Memaparkan catatan dengan label Belangsukawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belangsukawa. Papar semua catatan

Isnin, 8 Oktober 2012

Tentang Kematian


Semalam, singgah kejap di Kedai Basir untuk mengenakan teh O ais, belum sempat aku duduk untuk memesan apa apa pun, aku dikejutkan oleh wak (aku memanggilnya sebagai wak je) tentang  pak cik saha telah pergi selama-lamanya. Al Fatihah untuk Pak Saha. Semuga Ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan para syuhada dan solihin. 

Aku cuba titip sebuah puisi tentang mati :

Semalam kita lahir, hari ini kita hidup dan esoknya kita mati
Ya mati tidak memerlukan khabar berita ataupun tanpa memberi apa –apa salam
Ianya datang bukan melalui saluran atau lubang ataupun corong-corong kecil
Yang pastinya mati adalah pasti tak kira ada pahala ataupun dosa
Tuhan telah menjemput kita pulang.

Rabu, 15 Februari 2012

Selamat Pulang, Kamu Telah Pergi














Foto : FB dari Abror.



Kamu telah pulang bukannya bermakna kamu pergi
segalanya adalah sebuah persinggahan
tinggalan kamu bukan kecewanya anak-anak alam,
adakala memeritkan yang selalu kamu bermesrai dengannya
tiada lagi mesramu, tiada lagi telatahmu
kamu meninggalkan aku erti sebuah persaudaraan
kala ini biarlah aku termenung dalam kalbu
aku tak mampu, aku tak mampu
aku hanya bisa mendoakan
sebuah kesuburan



al-Fatihah  untuk ghumuloh BRIRASA 


150212
Sg Buloh.

Ahad, 21 Ogos 2011

Al - Fatihah untuk TUKYA (Azizi Hj Abdullah) - Belasungkawa


            Saudara pun tahu kan kematian adalah sesuatu yang pasti. Tiada seseorang yang mampu halang atau tangguhkan, Pagi ini aku diberitakan tentang kematian.

INNALILLAH HI WAINNA ILA HIRAJIUN.

            Al-Fatihah untuk sasterawan Allahyarham Azizi Hj Abdullah yang pergi buat selama-lamanya, berita ini aku terima fesbuk Abror Mohd Yusof. Terdetik aku bila mendengar berita ini, bagi aku yang tidak seberapa ini, Allahyarham adalah seorang yang sangat prolifik pengarangan sejak dari penghujung 60an hingga tahun 2010. Walaupun baru sekali berjumpa dengannya namun tulisan-tulisan memang rapat dengan aku, kata orang ada roh.

             Aku adalah peminat setia tulisannya, jangan tanya aku kenapa aku suka menelaah karya-karyanya. Aku mengenali  sasterawan Allahyarham Azizi Hj. Abdullah melalui novelnya ‘seorang tua dikaki gunung’, novel ini perolehi melalui abang aku ketika aku masih disekolah rendah, seingat aku rasanya darjah 6. Namun selepas itu telah melupakan dunia sastera hinggakan aku memasuki tingkatan 4 sebelum aku mengambil subjek kesusasteraan melayu yang belajar secara persendirian. Kali terakhir aku membaca novel Allahyarham Azizi Hj Abdullah melalui novel ‘beruk’ pada tahun lepas, dan kali pertama dan terakhir aku berjumpa dengan tukya nama panggilannya adalah pada tahun 2009 ketika aku menghadiri ‘Seminar Pengarangan Muslimah Nusantara’ di Dewan Bahasa dan Pustaka.  Ooh…sekali aku katakana karya-karyanya ada roh( kalau saudara nak baca sendiri)

Sebenarnya aku berkira-kira mahu berjumpa dengan Allahyarham pada bulan Disember ni di Hadiah sastera siber anjuran esastera.com  (HESCOM) di Alor Star, Kedah. Memang begitu(tak tahu nak kata apa dah), Allah lebih sayang beliau. 

Al fatihah sekali lagi untuk Allahyarham Azizi Hj Abdullah. 
Semoga Allah ditempatkan Allahyarham di dalam orang-orang yang beriman dan dikasihi-Nya. Amin.


Aku sertakan biodata beliau yang aku copy paste melalui blog Allahyarham
AZIZI HJ. ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam.
Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Perai (Sekolah yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi, ayahanda kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri sekarang) hingga tahun 1965.
Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an apabila artikel pertamanya tersiar dalam Warta Negara, Pulau Pinang berkenaan buruk baik wanita bermain bola sepak dan kemudian diikuti cerpen ‘Sisa’. Manakala cerpen ‘Hj. Salikun Cuba Berkhalwat’ telah menjadi kontroversi sehingga Azizi hendak didakwa di mahkamah.
Azizi mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah dalam tahun 1965 dan bermulalah kesuburan bakat beliau melalui penulisan cerpen di akhbar-akhbar, terutama akhbar terbitan Utusan Melayu.
Azizi telah bersara daripada guru agama pada tahun 1997 dan kini menjadi Ketua Editor akhbar Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang dan penulis kolum majalah.
Azizi kini menjadi Ketua Editor Utusan Pengguna, Pulau Pinang. Dengan terhasilnya novel KAWIN-KAWIN, bererti sudah 25 novel yang ditulis oleh Azizi sejak tahun 60an lagi di samping hampir 200 cerpen.


 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates