Foto ini tiada kaitan sajak di bawah
Dialog Suami Yang Mati Pucuk dan Isteri Yang Tiada Susu
Isteri :
“Dalam lena aku tidak tahu bagaimana kamu boleh membawa pulang kitab, gitar dan sepasang payu dara yang sudah tiada susu untuk anak-anak yang sedang menelaah, berjoget dan menangis”
Suami :
“Hanya untuk menyegar, menyembuh dan memurnikan keluarga ini yang porak peranda dikala rumah ini juga berlubang-lubang”
Isteri:
“Mengapa sampai larut malam begini hingga baju terkoyak ”
Suami:
“ jika malam mata lebih banyak berehat dan buta berjalan hingga terpijak duri”
“Seperti juga jantung, harus berehat dan berkorban seketika untuk bernafas”
“Ketika ini banyak embun bersembunyi di dalam rumput”
“Tiada sinar yang bersorak kerana kesuraman begitu cepat”
“Akan aku perlahan-lahan menyelaraskan dan merasionalisasi rumah ini
supaya rumah tidak ada lubang dan baju ini aku sendiri menjahitnya tanpa mengupah dengan sesiapa”
Isteri :
“Kemahuan kamu adalah milik kamu, kamu boleh hilangkan kemanisan dan kesusuan yang seharusnya bersama”
Suami :
“Inilah masanya jiwa kita untuk menambah subur”
“Aku terpaksa melakukan untuk anak dan cucu kita”
“Pulangku bukan membawa kenaikan kedaratan tetapi aku memperdalamkan sungai yang cetek ini”
“Lumrahlah jika kamu terkejut, marah dan menolak”
“Apa pun kamu harus menerima dan berharap aku adalah dewa segala dewa”
Teratakerapung
27 Mei 2010, PICC
Tiada ulasan :
Catat Ulasan