tentangnya.

Bola, buku, pensil warna dan kertas yang berselerakan merata ruang tamu rumah itu. Jika kita melihat pasti sakit hati dibuatnya, namun apa boleh buat, Maisarah dan habibah lagi kanak-kanak. Mereka bukan sebarang kanak-kanak biasa tetapi kanak-kanak yang riang dan bergedik-gedik. Seperti rancangan itu.

Mata Habibah tetap kuyu walaupun senyum-senyum manja ditunjukkan keranaa dia baru bangun dari mimpi yang telah dibangunkan.

Hujan diluar rumah hujan turun dengan lebatnya, akibatnya maisarah dan habibah tidak dapat bermain diluar rumah. Jika masa petang-petang begini maisarah akan keluar rumah bermain di luar dalam lingkungan pagar sahaja. Tiba-tiba kilat menyambung.

Khamis, 27 Oktober 2011

Mahalnya Harga Itu.


Mahalnya Harga Itu

Siti Nur Habibah dah check in  out dari hospital Sg Buloh.


Mungkin hari ini aku agak berbeda sekali dengan kehidupan bukan seperti hari-hari sebelumnya khususnya untuk tahun ini, kegembiraan teramat sangat. Bukan kerana aku mendapat limpahan harta-harta berjuta yang turun dari langit ataupun dengan erti kata lain durian runtuh, atau menang nombor ekor, Weh! Aku tidak pernah main nombor! Gila lah kalau aku main nombor ekor, kalau topek boleh lah, walaupun dulu-dulunya aku pernah juga berjudi, main daun teruk lah tu ataupun mesin kuda, itu dulu sekarang tidak lagi. Sudah insaf! Beb!

Begini sebenarnya, aku amat syukur sangat-sangat kepada tuhan. Jika sebelum ini aku pernah post ‘harga antara harga’, mungkin sesiapa mentelaah post itu pasti akan tahu kan? Biarkan saja aku terus terang sajalah. Setelah aku berkampung di rumah kedua di Hospital Sg Buloh selama 9 hari. Akhirnya, Alhamdulilah anak kedua aku, Siti Nur Habibah dilepaskan oleh ‘specialist doctor’ tepat 2 petang.  Hari ini Siti Nur Habibah sudah mula membuka selera, kedahagaan susu semakin bertambah, jalan-jalanan semakin laju dan mula bermain-main dengan adiknya Muhamad Ameen Hafiz dan Kakak Long, Siti Nur Maisarah.  Kegirangan aku semakin tersenyum lebar. 

YA ALLAH, Terima kasih. 

Apa pun aku mahu juga nak ucapkan selamat tinggal dan diucapkan terima kasih kepada doktor terutama Dr Yap, Dr Alia dan beberapa lagi orang doktor aku pun tidak ingat namanya yang baik hati dan PR diaorang pun bagus tidak melemaskan, doktor pelatih dari kolej MAHSA, UITM, walaupun adakala sesetengah doktor pelatih yang tidak pandai ambil darah, ada yang kena marah, maaf lah ye! Aku geram sangat! Lupakan kisah itu,  juga tidak lupa juga kepada Sisters Siti Mashetah,maaf ye seorang je  yang aku tahu nama, yang tidak tahu, Staff Nurse lain yang comel-comel belako , anda semua memberikan perkhidmatan yang terbaik dan juga pak guard dan mak guard, bagus kerjasama anda dan memahami situasi aku.


Dan dibawah ini aku cuba teteskan sebuah prosa yang tidak seberapa :


Terima Kasih Tuhan!

Beberapa ceritera-ceritera sudah melepas aku selalu tidak terlepas dengan hening-henangan doa yang berlipat-lipat juta dengan pertanyaan pelbagai walaupun belum tentu jawabannya, adakalanya sesekali aku bertanya meskipun pernyataan sebegitu rupa agak mustahil  dan bermisteri. 

Ya! Ceritera-ceritera itu adalah menuntut aku tentang erti kesabaran, erti ketaatan dan keakrapan yang menjulang kembali secara lebih tulus.
Betul kata benaknya, ini bukan kecelakaan tapi adalah pengajaran bukan pembelajaran. Ya! Memang benar aku pernah sesekali mengkhianati tuhan, tapi bukan kesengajaan kerana itu aku keterpaksaan, Ya! Tuhan! Aku bukan mahu begitu tapi kerana kelalaian itu telah menjerat secara polos. 

Sujud syukur  tidak terlepas dari kehormatan diri aku ini kepada-MU, kerana bunga itu telah tahu ataupun sebuah penyambutan  apa itu sang jalanan, kerana sebeberapa dekad yang lepas aku selalu gugur dan berselerak yang tiada makna.  Ya! Betul-betul menjadi seperti drama televisyen. 

Tuhan! Syukur! Syukur! 

Bintang itu kembali berkerdip, sejak beberapa seketika tiada celoteh dari bulan yang bersinar dan bercahaya.
Tuhan! Tiada lebih indah selainnya,
Tuhan! Tiada lebih baik selainnya 

Tuhan! Berikan dan bolehkan aku waktu jarakkan segala-gala tentang air mata, biarkan aku matahari yang redup, biarkan bulan yang melemparkan cahaya, biarkan bintang yang dilandasan itu selalu berkelip-kelip dan biarkan sistem cakerawala itu berdenyut sama dengan nadinya.
Terima kasih segalanya atas suci-Mu

27/10/2011


Ahad, 23 Oktober 2011

Butler Kembali Semula TRW - Dari Blog Kelate.Net.

Dari Blog Kelate.net (Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan)

KOTA BHARU – ‘Segalanya sudah terjawab’. Daripada khabar angin kini bertukar menjadi kenyataan apabila bekas jurulatih Kelantan musim 2009, Peter James Butler sah kembali membimbing The Red Warriors untuk saingan Liga Malaysia musim 2012.
Kehadiran semula jurulatih berusia 45 tahun yang berasal dari Halifax, England menamatkan spekulasi yang tersebar luas sebelum ini mengenai siapa yang bakal mengisi kekosongan jawatan Ketua Jurulatih ekoran pengunduran Datuk M Karathu daripada terus membimbing Kelantan pada musim depan.
Butler yang fasih berbahasa Indonesia mungkin tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan kerana pernah menjadi jurulatih The Red Warriors dua tahun lalu dan berjaya membawa Kelantan muncul naib juara Piala FA selain menduduki tempat keenam dalam Liga Super pada musim tersebut.
Namun, Butler mengejutkan semua pihak apabila mengangkat kaki kira-kira seminggu sebelum sepak mula pertandingan Piala Malaysia dan tindakan beliau ternyata mencetuskan kemarahan penyokong setia Kelantan ketika itu.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, pemilihan Butler diharap dapat memberikan suntikan baru terhadap pasukan Kelantan terutamanya apabila bersaing dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Mac tahun depan.
“Kita tidak mahu membuang masa (setelah tersingkir awal dalam kempen Piala Malaysia) dan perlu membuat persiapan dengan segera. Saya sudah berbincang dengan Jawatankuasa Pengurusan serta mendapatkan pandangan dua bekas jurulatih sebelum ini, B Sathianathan dan Datuk M Karathu dan kita membuat keputusan untuk memanggil kembali beliau.
“Beliau (Butler) sudah masak dengan senario bola sepak di sini. Memang kita menerima senarai beberapa nama jurulatih tempatan dan luar yang boleh dipertimbangkan namun beliau dilihat lebih memenuhi kriteria yang kita mahukan,” katanya. Sementara itu, Annuar juga turut mengumumkan penstrukturan semula pasukan apabila melantik Ketua Jurulatih Piala Presiden musim ini, Zahasmi Ismail sebagai Penolong Jurulatih Liga Super yang baru bergandingan dengan Sideek Samsuddin manakala Mohd Hashim Mustapha akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Zahasmi.
Dalam perkembangan berkaitan, Annuar turut memberitahu skuad Kelantan akan memulakan latihan pusat selama sebulan di bawah bimbingan jurulatih baru bermula 1 November ini.
“Semua pemain akan kembali menjalani latihan selama sebulan di Kota Bharu. Kemudian kita akan mengadakan siri perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan negeri dan akan ke Singapura serta Indonesia bagi menghadapi beberapa perlawanan lain lagi.
“Selain itu, kita juga akan menguji seorang pemain import dari Belanda iaitu Jean Black bagi memperkuatkan barisan serangan Kelantan untuk musim hadapan. Jean merupakan pemain dari pasukan OSS FC yang beraksi untuk Liga Divisyen Dua Belanda dan merupakan penjaring terbanyak pasukannya dengan 14 gol,” katanya.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Harga Antara Harga

Karya Siti Nur Habibah
                                            

Sudah tiga hari aku bercuti, satu hari cuti kecemasan dan 2 hari lagi cuti rehat-rehat untuk menguruskan anak aku di hospital sungai buloh! Memang begitu menjadi seorang ayah untuk memberikan satu perhatian yang sangat khusus untuk anaknya, Anak kedua aku, Siti Nur Habibah di sahkan oleh Doktor positif denggi, memang degup jantung aku bagaikan apa ya, entah lah tak tahu nak cakap apa, ketika tulisan ini ditulis badan anak aku masih lagi kepanasan dan keseleraan makannya masih lagi tidak berganjak seperti dimasukkan ke hospital sejak 3 hari lepas.

                                              Foto cuplikan dari blog Aksaravilla

Mengikut diari harian aku, sepatut aku diwajibkan di dalam diri untuk menonton sebuah teater yang diadaptasikan dari novel harga sebuah maruah, karya hebat Arwah Azizi Hj Abdullah Di Dewan Bahasa dan Pustaka akhirnya aku terpaksa ketepikan minat aku. Disini aku tempiaskan seberapa kepentingan novel tersebut.

" Rakyat itu selalu diam, Tapi ia pencatat tidak pernah lupa, 
Rakyat itu seperti naga, 
Melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri 
 Pancainderanya tajam 
Kuat intuisinya dengan akal budi 
Lalu jangan sekali-kali melukakannya 
Jangan melukakannya berkali-kali 
Kerana sekali ia bangkit 
Rosaklah segala apa-apa. 
Ini kisah perjuangan rakyat kerdil di sebuah perkampungan terpencil, menukur harga diri dan hidup mati bukan dengan harta benda dan wang. 
Mereka punya semangat, punya roh kehidupan yang perlu dipertahankan, air mata dan darah menjadi taruhan demi sebidang tanah warisan nenek moyang. 
Terdayakah mereka menentang akta dan undang-undang yang mewakili arus pembangunan, sedangkan hidup bukan semusim sahaja, tetapi untuk selama-lama?
Harga Sebuah Maruah, mengusap rindu rasa dan kecintaan petani kepada tanah mereka, kerana tanah adalah segala-galanya." - Ini bukan aku punya.


Diantara harga sebuah nyawa dan harga sebuah maruah, aku terpaksa memilih yang pertama, harga sebuah nyawa, manakala harga sebuah maruah terpaksa aku korbankan, mungkin lain kali boleh menonton lagi. Siti Nur Habibah! Ayah sayang kamu, makan dan minum lah.



Selasa, 18 Oktober 2011

Cinta Malam Jumaat

Klik disini jika mahu mendengar
Lagu Cinta Malam Jumaat




Sebuah lagu dari Airmas (seseorang yang selalu mengaktifkan diri untuk menciptakan lagu-lagu yang bermutu khususnya di facebook dan youtube, malam melagukan dirinya di persembahan pentas di kejadian-kejadian alternatif dan indie barangkali).  dan lirik juga dihasilkan melalui adalah seorang yang hebat dalam bidang beliau sendiri iaitu Kalamutiara. Kalam bukan mutiara adalah berbeda tapi ini adalah kalamutiara. Hehehe.  Aku memang bangga dengan kalian, Kalian sungguh hebat! suka mendengar. Kawan-kawan dengarlah. Maaf jika kawan-kawan tidak suka jangan komen, kalau suka komen lah. Yang penting kita 'happy' dengan kehidupan sekarang.


p/s @orang_kertas. Jangan marah. Promosi. hehehe

Sabtu, 15 Oktober 2011

Rakyat Memang Tidak Mungkin Biasa Merdeka

Rakyat Memang Tidak Mungkin Biasa Merdeka

Rakyat belum merdeka, katamu
Itu bukan naya kau yang tahu
Para gelandangan dan lalat-lalat di bak sampah
Para pengamen jalanan dan tikus-tikus di lorong pertokoan
Para babu dan anjing-anjing
Penjaga di perumahan parlimen
Juga biasa merasakan itu

Rakyat belum merdeka, katamu
Aku juga tahu itu
Sebab rakyatmu memang tetap
Menjadi rakyat sejak dulu
Entah sudah berapa ribu politikus
Menawarkan keadilan ddan kemakmuran
Entah sudah berapa juta janji
Di panggung-panggung dikhabarkan
Oral politikus
Tapi keadilan selalu terperosok
Ke dalam perut para politikus sendiri

Rakyat belum merdeka, katamu
Ajuga sangat tahu itu
Mana munklin biasa merdeka
Bila keadilan hanya menjadi biasa merdeka

Bila merdeka hanya menjadi tunggangan ke sana ke mari
Mana mungkin rakyat biasa merdeka,
Bila kerakusan selalu menjadi Nabi

 Raktat belum merdeka, katamu
Ya! Aku juga sangat tahu itu. 


Sutrisyo Budiharto





 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates