Ahad, 30 Oktober 2011

Ke Sekolah



Ah! Malam sudah rupanya. Jam yang berjenama KEMAS itu tepat di dinding menunjukkan jarum pendek di angka 10, manakala jarum panjang pula di angka 5, Jadi sekarang pula berapa datuk harimau, hehehe… Datuk harimau pula macam dalam cerita dongeng kanak-kanak dulu-dulu kala  pula. Cuba teka berapa sekarang? Tentunya pukul 10.05 malam kan. Jadi masa untuk tidur bagi seseorang kanak-kanak. Sebelum tidur apa yang diperlukan oleh kanak-kanak di bawah 6 tahun buat sebelum masuk ke dalam bilik tidurnya. Kalau anda seorang yang bijak sana, cuba berfikir sejenak di kotak fikir itu, pasti anda dapat mengengahkan idea-idea itu kan. Cewah..banyak cerita pula. Ya! Sekarang jam memasuki 10.06 malam, sudah 1 minit telah berlalu begitu saja tanpa masa yang tidak dimanfaatkan.


“Along!” teriak Nizam.

“Ya Ayah, ada apa ni, kenapa panggil Along dengan kuat ni, ayah tidak perlu panggil Along macam tu tau, macam Along ni pekak kah?” ujar Maisarah

Maisarah menunjukkan telinganya sambil menarik cuping telinga.

“Ayah! Along tidak pekak lagi lain lah dengan adik tu” cerita Maisarah.

“Kalau dah tahu Along tidak pekak, tolong dengar cakap  ayah ya”

“sekarang pukul berapa” Nizam tanyakan kepada Maisarah.

“Entah lah ayah, tak kan ayah tidak pandai tengok jam, Ayah ni pelik la. Kalau tak pandai tengok jam cuba tanya dengan umi tu, umi bab tengok jam memang umi pandai, Along pun belajar daripada umi” jawab Maisarah. Maisarah dengan lagak seperti orang dah besar walaupun umur baru 5 tahun.

“Umi tengok lah anak umi ni, sudah pandai menjawab pula, ni mesti belajar dari umi” jelak Nizam sambil menjeling kea rah Rosni.

“Kenapa dengan umi pula, tiada kaitan dengan saya tau!” balas Rosni.

“Ya lah anak umi” ujar Nizam.

“Along! Mana beg busuk tu, esok kan nak pergi sekolah umi? Nak pergi tak  Nizam mengarah Maisarah supaya mencari beg yang diberikan kepada Maisarah oleh sepupunya ketika umur Maisarah 3 tahun. Sudah 2 tahun usia beg tersebut di tangan Maisarah, kesan-kesan kekotoran dan kerosakan tidak kelihatan di badan beg tersebut. Sudah 2 tau.

“Nak lah, mesti lah nak pergi, kan Along dah besar” jawab Maisarah membilang nombor dengan menggunakan jari tangan kanan.

“One, two, tree, four, five…”

“Entahlah ayah, jap nanti Along carikan” sahut Maisarah, matanya melilau-lilau mencari beg sekolah yang berwarna biru gelap diberikan oleh sepupunya 2 tahun yang lepas. Masih lagi Maisarah mencari-cari jejak-jejak beg tersebut. Tiba-tiba Maisarah diam, diam tidak bermakna senyap, kata orang diam-diam ubi berisi, tapi Maisarah diam adakah berisi juga kah? Maisarah diam seribu bahasa. Diam Maisarah memandang, memerhati, tangan mencapai sesuatu..

“Sudah jumpa ayah!” teriak Maisarah dengan kuat sekali.

“Oh! Disini kamu menyorok ya, aku cari merata tempat kamu menyorok pula” bisik Maisarah menunjukkan beg sekolahnya sambil menyapu habuk-habuk kecil yang masih lega melekat di beg sekolahnya kepada Nizam..

“Yes! Yes! Along dah jumpa beg sekolah, tengok lah ayah, cantik kan beg sekolah Along ni” kata Maisarah. Sedang pada masa itu Rosni sedang melipat kain anak-anaknya dan kainnya hanya tersenyum gelagat Maisarah lalu menyampuk.

“Along! Lain kali barang Along tu simpan lah baik-baik tau, tidak pun simpan lah di atas rak tu” menunjukkan rak yang baru sahaja dibelinya di kedai Ah Chong beberapa bulan lepas.

“Tu almari siapa” tanya Rosni

“Almari Along lah, Almari siapa lagi” jawab Maisarah.

“Kalau tahu taka pa”

“Along sememang sudah tahu lama dah, sejak umi beli lagi” sinis Maisarah menjawabnya pertanyaan Rosni.

“Along, Along” Rosni mengeleng-geleng kepala, dia meneruskan kerja melipat kain.

“Siapa yang letak beg busuk di celah almari tu?” tanya Nizam yang masih berduduk di kerusi yang berwarna merah itu. Kakinya menjulur di atas bangku kecil yang diperbuat daripada kayu yang dibeli dari Thailand.

“Ayah! Takkan Along pula yang letak situ, kalau Along letak tidak pula Along susah-susah mencarinya, betul tak umi? Maisarah menjelaskannya kepada Nizam.

“Ya lah tu” sahut Rosni yang masih melipat kain baju yang telah dibasuhkan oleh Mak Mah semalam.

“Ayah! Nak buat dengan beg ini” Maisarah menunjukkan begnya.

“Ya Allah, nak buat apa lagi? Kemas lah buku dan pensil Along tu, kan esok pagi-pagi nak pergi sekolah umi kan? Jelas Nizam yang sudah berdiri sambil mencekak pinggang.

“Ya tak ya juga, kan umi sudah berjanji dengan Along semalam jika Along tolong umi buat susu untuk adik, Along dapat pergi sekolah, yeh! Esok dapat pegi sekolah” Maisarah memberitahu kepada Rosni.

“Betul kan umi”

Rosni mengangguk saja apa yang diperkatakan oleh Maisarah. Maisarah apa bila bercakap macam budak-budak yang sudah besar. Pada hal Maisarah baru hanya berumur 5 tahun, kalau diikut dengan umurnya pastinya tidak bercakap sedemikian rupa.

_____________________________________________________________________


Waktu pagi kelas pra sekolah riuh rendah dengan suara anak-anak kecil yang rata-ratanya masih berumur 5 tahun hingga 6 tahun.

Maisarah masuk kelas pra sekolah dengan membawa beg di galas di atas belakang. Ini adalah kali pertama Maisarah ke kelas pra sekolah walaupun umur hanya 5 tahun. Sedangkan kanak-kanak lain yang sudah berumur 5 tahun mendaftar dan belajar di pra sekolah.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates