Selalu Rosni pulang dari kerja pukul 5 petang baru sampai
rumah, hari ini entah kenapa tiba-tiba pulang ke rumah pukul 4 petang.
“Assalamualaikum”
sambil mengelongkar mencari anak kunci untuk membuka pintu
pagar sering kali dibuka bagi menghindari dari Maisarah dan Habibah membuka
pintu pagar ketika waktu petang untuk bermain-main bersama anak-anak jiram
terutama Nur Ain dan Ariff.
“Ish, mana pula anak kunci ni” bisik Rosni menyumpah-nyumpah
kepada dirinya.
Maisarah dan Habibah seperti biasa, bila sesiapa pun yang
member salam, pasti kedua-dua adik beradik ini akan menjenguk ke luar selepas
membuka pintu. Ketika itu gray masih lagi tertutup.
“Hey! Hey! Umi sudah balik kerja”
Maisarah berteriak bersama-sama habibah. Mak Mah hanya
memerhatikan gelagat kedua-dua adik beradik itu. Habibah cuba memanjat gray itu
hanya Maisarah cuba menghalangnya.
“Adik! Jangan panjat! Nanti
terjatuh pula” nasihat Maisarah kepada Habibah yang masih kecil lagi
“ Mak Mah, tolong Along buka gray ni” mengarahkan nenak
saudaranya itu.
Mak Mah menggeleng kepalanya tanpa bercakap sepatah pun lalu
mencari anak kuunci untuk dibuka gray itu.
“Terima kasih, Mak Mah”. Ujar Maisarah
Mak Mah hanya menganguk kepala sahaja.
“Mak Mah ini baik betul, kalau macam ini tindak laku Mak Mah
pasti Tuhan tidak akan marah, betul tak?” jelas Maisarah.
“Ya lah tu” Mak Mah mengiakan yang diperkatakan oleh
Maisarah.
Maisarah menolak gray yang diperbuat besi itu dicatkan
berwarna hitam dengan kuat. Maisarah terus meluru keluar untuk mendapatkan
Rosni, seperti biasa bila Rosni pulang dari sekolah ataupun pulang dari
mana-mana pun Maisarah mendakap Rosni. Sayang betul Maisarah dengan Rosni.
Tiba-tiba gray yang telah ditolak kuat oleh Maisarah tadi melantung semula
ketika itu Habibah lagi ditengah-tengah antara bingkai pintu.
Rosni yang baru sahaja membuka pintu pagar terus didakapi
dan dicium oleh Maisarah terdengar satu yang kuat dari lantunan gray besi terus
memandang ke bunyi itu, hatinya terkejut, berdebar-debar barangkali hati
berkibar-kibar macam bendera kah. Hati terus memberikan satu refleksi melalui
saluran-saluran berjalar ke neuron otak. Kata orang lah, ini kata orang, bukan
lembu tau! Bila hati berkata itu, otak berfikir itu, hati kata ini, otak fikir
ini. Jadi hati dan akal seiring sejalan. Ah! Macam lagu pula evergreen pula
‘seiring sejalan’.
“Mak Mah” teriak Rosni ketika ini cuba melepaskan pelukan
kuat oleh Maisarah pada pinggangnya. Rosni terus melulu ke hadapan untuk
menahan gray. Mak Mah terkejut dengan teriakan Rosni memandang kea rah Habibah
mencapai tangan Habibah menarik tangan Habibah. Terlepas Habibah daripada
terkepit antara gray dengan bingkai pintu. Alhamdulilah. Syukur.
“Adik” Rosni melangkah ke dalam rumah dan memeluk Habibah
menciumnya dengan sepenuh hati.
“Tak nak, tak nak, mi suk” Habibah bersuara lemas dengan
pelukan oleh Rosni, Habibah cuba melepaskan pelukan Rosni.
Hati Rosni berdebar-debar tadi memandang Mak Mah hanya
tersenyum tawar bersuara lembut.
“Nasib baik Mak Mah ada tadi, kalau tidak ada tak tahu apa
nak jadi dengan adik” Rosni melepaskan Habibah.
“Ya, selalu nasib baik” balas Mak Mah.
Maisarah masuk ke
dalam rumah dengan senyuman manis dengan lagaknya seperti buat tidak tahu atau
tidak peduli apa yang berlaku tadi.
“Apa kecoh-kecoh ni?” Tanya Maisarah yang tersenyum manis.
“Eh! Buat tak tahu pula Along ni” sahut Rosni.
“Tidak tahu apa pula, Along tidak faham la” Jawab Maisarah
dengan gelak
“Hahaha..”
“Malas lah nak layan Along, lebih umi pergi mandi dan solat
dulu, sekejap ayah dah nak balik kerja, tak payah bawa Along pergi jalan-jalan
hanya bawa adik sorang saja” jelas Rosni.
“Mana boleh hanya bawa adik sorang, Along pun anak ayah
juga” Jelas Maisarah.
“Tahu pula dia anak ayah” menunjukkan kepada Habibah.
“Ini adik siapa pula”
“Mestilah adik Along, takkan adik orang lain pula” sahut
Maisarah yang tersenyum riang.
“Umi! Cepat lah umi pergi mandi lepas nak main pula cerita
ikan duyung, kita tengok sama-sama ya” jelas Maisarah.
“Cepat lah umi. Nak Along tolong ambil kan tuala umi”
Maisarah sengala mahu membodek Rosni. Setiap kali Maisarah melakukan kesalahan
dia pasti akan membodek Rosni.
“Tak payah nak bodek umi pula tu, lepas ni nak cakap dengan
ayah, jangan bawa Along pergi jalan, padam muka” jelas Rosni.
“Memang muka Along sudah padan pun, tengok ni” sahut
Maisarah sambil menggosok pipinya yang gebu.
Rosni berlalu dari ruang tamu yang bersepah-sepah telah
disepahkan oleh kedua-dua adik beradik itu. Maisarah menekan butang tivi.
Alamak tivi tidak menyala. Maisarah menekan butang open beberapa kali namun
tivi juga tidak mahu menyala.
“Ish ish, kenapa susah pula tivi ini hendak menyala?” kata
Maisarah sambil mengetuk di atas kepala tivi beberapa kali.
“Rosak kah, Mak Mah tolong jap cuba buka tivi ini, apasal
susah sangat tivi ini hendak menyala, kalau ikut kan hati Along ni mahu saja di
buang sahaja tivi buruk ni, tidak ada gunanya disimpannya buat menyusahkan
sahaja, nak tengok cerita ikan duyung susah” ujar Maisarah.
“Kalau tidak boleh buka juga tivi ini nanti ayah balik kerja,
nak suruh ayah ganti tivi yang baru dan besar” jelas Maisarah.
Sememang tivi yang berjenama pensonic tu sudah agak lama,
tivi sebegitu sememang tidak sesuai lagi digunakan oleh anak-anak seperti
Maisarah, bukan setakat lusuh warnanya tetapi skrin agak kecil nak tengok perlu
dengan jarak yang sangat dekat. Maisarah selalu menonton tivi dengan jarak
dekat hanya beberapa inchi dari matanya teutamanya menonton spongebob mahupun
wonder pets. Zaman sekarang tivi bersaiz 14 inchi skrinnya memang tidak siapa
menggunakan lagi, kebanyakan rakyat di Malaysia menggunakan tivi yanag berstail
LCD ataupun Plasma. Tertentu di rumah tuan-tuan dah gunakan tivi skrin LCD kan
kan.. paling tidak pun ada tivi berukuran 29 inchi kan kan…
“Along! Cuba tekan kuat sikit” menyuruh Maisarah.
“Along dah kuat tekan
ni hingga tangan Along terasa sakit dibuatnya, dah merah tangan Along ni”
menunjukkan tangannya yang kemerahan kepada Mak Mah.
“Patutlah, Along tak buka suis di atas, memang tak buka tivi
tu, sampai bila-bila hingga bertahun-tahun pun, nasib Along lah terkena tertipu
dengan tivi tu” jelas Maisarah.
“Ya ke, Mak Mah! Tapi rasanya pagi Along dah buka suis, Mak
Mah yang tutup ya?” kata Maisarah.
“Tengah hari tadi kuat kilat, gurun di langit pun lain macam
je, Mak Mah yang tutup tadi” jelas Mak Mah.
“Tak kan Along dah ingat tengah hari tadi gurun kuat, tak
dengar kah?” jelas mak Mah.
“Mak Mah ni mana Along nak dengar, tadi kan Along tertidur
bersama adik ibah” jelas Maisarah.
“Mak Maaaaaaaaaaaaah”
Tiada ulasan :
Catat Ulasan