Jumaat, 28 Oktober 2011

Lukisan Sponge Bob








Setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad bila jarum pendek menunjukkan tepat di angka 3, ini bermakna 3 petang, rancangan yang ditunggu oleh semua kanak-kanak kecil juga tidak kecuali Siti Nur Maisarah. Apakah rancangan tu? Cuba teka, kalau tidak tahu apakah rancangan tersebut pasti anda bukan kanak-kanak kan? Kalau nak tahu juga tunggu lah selepas ini Maisarah akan bercerita tentangnya.

Bola, buku, pensil warna dan kertas yang berselerakan merata ruang tamu rumah itu. Jika kita melihat pasti sakit hati dibuatnya, namun apa boleh buat, Maisarah dan habibah lagi kanak-kanak. Mereka bukan sebarang kanak-kanak biasa tetapi kanak-kanak yang riang dan bergedik-gedik. Seperti rancangan itu.

Mata Habibah tetap kuyu walaupun senyum-senyum manja ditunjukkan keranaa dia baru bangun dari mimpi yang telah dibangunkan.

Hujan diluar rumah hujan turun dengan lebatnya, akibatnya maisarah dan habibah tidak dapat bermain diluar rumah. Jika masa petang-petang begini maisarah akan keluar rumah bermain di luar dalam lingkungan pagar sahaja. Tiba-tiba kilat menyambung.

Habibah menegur mak mah menunjukkan sekilas cahaya kilat “mak mah, apa tu”

“Adik jangan duduk disitu, adik tak takut kah”

“Along takut lah” jelas Maisarah.

Mak Mah menegurnya mereka “ kalau takut baca doa”

“Jap along lupa lah baca doa ketika takut”

“pergi lah ambil buku doa”

Maisarah terus membuka buku doa hariannya dan terus membacanya doa ketika takut

“huwaallah allahurabi lasariikalahu, jom adik masuk, kita tengok tivi, masa ni ada cerita spongebob”

“Yes!” perkataan pertama yang terpancul dari mulut Maisarah. Begitu lah Maisarah bila sesuatu perkara yang disukai atau diminati, dia pasti akan menyebut ‘yes’ mungkin memberikan makna yang tersendiri.

“Apa yes yes ni, bukan yes lah ya” jawab Mak Mah.

“Mak Mah, tak kan Along nak sebut ya pula, tak bijak la Along ni, kan kan?” Maisarah cuba mempelak jawaban yang telah diberikan oleh Mak Mah.

“Yes, itu bahasa inggeris”

“Kita kan orang melayu lebih baik kita bercakap cakap dalam bahasa melayu, Mak Mah rasa lebih bijak bila kita bercakap dalam melayu dari menyebutnya bahasa melayu” ujar Mak Mah. Mak Mah ini seorang yang betul tentang bahasa inggeris dia lebih mementingkan kemelayuan.

“Mak Mah ni, malas Alon nak layan Mak Mah ni, lebih baik tengok cerita spongepop” jelas Maisarah.

“masih lagi bahasa inggeris, cuba sebut span, kan cantik bahasa melayu itu” jawab Mak Mah.

“Ish Mak Mah ni, Along cakap begini, dia pula cakap begitu, tidak salahkan jika Along menyebutnya dalam bahasa inggeris kan” jawab maisarah.

“Memang tidak salah tapi lebih elok jika sekiranya menyebut dalam bahasa melayu” ujar Mak Mah lagi.

“Ya lah, span”

Maisarah menarik tangan Habibah mengadap di depan tivi. Mata Maisarah tidak berkedip langsung menonton rancangan kartun yang disukainya. Bila rancangan kesukaanya disiarkan di tivi, Maisarah berdiri di hadapan tivi hanya berbeza 3 inchi jaraknya dengan tivi. Sudah beberapa di larang oleh Rosni dan Nizam supaya tengok tivi dengan jarak dekat. Maisarah dengan perangainya.

“Along, jauh sikit dari tivi jangan tengok dekat sangat nanti rosak mata tu” Mak Mah member arahan kepada Maisarah, manakala Habibah bermain dengan mainannya yang sesuai dengan umurnya 2 tahun.

“Alah, Mak Mah ni, umi dan ayah tidak ada, kalau ada lain ceritanya” ujar Maisarah

“Kalau tengok dekat tak Nampak la, tengok tu, dah spongebob pun kecil. Lain lah kalau tivi ni besar, tivi ni kecil” cerita Maisarah kepada Mak Mah walaupun matanya tertumpu ke tivi.

“Nanti ayah balik dari kerja, nak suruh ayah beli tivi baru yang lebih besar, kalau dapat tivi yang besar tak payah duduk dekat nak cerita spongebob atau wonder pets ke?” cerita Maisarah.

“ish, budak ni, cakap sikit dijawapnya panjang lebar” kata Mak Mah.

“siapa pula budak, Along dah besar, tengok tubuh Along dari adik, kan dah besar, tahun depan nak masuk sekolah tadi, tak kan Mak Mah tak tahu ke?”

“lain kali jangan cakap Along budak lagi tau” sahut Maisarah.

Menggeleng kepala Mak Mah mendengar cerita Maisarah. Di dalam hati Mak Mah “Tidak padan dengan kecil, cakap banyak”.

“Mak Mah! Boleh tak tolong Along” Maisarah cuba meminta pertolongan.

Mak Mah yang duduk di atas panjang kaki terlentang bersilang “Apa lagi”

“Mak Mah boleh tak jangan bising-bising, Along kan sedang tengok spongebob, Along memang tidak suka bila cerita ini bersiaran ada orang yang buat bising, nak beri tumpuan pun susah” jelas Maisarah tanpa sedikit pun jelingan kea rah Mak Mah.

“Malas lah Mak Mah nak layan Along, lebih Mak Mah pergi tidur dulu, petang-petang begini sedap juga tidur, daripada layan Along pening dibuatnya” Mak Mah terus beredar dari kerusi panjang masuk ke dalam bilik.

Maisarah masih lagi menumpukan kearah tivi.

Tepat pukul 3.30 petang, rancangan kartun Spongebob sudah habis giliran pula worder pet, selepas itu pula dora-dora. Maisarah akan mengadap di tivi sehingga rancangan kartun dora-dora akan habis, walaupun iklan seketika Maisarah menumpukan sepenuh hati di depan tivi. Begitu kehidupan seharian bila tiba waktu petang.

“Sudah habis” teriak Maisarah.

Mak Mah di dalam bilik baru sahaja nak lena dari tidurnya terkejut.

“Sudah habis apa pula, susu kah?” Mak Mah bersuara dari biliknya.

“Bukan lah, cerita dora-dora la, Mak Mah tidur la” jawab Maisarah. Mak Mah terus senyap dan lena dibuai mimpi barangkali. Kipas perlahan-lahan memusing, Mak Mah sememang tidak suka menguatkan volume kipas kerana katanya sangat sejuk di dalam bilik, malahan dia suka berselimut tidak kira siang hari atau malam. Pelik bin ajaib betul Mak Mah ni, siang hari pun mahu berselimut.

“Lepas ni, apa cerita pula?” Maisarah bercakap sendiri, Habibah pula bermain-main dengan anak patung busuk yang tiada mata satu itu baginya anak patung busuk satu permata yang tidak boleh diganti dengan barang mainan yang lain.

“Tak nak, tak nak, tu baby ibah” Habibah meronta-ronta dengan kaki dan selepas mengelepar di atas tile yang sejuk tidak dikira tile itu sejuk atau panas baginya anak patung tetap anak patung, anak patung itu adalah miliknya tiada seseorang pun mampu memilikinya terutamanya kakaknya Maisarah mahupun ayahnya Nizam atau uminya Rosni. Habibah oh Habibah, biar pun kamu anak kecil yang tidak tahu apa-apa tentang kasih saying dari segi luar namun segi tingkah laku sudah memandai Habibah membezakan kasih atau tidak. Memang berbeza dengan isu-isu yang panas yang disiarkan oleh media perdana tidak kira media cetak ataupun media elektronik kisah-kisah pembuangan bayi tanpa segan silu tanpa mengira hokum hakam agama islam mahupun undang-undang Malaysia yang sememang asal dari undang-undang british. Anak-anak gadis sanggup membuang anak yang bersih bersuci itu. Oh! Jahil kamu!

“Bosannya hari ini, cerita pun sudah habis, apa yang nak dibuatnya” monolog sendirian Maisarah.

Jari telunjuk ditunjukkan di tepi dahi maknanya Maisarah sedang berfikir sejenak apa yang perlu dilakukan selepas ini, ini tandanya Maisarah tidak melakukan sesuatu tanpa berfikir, harus berfikir samaada apa yang akan dilakukan ada buruk dan baiknya. Jelas terpapa bahawa otak Maisarah selalu ligat memikirkannya.

“Sekejap

3 ulasan :

  1. anak aku yg minat tengok kartun ni..

    BalasPadam
  2. Itulah anak aku dan anak saudara adalah serupa tapi tidak sama. hehehe

    BalasPadam
  3. Saya ada cerita lukisan sponge bob yang kedua. tunggu!

    BalasPadam

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates