Isnin, 8 Ogos 2011

Orang Kerajaan dapat Bonus.

Di dalam dunia yang fana ini apa yang dimahukan lagi oleh setiap insan yang digelarkan manusia kalau bukan kerana wang, zaman sekarang ni segala-gala adalah wang. Hinggakan air suam di kedai mamak mahu dikiranya RM 0.30.


Sampai semasa dalam meeting pagi tadi, bos aku siap memperkenalkan program MLM yang join, siap tunjukkan carta piramid, berapa point yang dapat, (macam lah aku tak tahu sangat MLM, aku pun pernah join MLM tapi itu dulu) dalam waktu kerja, dia boleh bagi ceramah tentang produk, memang aku benci betul bila orang bercerita pasal MLM. aku ada tragisnya! kalau ikut pekeliling perkhidmatan ianya menjadi satu kesalahan dalan perkhidmatan kerajaan, namun apakah daya wang adalah segalanya

Sebenarnya aku bukan mahu berceritakan tentang wang tapi sebagai syukurnya menjadi kakitangan awam. Pastinya anda sudah menjangka kan? tidak lain dan tidak bukan adalah apa yang diumumkan oleh PM kita kan semalam, Bonus!

Bonus! kira Alhamdulilah juga bagi penjawat awam. Setengah bulan gaji. Untunglah yang gaji besar, yang gaji kecil sedikit sahaja tidak seperti sebelum ini. Sejak tahun 2008, bantuan khas kewangan RM 500 dan tahun ini adalah bonus, kiranya ekonomi negara makin kukuh.  ini adalah yang terbanyak. Lepas ini mesti ada penyelarasan.transformasi gaji pula keh keh keh.

Mesti ramai kakitangan awam sedang berkira-kira apa yang nak dibelanjakan, nak shopping apa ya?, ada yang servis kenderaan!. Maklum lah bulan ramadhan dah nak masuk separuh jalan, jadi persiapan menyambut kedatangan bulan syawal pastinya meriah dengan pemberian duit raya oleh kerajaan.

Semalam selepas solat terawih, sengaja lepak di Kedai kopi Bashir(mamak), sambil mengeteh tu ada bersembang-sembang dengan ada seorang pak cik, aku kira umurnya lebih kurang 60-an barangkali. katanya bekas tentera sekarang kerjanya sebagai pak guard. Anda faham apa itu pak guard kan? katanya(2 kali perkataan ini)

"untung kerja kerajaan ni, dah lah dapat duit raya, kerja pun releks"
"tapi aku rasa lah, ni nak pancing undi, mengundi dah dekat ni"

aku hanya mendiamkan diri saja, malas layan orang begini, makin dilayan makin menjadi. Kita sebagai orang muda harus bersabar(kerana bulan ramadhan al mubarak) tingkah laku orang-orang tua, paling penting kita harus menhormati orang tua, biasanya orang tua sangat sensitif, tegur sikit dah merajuk. busuk lah bila orang tua merajuk. gelinya!

Ini masalah dengan orang kampung, bila kerajaan bagi sedikit kata nak pancing undi..ish... anda tahu kan ekonomi negara makin stabil sepatut rakyat patut bersyukur apa yang telah diberikan oleh kerajaan, ini tidak,  asyik nak membangkang saja, ada kala kita sepatut menjadi pak turut.

Kredit foto delour87.blogspot.com
#kata kawan aku dah tua-tua pun mahu duit raya juga...pade doh la.

Ketika ini lagu raya sedang berkemandang keudara...layan dulu....

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates