Hari ini sudah hari keempat posa. Perkara yang tidak boleh aku tinggalkan adalah rokok, seperti biasa sudah darah daging aku sejak 15 tahun lepas ketika itu umur aku 16 tahun barang kali, dalam tingkatan 4. Eh! Sebenarnya aku belajar merokok tingkatan 3 lagi masa hanya mahu belajar-belajar aje, remaja katakan mahu mencuba sesuatu yang baru, bila dikatakan baru, baru bermakna bergetah dan sedap. Jadi hidup remaja adalah sedap.
Sebenar aku bukannya setagih dengan rokok, aku sengaja mahu hisap rokok pun malahan aku pun memang suka hisap rokok terutama rokok-rokok yang diseludupkan dari indonesia terutama Nusantara, Surya dan gudang garam merah. Aku sengaja membeli rokok dari peniaga yang tidak pernah membayar cukai eksais pun.
Apa ni bulan posa aku bercerita pasal rokok. Melalok dah!
Hari ini juga anak bongsu aku, Muhammad Ameen Hafiz sudah menjangkau 4 bulan usia, semakin hari semakin cerdik pergerakan dan tingkah lakunya. Tapi paling tak tahan bagi aku adalah Ameen Hafiz jenis menjaga malam, kalau lawan dengan kucing bab menjaga malam rasanya kalah kucing. Kalau setakat menjaga malam sahaja tak apa, aku bukan kisah sangat pun,
Masalahnya 'menangis'.
Ada kisah 'tangisannya'
sambung lain kali......
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan