Rabu, 22 Julai 2015

Night Hiking at Bukit Tabur



Gila! Itu lah perkataan yang korunk fikirkan.

Hari Jumaat Malam sabtu dua minggu berpuasa, aku bersama-sama 3 sahabat yang gila melakukan perbuatan gila yang korunk fikirkan gila, itu nama gila. Memang gila-gila. Gila bukan sebarang gila. Gila-gila menyesal yang pernah terjadi dalam diri aku,  sahabat aku itu tak tahu pulak apakah mereka bertiga menyesal atau tidak kerana pada firasat aku pastinya akan menyesal gila

Pada dasarnya aku tidak terfikir jugak tentang idea mahu mendaki bukit ketika manusia-manusia hina yang sedang lena dibuai mimpi indah sedangkan kami yang separuh gila ini macam sesuatu telah terjadi serebrum .

Ini adalah first time aku hiking tengah malam buta.  Memang gila! Nyesal pun ada.

Nah! Padan muka ko!








Rabu, 1 Julai 2015

Ianya tetap mengerang panjang

Makin lama ditinggalkan, maka makin lama lah ianya bersarang. aku macam nak tulis sesuatu tapi bukan pasal minyak naik rm 0.10 atau kfc ramai orang.  aku mahu titikkan sebuah sajak tentang sisa masa yang telah dibodohkan. 

Ianya tetap mengerang panjang

Semalam
dicelah-celah bibir yang hitam itu terselit
sebatang rokok tanpa asap

aku termanggu
sambil di kotak fikir masih mencari ceritera indah
masih juga begitu tidak pernah siap
Ditengah-tengah gelegar ada sebatang lilin
Ianya sedang mengerang panjang
Semakin masa berlalu semakin ia mengerang
Semakin ia panjang
Dan kala ini aku semakin terus membeku untuk
Mengadap ceritera yang tidak pernah siap
Dan aku percaya ianya tetap tidak akan siap
Dan terus mengerang panjang meskipun
Selepas aku mati
Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates