Khamis, 9 April 2015

Takaful dan Islam

Saya merasakan perlu untuk berkongsi maklumat yang terima dari grup whatsApp mengenai takaful dan islam. Di bawah ini saya copy dan paste.  



Takaful & umat Islam: antara persaingan, keperluan & kehendak

Konsep takaful yg bermatlamatkn menjaga kebajikan kesihatan serta bagi menggantikan insuran, oleh kerana kesimpulan fatwa kebangsaan yang menggalakkan untuk tinggalkan insuran & beralih kepada takaful, oleh itu ada beberapa perkara pokok yang perlu diketengahkan:

Persoalan keperluan persaingan antara syarikat yang berbeza takaful, dari sudut bagi membina maslahat, persaingan antara berbeza syarikat adalah tidak perlu, kerana jika dari mereka ingin memartabatkan muamalat Islam, maka sepatutnya setiap mereka berganding bahu berbagi polisi2 yang ada untuk memenuhi keperluan umat Islam yang berbeza kemampuan, sikap berkejar untung akan membuat umat islam kabur akan maksud asal takaful itu sendiri, maka berkerjasama adalah jalan yang terbaik, amalkan blue ocean strategies

Persoalan atas keperluan, dari sudut pandangan masyarakat sekarang secara umum, takaful tidak lain hanyalah salah satu teknik bagi menjana pendapatan, dengan hebahan keuntungan yang lumayan. Yang sebenarnya takaful cukup disediakan bagi merencana ekonomi jangka masa panjang, maka penerangan seharuslah bermotif perancangan kewangan mikro & makro yang sepadan dengan kemampuan, penerangan ini secara tidak langsung akan membantu umat islam untuk lebih mengenali muamalat islam. Bayangkan apabila ejen tidak berkejar untung cuma sepakat membantu umat Islam, satu usaha yang murni.

Kehendak, sistem takaful sudah berkembang & tidak dapat tidak adalah medium pencegahan insuran, mana mungkin takaful terhapus & mana mungkin ia dilupuskan, maka amat sedih apabila nonmuslim berkejar mengaut untung didalam muamalat islam yang berteras menjaga kemaslahatan ummah, dimana anak muda lari sedangkan orang yang tua menafi.

Sudah tiba umat islam berganding bahu di dalam membaiki dan menegakkan muamalat islam malah menjadikan ia benar2 menjaga kemaslahatan ummah, semoga yang lemah dibaiki & yang benar diangkat.

Yang Benar

Ahmad Nadzimuddin Muhamad Bustaman
Pengarah Urusan
Pusat Tarbiah (Pondok) Tok Ayah Kob


2 ulasan :

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates