Disalin daripada website Dewan Bahasa dan pustaka.
LATAR
BELAKANG
Sayembara Menulis Skrip
Drama Pendek diadakan untuk menggalakkan penghasilan skrip drama yang
berkualiti di negara ini khususnya dalam kalangan generasi muda dalam usaha
mengembangkan dan memperluaskan khalayak sastera.
Penganjuran
sayembara ini akan diikuti dengan pementasan
5 karya terbaik hasil sayembara ini melalui Festival Drama Pendek yang akan diadakan pada penghujung November
2011.
Sayembara
merupakan satu alternatif untuk mempergiatkan usaha menangani masalah
ketandusan skrip di Malaysia. Di samping itu, sayembara ini bermatlamat untuk menyemarakkan
serta mempopularkan drama pendek dan menjadikan Stor Teater DBP sebagai pusat
kegiatan dramatis muda tanah air.
SYARAT PENYERTAAN
· Peraduan ini adalah untuk skrip yang ditulis dalam bahasa Melayu dan
terbuka kepada semua warganegara Malaysia;
· Tema skrip adalah bebas, walau bagaimanapun, penulis digalakkan untuk
menampilkan isu-isu semasa yang boleh meningkatkan jati diri bangsa dan
nilai-nilai murni dengan mesej yang dapat mendidik dan membangunkan minda
masyarakat. Naskhah yang ditulis juga hendaklah berlatarkan negara dan
masyarakat Malaysia serta tidak mengandungi unsur-unsur perkauman, sensitif,
lucah dan boleh menimbulkan kegelisahan atau perasaan kurang senang kepada
pembaca;
· Naskhah yang dihantar mestilah karya yang belum tersiar di mana-mana sama
ada dalam bentuk cetakan, stensilan dan belum diterbitkan oleh mana-mana pihak
sebelum keputusan diumumkan;
· Nama dan alamat peserta tidak boleh tertera pada naskhah yang dihantar.
Butir-butir tentang penulis mestilah ditaip hanya pada borang yang disediakan
sahaja;
· Panjang sesebuah naskhah mestilah sesuai untuk pementasan selama tidak
lebih daripada 30 minit dan ditaip langkau dua baris;
· Peserta dibenarkan menghantar tidak lebih daripada lima (5) buah naskhah
skrip;
· Keputusan panel adalah muktamad. Walau bagaimanapun, sekiranya karya yang
dihantar itu ternyata diciplak, penyertaan dengan serta-merta terbatal dan
hadiah yang diterima hendaklah dikembalikan semula oleh peserta kepada pihak
penganjur;
· Peserta mestilah bersedia untuk menandatangani sebuah dokumen undang-undang
yang mengesahkan keaslian karya yang dikirimkan sekiranya perlu. Urus setia
berhak untuk meminta sebarang keterangan lanjut berhubung dengan karya
tersebut;
· Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat tidak akan
dipertimbangkan;
· Hak cipta karya drama dipegang oleh penulis sendiri. walau bagaimanapun,
penulis hendaklah memberi hak izin kepada pihak penganjur untuk mengurus penerbitan
secara elektronik, mekanik, rakaman, pementasan dan sebagainya bagi pihak
penulis khususnya bagi karya-karya yang memenangi hadiah;
· Pihak penganjur mempunyai hak untuk menyunting karya yang diuruskan
penerbitannya bagi pihak penulis;
· Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan
naskhah yang dikirimkan melalui pos. Tanda penerimaan akan dihantar oleh Urus
Setia bagi setiap penyertaan yang diterima;
· Karya yang dikirimkan tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihatkan membuat
salinan naskhah tersebut sebelum menghantarnya kepada Urus Setia;
· Ahli Urus Setia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Sayembara ini.
HADIAH
Tempat Pertama
|
Wang Tunai RM2,000.00
Sijil Penyertaan
|
Tempat Kedua
|
Wang Tunai RM1,500.00
|
Tempat
Ketiga
|
Sijil Penyertaan
|
Peruntukan sebanyak RM2,000.00 diberikan untuk
pementasan 5 skrip terbaik di Festival Drama Pendek anjuran DBP pada penghujung
November 2011
|
SAYEMBARA
MENULIS SKRIP
DRAMA PENDEK
2011
Anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka
TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
15 NOVEMBER 2011 (SELASA)
Hantarkan
penyertaan kepada:
Urus Setia,
Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek,
Bahagian Promosi dan Pengiktirafan,
Aras 25, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA
LUMPUR.
Sebarang
pertanyaan, sila hubungi:
Zaiton
Hussin : 03 – 21482922
zaiton2@dbp.gov.my
Nurul
Aina : 03 – 21482914
nurulaina@dbp.gov.my
No. Faksimile :
03 – 2142 2029
Tiada ulasan :
Catat Ulasan