Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan

Selasa, 14 April 2015

Sejarah Itu Penting


Ya! Sejarah sesuatu kejadian masa lampau dalam kehidupan atau yang lebih unik dan penting tidak boleh dilupakan dan didokumentasikan. Namun begitu sesetengah orang sejarah sesuatu yang membosankan kerana apa ianya membosankan? kerana sesuatu rentetan cerita kegiatan atau peristiwa secara kronologi. waima ada puncaknya seperti peperangan.

Sejarah bukan keutamaan sebenar untuk aku kongsikan. Apa yang lebih penting adalah apakah kepentingan sejarah sebenarnya? Secara harfiahnya kepentingan sejarah adalah proses menyimpan dan mengingat tidak terputus melalui dokumentasi samada fikizal atau maya yang boleh dipercayai sumbernya.

Okey! Minggu lepas aku menghadiri satu bengkel penulisan novel sejarah anjuran Persatuan SejarahMalaysia(PSM) di Wisma Sejarah Jalan Tun Razak,  Dalam bengkel tersebut banyak maklumat-maklumat yang berguna untuk penulis-penulis untuk menyertai sayembara penulisan ini.

Ianya sesuatu berita yang baik untuk penulis di luar sana. Jom kita berlumba-lumba menulis.





Sabtu, 13 Ogos 2011

“Chessmate” untuk sebuah ‘Kasino”





Novel kasino adalah salah satu daripada beberapa buku yang dibawa pulang dari pesta buku Selangor yang lalu, Aku beli sendiri dari tangan pemilik FIXI sendiri Amir Muhamad bukan dari penulisnya, sebab masa tu aku ke pesta buku Selangor pada hari bekerja, kenapa aku pesta buku pada hari bekerja sebabnya aku tahu pada hari bekerja mungkin ulat-ulat buku tidak ramai, kerana memang tidak suka ramai orang sebab itulah aku juga menyewa rumah dihujung kampong, memang aku tidak suka kehidupan dibandar walaupun mencari rezeki di Bandar, keterpaksaan barangkali, berapa banyak barangkali ini.

 “kau ingat lagi belajar add mate ke? Tentang kebarangkalian, sudah lah tu subjek tu sudah ketinggalan zaman”.

Mungkin penulis tiada itu adalah firasat aku lah.

Selepas 2 minggu aku membeli buku ini Pertama kali aku membuka balutan novel kasino adalah memandang kulit belakang membaca synopsis atau mungkin cebisan dari ‘content’ novel ini. Perkara menjadi kebiasaan bagi aku bila menelaah sesebuah buku, memang tabiat aku begini agaknya, orang lain aku tidak tahu tabiatnya, barangkali serupa atau tidak.  Baru buka balutan tau bukan baca lagi. Aku membelek-belek saja novel ini,

“Kita adalah serupa tapi tidak sama”

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates