Rabu, 30 November 2011

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY







Sempena 10 bulan birthday Blog BICARA MAK DARA ni.. Mak Dara ingin menganjurkan GIVEAWAY yang kedua untuk blog Mak Dara yang kira masih Dara ni. Mak Dara akan buat GA buat yang simple, sempoi dan tak semput untuk disertai oleh semua rakan Blogers.



Syarat syarat untuk menyertai Giveaway (GA) ini ialah:
1. Buat satu entry bertajuk MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY 
dan masukkan banner di atas ke dalam entry tersebut 

2.Follow Blog Bicara Mak Dara
3BERIKAN "SATU" TAJUK FILEM
4. Setelah Siap , Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini. 

Mak Dara Entertaiment mempersembahkan sebuah filem aksi yang hebat lagi menggemparkan pada tahun ini. Saksikan di pawagan di seluruh negara bermula xx/x/2011

"TEKSI DRIFT 2++"




Teratakerapung saja nak join GIVEAWAY begini bukan apa pun sekadar suka-suka setelah pening kepala menulis proposal drama seram untuk di hantar ke production house.  Mungkin tajuk ini sesuai untuk Shamsul Yusof atau Skop Production jikalau mak dara tidak berminat dengan tajuk filem ini. Hahaha...angan-angin mat jenin pula aku ni. Rasanya teratakerapung dah ada voucher seperti yang diwar-warkan oleh Mak Dara, pada awal bulan ni teratakerapung ada pergi ke FINAS untuk pitching (mc pitch) dapat booklet free, boleh guna ke Mak Dara?   

Isnin, 28 November 2011

Kenapa Menulis Puisi




Dibawah ini ada beberapa alasan yang agak kukuh bagi seseorang penyair atau penulis menulis sesebuah puisi atau sajak, barangkali alasan tersebut tidak semuanya betul. Namun begitu seseorang penulis mempunyai alasan tersendiri.


# Minat
# Perkara yang hendak disampaikan
# Mudah ditulis/menyampaikan mesej
# Mahu menjadi penyair/ penulis
# Masih mencari jawapan
# Mencatat peristiwa
# Desakan dari dalam dan luar
# Menyampaikan mesej dalam bentuk kiasan
# Menyampaiakan dengan keindahan
# Tidak boleh disampaikan melalui prosa
# Menangani hal-hal kerohanian/falsafah
# Dilahirkan berbakat

Ahad, 20 November 2011

Bercumbu Tak Mengena

Sememang janji semalam adalah bertegak daan menggiurkan 
seperti iblis menggoda adam dan hawa


Tapi hari ini ianya telah dicantas

seperti lelalang ditiupkan angin

Mungkin telah disembahyangkan oleh iblis ke jiwa malaikat


Ianya masih belum ranum di dada lelaki atau punggung  perempuan


Ataupun tidak ranum sesampai bila-bila ditangan penguasa


Mungkin doa ulama belum sampai


Teratakerapung
211111

Jumaat, 18 November 2011

BerKekoh di Putrajaya dan berPitching di FINAS!




Pada hari khamis dua tiga hari yang lepas maknanya pada tujuh belas hari bulan sebelas , menjadi satu sejarah dalam kamus kehidupan aku sebagai kuli batak, apa sejarahnya? Begini sejak aku menjadi kuli batak kepada si kakas ni, kira pertama kali aku masuk kerja pukul enam setengah pagi, kiranya aku mengetik kad perakam waktu (aku tidak suka menggunakan perkataan punch card),  kata si kakas itu diwajibkan mengiringi peserta untuk melawat sesuatu yang manfaat (katanya praktikal atau latihan amali) apa lah  si kakas  adakah ke patut dia kata latihan amali boleh dibuat sehari. Memang tidak patut langsung, jika dilihat secara mendatarnya bukan menarik apakah rasional latihan amali ini. Argh! Jangan persoalan dasar-dasar diorang buat nanti kena lesing. Malas aku nak fikir, itu tuntutan tugasan diorang, yang penting tugasan aku beres.  Untuk kali ini aku ke Putrajaya untuk kerja-kerja keluaran kepejabatan. Beberapa kali meronda-ronda beberapa presint (bahasa melayu apa ya?) membuat masa dan tenaga sebagai kuli batak dan membatak membawa perakam video berjenama sony dan dan perakam foto (juga berbrandkan sambung  Samsung kalau Nikon tak da can lagi kot kerna si kakas tu memang kedekut, tahi hidung masin, tangkai jering, apa lagi perkataan yang bersesuai dengannya) yang sememang tidak secantik yang dicapturekan oleh cikgu Rima (hehehe) dan juga Kalemutiara (ahaks). Selesai di situ!

Tepat jam dua belas setengah tengah hari aku dah blah (lari lah tu) dari beberapa presint, malas lah aku nak tunggu di situ, buat apa lagi, buang karang saja! Sebabnya kerja-kerja tersebut bukan mencapai minda aku pun, baik aku blah je. Selepas aku pulang dari menjalankan kerja-kerja kepejabatan di Putrajaya yakni menjadi video dan kamera man untuk tugasan yang tidak begitu mencabar sekali,  

Dalam pukul dua petang aku berlari-lari ke FINAS, buat apa ke FINAS? Kalau mengikut bidang kerja-kerja kepejabatan aku memang lari jauh sekali, aku ke FINAS adalah untuk cuba  menghadirikan diri yang sudah lama stress dengan tuntutan kerja si kakas tu aku paksakan diri aku ke event pitching atau lebih senang dikenali sebagai Malaysia Creative Pitch (MCP) yg dianjurkan oleh Finas sempena Festival Filem Malaysia ke-24 yang julung kali diadakan. Rasanya ini kali pertama kot, tak tahu lah sebelum dah ni ada,  pitching adalah perkara yang paling aku suka maksudnya aku boleh meluahkan segala idea-idea aku yang selama ini terbuku dikepala yang tidak diluahkan kepada sesiapa pun.  Bila sampai ke FINAS, parking pula tak da, Adus! Macam mana ni? Terpaksa lah aku park kereta aku di Zoo Negera, huhuhu…mahal gila punya parking, kayalah zoo Negara.   Masuk!

Pertama kali! First impression aku. Pergh! Memang sambutan MCP ini amat menggalakkan daripada scriptwriter, produser dan orang awam. Aku ke kaunter cari tiket free dan buku voucher (hahaha asyik nak free macam mana nak maju) yang dibagikan free oleh Arza aka MAK DARA sebagai blogger,  Aku ke Panggung Mini P.Ramlee untuk menyaksikan pertandingan pitching, siapa pemenang pun aku tak tahu. Aku mengregisterkan diri, kali ini untuk pitching dan memilih production house yang disukai. Fuhh! banyak betul production house. Pilih pun pilih, Bright Network menjadi pilihan dan akhir pitching. Sebenarnya aku tak bawa pun synopsis aku, kerana terlupa nak print outkan, hanya dikepala sahaja menjadi penyelamat. Pitching! Ada – dan + , storyline pula kena touch up, tak apa itu small matter je, dan kena hantar proposal. Satu sahaja yang aku nampak pada event pitching ini adalah kita perlu mencuba nasib, kalau kita tidak mencuba sampai bila kita tidak akan tahu apakah nasib kita, Kata  bijak pandai berani gagal dan berani mencuba. Bagaimana pula nasib aku? Terpaksalah tunggu.

# Eh! Lupa nak bagi tau, PTS pun ada juga,




Ahad, 13 November 2011

Saya Mahu Jemputan Ke MC PITCH



Ada Idea Kreatif Untuk TV, Filem, Novel? Jom Pitch Idea Terus Kepada Producer /Penerbit! Kepada yang ada idea, tak kiralah penulis ka, pemandu teksi ka, doktor ka, suri rumah ka, tukang masak ka, cikgu ka... asalkan ada idea nak tulis buku ka, novel ka, drama tv ka, filem ka, duko ka, apa-apa sajalah idea... tapi tak tahu kat mana dan macam mana nak jual idea tu, silalah ke Program Malaysia Creative Pitch nanti. INGAT! Bukanlah proposal yang tebal-tebal tu, tapi just idea... sekeping pun tak apa... atau cerita terus pun okay... Datang saja ke Finas pada 17hb nanti dan bentangkan idea anda kepada penerbit buku/novel atau produser TV/Filam... kalau diaorang suka idea anda, maka adalah hasil untuk anda. Mana tau idea anda sesuai untuk filem... mungkin rezeki anda RM20K.... atau rezeki anda untuk jadi novelis..
Email Teratakerapung : dolcity@gmail.com 

Telaah seterusnya Mak Dara

Ahad, 6 November 2011

Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek


Disalin daripada website Dewan Bahasa dan pustaka.

LATAR BELAKANG
Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek diadakan untuk menggalakkan penghasilan skrip drama yang berkualiti di negara ini khususnya dalam kalangan generasi muda dalam usaha mengembangkan dan memperluaskan khalayak sastera.
Penganjuran sayembara ini akan diikuti dengan pementasan 5 karya terbaik hasil sayembara ini melalui Festival Drama Pendek yang akan diadakan pada penghujung November 2011.
Sayembara merupakan satu alternatif untuk mempergiatkan usaha menangani masalah ketandusan skrip di Malaysia. Di samping itu, sayembara ini bermatlamat untuk menyemarakkan serta mempopularkan drama pendek dan menjadikan Stor Teater DBP sebagai pusat kegiatan dramatis muda tanah air.

SYARAT PENYERTAAN
·    Peraduan ini adalah untuk skrip yang ditulis dalam bahasa Melayu dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia;
·    Tema skrip adalah bebas, walau bagaimanapun, penulis digalakkan untuk menampilkan isu-isu semasa yang boleh meningkatkan jati diri bangsa dan nilai-nilai murni dengan mesej yang dapat mendidik dan membangunkan minda masyarakat. Naskhah yang ditulis juga hendaklah berlatarkan negara dan masyarakat Malaysia serta tidak mengandungi unsur-unsur perkauman, sensitif, lucah dan boleh menimbulkan kegelisahan atau perasaan kurang senang kepada pembaca;
·    Naskhah yang dihantar mestilah karya yang belum tersiar di mana-mana sama ada dalam bentuk cetakan, stensilan dan belum diterbitkan oleh mana-mana pihak sebelum keputusan diumumkan;
·    Nama dan alamat peserta tidak boleh tertera pada naskhah yang dihantar. Butir-butir tentang penulis mestilah ditaip hanya pada borang yang disediakan sahaja;
·    Panjang sesebuah naskhah mestilah sesuai untuk pementasan selama tidak lebih daripada 30 minit dan ditaip langkau dua baris;
·    Peserta dibenarkan menghantar tidak lebih daripada lima (5) buah naskhah skrip;
·    Keputusan panel adalah muktamad. Walau bagaimanapun, sekiranya karya yang dihantar itu ternyata diciplak, penyertaan dengan serta-merta terbatal dan hadiah yang diterima hendaklah dikembalikan semula oleh peserta kepada pihak penganjur;
·    Peserta mestilah bersedia untuk menandatangani sebuah dokumen undang-undang yang mengesahkan keaslian karya yang dikirimkan sekiranya perlu. Urus setia berhak untuk meminta sebarang keterangan lanjut berhubung dengan karya tersebut;
·    Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat tidak akan dipertimbangkan;
·    Hak cipta karya drama dipegang oleh penulis sendiri. walau bagaimanapun, penulis hendaklah memberi hak izin kepada pihak penganjur untuk mengurus penerbitan secara elektronik, mekanik, rakaman, pementasan dan sebagainya bagi pihak penulis khususnya bagi karya-karya yang memenangi hadiah;
·    Pihak penganjur mempunyai hak untuk menyunting karya yang diuruskan penerbitannya bagi pihak penulis;
·    Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan naskhah yang dikirimkan melalui pos. Tanda penerimaan akan dihantar oleh Urus Setia bagi setiap penyertaan yang diterima;
·    Karya yang dikirimkan tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihatkan membuat salinan naskhah tersebut sebelum menghantarnya kepada Urus Setia;
·    Ahli Urus Setia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Sayembara ini.


HADIAH


Tempat Pertama

Wang Tunai RM2,000.00
Sijil Penyertaan

Tempat Kedua

Wang Tunai RM1,500.00
Sijil Penyertaan


Tempat
Ketiga

Sijil Penyertaan


Peruntukan sebanyak RM2,000.00 diberikan untuk pementasan 5 skrip terbaik di Festival Drama Pendek anjuran DBP pada penghujung November 2011





 
SAYEMBARA
MENULIS SKRIP
DRAMA PENDEK
2011
Anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka

TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
15 NOVEMBER 2011 (SELASA)


Hantarkan penyertaan kepada:

Urus Setia,
Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek,
Bahagian Promosi dan Pengiktirafan,
Aras 25, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Zaiton Hussin        : 03 – 21482922
                                zaiton2@dbp.gov.my
Nurul Aina            : 03 – 21482914
                                   nurulaina@dbp.gov.my               
No. Faksimile       : 03 – 2142 2029



 

Beraya (makan daging) dan Iklan Memancing

Kepada kaki-kaki pancing, aku ada terjumpa iklan pertandingan memancing semasa pergi beraya di rumah kakak aku di pantai dalam, aku terjumpa di celah-celah rak terselit iklan tersebut. Walaupun ketika zaman aku study di Universiti Malaya beberapa tahun yang lepas, aku salah seorang kaki pancing juga, bila dah berusia rasanya malas nak pegang joran. Mungkin kali ini aku mahu juga masuk pertandingan memancing ni. Mana lah tau kot-kot dapat menaikan ikan patin 10 kilo di sungai klang itu walaupun aku ikan patin di sungai klang itu ada sesuatu. Sebenarnya aku ada nostalgia/peristiwa di sungai klang tersebut di belakang kampong Abdullah Hukum dan selepas itu aku terus berhenti menjadi kaki pancing. Biarkan ianya menjadi rahsia kisah tersebut. Dibawah ini aku sertakan iklan pertandingan memancing tersebut yang aku salin. 

PERTANDINGAN MEMANCING CABARAN SUNGAI KLANG 2012
Tarikh : 4 Februari 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Explosion 1: 20 Cabutan 
Bertuah 
Tempat : Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Hadiah :
Utama : RM 10,000

Kedua : RM 3,000

Ketiga : RM 1,000
Empat : RM 750
Kelima : RM 600
Keenam : RM 500
Ketujuh : RM 400
Kelapan : RM 300
Kesembilan : RM 200
Kesepuluh : RM 100

Yuran Penyertaan : 
RM 50 Satu Joran

BERMINAT SILA HUBUNGI
012-3737581/012-6368217/O12-9131371

Anjuran : Badan Amal Komuniti Lembah Pantai dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

Sabtu, 5 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Esok hari haji, raya korban, raya aidiladha, entah apa lagi.  Esok, Jam 8.30 pagi jom!  kita pakat pergi masjid solat sunat aidil adha dan selepas itu kita pakat-pakat melepah lembu. 

Dibawah ini ada sedikit cebisan hikmat ibadat korban dan hukumnya yang aku salin dari portal Ukhwah.com.
  
Hari Raya Aidildha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Dalil disyariatkan Aidiladha adalah sebagaimana dikhabarkan oleh Anas bin Malik .a, dia berkata:

Nabi s.a.w. pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyyah, maka baginda bersabda:

Maksudnya:

“Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya ALLAH telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai Hari Raya Haji kerana ianya diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadat yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima iaitu ibadat Haji. Di samping itu Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban kerana di antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan kambing biri-biri dalam rangka beribadat kepada ALLAH S.W.T.. Ibadat korban ini adalah sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. kerana taat akan perintah ALLAH S.W.T... Namun begitu berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini kepada kehendak ALLAH S.W.T. maka ketika Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya itu, ALLAH gantikannya dengan seekor kibas. Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam al-Qur’an sebagaimana firman-NYA:

Maksudnya:

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya ALLAH, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar" Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (KAMI sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). Serta KAMI menyerunya: "Wahai Ibrahim! "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. – (Surah al-Saaffaat (37): 101-108)

Rentetan dari peristiwa ini maka saban tahun ketika merayakan Hari Raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik yang berada di dalam masyarakat seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

KEUTAMAAN MENGERJAKAN IBADAT KORBAN

Ibadat korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya. Ini sebagaimana ditekankan oleh ALLAH S.W.T. melalui firman-NYA:

Maksudnya:

Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada ALLAH, tetapi yang sampai kepada-NYA ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah DIA memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat nikmat petunjuk-NYA. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. – (Surah al-Hajj (22): 36-37)

Melalui ayat di atas dapat kita senaraikan beberapa keutamaan ibadat korban seperti berikut:

1 - Ibadat korban dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyrakat dengan mempereratkan hubungan kasih sayang diantara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dan dengan golongan yang bernasib baik yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T. dengan kekayaan dan kelapangan hidup melalui pengagihan daging-daging korban tersebut.

2 - Ibadat korban juga berupaya membentuk insan yang bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepadanya melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadat dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T..

3 - Ibadat korban juga dapat membentuk jiwa yang ikhlas kerana sejumlah wang ringgit telah dibelanjakan hanya demi untuk mendapat keredhaan ALLAH S.W.T..

4 - Ianya juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada ALLAH S.W.T. kerana menurut perintahnya.

5 - Ibadat korban merupakan amalan yang mulia dan sesiapa yang menunaikan ibadat tersebut bakal menerima khabar gembira daripada ALLAH S.W.T. iaitu balasan serta ganjaran yang baik daripada-NYA.

HUKUM IBADAT KORBAN

Tentang hukum melaksanakan ibadat korban ini maka para ulamak berbeza pendapat yang dapat kita bahagikan kepada dua iaitu:-

1 - Wajib bagi yang mampu. Ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Rabi’ah al-ra’yi, al-Auza’i, al-Laits bin Saad, salah satu dari pendapat Imam Ahmad Ibnu Hanbal dan pendapat ini telah dirajihkan (dibenarkan) oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah. Dalil-dalil yang dipakai oleh mereka yang menyokong pendapat ini adalah seperti berikut:-

Maksudnya:

Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). – (Surah al-Kauthar (108): 2)

Ayat ini menggambarkan kewajipan ibadat korban sebagaimana solat kerana kedua ibadat tersebut dihubungkan dengan huruf? (dan) yang menunjukkan kesamaan hukum.

Maksudnya:

Daripada Jundab bin Abdillah bin Sufyan al-Bajali, dia berkata: Nabi s.a.w. solat pada hari Nahr (Aidiladha) kemudian berkhutbah lalu menyembelih (binatang) korbannya dan bersabda:

Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat (hari raya Aidiladha), maka sembelihlah yang lain sebagai penggantinya. Dan barangsiapa yang belum menyembelih maka sembelihlah dengan nama ALLAH. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 985.

Perintah Rasulullah s.a.w. untuk mengulangi ibadat korban jika ianya dilakukan sebelum solat hari raya Aidiladha menunjukkan ianya wajib. Jika tidak wajib pasti baginda tidak akan mengarahkan agar ianya diulang semula.

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Barangsiapa yang memiliki kemampuan (keluasan rezeki) dan tidak menyembelih, maka jangan dekati tempat solat kami. – Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, hadis no: 3114

Hadis ini berupa ancaman bagi mereka memiliki kemampuan tetapi tidak mengerjakan ibadat korban. Ancaman yang berat ini tidak akan dilakukan oleh baginda melainkan ianya sebagai bukti akan kewajipannya.

Maksudnya:

Dari Mikhnaf bin Sulaim, dia berkata: Kami bersama Rasulullah dan baginda wukuf di Arafah, lalu berkata:

Wahai manusia. Sesungguhnya wajib bagi setiap keluarga pada setiap tahunnya (mengerjakan ibadat) korban dan ‘atirah. Baginda berkata: Tahukah kalian apakah ‘atirah itu?. Iaitu yang dikatakan orang Rajabiyah (kambing yang disembelih pada bulan Rejab). – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam kitab Sunan Tirmidzi, hadis no: 1438.

Hadis ini jelas membuktikan bahawa ibadat korban dan ‘atirah itu diwajibkan kepada semua umat Islam yang berkemampuan. Walaubagaimanapun hukum untuk ‘atirah telah dimansuhkan namun ianya tidak mengharuskan pemansuhan ibadat korban dan hukumnya yang wajib masih terus sah sampai sekarang.

1 - Sunat atau Sunat Mu’akkad bagi yang mampu. Pendapat ini pula merupakan pendapat jumhur (majoriti) ulamak dan pendapat Imam al-Syafi’i .h. Golongan ini pula berpegang kepada dalil-dalil seperti berikut:-

Maksudnya:

Daripada Ummu Salamah, dia berkata: Bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Jika masuk sepuluh hari pertama Dzulhijjah dan salah seorang dari kalian ingin menyembelih (haiwan) korban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya. – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1977.

Ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa ibadat korban itu tidak wajib dengan dasar sabda Nabi dan salah seorang dari kalian ingin yang menggambarkan baginda menyerahkan kepada kehendak seseorang. Seandainya ibadat korban itu wajib pasti baginda tidak akan menyerahkannya kepada kehendak seseorang dengan bersabda “maka janganlah memotong rambut dan kukunya sehingga selesai menyembelih haiwan korban.”

Maksudnya:

Daripada Jabir, dia berkata. Aku menyaksikan bersama Nabi s.a.w. solat Aidiladha di musholla (tanah lapang). Ketika selesai khutbahnya, baginda turun dari mimbarnya, lalu dibawakan seekor kambing dan Rasulullah menyembelihnya dengan tangannya sendiri dan berkata: “Bismillah wa Allahu Akbar hadza ‘anni wa ‘amman lam yudhahi min ummati (Dengan nama ALLAH dan ALLAH Maha Besar, ini dariku dan dari umatku yang belum meyembelih. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, hadis no: 2427.

Sabda Rasulullah s.a.w ini dariku dan dari umatku yang belum menyembelih disampaikan secara mutlak tanpa perincian merupakan dalil tidak wajibnya ibadat korban. Sekiranya ianya wajib tentu bagi mereka yang meninggalkan ibadat tersebut berhak dihukum dan tidak memadai baginda mewakilkan korbannya itu kepada meereka.

Diriwayatkan daripada Abu Sarihah al-Ghiffari, beliau berkata:

Maksudnya:

Aku mendapati Abu Bakar atau melihat Abu Bakar dan Umar tidak menyembelih (haiwan) korban – dalam sebahagian hadis mereka – khuatir dijadikan panutan. – Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra, 9/295. Syaikh al-Albani telah mensahihkan riwayat ini di dalam Irwa’ al-Ghalil hadis no: 1139.

Seandainya ibadat korban itu wajib nescaya kedua Abu Bakar dan ‘Umar .a akan mendahului umat Islam yang lain dalam melakukan ibadat korban.

Sebelum penulis membuat rumusan tentang hukum ibadat korban hendaklah kita fahami bahawa pengajian hukum sunat atau wajib berkaitan sesuatu amalan itu hanyalah berbentuk kajian ilmiah dan bertujuan untuk mengetahui sama ada sesuatu amalan itu dibenarkan untuk ditinggalkan ataupun tidak. Namun begitu bagi
mereka yang mencintai sunnah Nabi s.a.w., sekiranya sesuatu amalan itu sabit datangnya daripada baginda maka mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengerjakannya tanpa memikirkan sama ada ianya wajib atau sunat.

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Seorang Muslim selayaknya mematuhi syariat tanpa memandang apakah itu fardu atau sunat. Yang terpenting dia melakukan kerana mematuhi syariat ALLAH S.W.T, kerana mengikuti Nabi-NYA dan mencari pahala. Pembahasan mengenai hukum hanya diperlukan saat ingin meninggalkannya, apakah yang akan ditinggalkannya itu sesuatu yang wajib atau yang sunat. Demikian kewajipan seorang hamba yang serius beribadat. Adapun dalam kajian ilmiah dan mengetahui hukum-hukumnya maka perlu mengetahui antara yang fardu dan yang sunat. – Rujuk kitab Taudhih al-Ahkam min Bulughi al-Maraam, karya Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam (edisi terjemahan dengan tajuk Syarah Bulughul Maram, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006) jilid 1, masa. 217.

Apa pun jua kedua-dua pendapat tersebut memiliki hujah sabit daripada baginda s.a.w. dan seharusnya kita berlapang dada dalam permasalahan khilafiyah sebegini.

Syaikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti .h berkata:

Saya telah meneliti dalil-dalil sunnah pendapat yang mewajibkan dan yang tidak mewajibkan, dan keadaannya pada pandangan kami bahawa tidak ada satupun dalil dari kedua pendapat tersebut yang tegas, pasti dan selamat dari bantahan, baik yang menunjukkan wajib mahupun yang tidak wajib… Yang rajih bagi saya dalam perkara seperti ini yang tidak jelas penunjukkan nas-nas kepada satu hal tertentu kepada satu hal tertentu dengan tegas dan jelas adalah berusaha sekuat mungkin keluar dari khilaf dengan berkorban apabila mampu kerana Nabi bersabda:

“Tinggalkanlah yang ragu kepada yang tidak ragu.” Sepatutnya seseorang tidak meninggalkannya bila mampu kerana menunaikannya sudah pasti menghilangkan tanggung jawabnya. Wallahu’alam. – Rujuk kitab Adhwaa’ al-Bayaan Fi Idhah al-Qur’an bil Qur’an karya Syaikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti, jilid 5 masa. 618.

Namun begitu penulis lebih cenderung dengan pendapat jumhur (majoriti) ulamak kerana mustahil bagi Abu Bakar dan ‘Umar .a untuk meninggalkan sesuatu amalan yang wajib apatah lagi mereka berdua merupakan imam yang layak manjadi ikutan dan kelayakkan mereka telah dijamin oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang diriwayatkan daripada Irbadh bin Sariyah:

Maksudnya:

Sungguh barangsiapa di antara kalian yang hidup sesudahku, maka akan mendapati perselisihan yang banyak. Maka wajib baginya untuk memegang sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin. – Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 16521.

Hadis di atas ini diperkuatkan lagi dengan sabda baginda:

Maksudnya:

Kerana jika mereka mengikuti Abu Bakar dan ‘Umar, nescaya mereka mendapat petunjuk. – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 681

Apa pun jua hendaklah kita mengikuti saranan Syaikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti agar senantiasa mengerjakan ibadat korban ini apabila memiliki kemampuan bukan sahaja kerana menyahut seruan baginda s.a.w. agar “Tinggalkanlah yang ragu kepada yang tidak ragu” namun ianya demi membuktikan kepatuhan kita kepada perintah ALLAH S.W.T. serta kesungguhan kita untuk menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. dengan penuh keikhlasan.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١;)

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). - (Surah al-Ahzaab (33): 21)


dan aku sertakan sebuah sajak aku
Jutaan Syukur Kepada-Mu, Ya Allah.

Kelmarin,
Kisah mentari meninggi itu menjadi manis, bagaikan tidak terucap
senyum syukur lautan Alhamdulillah
Setelah sekian lama  menunggu, bunga-bunga itu terus subur
Sebelumnya dan kelmarin  adalah gelombang-sukar tentang birokrasi
Bagaikan mimpi tapi itulah realiti bila panggilan-Nya bergema lagi

Semalam,
 Kata bonda
“Lautan tidak lagi gelap, matahari tidak lagi jatuh, bulan tidak lagi bermimpi dan tidak lagi lena”
Ayahanda juga bersuara
“Kamar ini tidak lagi suram, lantai ini telah dibersihkan seperti mencermin diri sinar abadi, betapa indahnya hidup ini ianya seperti bercahaya yang memancar-mancar menembusi kaca-kaca”

Damainya atas rahmatMu dan keberkatanMu
Kerana perintahMu Ya Allah
Ibu Bapa ku menerima seruanMu dan panggilanMu menuntut  puncak
Tiada yang lain dalam kalbuku adalah jutaan pujian dan kesyukuran


Hari ini,
ibu bapaku datang dari perbukitan yang akan kembara ke kota suci-Mu
Bondongan manusia berputih turut juga meluncur, berlemas-lemas menuju puncak sinar

Hanya pintaku adalah agar sentiasa dipelihara olehNya
Meneruskan kembara-kembara puncak ini dengan berbahagia dan sejahtera

Akhirnya,
Pesanku cuma perbanyakan kesabaran, melipatgandakan keikhlasan, kuatkan fizikal, tebalkan keimanan, tingkatkan kesihatan, seringkan doa yang qudus dan zikirrullah dan ucap syukur dalam setiap aliran nafasmu dalam merasai kenikmatan rezeki Allah meskipun kaki ini belum menjejaki ke kota suci. Moga kali ini adalah haji mabrur
Barakallah
Amin ya Rabbal alamin.


Kelana Jaya



 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates