Memaparkan catatan dengan label Bengkel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bengkel. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Oktober 2011

Cerita Hari Sabtu.

Hari sabtu adalah sabtu, bukan ahad aatu bukan hari yang lain. Hari sabtu adalah hari cuti bagi aku, Walaupun bercuti tetap juga seperti bekerja, makna aku sedang berbengkel, yang diberi nama "PROKSI", kali ini aku berbengkel 'penulisan puisi dan deklamasi puisi' di Bangunan SUK, Shah Alam anjuran eSastera dengan kerjasama kerajaan selangor. Ada kawan aku kata "apa faedahnya kau kau berbengkel seperti itu". Ikut hatinya, mahu saja dipanjangkan pendepatan ini, memang polos kawan aku tu! Jika zaman dulu kala, sajak adalah salah satu bentuk perjuangan kemerdekaan melalui mata pena terutamanya era-era Asas 50.

Berbalik kepada aku berbengkel pada hari ini, Intipatinya adalah kenapa perlu menulis puisi, ilham tidak penting, yang penting adalah prailham, yang penting adalah kita mahu menulis, seperti yang aku katakan post sebelum ini adalah jangan putus menulis, putus! kita mahu apa yang kita tulis mahu dibaca oleh orang ramai - drirwan


Rabu, 17 Ogos 2011

Sehari Sebelum Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432

Foto di atas adalah ketika saya berbengkel penulisan berita dan kritikan di capture dari suara keadilan.

Sebelum masuk bulan puasa, aku telah menghadiri satu bengkel penulisan berita dan kritikan anjuran esastera.com. Terus terang aku katakan disini, bengkel tersebut betul-betul menafaat kepada aku dan peserta yang lain barangkali. Seramai 20 orang peserta termasuk aku telah menghadiri bengkel tersebut. Aku diberi satu pendedahan tentang asas-asas penulisan berita dan kritikan yang telah difasilitator oleh wartawan berpengalaman iaitu Kalamutiara dan Fazallah Pit (ketua editor suara keadilan) yang lebih 10 tahun dalam media arus perdana.


Banyak maklumat-maklumat diketahui yang sebelum aku amat buta tentang penulisan berita walaupun ini aku pernah menulis sajak, cerpen atau skrip drama tetapi dalam penulisan berita ini tidak seperti menulis karya kreatif, ianya amat berbeda sekali.

Kata salah seorang fasilitatornya "menulis berita sama dengan menulis surat cinta" - itu katanya.  Dan katanya lagi penulis berita harus ada perasaan ego dan ganas.

Tapi menjadi kemusyilan bagi aku, kenapa foto aku saja dijadikan bahan berita di atas sedang lebih ramai peserta yang menghadirinya. Aduh! (saudara faham maksudnya kan)

Sebenarnya ada beberapa perkara perlu aku ceriterakan, namun apakah daya, malam hampir melabuh tirai.



~"Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan".

#Selamat Bersahur dan Mengerjakan Ibadah Puasa. Tingkatkan Amalan dan Perbanyakkan Sedekah.






 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates