Rabu, 2 November 2011

Duri - Durian

 


Pagi ini adalah hari sabtu minggu pertama. Hari yang tidak bekerja bagi Nizam. Begitu juga dengan Rosni. Rosni berada di dapur untuk menyiapkan sarapan pagi manakala Nizam seperti biasa waktu pagi yang dingin-dingin bila bercuti-cuti begini, dia pasti menonton rancangan Malaysia hari ini yang disiarkan di TV3. Daun pintu bilik tidur dibuka perlahan-lahan, tadinya rasanya Nizam menutup rapat daun pintu kerana tidak mahu menganggu dua beradik itu tudur dengan nyenyak. Semalam Maisarah tidur lewat, entah apa dia mainkan semalam.  Memang lah semalam ada drama tv untuk kanak-kanak ala-ala idola kecil.

“Durian!” teriak Maisarah yang keluar dari bilik tidurnya dan berdiri disebalik daun pintu bilik tidur, mata Maisarah masih lagi kuyu, di pipinya terlekat kesan-kesan air liur basi. Habibah juga terkejut terdengar teriakan Maisarah lalu terus bangun sambil membawa botol susu mendapatkan Maisarah lalu memeluknya kakaknya.

“Ish, kenapa adik ni peluk Along ni, pergi lah tidur” ujar Maisarah kepada Habibah sambil menunjukkan batal busuk. Tanpa berkata-kata Habibah terus mendapatkan batal busuk dan meletakkan botol susu lalu menjatuhkan belakang di atas tilam.

Ketika ini Rosni yang sedang menyediakan sarapan pagi terkejut lantas keluar dari ruang dapur.

“Kenapa Along” tanya Rosni tangannya memegang sudu.

“Tidak ada apa-apa pun, Umi! Along mimpi tadi rasanya nak makan durian la” jelas Maisarah.

“Oh nak makan buah durian rupanya, tak apa nanti petang suruh ayah beli. Adik mana?” tanya Rosni meluru ke dalam bilik tidur untuk memerhatikan Habibah.

“Tadi adik dah bangun tapi Along suruh adik tidur balik jadi sekarang dia dah tidur balik la” jawab Maisarah.

“Along pi basuh muka, lepas kita sarapan pagi, umi tengah buat kuih kesukaan Along, nak tahu tak? Apa umi buat?”

“Baik lah, apa umi buat ya” tanpa Maisarah.

“Cuba teka sebelum pergi basuh muka dulu, tahi mata bertepek, tak lawa lah anak umi kalau macam ni” ujar Rosni kepada Maisarah.

Lantas dijawab dengan serta merta oleh Maisarah

“Malas lah Along nak teka, seperti biasa bila setiap hari sabtu mesti buat kuih jeput-jeput atau lemping, betul kan? Maisarah masuk ke dalam bilik air untuk membasuh mukanya yang ada kesan air liur basi dan tahi mata itu.

“Umi!”

“Apa lagi” Rosni merungut.

“Kenapa paip ni tak ada air la” Maisarah bertanya kepada Rosni.

“Kenapa tak ada pula tadi umi masak air ada pun” jelas Rosni.

Rosni hanya tersenyum dengan kata-kata Maisarah tadi masuk semula ke ruang dapur.

Rosni terus ke bilik air.

“Patut lah, Along tidak buka dengan kepala paip tu, kan umi dah ajar pada Along hari tu kalau nak keluar air dari kepala ni kena pusingkan sebelah kanan bukan sebelah kiri, tahu tak?” jelas Rosni sambil membuka kepala paip tu.

“Ya lah, Along dah besar, biar Along buat, umi pergi buat kerja umi la” ujar Maisarah.

“Ish, budak ni”

Nizam hanya mendengar saja percakapan di antara anaknya Maisarah dan Isterinya Rosni, ketika ini Nizam masih lagi menonton rancangan Malaysia Hari Ini. Mata Nizam tekun menonton. Maisarah keluar dari bilik air terus meluru keluar ke ruang tamu.

“Ayah!” jerit Maisarah kepada Nizam.

“Ya!” jawab Nizam tanpa memandang kepada Maisarah.

“Ayah! Pandang lah Along ni, Along ada sesuatu yang penting nak bagi tahu pada ayah ni” beritahu  Maisarah di mukanya masih ada lagi kesan-kesan air.

“Ada apa, long” sahut Nizam yang masih lagi tidak memandang Maisarah.

“Ayah! Tolong lah pandang Along ni, Ayah ni macam tak nak dengar apa Along nak bagi tahu je” beritahu Maisarah.

“Jap ayah, Along kesat air dulu di muka Along ni, lepas ni kita sambung ya”  jelas Maisarah berlalu masuk ke dalam mencari tualanya. Tualanya tidak boleh sama sekali berkongsi dengan orang lain terutamany dengan adiknya Habibah.

“Adik! Tu tuala kakak lah, adik tak berhak menggunakan tuala kakak, guna lah tuala adik tu yang warna kuning berbunga” ujar Maisarah kepada Habibah yang kebingungan bila dia tersalah ambil tuala kakaknya Maisarah.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates