Perahu ini sudah lama
berlayar
Meredah lautan bernama Malaysia
Masih terkial-kial mencari
daratan
Terbentang lembah menghijau
muafakat
Perahu yang satu bermuat
impian
Tidak terumbang-ambing
menuju tepian
Angin pun bersahabat memujuk
laut agar tenang
Awan sejuk dalam damai yang
luar biasa mengundang
Dari gunung kedengaran
berita gempa yang gempita
Ada nyawa terkorban dalam
gegearan di tanah tinggi kita
Cerita mitos semangat yang
marah sucinya tercemar
Sampai tuntutan ritual
peribumi yang beryakin benar
Menaerik perhatian dunia –
sama memberikan komentar
Ada yang setuju mengangkat
wibawa budaya warisan
Tidak kurang mempersendakan
amalan kuno pascamoden
Sambil rakyat kecil
mengibarkan kain prihatin empati dipinta
Perahu terus belayar laut
perpaduan menghulur kemanusiaan
Kala kewiraan malim gunung
yang menyerlah ditulis tinta
Tiba-tiba lanun lautan
muncul di laut ketuanan
Kapal besar berisi minyak
kehidupan bahan daganagan
Menggoncang perahu perpaduan
yang menghampiri daratan
Pencarian dan usaha
menyelamat sampai ke penamat
Semua anak kapal selamat –
minyak masih dalam kandungan
Menggamit kelegaan tatkala
gunung kesusahan
Masih bergegar
Perahu perpaduan in mesti
sampai di daratan walau ada gegar
Kerana laut pun lanun
bermaharajalela bagai tiada gentar
Perahu yang kecil boleh
meraih pengiktirafan sewajar
Pabila sampai di destanasi
daratan merdeka tidak gentar gegar.
Raymond Majumah
Tiada ulasan :
Catat Ulasan