Novel kasino adalah salah satu daripada beberapa buku yang dibawa pulang dari pesta buku Selangor yang lalu, Aku beli sendiri dari tangan pemilik FIXI sendiri Amir Muhamad bukan dari penulisnya, sebab masa tu aku ke pesta buku Selangor pada hari bekerja, kenapa aku pesta buku pada hari bekerja sebabnya aku tahu pada hari bekerja mungkin ulat-ulat buku tidak ramai, kerana memang tidak suka ramai orang sebab itulah aku juga menyewa rumah dihujung kampong, memang aku tidak suka kehidupan dibandar walaupun mencari rezeki di Bandar, keterpaksaan barangkali, berapa banyak barangkali ini.
“kau ingat lagi belajar add mate ke? Tentang kebarangkalian, sudah lah tu subjek tu sudah ketinggalan zaman”.
Mungkin penulis tiada itu adalah firasat aku lah.
Selepas 2 minggu aku membeli buku ini Pertama kali aku membuka balutan novel kasino adalah memandang kulit belakang membaca synopsis atau mungkin cebisan dari ‘content’ novel ini. Perkara menjadi kebiasaan bagi aku bila menelaah sesebuah buku, memang tabiat aku begini agaknya, orang lain aku tidak tahu tabiatnya, barangkali serupa atau tidak. Baru buka balutan tau bukan baca lagi. Aku membelek-belek saja novel ini,
“Kau ini nak resensi novel kah atau mahu berbicara tentang apa?” Panjang pula Intro.
Baiklah aku baharu(perkataan yang digunakan oleh RTM) saja usai menelaan novel Kasino dari penerbitan FIXI ( kata empunya Fixi, perkataan Fixi berasal dari bahasa indonesia, ‘fiksi’ betul kah, aku pun tidak tahu, aku bukannya pakar bahasa pun nak kajian tentang penggunaan perkataan ini, lantak lah dia orang nak letak apa-apa pun yang penting dia orang selesa dengan gelaran tersebut. Tapi aku tak kisah pun, terus terang aku katakan bahawasanya bila selesai menelaah buku ini aku berasa puas hati dengan jalan ceritanya sesuai dengan matlamat penerbitan fixi itu sendiri untuk masyarakat urban, Fixi, kamu adalah golongan yang sangat kreatif, walaupun gaya bahasa agak kelam kabut, mungkin aku sangat sensitive dengan gaya bahasa begini kerana ianya banyak menggunakan perkataan slanga barangkali, ah! Masih lagi dengan perkataan barangkali, macam mana aku nak hilang perkataan ‘barangkali’ asyik tertulis sahaja.
Begini sebenarnya aku menelaah novel ini mengikut keadaan kelapangan. Seperti aku menelaah buku-buku yang lain samaada fiksyen atau non fiksyen ianya bergantung kepada situasi sama ada di rumah atau kadang kala aku juga menelaah di pejabat tatkala kerja-kerja pejabat tidak banyak, biasa lah kerja kerajaan memang tak banyak pun, malahan pula aku kerja dalam unit latihan lagi lah tidak banyak, kalau nak ‘busy’ pun bila ada kursus atau bengkel. Pada suatu ketika, aku juga membelek-membelek helaian novel karya saifulizan tahir pada mesyuarat, kerana ada hari tersebut ada merasakan terlalu boring menghadiri mesyuarat, kenapa terlalu boring? Aku ada sebabnya! Anda semua di luar sana tidak perlu tahu.
Baik lah! Berbalik kepada novel Kasino ini, novel ini ada beberapa bab atau penulis cuba menerangkan dalam pecahan hari mungkin penulis berpendirian watak ‘aku’ atau Datuk Mohd Narcissus Yussof melalui syarikatnya yang perlu menjelaskan bayaran sebanyak 3.8 juta kepada YAYAT dalam masa 2 minggu , jadi aku menelaah novel ini bukan 2 minggu tau, aku menelaah satu bab habis aku tinggal 2, 3 hari, lepas tu sambung bab 2 pula dan seterusnya, hingga ke puasa ke 13 baru habis.
Banyak perkara baru selepas usai membaca novel ini bukan kerana gaya penceritaan yang menekan ‘orang pertama’ dengan watak ‘aku’ tetapi banyak istilah atau jenama aku tidak tahu, seperti chest drawer, bulletin place dan banyak lagi letih nak disebutkan sendiri kalau nak menelaah sendiri, sesuai dengan pendekataan urban oleh fixi, penggunaan blackberry, facebook, email, sms, mac book dan apa-apa pun yang berkaitannya amat janggal dengan diri aku yang serba kekurangan dalam teknologi. Malahan penggunaan perkataan celupar seperti pundek dan pukimak masih menghantui diri watak ‘aku’, seperti aku katakana sebelum ini kurang meminati perkataan begitu mungkin dalam penghidupan aku tidak pernah menggunakan perkataan seperti itu walaupun aku ada perasaan marah sekalipun.
Ada beberapa ‘scene’ yang aku suka lihat gaya penulisan penulisnya banyak bercerita gaya monolog dalaman, maksudnya disini ‘aku’ suka berkhayal sendiri barangkali selepas sesuatu kejadian yang berlaku. Watak ‘aku’ betul-betul menonjol walaupun semuanya gaya mengangkat ‘ekor’ sendiri. Tapikan aku kurang bersetuju dengan ‘scene’ adik salmah berhelmet datang ke pejabat ‘aku’ dengan memukul datuk ‘aku’, memang tak logik langsung, seorang datuk dibelasah oleh seorang budak hingusan lepas si datuk ‘aku’ buat laporan polis’. ‘Budak tu apa cerita’? Kalau ikutkan pengalaman aku pernah membelasah orang, seperti adik salmah tu sepatut dah kena ordinan orang-orang bangsat. Maafkan ya penulis cerita urban kasino, ‘scene’ tu mengarut! Scene lain aku boleh terima walaupun bergemulang perempuan samaada GRO atau perempuan simpanan, arak dan penipuan atau judi.
Satu lagi berkaitan dengan situasi berkaitan dengan golf, watak-watak ‘aku’, rizal, mazli dan colonel bermain golf, walaupun mereka tersebut bermain golf dengan menggunakan buggy dan adanya caddy, takkan tak ada seorang pun yang bertindak sebagai marshall pun, itu yang peliknya, biasanya setiap golf club biasanya akan ada marshall yang menentukan berapa lubang dan berapa bola kita nak main, ini adalah pendapat aku lah. Dan penulis tak bercerita pula kehebatan watak ‘aku’ pernah dapat ‘hole in one’ baru nampak ‘aku’ itu hebat. Jadi ‘aku’ hebat dalam perempuan, penipuan dan arak sahaja. Hahaha…
Bagi aku satu kesilapan jika penulis cuba menyampaikan dakyahnya melalui novel ini bahawasanya buat dosa tak kira lah dosa besar atau dosa kecil walaupun aku pun pernah buat kesilapan, lepas tu solat tak kira solat fardu atau pun solat sunnat, jika solat itu boleh menghapuskan dosa-dosa tersebut mungkin ianya satu kesilapan. Selepas bersenggama, atau minum arak lepas tu solat. Itu baru solat bukan lagi berkaitan dengan hokum-hakam lagi. Apa dakyah benarnya? JAIS tak kisah kah ini? Jangan hanya pada syiah dan gereja sahaja! Maaf aku bukan mahu mengajak JAIS mengambil tindakan. Sekadar apa yang terlintas.
Dan bagi aku lah akhirnya punca segala kisah ini adalah berkaitan dengan politikus, dengan Datuk Mohd Narcissus adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya yang banyak bergantung kepada kerja-kerja kontrak atau tender-tender kerajaan, ini adalah satu kesilapan bagi Datuk Mohd Narcissus, kerana bila scenario politik bertukar angin ini menjadi masalah kepada kontraktor seperti juga berlaku di luar sana, moralnya adalah jangan bergantung kepada kontrak kerajaan, hahaha…walaupun kontrak memang banyak untungnya, disitulah silapnya. Itu baru bertukar kerajaan sebuah negeri, tidak lagi bertukar kerajaan sebuah Negara. Dalam kontrak kerajaan sebenarnya, kalau bertukar ketua jabatan atau pegawai sudah menjadi masalah kepada kontraktor terutama kontraktor melayu, ini pula bertukar angin rakyat.
Terus terang aku katakan ceritera ini seakan realiti, real beb!
Habis cerita dah!
Sekian sahaja sebuah celupar yang selalu berhedonisme tentang sebuah KASINO
#Maaf aku tak pandai nak berkritik atau bereview pun.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan