Isnin, 8 Oktober 2012

Tentang Kematian


Semalam, singgah kejap di Kedai Basir untuk mengenakan teh O ais, belum sempat aku duduk untuk memesan apa apa pun, aku dikejutkan oleh wak (aku memanggilnya sebagai wak je) tentang  pak cik saha telah pergi selama-lamanya. Al Fatihah untuk Pak Saha. Semuga Ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan para syuhada dan solihin

Aku cuba titip sebuah puisi tentang mati :

Semalam kita lahir, hari ini kita hidup dan esoknya kita mati
Ya mati tidak memerlukan khabar berita ataupun tanpa memberi apa –apa salam
Ianya datang bukan melalui saluran atau lubang ataupun corong-corong kecil
Yang pastinya mati adalah pasti tak kira ada pahala ataupun dosa
Tuhan telah menjemput kita pulang.

2 ulasan :

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates