Ahad, 4 November 2012

Cerpen : Membongkar Takdir




Kamarul AR yang dititiskan dikalangan aktivis-aktivis kebudayaan dan kesenian di negara ini. Dia adalah seorang aktivis teater yang tidak diberikan peluang untuk mengembang bakatnya secara prolifik.
Seperti biasa nada ring tone telefon bimbit saya  berbunyi. Saya mencapai telefon bimbit, didada telefon itu tertera ;
Salam, Sila hadir ke Sekolah Rendah Kebangsaan Alam Shah(2), Petaling Jaya, berdekatan dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya  ada taklimat teater Menanti Perang Berakhir, saya akan libatkan anda sebagai pelakon, sila hadir pukul 8.30 malam. Terima kasih.
Benak fikiran saya  berbisik sendirian “Adakah saya masih boleh berlakon lagi, maklumlah sudah lama tidak  terlibat dalam dunia teater ini. Saya kira sudah hampir 6 tahun meninggalkan pentas teater setelah menamatkan pengajian di Universiti Malaya, perkara ini betul-betul mengacau jiwa, tapi memungkinkah juga saya akan menolak tawaran ini, ketika ini dada saya tergetar-getar, syahwatnya merasa lain macam jer.”

************************************************************************************
Saya masih beromong-omong kosong dengan pak guard sambil menjerling jam di dinding pondok guard itu jam sudah 9.30 malam masih juga tidak nampak kelibat bayang-bayangnya. Dia selalunya akan mendahului daripada orang lain tapi kenapa hari ini tidak muncul-muncul lagi.
Saya lagi mengeluh kecil “Aduh!, ini bawa bikin panas.”
Selalunya dia akan datang awal tak kira apa-apa program atau mesyuarat dihadirinya, paling tidak pun sepuluh minit lebih awal seperti yang dijanjikan olehnya melalui sistem pesanan ringkas(SMS) itu.                                                                                                
Suara kecil aku masih lagi berantakan “Inilah melayu, kalau dah nama melayu sememang melayu, suka sangat dengan janji-janji yang suka buat janji tetapi tidak menepati masa yang telah dijanjikan, dahlah hati semakin hari, semakin berantakan dengan pelbagai masalah di pejabat.”
Jam 10.00 malam dia baru menjengukkan bayangannya diperkarangan Sekolah Rendah Kebangsaan Alam Shah(2), dia keluar dari kereta dan membuka mulut
“Kenapa masih lagi berselerakkan disini? Jom ke kantin!”
Benak kecil saya berbisik sambil melangkah kaki ke kelas “Dah lah dia datang lewat, sedap mulut dia jer hendak marah-marah orang, mulut tak ada insurans barangkali.”   

************************************************************************************
Saya duduk bersila sambil menatap skrip drama pentas ‘Menanti Perang Berakhir’ karya Muhaimi Sulam adaptasi Kamarul AR dibelek-belek helai demi helai.
“Saya tidak faham apa cerita di sebalik skrip sememang begitu tebal ini” bisik hati saya.
Halim yang diberikan memegang watak Akmal yang berada di kanan saya, Milyana pula yang memegang watak Lydia duduk bersila di sebelah kiri  saya. Saya merenung dia matanya mula bercahaya, dahinya licin ada sedikit minyak barangkali dia memakan minyak rambut, rambutnya sedikit beruban, dahinya mula mengukir sedikit kerut kemudian dengan memberi senyum lalu mengeluarkan suara dengan suara agak garau
“Sebelum itu, abang nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi menghadiri taklimat latihan teater ini.”.
Halim membuka bicara dengan bertanya agak slow suaranya “Ada banyak skrip yang boleh abang tangani, tetapi kenapa abang perlu mengambil kira kisah peperangan ini?, semua tahukan, peperangan adalah sesuatu yang haprak, yang sememang tidak diperlukan pada dunia tanpa sempadan ini.”
Dia lantas menjawab “Walaupun banyak skrip dalam simpanan abang, tetapi abang nak cuba sesuatu yang baru belum dipentaskan lagi, abang tidak pernah mementaskan pengkisahan isu sejarah, politik, cinta dan peperangan, Abang juga mahu menonjolkan isu-isu islam yang dipinggirkan oleh masyarakat marhaen.”
Dia masih menyambung lagi
“Abang juga mahu menonjolkan skrip berunsurkan islam yang memenangi tempat pertama pertandingan skrip drama TV berunsulkan islam yang dianjurkan oleh IKIM dan membuka mata penerbit-penerbit drama TV yang sering kali tidak cuba menonjolkan isu-isu keislaman dalam memberikan mesej-mesej kepada masyarakat, yang seringkan di tonjolkan adalah kisah-kisah cinta tiga segi yang sentiasa membawa klise sahaja.”
Semuanya terkedu mendengar jawapan yang diberikan oleh dia
Dia sememang petah berbicara dan masih lagi berbicara “Tetapi sebenarnya abang juga menyesal juga memilih skrip ini kerana memerlukan bajet yang besar, produksi hanya diberikan bajet RM 35 ribu sahaja, pembinaan set dan prop juga besar perbelanjaan termasuk juga dengan busana atau kostumnya dan sebagainya. Kerana pihak yang tertentu meminta abang tangani  naskhah ini.”
Benak saya juga berbisik “Apalah dia ini, sekejap mahu menonjolkan sesuatu yang baru, sekejap menyesal, sudah nyanyuk ke orang tua ini.”
Kantin Sekolah Rendah Kebangsaan Alam Shah(2) ada beberapa buah kerusi dan meja menjadi tempat berkampungnya latihan teater ‘Menanti Perang Berakhir’ yang di arahkan oleh dia masih lagi lenggang. Pelakon heroin Emma Akma memegang watak Sarah dan Rosli Rahman Adam memegang watak Jani yang sudahberjanji kepada dia petang tadi mahu tiba seawal mungkin juga masih tidak nampak batang hidungnya, masih juga tidak muncul, bebayang entah mana-mana.0
Kotak fikir saya menghempas sesamanya “Harapkan bakat sahaja tapi displin teramat haprak, barangkali pasal displin kedua-duanya mereka ini amat dungu sekali, hendak kata kesesakan lalu lintas di federal highway, tidak sama sekali, memang tidak patut, malam-malam begini pun mana ada kesesakan lalu lintas, memang selalu macam ini ke? Artis yang biasa masuk TV membiarkan orang lain tertunggu-tunggu.”
Dia menyambung lagi “Halim yang akan memegang watak Akmal perlu wajar memahami teks drama sefaham-fahamnya dan peranan ini perlu memerlukan vokal yang tinggi dan besar.” 

Dia sebagai pengarah dan juga mengadaptasi teater ini haruslah bersikap jujur dan menunjukkan jalan yang lurus tanpa membengkokkannya dan perlu menghuraikan supaya dia dapat memahami watak yang dimainkan. Dia  tidak dapat lagi memperlekehkan Halim yang hebat dari segi lakonan kiranya bulan Disember tahun 2008 dia pernah melakukan jelajah Semenanjung Malaysia untuk teater ‘Lukut’ termasuk juga melakukan tour ke Universitas Padang Panjang Sumatera, Indonesia, atas sebab inilah dia memberikan watak yang begitu hebat dan berat sekali perananya, malahan Halim juga seorang penari agak secergas dengan berdaftar dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara(JKKN). Halim perlu mencari, menggali, mengauli, mengadunkan dan menghayati watak Akmal untuk mencari makna dalam Naskhah ‘Menanti Perang Berakhir mengikut Muhaimi Sulam watak Akmal adalah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) duta Malaysia di Sarajevo dan juga merangkap penyelidik, pengkaji tentang pengikut Tuk Janggut yang lari ke kerajaan Othmaniah iaitu yang dikenali Awang Leh.
Dia menggetip bibir, menggenyeh hidung, dan kemudian membalas senyuman penuh makna kepada semua pelakon pada malam itu. Dia masih memberitahu beberapa perkara yang munasabah. Barangkali dalam benak dia pasti ada hujah-hujah atau falsafah setelah mengadaptasikan skrip Muhaimin Sulam ini.

Tiba-tiba dia ketawa “Sebenarnya teater ini mengenai sejarah lampau cuma diselitkan peristiwa pada masa kini yang berlaku di Palestin dan Sarajevo. Biasanya ungkapan sejarah sering digunakan di dalam karya-karya berbentuk fiksyen atau karya berbentuk ilmiah selalunya dihubungkait dengan penjajahan dan penaklukan sesuatu kawasan. Dalam berkarya drama sejarah yang berpolitik pengarang akan menggunakan rujukan sejarah seperti sejarah melayu atau seumpamanya. Dalam pengkaryaan drama politik melayu yang lebih cenderung menceritakan kehebatan peristiwa tentang bangsa, dan negara.”
Dia terus berkata-kata “Mungkin Muhaimi Sulam seorang pengkaji tentang sejarah Malaysia terutamanya Perjuangan Tuk Janggut. Dengan itu pengarang asal skrip ini melihat dari konteks sejarah perjuangan dan cinta akan tanahair. Jika kita melihat pada politik semasa di negara ini ianya adalah peninggalan sejarah kolonialisme inggeris yang mana telah memberi saham yang besar kepada perpecahan ummah Islam di negara ini. Ummah perlu kembali memahami hakikat bahawa ajaran Islam dan berpandukan Al-Quran. Konsep perjuangan kepartian hanya akan melingkupkan bangsa kita sendiri”
Dia termenung seketika dan memandang naskhah ‘Menanti Perang Berakhir”
Dia kembali bersuara, menjawab dengan yakin
“Ada beberapa perkara tersembunyi yang mahu ditonjolkan oleh pengarang asal dalam menulis drama sejarah yang berpolitik ini adalah yang pertamanya adalah menyelitkan kisah-kisah penyelidikan tentang perjuangan Tuk Janggut dan pengikutnya.. Ini akan membangkitkan kita tentang sejarah perjuagan orang-orang yang terdahulu dan menaikkan semangat patriotik di kalangan masyarakat yang semakin terhakis semangat cintakan tanahair sendiri sampaikan masyarakat kita sanggup membakar jalur gemilang dan ada sesetengah masyarakat kita mencampuradukkan lagu Negaraku. Mungkin juga bertujuan agar tidak terkongkong dengan teks yang lama”.

Halim  dan beberapa pelakon yang lain mengangguk faham barangkali.
“Halim, kamu memahami tak” tanya dia kepada Halim memandang tajam. Dia menyambung lagi, “perkara kedua ialah cinta. Ini kerana cinta adalah penting dalam menghangat naskhah ini disebabkan sesama manusia selalu sikap kecintaan pada ada seseorang individu.”
“Dalam hal ini, pengarang menggambarkan peristiwa bagaimana pengarang menokok tambah sejarah berpolitik dan cinta berpolitik boleh memurnikan jalan penceritaanya akan tetapi ianya tidak akan lagi fakta sejarah yang kita sudah maklumi. Keperibadian Tuk Janggut misalnya diketahui umum, ini kerana ditekan dalam mata pelajaran sejarah. Kerakusan inggeris dalam zaman penentangan Tuk Janggut juga diketahui umum. Bagaimana Tuk Janggut sangat cintakan akan masyarakat setempat dan tanahair, jadi penceritaannya telah mengangkat semula perjuangan membebaskan orang melayu berdasar imaginasi pengarang. Pengarang mungin mencorakkan Perjuangan Awang Leh. Misalnya, abang cuba memberi gambaran yang telah diadaptasikan pada babak kedua di antara Pencari Rotan dan Teman Setia bagaimana Awang Leh melepaskan diri daripada konco-konco Inggeris yang menangkap Awang Leh dan rakan-rakan yang terjun ke dalam sungai dapat perlihatkan pada babak kedua drama ini nanti, ini kerana babak ini akan memurnikan keseluruhan perjalanan drama ini”
Dia  menelan liur, memandang Halim semacam ingin merasa detak hatinya; samada ia mengerti atau melencong.
Halim tersenyum lagi.
Halim  mencapai sebatang rokok. Dia lalu bingkas, merampas rokok yang hampir terkepit di celah ulas bibir. “Eh  ini Israel, Ini 1malaysia jangan merokok didepan saya.” Matanya merah padam.
Halim tergamam, dan tersengih. Matanya bulat tanda bosan, tetapi benaknya mungkin ligat mencerna kata-kata ideal sebentar tadi. Dia menyandar pada kerusi. Halim mengerlipkan mata. Dia juga tahu teater tidak mempunyai babak-babak yang khusus untuk dipaparkan, dia juga tahu watak antagonis juga tidak ada dalam teater ini. Ungkapam sejarah hanya sekadar untuk mengingatkan kita tentang perjuangan nasionalisme sahaja dalam teater ini tanpa dipersoalkan kembali, watak antoganis sengaja ditiadakan ini kerana sikap watak Sarah menjadi sukarelawan dalam Yayasan AMAL Malaysia sahaja. Dia menyebut beberapa penulis tersohor negara pernah juga berkata dalam kertas kerja dalam satu simposium yang menyatakan bahan sejarah.
“Teater yang berkisar sejarah berpolitik bukan hanya untuk merakam fakta-fakta sejarah yang diperoleh dari kajian dan penyelidikan sahaja tanpa mempersoal dan menilaikan. Tapikan pakar sejarah terkemuka Profesor Dr. Edward Hallet Carr pernah menyatakan hampir semua fakta-fakta mengenai sejarah telah terpilih dahulu untuk kita oleh orang-orang yang mempercayai dan mahu orang lain mempercayai. Jadi sini kita penyelidikan dalam mengdramatis skrip adalah sebuah teks kesusasteraan semata-mata.”
Dia masih lagi menyambung
“Teater ini bukan sahaja teater pengkajian Sejarah politik, politik menentang penjajahan inggeris namun diselitkan dengan pengkajian sejarah Awang Leh yang datang ke bumi Balkan ini yakni Sarajevo dan perjuangan dalam diri watak Akmal dimana Akmal gagal menjumpai  kesan-kesan keturunan pengikut-pengikut Tuk Janggut masih ada lagi yang bermastautin disini.”

“Ini menjelaskan bahawa kehadiran peristiwa sejarah dalam teater ini  harus ditanyakan semula oleh dramatis. dramatis harus menceritakan peristiwa yng bersejarah itu yakni bagaimana watak Awang Leh tiba-tiba muncul  dalam mimpi Akmal ; serta apakah mesej yang mahu disampai dalam mendramatiskan teater ini dalam konteks sejarah itu.”
Dihati saya “Pasti dia  menyuguhkan peristiwa sejarah pembunuhan Tuk Janggut kerana ingin menyedarkan khalayak bahawa kuasa politik liberal inggeris yang telah memporakkan masyarakat melayu. Dari pihak lain pula orang-orang melayu yang sanggup bersekongkong Inggeris dan menjual maruah bangsanya sendiri untuk memberikan ruang kepada Inggeris menjajah lebih beratus-ratus tahun lamanya 446 tahun dulu. Peristiwa Tuk Janggut ini telah membuka mata seluasnya setelah Tuk Janggut di hukum gantung seluas-luasnya  didepan rakyat Kelantan sehingga memberi jalan kepada penjajahan inggeris di seluruh negeri Kelantan.”

“Tentunya, Muhaimin Sulam telah menonjolkan supaya penonton menangkap dan membongkar sedetik makna bahawa kehebatan nasionalisme melayu terdahulu jujur dalam memperjuangkan maruah tanah mereka sekali juga mahu mengingatkan sejarah mematangkan sesuatu bangsa,”
“Peninggalan kolonial Inggeris menyebabkan perpecahan ummah di kalangan orang melayu” kata dia lagi kepada semua pemain peranan.”
“Selain itu pengarang mahu memberitahu khalayak bahawa pengikut Tuk Janggut masih berlegar-legar di serata dunia dan masyarakat madani bahawa pengorbanan dan perjuangan, jadinya perkara yang  penting adalah pengorbanan dan perjuangan dalam teater ini.”
“Itu terpancar tatkala pada watak Awang Leh sanggup mengadai nyawanya untuk membawa berita kepada kerajaan Othmaniah. Pihak inggeris berpendapatan Tuk Janggut akan menjejaskan penjajahannya terhadap tanah melayu jika Tuk Janggut dibiarkan hidup dengan penentangan secara berterusan yang makin terlihat ikhlas ingin menegakkan agama di Kelantan dengan pembukaan pondok-pondok. Musuh gerakan Islam, inggeris lah!”
“Ada sesetengah suara-suara kedengaran, Tuk Janggut tidak mati. Betul ker?” Dia membuat pertanyaan kepada semua pemain peranan.
 Saya pantas menjawab pertanyaan dia “Saya tidak pasti, hanya pengkaji sejarah yang berhak mengkaji pengkisahan sejarahan ini.”
Fikiran dia terus melayang sejenak.
“Tapi kata abang tadi teater yang tersembunyi, apa maksud abang?” Halim semacam mahu mencabar kredibiti dia sebagai pengarah yang berpengalaman.
Dia mengosok kepalanya lalu dengan sinis berkata
“Sebenarnya perkara itu sengaja diabsurdkan di sana sini? Perkara yang penting adalah para pemain watak perlu memahami perwatakan. Harus membawa watak dalam memberikan mesej untuk memungkinkan audien berfikir.” .
Dia menghela nafas dan berjalan merapati Halim yang memegang watak Akmal memberi keterangan secara halus “Dalam teater ini ada lapisan yang tidak mempunyai scene-scene yang tertentu, disembunyikan dan ianya bukan sesuatu yang lurus dan realistik.”
Bicaranya berhenti seketika meneguk air liur yang bertakung ditengkungnya barangkali dan menyambung lagi 

”Pemain peranan perlu melihat sekurang-kurangnya beberapa kemungkinan mesej yang dipaparkan pada bentuk persembahan. Kemungkinannya yang pertama, idea yang hasilkan harus diterjemahkan untuk menghantar makna. Jadi disini makna yang dihantar kepada audien melalui dialog perkata dan kata-kata.”
“Pemain peranan harus memahami secara mendalam setiap watak yang dipegangnya dan menghantar makna yang telah tersembunyi melalui dialog ianya termasuklah penggunaan visual dalam teater seperti  warna kostum, puppet, muzik dan pergerakan dramaturgis serta prop dan set yang telah digabungkan harus dinilai secara serius untuk melontarkan makna., ertinya begini makna juga dihantar melalui ekspresi wajah pelakon, kualiti vokal pelakon..
Dia menimbang-nimbang bicaranya
“Dalam sesuatu persembahan memerlukan pergerakan kreatif dan pengucapan vokal kuat untuk menyampaikan makna tertentu. Untuk pengucapan vokal yang kuat dimestikan latihan vokal selalu dan vokal harus harus didatangi suara perut.”
“Pergerakan kreatif yang dilakukan harus mempunyai sebab tertentu.”
“Harus sedar apa yang dilakon.” Kata dia lagi.
Halim memandang dia seakan tidak berpuas hati.
 “Bang, teater ini seakan mengkritik sistem politik sekarang, ini sangat kritikal, tidakkah ianya menjejaskan pementasan nanti?”
Dia ketawa. “Memang betul, ianya sesuatu yang radikal dan amat berkesan dalam menghantar makna terhadap wadah perjuangan orang seniman tapi jangan risau itu semua kerana pementasan dibawah kerajaan negeri”
“Dalam hal ini, pementasan kita bukan hanya berhibur tetapi mengkritik sistem politik semasa seperti ikan bilis dengan jerung, orang macam kita selalu ditindas,”
Semua pelakon mengangguk. semacam puas mendengar.
Dia menyambung lagi
State Manager(SM), Cikgu Azlan Sham masih belum muncul lagi entah dari mana hilangnya. Saya hanya memasang telinga sahaja yang agak terpinga-pinga dengan perbincangan ini semua.
Saya berbisik “Jika dulu pernah saya belajar subjek dramaturgi bagaimana memegang watak dengan berkesan dibawah Profesor Datin Dr Rahmah Bujang tetapi itu dulu, sudah lama ditinggal sejak 2001 lagi. Entah  mana hilang ilmu itu. Beberapa orang krew produksi sudah mulai memasuki perkarangan parkir di kantin. Pengarah teknikal, Syukor Ayong yang beria-ia mahu terlibat dalam pementasan  ini, tadi ada sekarang  tidak nampak bayangnya. Mungkin duduk di belakang kantin, mungkin menghempuskan rokok, seorang perokok tegar”

Saya memandang Milyana yang mendongakkan dagunya.
Saya terasa mahu bertanya, tiba-tiba terkeluar  “Sejarah politik, agama dan cinta?”
Dia  menyahut, “Heh sejarah, politik dan agama mempunyai pertalian yang hebat pada masa yang lampau. Kau tahu tak, tapi cinta hanya bersifat sementara? Ya! Cinta bukan sekadar cinta biasa.” Dia menjelaskan sesuatu tidak terfikir akan saya
“Cinta yang terhormat dan mempunyai meluapan amat ketara tapi di tengah kecintaan itu ada sesuatu kehinaan”.
Dia masih lagi termanggu di meja semacam mahu dan bersuara yang agak keras
 “Ya!, agama dan politik tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain, ianya harus ditekan melalui sejarah dengan melihat kondisi dan pembangunan sesuatu tamadun itu”
“Apa yang perlu adalah cerita ini perlu melihat kepada pengkajian politik dalam konteks sejarah secara lebih mendalam barangkali”.
Kata dia lagi “sebenarnya politik itu sesuatu yang suci jika dilihat dari perspektif yang berkaitan yakni harus menggali sejarah politik dahulu kala dan jangan menokok tambah fakta-fakta terpesong dan mitos-mitos yang tidak logik diterima akal, dengan penggalian ini ia akan menjadi sesuatu kehidupan yang putih berseri dan lurus. Kita sebagai pengiat-pengiat seni dan budaya yang mementingkan sesuatu yang indah harus perlu mencorakkan dan merakyatkannya serta menterjemahkan dalam bentuk persembahan begini”
Saya menyuarakan tentang seni yang akan pelajari di kelas dulu.
 “Seni adalah merangkumi persoalan yang mengkritik  tentang masyarakat dan menginterprestasi kehidupan masyarakat dalam bentuk karya-karya seni.”
“Perkara ini dipanggil nilai-nilai neuronistik kritisme dan juga satu bentuk pendekatan seni untuk mengkritik masyarakat. Jika kita melihat karya-karya dulu banyak mempersoalkan tentang politik. tapi awas, ya! Seni itu indah. Ianya mengambarkan sesuatu yang enak dilihat, disentuh dan dirasai kepuasanya.”
 “Yang lihat sebagai seni untuk masyarakat. Seni juga melonjatkan kita ke alam surrealisme”
Beberapa krew sedang mengusung kerusi panjang untuk dijadikan alat para pemain peranan menjalani latihan lakon aksi, hanya beberapa minggu pementasan akan dilangsungkan. Saya merasakan sesuatu  yang seronok. Saya masih lagi berfikir dalam kotak benak ini apa yang diperkatakan oleh dia tentang hubungkait seni dan politik.. Barangkali betul kiranya seni harus ditekan untuk merungkai politik yang semakin membimbangkan ini yang tiada lagi kesuciannya. Sekarang politik tidak lagi dianggap seni tapi ianya satu keuntungan untuk perjuangan peribadi yang hanya untuk membalas dendam secara tersembunyi. Apa yang dibebankan sekali adalah golongan marhean menjadi cacar-marba. Apakah perlu politik sebegini rupa harus di terjemahkan dalam seni persembahan pentas yang mempunyai keindahannya, tidak mungkin sama sekali, ada janji-janji kosong yang sama sekali tidak boleh dipercayai?
Tiba-tiba kaku semuanya. Mungkin ada suara-suara yang masih  nyaring ditelinga yang disuarakan oleh dia sebentar tadi..

Dia tersentak bila Halim bersuara “Abang, apakah isu-isu penting dalam drama ini?”
Dengan pantas dia membalas pertanyaan itu “Sebenarnya teater  ‘Menanti Perang Berakhir’ adalah persoalan bagaimana golongan badang-badang dengan mempunyai kuasa veto untuk mempergaruhi dunia ini dengan sistem yang diciptanya, manakala golongan yang kecil cuba berjuang ke arah kebenaran dan keadilan yang hanya menggunakan batu-bata sahaja. Isu utamanya adalah menentang percerobohan dam pendudukan serta penempatan secara terang-terangan oleh Israel terhadap Palestin.”
Saya erbatuk-batuk kecil dan bersuara serak
 “memang betul bang, politik tidak lagi dianggap sebagai seni, ianya sangat keji dan kotor,  malahan dimotor oleh kerja korupsi, nipotisme yang melampau, helah-helah yang berbelit-belit, ucapan oleh ahli politik sudah terlalu retorik, selalunya golongan politik ini memakan diri sendiri.”
Sunyi sepi di ruangan latihan, kipas disiling masih bernyawa dan bersuara dia masih lagi merenung dan  membuka bicara.
 “Perjuangan politik barat tidak sama dengan politik islam, politik barat hanya untuk keduniaan yang hanya tapi merosakkan mereka yang tidak berdosa tapi sebaliknya politik islam adalah perjuangan yang meliputi keseluruhannya walaupun ianya sesuatu kesederhaan.”
“Begitu juga politik di negara kita masih lagi memandang kebaratan. Kenapa orang-orang politik tidak merujuk Al–Quran dalam pentadbirannya?”
“Ada juga dikalangan politik kita suka berlapis-berlapis, Heh! bukan kek lapis sarawak, talam dua muka di atas biru, dibawah hijau.
 Halim bersuara “Apa ni?”
“Dia menyambung lagi
“Kita yang memperjuangan keseniman ini harus sedar ianya amat merosakkan masyarakat kita.”
Saya mencelah  “Saya ada terbaca sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia”
Semuanya tergaman
Halim bersuara memecah kesunyian  “Haruskah kita memecahkan otak kita untuk memikirkan hal ini? Biarkan orang politik sahaja memikir hal-hal politik mereka, kita harus meneruskan pementasan dengan sebaik mungkin”
Dia  mengarahkan sambil menunjukkan jarinya ke arah Halim
“Baiklah semua pemain peranan, bersedia ya”
“Watak akmal dan lydia harus dimulakan dahulu, kerana wartak Wkmal adalah watak utama”

“Manakala watak Lydia haruskan pengucapan vokal keindonesia sikit, barulah nampak realistk walaupun Lydia rakyat Bosnia.”
Dia menerangkan “Sebenarnya sejarah Tuk Janggut telah dipesongkan, telah dicabuli oleh para sarjana barat sebenarnya, inilah salah satu mendesak saya mahu mementaskan teater ‘Menanti Perang Berakhir.. Sejarah politik juga diperkosakan oleh mereka yang hanya menjunjung sejarah mereka yang hanya mengikut telunjukan mereka sahaja sebenarnya mereka sedikit pun tidak  beradapan pun.”
Saya menarik nafas lega membisik
“Rupanya sejarah kita selama ini ditipu”
Dia mengarahkan pemain watak Akmal dan Lydia
 “Baiklah Akmal dan Lydia masuk pantas”



 #Maaf cerpen ini adalah sebuah cerita kreatif yang direka semata-mata, watak dan perwatakannya juga adalah rekaan yang sememang langsung tiada sedikit pun kaitan dengan mereka yang telah hidup atau meninggalkan dunia. Cerpen ini sekadar tatapan pembaca dan diharapkan cerpen ini dapat dinikmati sebagai sebuah seni kreatif. Jika terlebih dan terkurang, biasalah adat berkarya. 










1 ulasan :

  1. Cerpen yang menarik sekali. Banyak hikmah yang bisa diambil.

    BalasPadam

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates