Selasa, 13 September 2011

Aku menulis tentang Sejarah





Bila aku baca surat khabar sejak kebelakangan ini, banyak menceritakan tentang sejarah, oh! Sejarah tetap sejarah.  Bagi aku sejarah tetap sejarah, biarkan ianya berlalu begitu sahaja, kenapa harus mengubah sejarah. Biarkan anak cucu kita mengetahui apa itu sejarah, biar biarkan sejarah tidur dengan sejarahnya.
Aku mahu menulis  berkaitan dengan sejarah tahun 1950-an. Dari pembacaan beberapa buah buku berkaitan dengan dunia melayu dan islam era 1950-an, aku mendapati salah satu nama yang mendapat perhatian di kepala otak aku ini adalah Dr Burhanuddin al-Helmy adalah seorang tokoh yang berwibawa.

 Jadi boleh dikatakan begini,  Dr Burhanuddin al-Helmy adalah pemimpin politik islam yang progresif maknanya beliau begitu kuat menolak sebarang bentuk dan unsur-unsur kolonialisme atau penjajahan secara  realistik, walaupun pernah beberapa kali di penjara di Singapura.   Malahan juga jika diperhatikan dari perjuangan politiknya aku berpendapat bahawa beliau  bertindak mengikut kepada prinsip-prinsip islam yang sebenar. Itu adalah sekadar pandangan  bukan fakta.

 Mungkin perjuangan hidupnya terutamanya politik adalah bagi  membebaskan  dan memerdekakan rakyat tanah melayu ketika itu di jajahi oleh British mahupun jepun. Malahan juga beliau sangat kuat menentang komunis.  

Untuk pengetahuan, di atas perjuangan politik yang terlalu kuat yang menganggugugat pentadbiran kerajaan pada ketika itu, beliau dikenakan penjara di bawah akta ISA,  namun pada tahun 1966 beliau dibebaskan. Bagi aku, beliau betul-betul realistik  kerana sikap  keterbukaaan dan bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada parti politik bukan melayu atau bukan berasaskan islam bagi mencapai matlamat dan tujuan perjuangan yang sama iaitu membebaskan rakyat tanah melayu  daripada penjajahan british pada ketika itu.  
Untuk rekod, Dr Burhanuddin al-Helmy pernah dianugerahkan pingat emas Commander of World Order of Human Merit daripada I’ordre Universal Du Merit Human di Geneva pada 15 november 1959 di atas sumbangannya dalam pembangunan perubatan homeopati. 

Beliau menghempus nafas yang terakhirnya pada tahun 1969, Namanya di abdikan di salah sebuah sekolah di Taiping dan sebatang jalan Taman Tun Dr Ismail.

Al-Fatihah untuk Dr Burhanuddin al-Helmy.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates