Teratakerapung atau nama sebenar adalah Teratakerapung boleh cari di Fesbuk atau twitter, dan juga adalah anak jantan, mempunyai sembilan abang, kakak dan adik dilahirkan di Kampung Pendek (sebut betul-betul nanti kena pelanting), Kota Bharu Kelantan pada tahun kuda belang dan dibesarkan kampung Sungai (orang kampung panggil sa'to) , Jeli, Kelantan.
Saya mendapat pendidikan awal pada tahun 1986 - 1991 di Sekolah Kebangsaan Legeh (keturunan kerabat Raja Legeh barangkali). Manakala pendidikan menengah pula diperolehi di Sekolah Menengah Ayer Lanas, Jeli (1991 - 1996) dan Sekolah Menengah Dato Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah, (1997 - 1998)
Hampir 3 tahun saya berkelana sendirian dalam Gua Stan (saudara memang tak kenal pun dimana tu) sebelum mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dalam Performing Art (Drama) walaupun saya jarang melakukan persembahan pentas dari UM (2001 - 2004). Sekarang bekerjaya sebagai kuli
.
Saya mula bergiat dalam kesenian dan kesusateraan secara perlahan-lahan dengan menyertai Festival Seni Universiti Malaya, Festival Teater Kuala Lumpur, Festival Teater MAKUM, dan terlibat juga dalam pementasan teater “Menanti Perang Berakhir” arahan Kamarul AR di bawah Majlis Teater Negeri Selangor dengan kerjasama kerajaan Negeri Selangor. Sekarang malas dah nak main teater penat nak training balik sampai 2, 3 pagi. Penat woi!
Mula terlibat di dalam penulisan dengan menulis di alam siber pada 2002 setelah mengenai Dahri Zakaria, Mahyudin musa, Jimadie Shah Othman, Wan Azman Wan Mamat, Ahjan Ahzana dan beberapa penulis muda tersohor ketika itu. Pada ketika saya berkarya di comunityZero/penyair dengan nama Matyobomoh.
Pada tahun 2008, saya kembali semula setelah masuk tarekat (rahsia tarekat apa untuk tujuan keselamatan?) dengan nama Teratakerapung yang lebih cenderung dan aktif kepada penulisan puisi absurd, di samping cerpen dan skrip teater dan radio di alam siber terutamaya di laman web esastera.com dan kapasitor.net.
Beberapa puisi saya pernah tersiar dalam Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Majalah URTV, Majalah Sastera.net, terbaru 2 puisi dimuatkan dalam Antologi “Musibah Gempa Padang” dan surat pembaca pernah tersiar di dalam majalah Tunas Cipta.
Pada tahun 2008, saya memenangi tempat kedua dalam ‘Sayembara Menulis Puisi Permatang Pauh’ hadiah sastera siber 2008(HESCOM) dengan puisinya ‘Biarkan Lah Bulan Mengembara’ serta mendapat Anugerah Dramatis Sastera Siber(ADMAS) pada Hescom 2009 (Biarkan Lah Bulan Mengembara – Adaptasi dari sajak), tempat kedua Sayembara Puisi Gempa Padang(Derita Padang dan Simpati Aku) dan yang terbaru saya menangi peraduan menulis skrip drama Feb – Mac 2009 anjuran esastera.com komuniti dramatis.
Diberi tanggungjawab oleh Unit Latihan Jabatan Kerajaan menyelaraskan beberapa Naskhah buletin bulanan merangkap editor bersekutu. Pernah menjadi fasilitator untuk Bengkel Seni Persembahan Boneka(puppet) untuk guru-guru tadika serta fasilitator Sastera dan Budaya – PLKN sejak 2009 sehingga sekarang.
Saya aktif mendeklamasi puisi Bulan Kemerdekaan dan Bulan Bahasa 2009 dan 2010peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan peringkat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi(MECD) 2006 dan 2007.
Pada tahun 2009 saya menghadiri ‘Nusantara Poetry Gathering’ anjuran PENA di Dewan Bahasa Pustaka dan Rumah PENA (22-32 November 2009). Pernah menghadiri kursus penulisan novel anjuran Puan Ainon UNIKA PTS. Sekarang ini tengah mencari kegilaan untuk menulis. Pernah juga mengikut bengkel penulisan berita dan kritikan, bengkel penulisan skrip drama tv bersama Penulis skrip drama Nur Kasih. Seperti saja mahu jadi penulis bebas(boleh kaya kah?)
Mula berblog pada tahun 2007 dan secara aktif pada penghujung tahun 2009 dalam esasterawan.net dan blogspot.com.
Ahad, 14 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan