“Saya ingin terus mengembara melihat
dunia ini dan memahami banyak perkara. Mungkin ada yang telah saya faham, namun
belum merasai dan mengalami sendiri” petikan kata-kata Professor Madya Dato’ Dr.
Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih sinonim dengan Dr. MAZA dikaver depan buku
Aku ingin Kembara Lagi telah menaikkan naluri sesiapa saja untuk menelaah apa
yang sebenarnya yang cuba dipaparkan dalam siri permusafiran DR. MAZA.
Sebaik
sahaja menguak helaian hasil terbitan
karya Bestari pada tahun 2014 sebenarnya membuka tingkap perspektif pembaca
terhadap personaliti Dr MAZA sekaligus pengalaman dan pemikiran beliau tentang
perbandingan dunia islam dan dunia barat. Buku ini telah menghimpunkan 30
artikel tentang pengalamannya selama 11 bulan semasa bertugas sebagai fellow di
Oxford Centre Islamic Study(OCIS), Oxford, England yang merakamkan pelbagai isu
yang menarik beserta kupasan yang hebat dengan diselihkan ayat-ayat suci
al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W menekankan hujah-hujahnya beserta gaya
penulisan yang mudah difahami dan tidak membosankan. Himpunan 30 artikel dalam
buku ini merupakan satu cebisan rasa, ilham, fikir dan permusafiran seorang
pemikir yang berkelana selama 11 sebulan di bumi England menceritakan
pengembaraan yang indah untuk kita hayati dan fikirkan tentang horizon dunia
islam yang sangat luas.
Dalam
buku ini Professor Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menggunakan gaya
penulisan yang santai dengan buku setebal 256 halaman menyorot 30 isu dan
paling penting ianya menyifatkan Bandar Oxford adalah sebuah Bandar ilmu,
perkara ini dibuktikan lebih 40 buah universiti atau kolej tumbuh di merata
tempat di Bandar ini. Ianya lebih menarik lagi bila Profesor Madya Dato’ Dr.
Mohd Asri Zainul Abidin mencelikkan tentang budaya membaca atau budaya ilmu di
kalangan generasi yang berkaitan lebih ghairah dengan pelbagai aktiviti itu
seperti perdebatan, forum, diskusi ilmu, kajian akademik dan sebagainya.
Seolah-olah kita sebagai pembaca berada di Bandar Oxford. Ini memberikan satu
gambaran tentang pemikiran yang waras. Apa yang lebih penting daripada itu
bagaimana Bandar Oxford bermula sebagai Bandar ilmu sehingga menjadi noktah
yang terakhir melalui sejarah-sejarah terdahulu di mana agama kristian samaada
protestan atan katolik di angkat ke tahap yang tinggi walaupun pada permulaanya
terdapat kontroversi yang melanda hampir meranapkannya.
Dr.
MAZA juga menimbulkan kembali sejarah silam zaman kegemilangan islam di
Sepanyol. Bagaimana orang yang terdahulu dihukum bunuh sebagai pengkhianat
namun selepas beratus-ratus tahun masyarakat di situ mengangkat sebagai wira
sesebuah masyarakat. Mungkin juga kita dapat teliti bagaimana kupasan Dr. MAZA
cuba mengaitkan isu kezaliman dimana kekejaman muamar Gaddafi yang pada mulanya
dianggap wira setelah mempertahankan Libya daripada di serang oleh pihak
Amerika Syarikat. Muamar Gaddafi sangat megah dengan kekuasaanya namun sehingga
ke akhir hayatnya di bunuh rakyat sendiri dengan begini kejam. Dr. MAZA juga tidak
setuju dengan pihak media barat membesarkan isu kematian pemimpin di tangan
rakyat, bagaimana Muamar Gaddafi diheret seperti lembu. Moralnya di sini apa
yang pemimpin lakukan sesuatu untuk Negara tidak semestinya boleh diterima oleh
rakyatnya dan segala-galanya yang berlaku ke atas sesuatu kejadian adalah
ditentukan oleh Allah samaada seorang pemimpin itu dimuliakan ataupun dikeji.
Namun
tidak lengkap buku ini tanpa mengkontroversi isu tentang perihal hal dalam Negara
dimana pihak istana tertentu membida nombor kereta sehingga melebihi RM
500,000. Ada pihak-pihak tertentu cuba mempersoalkan pembidaan tersebut kerana
kebiasaan pembidaan melibatkan harta awam. Jadi di sini ada pihak
mempertahankan pembidaan tersebut. Mungkin bagi mereka pihak tertentu tidak
mempersoalkan tindakan istana tersebut. Dr MAZA cuba menempelak tentang isu ini
kerana bagi Dr. MAZA hanya Tuhan saja tidak boleh kita persoalkan.
Namun
kita tidak harus lupa apa yang lebih penting pengembara Dr. MAZA untuk
keharmonian hidup bermasyarakat di dunia adalah tidak memaksa pandangan alam,
tatacara akhlak dan social serta hokum-hakam Sesuatu agama ke atas penganut
agama lain. Tolerasi beragama mengandaikan wujudnya perbezaan dalam
perkara-perkara dasar antara pelbagai agama yang harus difahami dan diberikan
kebebasan untuk diamalkan secara sederhana dan bijaksana. Jika perkara diteliti secara serius, pastikan kerajaan islam di sepanyol tidak
akan jatuh keupayaannya.
Juga
Dr. MAZA menyentuh serba sedikit tentang agama boleh menghakis Tuhan bila mana
manusia pada luarannya mengaku beragama sama ada islam atau agama-agama lain
juga tetapi kehidupannya tidak seperti yang dikehendaki oleh agama
masing-masing malahan terlalu menjauh dari Tuhan. Maknanya manusia cuba
mendekati Tuhan bila manusia itu didatangi kesusahan ataupun menjelang
perayaan. Di antara perkara yang paling
menarik yang telah disampaikan oleh Dr MAZA dalam buku ini mengupas tentang
seks songsang menjadi satu budaya yang rencam. Bagaimana budaya ini telah
dianggap halal oleh dunia barat dengan pelbagai tuntutan, atas kepentingan itu
Perdana Menteri United Kingdom cuba menjadi hero sebagai politikus handalan.
Atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, beliau percaya bahawa kebebasan individu
perlu dan sesetengahnya komuniti cuba memasuki budaya LGBT(Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender) ke Malaysia,
atas sebab kepentingan masyarakat Negara ini pelbagai kaum cuba membantah
komuniti ini.
Secara
totalnya Dr. MAZA cuba menyampaikan sesuatu dari perspektif dengan kerangka
sebagai seorang pengembara bukan hanya untuk melihat pemandangan fizikal sahaja
namun harus melebarkan idea pandangan supaya menjadi suluhan untuk generasi
yang berjiwa sebenar. Kerana ini keagungan dan kehebatan kerajaan terdahulu
dapat dihayati melalui pengembaraan dan turun di lapangan melalui peninggalan
bangunan-bangunan bersejarah. Sebetulnya kita juga harus bersetuju dengan
pandangan dan coretkan oleh Dr. MAZA walaupun sesetengah isu yang dikupaskan
melanggar tatasusila yang telah digariskan oleh Islam namun begitu dengan
nas-nas yang diberikan menguatkan lagi hujah yang diberikan. Ini memberikan
gambaran bahawa tulisan Dr. MAZA tidak hanya bercakap kosong tanpa
kepura-puraan. Apa pun yang telah kita fikirkan, kita rasa, kita terjemahkan,
satu perkara yang paling penting adalah nawaitu dalam diri sebagai seorang
pembaca adalah mendapat infomasi, ilmu yang diperolehi daripada intipati buku
tersebut dapat digunakan untuk generasi akan datang sekaligus menjadi buku ini
menjadi bentuk atau wadah untuk mendidik jiwa tentang sejarah keagungan islam,
kemasyarakatan, ilmu aturan alam dan kebesaran Allah. Namun kita tidak harus
lupa apa yang lebih penting pengembara Dr. MAZA untuk keharmonian hidup bermasyarakat
di dunia adalah tidak memaksa pandangan alam, tatacara akhlak dan sosial serta
hukum-hakam sesuatu agama ke atas penganut agama lain
Baru tahu yang Dr MAZA pernah jadi fellow di Oxford.
BalasPadamterima kasih mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini.
BalasPadam