Isnin, 4 Julai 2011
Jejak Ana yang tidak gagalnya
Bukan
Jejak Ana Bersama Bulan Jingga
Yang Masih Gagal
Menjadi Senja Sejak Dari Dulu Tapi
Di Mana Bulan Jingga Ana?
Hadiah itu seperti puteri pinokio,
bumi Vienna puncanya yang gagal mentafsir kisah jujurnya cinta
Kamu tidak rakus dengan mencium
juga bersuara malahan masih melelapkan hati
lalu aku mati bersama objektif hidup
Seperti biasa-biasa apa dijangka adalah bulan yang berjaya
rupanya menjunam seperti angin-angin yang tiada,
barangkali ada perselingkuhan
dan kebantahan serta kemandulan yang sengit.
Adus!
Bulan jingga itu susah didekati
walaupun dalam sepi
Kamu kata
“aku bijak tapi tidak menghayati”
lalu jejakmu terus berkembang
Semenjak dari keterbalikan itu,
agak lama aku berdiri,
aku hilang seri dan seni,
namun harus juga menjadikan ia satu perjalanan,
selepas itu kaki rodaku juga semakin perlahan
dan tidak bergerak.
Kejam! Kamu telah robohkan semua tentang keadilan,
kedamaian,
kewarasan dan keunggulan
Semalam mimpiku tentang “Ana! Dimana bulan itu?”
“Haruskah aku kembali”
Ragu-ragu rupanya ada disini antara 2 cabang
Pertama adalah kenikmatan dan kedua adalah pernafasan.
Jalan Bellamy, Kuala Lumpur – Tasik Biru, Kuang.
Label
Sajak
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan