Sambil menunggu sahur tu tak tahu nak buat apa, aku buka lap top dan mahu juga updated blog yang penuh dengan sarang labah-labah ni, aku seperti mahu bercerita tentang apa pun tak tahu, jadi aku pun menulis apa yang terlintas dikepala. "Drama. Drama maksud aku adalah skrip teater atau tv, drama radio kurang minat.
Sebenar aku bukan pandai buat skrip ni walaupun pernah belajar buat skrip teater dan tv ketika menuntut di Universiti Malaya lewat 2003. Itu dulu. Perkara lama. Kata orang perkara lama tidak perlu dibangkitkan lagi. Nama sejak kebelakangan ini gian aku menulis skrip menjadi-jadi, entahlah tidak tahu kenapa? Barangkali ada sesuatu kot?
Dulu pernah juga berangan-angan mahu menghantar skrip aku yang tak seberapa mengancam ni untuk mana-mana production house, namun setelah diberitahu oleh 'kawan' aku
"Kau berhati-hati bila berurusan dengan penerbit"
Lewat 2010 aku pernah menghantar beberapa proposal kepada penerbit, namun proposal direject. Disebabkan itu aku sudah malas nak menghantar proposal lagi, lebih baik aku menulis untuk dipostkan di laman sesawang http://www.esastera.com/ dapat juga anugerah. aku pernah dinobatkan dramatis siber 2009 dan 2010.
Aku cebiskan sebuah drama pendek 30 minit yang diberikan title 'POK KO'
ACT 1
Scene 1
Di atas pentas kelihatan dua lelaki kacak sedang duduk di atas bangku. Cahaya lampu kemerahan memancarkan ke arah mereka. Mereka bersembang.
KALAM : (memerhatikan ke atas) Apa nak jadi sekarang? puisi boleh dianggap senjata, orang tua seperti Pak Samad boleh dianggap musuh. Hairan bin Ajaib!
PEJA : (bangun) Apa yang hendak dihairankan sangat, setahu pengetahuan cetek aku ini kalau tak silap lah di negara jiran kita, Indonesia khususnya, W.B Rendra atau Pram pernah dipenjara kerana buku-buku puisinya. Tidak ada keajaibannya. Kerana di sini politikus adalah politikus, seniman adalah seniman. Seniman harus perlu menjadi pok ko kepada politikus.
KALAM : Tapi aku kesian kepada orang setua Pak Samad itu kenapa boleh dikenakan waran tangkap sebegitu rupa. Apakah lagi yang mahu dikejarkan oleh Pak Samad selain daripada kebersihan, keadilan dan kebenaran.
PEJA : Barangkali dalam perjuangan Pak Samad erti kata kesian tidak ada wira seniman seperti Pak Samad. Aku juga ada terdengar cerita-cerita khayalan. Seorang anak murid kepada Pak Samad bercerita, Pak Samad telah diperalatkan oleh orang-orang politikus dungu.
KALAM : Siapa yang bilang begitu? Rendah sungguh intelektual. Aku kira Pak Samad boleh dianggap wira seniman dalam mengkritik sistem politik yang lebih adil dan benar barangkali. Pak Samad boleh juga disamakan seperti Pak Samad Ismail seorang tokoh wartawan yang pernah ditahan tanpa bicara.
PEJA : Adalah. Biarlah rahsia, nanti pula aku ditahan SB, kamu tengok disini sahaja berapa CCTV yang ada, dan tapi apa yang paling aku takutkan adalah musuh dalam selimut. Aku setuju dengan kau tu, kedua-dua pangkal perkataan yang sama, SAMAD. Hahaha...bila kau sebut pasal Pak Samad Ismail aku teringat pula dengan Dr Burhanuddin Helmi, tokoh politikus terkenal negara. kesian juga aku kepadanya.
KALAM : Kenapa kau kesian pada Dr Burhanuddin Helmi tu, dia kan sudah lama meninggakan kita? Kau ni memang suka mengimbau nostalgia. Bukan kah Dr Burhanuddin Helmi ada meninggalkan nama di Taman Tun Dr Ismail?
Tiada ulasan :
Catat Ulasan