Jumaat, 23 September 2011

Katanya Kau Mahu Bercinta


Katanya kau mahu bercinta
Memandang pun tidak
Menjeling pun tidak
Bersuara pun tidak
Ternganga pun tidak
Mempedulikan pun tidak
Hanyalah membisu seribu bahasa


Katanya kau mahu bercinta
Berbicara tidak bisa
Berkompromi tidak bisa
Berunding pun tidak bisa
Hanyalah nurani aura sanubari yang bisa


Sebenarnya,
Kau tidak mahu bercinta
Yang pastinya
Kau bisa mencoretkan
Tentang diri yang berdiri


Pastinya
kau kebosanan, kelaparan
Dalam mahal pengakuan dan tawa pura-pura
Bersama di dalamnya jiwa kegelapan bersenangan
Beriringan dengan kelam malam





Barangkali perlihatan dan pemahaman dari pihak saudara bahawa sajak di atas adalah berkaitan dengan cinta. Ya, cinta adalah sesuatu agak sensitif bagi sesetengah saudara kan.  Mungkin saudara berpendapat bahawa cinta adalah sesuatu jiwa dalaman. Itu adalah pendapat saudara. Jika dilihat dari segi makna itu sendiri, cinta sesuatu yang sangat luas dan kompleks sifatnya, mendalam pengertian, ianya adalah melibatkan berkaitan dengan hati, cinta barangkali adalah sesuatu yang sangat lumrah sebagai perwujudan pengagungaan luapan rasa di dalam jiwa. Cinta diibaratkan sebagai singa yang kelaparan untuk memakan mangsanya. 

Cinta itu seperti " ular tidak pernah diam, di tempat siap menerkam"




Woit! Sajak ini bukan sajak cinta, sajak ini adalah sajak politik, aku tulis sajak ini ketika pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008 di Setapak. Perhatikan betul-betul!

Isnin, 19 September 2011

BIARKAN KEZALIMAN ITU

Sebenarnya masih tidak tahu aku
sejauh mana PENGUASA yang dungu
membiarkan kezaliman itu

sebenarnya masih tidak percaya aku
PENGUASA yang dungu itu
tidak membiarkan kezaliman itu
tapi aku tahu jika dibiarkan kezaliman itu

pastinya jika kezaliman itu akan membesar
sampai bila-bila yang menanggung semua
akibatnya yang hampa

tapi aku percaya
luka pun sudah yang hampa
tidakkan mampu sembuhnya
yang tertimbun lena

dan sampai bila-bila pun aku hanya
menadah telinga ini

Ini pengetahuan saudara semua, sajak ini aku tulis seingat pada tahun 2008 yang lalu, aku tidak pasti jam berapa ilham mendatang. Proses kreatif sajak adalah terlalu pantas kisahnya, kalau saudara betul-betul menghayati sajak ini barangkali saudara tahu disebalik ceritanya, punca adalah satu saja, 'kezaliman'. kezaliman yang sebagaimana yang dimaksudkan oleh aku, hanya aku seorang saja memahami pada ketika itu, saudara pernah dizalimi? ada yang pernah dan ada yang belum pernah. jika ada yang pernah mengalaminya, pasti akan tahu deritanya. Pedih! seperti sembilu menusuk dikalbu, bagaimana tu? Susahkan aku nak ucapkan atau terangkan kepada saudara semua. Terlalu pedih! Lupakan kisah silam itu. Kita harus meneruskan masa yang mendepan.


Saudara! Pada mula aku mahu menghantar di Akhbar Harakah sebenarnya, namun apakah daya-usaha aku tidak menjadi. Ada kisah sebenarnya. Secara teknikal amat sensitif. Huhuhu...memang sensitif seperti semalu disentuh, begitu sensitifnya. Baik lah aku ada sebab munasabah yang terpaksa aku dielakkan (barangkali secara teknikalnya, ini bukan penjajahan tau, ini perjuangan) ini menyebabkan saya postkan di esastera.com.

Hari ini adalah bulan september, bulan yang memberi satu kebebasan umpama burung-burung dilepaskan dari sangkarnya.

Hebatkan kebebasan ini namun aku tidak pasti apakah kebebasan ini berpanjangan atau sementara. Hanya yang mampu aku katakan menunggu dan berdoa sahaja.



Selasa, 13 September 2011

Aku menulis tentang Sejarah





Bila aku baca surat khabar sejak kebelakangan ini, banyak menceritakan tentang sejarah, oh! Sejarah tetap sejarah.  Bagi aku sejarah tetap sejarah, biarkan ianya berlalu begitu sahaja, kenapa harus mengubah sejarah. Biarkan anak cucu kita mengetahui apa itu sejarah, biar biarkan sejarah tidur dengan sejarahnya.
Aku mahu menulis  berkaitan dengan sejarah tahun 1950-an. Dari pembacaan beberapa buah buku berkaitan dengan dunia melayu dan islam era 1950-an, aku mendapati salah satu nama yang mendapat perhatian di kepala otak aku ini adalah Dr Burhanuddin al-Helmy adalah seorang tokoh yang berwibawa.

 Jadi boleh dikatakan begini,  Dr Burhanuddin al-Helmy adalah pemimpin politik islam yang progresif maknanya beliau begitu kuat menolak sebarang bentuk dan unsur-unsur kolonialisme atau penjajahan secara  realistik, walaupun pernah beberapa kali di penjara di Singapura.   Malahan juga jika diperhatikan dari perjuangan politiknya aku berpendapat bahawa beliau  bertindak mengikut kepada prinsip-prinsip islam yang sebenar. Itu adalah sekadar pandangan  bukan fakta.

 Mungkin perjuangan hidupnya terutamanya politik adalah bagi  membebaskan  dan memerdekakan rakyat tanah melayu ketika itu di jajahi oleh British mahupun jepun. Malahan juga beliau sangat kuat menentang komunis.  

Untuk pengetahuan, di atas perjuangan politik yang terlalu kuat yang menganggugugat pentadbiran kerajaan pada ketika itu, beliau dikenakan penjara di bawah akta ISA,  namun pada tahun 1966 beliau dibebaskan. Bagi aku, beliau betul-betul realistik  kerana sikap  keterbukaaan dan bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada parti politik bukan melayu atau bukan berasaskan islam bagi mencapai matlamat dan tujuan perjuangan yang sama iaitu membebaskan rakyat tanah melayu  daripada penjajahan british pada ketika itu.  
Untuk rekod, Dr Burhanuddin al-Helmy pernah dianugerahkan pingat emas Commander of World Order of Human Merit daripada I’ordre Universal Du Merit Human di Geneva pada 15 november 1959 di atas sumbangannya dalam pembangunan perubatan homeopati. 

Beliau menghempus nafas yang terakhirnya pada tahun 1969, Namanya di abdikan di salah sebuah sekolah di Taiping dan sebatang jalan Taman Tun Dr Ismail.

Al-Fatihah untuk Dr Burhanuddin al-Helmy.

Khamis, 8 September 2011

Adakah Mat Indera Tokoh Sejarah.

Sejarah tetap juga sejarah, itu hakikatnya. Kebiasaannya sesiapa yang mempunyai kemenangan dan kekuasaan selalunya menipu sejarah, itulah situasinya kini. Jika mahu mengkaji atau membaca secara keras sesuatu sejarah tidak kira sama ada sejarah sesuatu bangsa atau sejarah ketamadunan politik. harus ada metodologinya. Bercerita mengenai sejarah , aku memang suka petikan ini kawan aku

" sejarah dan undang-undang diciptakan oleh manusia itu sendiri atas dasar perangai dan tingkah laku manusia itu sendiri yang menciptakan sejarahnya sendiri"

Namun secara metodologinya, bagaimanakah sejarah itu dijalankan mempunyai beberapa faktor diantaranya Allah SWT adalah satu-satunya faktor utama mempergaruhi perjalanan suatu sejarah, namun begitu, perjalanan sejarah juga diakibatkan oleh tokoh-tokoh tidak kira tokoh itu bersifat keagamaan ataupun kepahlawanan yang mengerakkan perjalanan sejarah. dan juga faktor ekonomi juga boleh mempergaruhi pergerakan sejarah.

Seperti yang umum ketahui sejarah di tanah melayu khususnya sebelum merdeka 1957 dijajahi oleh british, kebanyakan sejarah tanah melayu dimulai dan dibahasai oleh interpretasi keagamaan, dan pertengahannya mempunyai pelbagai perkembangan sejarah tanah melayu namun ianya tetap di tokohi oleh gerakan nasionalisme yang begitu sekular, namun begitu akhirnya ianya tetap berakhir dengan kisah-kisah yang bermula.

Secara hukum hakamnya, sejarah adalah satu sifat sistem tertentu yang mempunyai tujuan tertentu ianya lebih cenderung menetapkan prinsip moral yang baik untuk bunga bangsa yang baik. Harus diingatkan bahawa sejarah bergerak perkembangannya adalah dengan mempunyai tujuan yang baik tidak kira lah apakah daya usaha  keintelektual manusia itu.

Akan tetapi menjadi masalahnya dalam perkembangan sejarah adalah apa? Adalah falsafah sejarah itu sendiri bagaimana ianya menjadi filsofi sejarah.

Sebenarnya teori hukum - hakam perkembangan sejarah  mengikut arah atau punca benar yang mempunyai kebenaran dan nilai kemanusiaan yang lebih baik walaupun dasarnya adalah mengalami keburukan yang amat ketara barangkali.

Jika diperhatikan apa makna sejarah itu sendiri mempunyai nilai realiti dan nilai keyakinan bahawa ianya bermulanya sejarah melalui nilai keagamaan.

Apa-apa pun, sejarah adalah sesuatu yang subjektif nilainya antara fakta dan unsur-unsur yang lain. Oleh yang demikian sejarah adalah satu salah bentuk kebudayaan yang baik pada masa lampau dan memberi impak yang baik pada masa depan.

Adakah teori ini boleh dikaitkan dengan MAT INDERA.

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates