Mahalnya
Harga Itu
Siti
Nur Habibah dah check in out dari hospital Sg Buloh.
Mungkin hari ini aku agak berbeda sekali
dengan kehidupan bukan seperti hari-hari sebelumnya khususnya untuk tahun ini, kegembiraan teramat sangat. Bukan kerana
aku mendapat limpahan harta-harta berjuta yang turun dari langit ataupun dengan
erti kata lain durian runtuh, atau menang nombor ekor, Weh! Aku tidak pernah
main nombor! Gila lah kalau aku main nombor ekor, kalau topek boleh lah,
walaupun dulu-dulunya aku pernah juga berjudi, main daun teruk lah tu ataupun
mesin kuda, itu dulu sekarang tidak lagi. Sudah insaf! Beb!
Begini sebenarnya, aku amat syukur
sangat-sangat kepada tuhan. Jika sebelum ini aku pernah post ‘harga antara
harga’, mungkin sesiapa mentelaah post itu pasti akan tahu kan? Biarkan saja
aku terus terang sajalah. Setelah aku berkampung di rumah kedua di Hospital Sg
Buloh selama 9 hari. Akhirnya, Alhamdulilah anak kedua aku, Siti Nur Habibah
dilepaskan oleh ‘specialist doctor’ tepat
2 petang. Hari ini Siti Nur Habibah
sudah mula membuka selera, kedahagaan susu semakin bertambah, jalan-jalanan
semakin laju dan mula bermain-main dengan adiknya Muhamad Ameen Hafiz dan Kakak
Long, Siti Nur Maisarah. Kegirangan aku
semakin tersenyum lebar.
YA ALLAH, Terima kasih.
Apa pun aku mahu juga nak ucapkan selamat
tinggal dan diucapkan terima kasih kepada doktor terutama Dr Yap, Dr Alia dan
beberapa lagi orang doktor aku pun tidak ingat namanya yang baik hati dan PR
diaorang pun bagus tidak melemaskan, doktor pelatih dari kolej MAHSA, UITM,
walaupun adakala sesetengah doktor pelatih yang tidak pandai ambil darah, ada
yang kena marah, maaf lah ye! Aku geram sangat! Lupakan kisah itu, juga tidak lupa juga kepada Sisters Siti
Mashetah,maaf ye seorang je yang aku
tahu nama, yang tidak tahu, Staff Nurse lain yang comel-comel belako , anda
semua memberikan perkhidmatan yang terbaik dan juga pak guard dan mak guard,
bagus kerjasama anda dan memahami situasi aku.
Dan dibawah ini aku cuba teteskan sebuah
prosa yang tidak seberapa :
Terima
Kasih Tuhan!
Beberapa
ceritera-ceritera sudah melepas aku selalu tidak terlepas dengan
hening-henangan doa yang berlipat-lipat juta dengan pertanyaan pelbagai
walaupun belum tentu jawabannya, adakalanya sesekali aku bertanya meskipun pernyataan
sebegitu rupa agak mustahil dan
bermisteri.
Ya!
Ceritera-ceritera itu adalah menuntut aku tentang erti kesabaran, erti ketaatan
dan keakrapan yang menjulang kembali secara lebih tulus.
Betul
kata benaknya, ini bukan kecelakaan tapi adalah pengajaran bukan pembelajaran.
Ya! Memang benar aku pernah sesekali mengkhianati tuhan, tapi bukan kesengajaan
kerana itu aku keterpaksaan, Ya! Tuhan! Aku bukan mahu begitu tapi kerana
kelalaian itu telah menjerat secara polos.
Sujud
syukur tidak terlepas dari kehormatan
diri aku ini kepada-MU, kerana bunga itu telah tahu ataupun sebuah penyambutan apa itu sang jalanan, kerana sebeberapa dekad
yang lepas aku selalu gugur dan berselerak yang tiada makna. Ya! Betul-betul menjadi seperti drama
televisyen.
Tuhan!
Syukur! Syukur!
Bintang
itu kembali berkerdip, sejak beberapa seketika tiada celoteh dari bulan yang
bersinar dan bercahaya.
Tuhan!
Tiada lebih indah selainnya,
Tuhan!
Tiada lebih baik selainnya
Tuhan!
Berikan dan bolehkan aku waktu jarakkan segala-gala tentang air mata, biarkan
aku matahari yang redup, biarkan bulan yang melemparkan cahaya, biarkan bintang
yang dilandasan itu selalu berkelip-kelip dan biarkan sistem cakerawala itu
berdenyut sama dengan nadinya.
Terima
kasih segalanya atas suci-Mu
27/10/2011
Tiada ulasan :
Catat Ulasan