Rabu, 1 Julai 2015

Ianya tetap mengerang panjang

Makin lama ditinggalkan, maka makin lama lah ianya bersarang. aku macam nak tulis sesuatu tapi bukan pasal minyak naik rm 0.10 atau kfc ramai orang.  aku mahu titikkan sebuah sajak tentang sisa masa yang telah dibodohkan. 

Ianya tetap mengerang panjang

Semalam
dicelah-celah bibir yang hitam itu terselit
sebatang rokok tanpa asap

aku termanggu
sambil di kotak fikir masih mencari ceritera indah
masih juga begitu tidak pernah siap
Ditengah-tengah gelegar ada sebatang lilin
Ianya sedang mengerang panjang
Semakin masa berlalu semakin ia mengerang
Semakin ia panjang
Dan kala ini aku semakin terus membeku untuk
Mengadap ceritera yang tidak pernah siap
Dan aku percaya ianya tetap tidak akan siap
Dan terus mengerang panjang meskipun
Selepas aku mati
Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates