Ahad, 7 Ogos 2011

Hari kelapan berpuasa

Hari ini sudah lapan hari umat islam berpuasa Ramadhan Al-Mubarak, aku bersahur seperti hari-hari sebelumnya, nasi puteh, telur masin dan sedekit kuah.  Kepada yang menjalankan ibadat puasa semoga selamat menunaikan, ianya wajib lancar, jaga semuanya pancaindera kita, samada mata, teliga, hati, tangan, kaki, syahwat dan apa-apa lagi bukan hanya sekadar menahan dahaga dan lapar. dan (banyak dan pula aku tulis ni) apa yang paling penting harus mendapat barakah yaa.

'Barakah" Apa itu barakah?

Secara umumnya barakah adalah memohon RESTU dari Allah swt agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang. Barakah ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah swt. Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati rezekinya, maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi barakah kepada seseorang itu.

Aku bukan mahu bercerita tentang keberkatan, aku bukan ustaz yang layak diberikan ceramah, kepakaran aku bukan bidang keagamaan tetapi persembahan pentas. aku sekadar berkongsi rasa apa yang terlintas dihati. Aku ada cerita sempena bulan puasa, kisahnya berkisar dipejabat aku, aku perhatikan selama 8 hari berpuasa ni, ini bukan nak mengutuk atau mengumpat ini betul-betul tau ada sebilangan rakan sepejabat aku ada yang berpuasa tapi tidak bersolat walaupun sesetengah usianya menjangkau lebih 50 tahun, aku tidak pernah bertanya kepada mereka ini, silap tanya boleh cari gaduh, mereka ini kaki gaduh, kalau dah bermasam muka, berbulan-bulan tidak bertegur sapa. Tu lah aku tidak gemar menegur atau menasihati sesiapa kecuali isteri dan anak-anak aku lain,  yang lantak lah. aku tak kisah, Ah! ada aku kisah!

aku ada terjumpa sumber dari http://sobahicairo.blogspot.com/ mengenai berpuasa tapi tidak solat,

"Manakala orang yang berpuasa, sekiranya dia menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum dan syahwatnya, maka puasanya sah dan tidak batal walaupun dia telah mengerjakan perbuatan-perbuatan maksiat seperti menipu dan meninggalkan solat. Akan tetapi, walaupun sah ibadat puasanya, adakah ia diterima dan diganjari pahala daripada Allah SWT"

Ooops! Di pejabat aku ada seorang tu hamba Allah dengar-dengar dah masuk tarekat entah tarekat mana aku pun tidak tahu malas pula aku nak tanya pun, kalau tanya nanti kena tempeleng pula maklum dia ni jenis panas baran sebelum dia masuk tarekat sekarang tak tahu pula, setahu aku dimalaysia ada 2 tarekat je yang diamalkan tarekat naqsyabandiyah dan tarekat ahmadiah, sebenarnya ada banyak lagi. Bab ni aku tak nak komen memang aku tak tahu apa-apa amalannya tetapi aku ada sedikit pengetahuan aku tentang tarekat ni melalui pembacaan.

Catitan ini bukan ada apa-apa pun aku cuma mahu memberi latihan minda agar terus menulis, kata Hashi Hashim"Jangan putus menulis"

Untuk anda yang sedang menjalankan  ibadah puasa. Kukirimkan foto ini.


Kredit photobucket badankuwangi

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates