“Rahang ini bukan sebarang rahang, rahang ini adalah rahang yang sangat luar biasa” kata Abang Engku sambil menunjukkan rahang yang berwarna putih, putih bukan sebarang putih, putih berseri-seri mengalah si pari-pari dari negeri kayangan. Ya! Rahang itu jugalah Abang Engku menyanjungi kehidupan yang agak sederhana itu, dia juga tahu akan tentang rahang itu amat bernilai baginya, ini kerana membela rahang itu bagaikan dia membela dan menyayangi akan dirinya sendiri, Abang Engku juga tahu bagaimana susahnya dia untuk mendapatkannya rahang tersebut, dia rela meninggalkan segala-galanya, apa tidaknya dia sanggup meninggalkan isteri, anak-anak, kerjayanya yang pendapatan agak juga lumayan di kota metropolitan dan apalagi kemewahan yang dimilikinya dulu sudah lama dia tinggalkan kerana satu rahang sahaja, apakah rasional Abang Engku buat begitu? Abang Engku masih lagi menggosok rahang itu, dia begitu menyayangi rahang tersebut walaupun matanya sudah kuyu basah hanya menunggu masa untuk dilelapkan sahaja. Saya hanya mampu melihat Abang Engku berkelakuan begitu, jika ditegur merajuk pula, biasalah orang tua ni cepat sahaja terasa hati, kerana hatilah Abang Engku sanggup membuang keluarga, keluarga amat sayang Abang Engku. Abang Engku adalah Tengku Shahriman Syah Raja Ahmadulilah Syah berketurunan kerabat diraja sebuah negeri 1Malaysia. 1Malaysia? Ya 1Malaysia kata kawan saya matahati 1Malaysia hanyalah sebagai slogan semata-mata, ianya adalah retorik politik, betulkah? Betul lah tu. Tapi bagi saya tidak, tidak bagaimana ya? Malaslah saya fikirkan. Seingat dikotak fikir ini saya pernah menegur itu pun sekali sahaja, selepas itu saya tidak lagi menegurnya, berapa lama Abang Engku bermasam muka dengan saya kalau kira rasanya 24 purnama. Purnama Nasa Masmara adalah isterinya yang ketika dahul
Masih lagi tentang rahang abang engku….
Abang engku oh abang engku…
Tiada ulasan :
Catat Ulasan