Sabtu, 18 Disember 2010

Monolog Pendek Maradona

Monolog Pendek Maradona


Semalam bicaranya 
“ kita tidak perlu mengangkat pedang untuk memicu berperang, kita harus sekongkol yang tidak memuatkan untuk mencapai matahari dan jangan bengkokkan pondok-pondok ini”
Hari ini lawannya meredam bintang-bintang yang berkilau, setiap ruang dan garisan dikelilingi oleh galah-galah yang berlari untuk menjolok buah yang masak.
Katanya
 “Ah!!, menyakitkan, kami gagal mencetak, mereka mengetatkan, mereka betul-betul berbeda-beda, mereka begitu berkelas sekali”
Dia pun merenung bulan yang gelap berkata sulam
“Kecacatan ini bukan aku meminta, aku menolaknya tapi itulah bulat tetap bulat”
“Yang aku ada bukannya tidak diingini, semuanya galur tuai sesetengahnya tertidur lelap, jampi serampahku penuh dengan angin manakala mantapmu penuh berkepala”
Sambil menyentuh janggutnya turun kebawah meratap rona-rona hidup terus berkabung dan berbisik itulah
 “aku seorang yang memiliki kecacatan ini seperti awan dilarang bermekar lembut”


Teratatakerapung
040710, Kuang
* Puisi ini memenangi tempat ketiga (sebiji bola) dalam Sayembara Piala Dunia anjuran eSastera.com

Isnin, 13 Disember 2010

Abang Engku



“Rahang ini bukan sebarang rahang, rahang ini adalah rahang yang sangat luar biasa” kata Abang Engku sambil menunjukkan rahang yang berwarna putih, putih bukan sebarang putih, putih berseri-seri mengalah si pari-pari dari negeri kayangan. Ya! Rahang itu jugalah Abang Engku menyanjungi kehidupan yang agak sederhana itu, dia juga tahu akan tentang rahang itu amat bernilai baginya, ini kerana membela rahang itu bagaikan dia membela dan menyayangi akan dirinya sendiri, Abang Engku juga tahu bagaimana susahnya dia untuk mendapatkannya rahang tersebut, dia rela meninggalkan segala-galanya, apa tidaknya dia sanggup meninggalkan isteri, anak-anak, kerjayanya yang pendapatan agak juga lumayan di kota metropolitan dan apalagi kemewahan yang dimilikinya dulu sudah lama dia tinggalkan kerana satu rahang sahaja, apakah rasional Abang Engku buat begitu? Abang Engku masih lagi menggosok rahang itu, dia begitu menyayangi rahang tersebut walaupun matanya sudah kuyu basah hanya menunggu masa untuk dilelapkan sahaja. Saya hanya mampu melihat Abang Engku berkelakuan begitu, jika ditegur merajuk pula, biasalah orang tua ni cepat sahaja terasa hati, kerana hatilah Abang Engku sanggup membuang keluarga, keluarga amat sayang Abang Engku. Abang Engku adalah Tengku Shahriman Syah Raja Ahmadulilah Syah berketurunan kerabat diraja sebuah negeri 1Malaysia. 1Malaysia? Ya 1Malaysia kata kawan saya matahati 1Malaysia hanyalah sebagai slogan semata-mata, ianya adalah retorik politik, betulkah? Betul lah tu. Tapi bagi saya tidak, tidak bagaimana ya? Malaslah saya fikirkan. Seingat dikotak fikir ini saya pernah menegur itu pun sekali sahaja, selepas itu saya tidak lagi menegurnya, berapa lama Abang Engku bermasam muka dengan saya kalau kira rasanya 24 purnama. Purnama   Nasa Masmara  adalah isterinya yang ketika dahul

Masih lagi tentang rahang abang engku….
Abang engku oh abang engku…

Sabtu, 11 Disember 2010

Salah Lorong

Malam tadi  ke Laman Budaya, Shah Alam acara Hescom 2010. Orang kata Laman bersebelahan dengan Galeri Shah Alam. Betul kah? Memang betul. Hahaha...

Salah lorong. Pukul lapan sampai di Shah Alam, cari laman budaya dah pening, pusing-pusing empat kali baru jumpa.
Alamak! parking penuh! terpaksa lah parking jauh sikit.

Jumpa kawan seluruh negara. Sembang-sembang, gelak-gelak, makan-makan. dengar persembahan, naik pentas ambil hadiah.

Paling best dapat hadiah bola. Eh! Tak sangka sajak 'Monolog Pendek Maradona' dapat nombor tiga. Ok lah tu.

Balik pun salah lorong juga.

Pukul dua baru sampai rumah.


_______________________________________________________________________________

Hari ini adalah hari minggu. Aku dipaksa bekerja dan terpaksa batal sarapan pagi esastera.com di rumah Drirwan. pagi-pagi buta kena masuk pejabat. Gila kah apa?

Jumaat, 10 Disember 2010

Hescom 2010

Foto facebook Fazallah Pit @ jebatsari



Malam ini ke Hescom 2010 di Laman Budaya, Shah Alam.
Kepada yang tidak dapat hadir hescom kunjungi sesawang dibawah.
Siaran Langsung bermula 7.30 malam ini.
http://www.livestream.com/esastera
 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates