Khamis, 3 November 2011

Salam Aidil Adha dan Pelbagai Sinopsis



Bulan ini adalah bulan november dan juga bulan dalam calendar islam  adalah zulhijjah  hari raya haji, ada juga orang kata hari raya qurban/korban, tapi yang paling jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat adalah hari raya adil adha dan dalam bahasa arab Eid Ul-Adha.
Pada tahun ini aku tidak pulang ke kampong berhari raya, namun begitu aku tetap juga beraya di Kuala Lumpur. Jadi sini aku ucapkan selamat menyambut selamat hari raya adil adha kepada seluruh umat islam di dunia. Mek! Maafkan orghe kerno tak leh kelik kampong. Sedih eh!
Bulan november juga merupakan bulan musim hujan, bila dah hujan terpaksa aku berkurung di dalam rumah, tidak keluar kemana-mana, nak melepak di kedai mamak pun susah bukan susah sangat pun tapi malas nak keluar dengan kereta, sebab aku lebih suka bermotor walaupun dengan motor buruk aku. Bila aku dah tak keluar ke mana-mana sama ada ke kedai mamak atau ke mana-mana saja, terpaksa lah aku tidur awal, faham faham lah ye. Kalau pun tidak tidur awal aku akan mengadap lap top lama untuk korek-korek sebuah ilham atau idea untuk my pitch, dan beberapa sinopsis untuk the mushread. Salah satunya adalah Bulan Jingga Untuk Ana, Biarkan Bulan Mengembara dan Katanya Kau Mahu Bercinta. Itu baru sinopsis, kalau dah dilulus oleh penerbit, baru boleh menulis dengan tekun.
Kenapa faham begini kalau mahu menggarapkan sebuah sinopsis sama ada novel atau untuk menulis skrip drama harus dimulai  dengan gagasan melalui penentuan tema, sinopsis atau storyline merupakan pengembangan/plot jalan cerita utama melibatkan watak dan perwatakan sama ada protagonist, antagonis, permasalahan yang mempergaruhi plot cerita termasuk juga sub-sub plot yang berkaitan, permasalahan tersebut akan mencapai titik tolak dimana klimaks dan akhir sekali penyelesaian.
Betul ke macam ni makna sinopsis sesebuah cerita?
Kalau salah tolong tunjukkan, aku masih baru dalam pembikinan dunia ini.




Tiada ulasan :

Catat Ulasan

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates