Sabtu, 7 Januari 2012

Cerita Binatang!


Skrip ini saya tulis beberapa tahun yang lepas, masa tu saya masih lagi berfoya-foya di Kampung Padang Balang, kuala Lumpur
ADEGAN 1
LAKON 1

( Lokasi dan peristiwa berlaku dibelakang rumah Pak Ladin)

Tirai dibuka perlahan-lahan, pentas suram. Cahaya lampu perlahan-perlahan menerangi menunjukkan pada waktu pagi, kelihatan dua tong (ditengah berlubang) yang berisi rumput dan air, terdapat 2 batang kayu dan seketul batu yang besar. Cahaya menyuluhi dan menfokuskan sekumpulan haiwan yang asyik menjamu selera sambil berbicara sesama sendiri namun tidak tahu apa yang dibualkannya. Namun ianya sangat rancak dengan gelak ketawa, seekor anak Sang Kambing berwarna hitam bulunya sangat lebat sedang menyanyi sambil berdiri di atas sebatang kayu;
Bek bek bek bek
Sukanya hati hari ini
Bek bek bek bek
Dapat makan makanan yang sedap sekali
Bek bek bek bek
Senangnya hati
Bek bek bek bek
Sudah kenyang perut ini
Bek bek bek bek
Mahu tidur lagi


SANG KAMBING BETINA :
(Nada marah) Hei, boleh jangan bising tak? Emak dan bapa kamu sedang menjamu selera ini. Tidak habis-habis dengan menyanyi sahaja. Ish...
SANG KAMBING JANTAN :
Jangan marah sebegitu kepada dia, biarkan dia sahaja, diakan sedang bergembira jangan disekat kemahuannya, anak-anak sekarang jikalau disekat minat dan hobinya, nanti memberontak akan dia, jikalau dia merajuk dan melarikan diri bagaimana?
SANG KAMBING BETINA :
Itulah bapanya terlalu memanjakan sangat dengan anak itu, nanti melawan pula cakap kita, dinaik diatas kepala pula.
ANAK SANG KAMBING :
( Terus diam setelah dimarahi oleh Sang Kambing Betina dan semangat kembali setelah disokong oleh Sang Kambing Jantan) Alah mak ini, saya bukannya berbuat kerja-kerja jahat pun, saya hanya menyanyi untuk menghiburkan hati ini, biasalah anak muda, mak ni!
SANG KAMBING BETINA :
(Muka Sang Kambing Betina merah padam) Tengok itu! sudah pandai melawan, mak cakap sikit, menjawap pula malahan berjela-jela. Siapa pula yang mengajar kamu ini, hah!


SANG KAMBING JANTAN :
Sudah lah emaknya, jangan dilayan sangat perangainya, biarkan dia sahaja, biarkan lah dia bergembira. Sudah, sudahlah tu (cuba memujuk Sang Kambing Betina
SANG KAMBING BETINA :
Bapanya, saya bukan memarahinya, saya hanya mahu menasihatinya sahaja, jikalau orang-orang tua menjamu selera, jangan menyanyi dan terloncat-loncat. Cuba menghormati orang lain yang sedang makan atau sekurang-kurangnya menghormati emak dan bapa (menjeling kearah anaknya).
ANAK SANG KAMBING :
Tadikan anak tuan kita sudah bagi makanan yang sedap-sedap, takkan mak tidak tahu akan itu, Saya sudah pun kenyang menjamu selera tadi. Tengok perut sudah buncit! Saya patut bergembira, apabila sudah gembira mestilah saya senang hati, perut sudah kenyang, jadinya saya mahu menyanyi, apa salahkah saya menyanyi? Betul tak bapa?
La la la la la…
SANG KAMBING BETINA :
Oh! Kamu masih menjawab lagi,(mendekati Anak Sang Kambing), sejak bila sudah pandai menjawab cakap mak ini? Mesti sejak kamu berkawan dengan anak Sang Kerbau dan anak Sang Lembu itu.



ADEGAN 1
LAKON 2

Disatu sudut penjuru pentas Sang Kerbau dan Sang Lembu sedang rancak bercakap-cakap, mereka terdengar suara yang nama mereka disebut
SANG KERBAU :
Hai Sang Lembu, termenung jauh nampak? Cuba awak perhatikan keluarga Sang Kambing itu. Mereka ada sebut nama kita berdua, mesti ada yang tidak kena dengan mereka itu.
SANG LEMBU :
Mana ada termenung, Yalah, saya ada juga mendengar mereka menyebutnya, Jom! Kita pergi ke sana, mungkin ada masalah yang sedang melanda keluarga mereka itu,
Sang Kerbau dan Sang Lembu perlahan-lahan menuju dan merapati keluarga Sang Kambing. sang kambing jantan diam dan senyum manakala sang kambing betina diam juga dan mukanya masam kerana memang tidak suka akan sang kerbau dan sang kerbau yang selama berlagak didepan tuannya, malahan anak-anak sang kerbau dan sang lembu anaknya bersikap kurang ajat dan mengada-ada.




SANG KERBAU :
Hei! Kawan, Sang Kambing. Kenapa ini? Pagi-pagi buta sudah kecoh, bawa bertenang, kitakan satu keluarga, satu rumpun yang sama dibawah tuan yang sama.
SANG LEMBU :
Yalah, Sang Kambing pagi-pagi kalau buat kecoh, gaduh-gaduh susah mendapat rezeki, nanti tuan kita dengar, susah kita nanti. Kalau didenda. Perit, pedih seperti terjadi pada kita sebelum ini. Keluarga tuan kita sedang tidur itu, jangan menggangu dia, tidakkah kamu tahu bagaimana perangai tuan kita, jikalau kita ini membuat bising, dia akan memarahi dan memukul kita ini.
SANG KERBAU :
Wahai! Sang Kambing, Keluarga awak ada masalah ke? Kalau ada masalah cuba awak beritahu kami apakah masalahnya? Jikalau masalah itu dapat diselesai dengan baik, selesaikanlah, jikalau masalah itu tidak dapat selesai dengan perundingan antara kamu sekeluarga, bolehlah kami berdua membantu awak dalam menyelesaikan masalah itu, sekiranya keluarga awak sudi meminta pertolongan daripada kami berdua ini, itu pun kami berdua boleh membantunya.
SANG LEMBU :
Betul itu, apa yang diperkatakan oleh Sang Kerbau, wahai sahabat saya Sang Kambing, kamu selesaikanlah secara baik, ya! Apapun masalah harus diselesaikan segera. Apa pun kita harus mementingkan semangat kekeluargaan dan perpaduan antara kaum haiwan ini.

SANG KERBAU :
Apakah masalah keluarga awak ini, wahai Sang Kambing?
SANG KAMBING JANTAN :
(Masih memujuk Sang Kambing Betina dan tidak mempedulikan pertanyaan sang kerbau itu) Sudahlah emaknya, kitakan satu keluarga. Bawakan bersabar, bersabarlah.
SANG KAMBING BETINA
( Suaranya menengking) Weh!, Sang Kerbau dan Sang Lembu, boleh tak awak berdua ini jangan mencampuri urusan keluarga saya, ini adalah masalah keluarga saya, biarkan saya menyelesaikan sendiri masalah saya, awak berdua uruskan keluarga awak sendiri. Buzy body betul!
SANG KAMBING JANTAN :
(Terperanjat mendengar apa yang diperkatakan oleh Sang Kambing Betina) Kenapa dengan emaknya ni, tiba-tiba melenting tidak tentu pasal, Sang Kerbau dan Sang Lembu hanya bertanya sahaja tentang masalah kita bukan hendak mencampuri urusan keluarga kita. Emaknya, tidak baik memarahi mereka dengan sebegitu rupa, mereka berdua adalah satu rumpuan yang sama dengan kita juga, apalah salah mereka datang bertanya tentang akan hal dan mahu menolong menyelesaikan masalah kita. (Menolek kepada Sang Kerbau) Namun begitu, wahai kawan-kawan, keluarga saya tidak mempunyai masalah cumanya, isteri saya sahaja yang mengada-ngada pagi-pagi buta.


SANG KAMBING BETINA :
Bapanya, tahu tak kenapa anak kita berperangai macam ini kerana anak-anak mereka berdua lah (matanya tajam menikam kearah Sang Kerbau dan Sang Lembu), anak kita sekarang sudah bertindak kurang ajar dengan saya, sudah pandai melawan cakap orang-orang tua, cakap saya.?
SANG KAMBING JANTAN :
Kenapa emaknya tidak sudah-sudah lagi, bawalah bersabar sikit, hormatlah sikit kepada tetamu kita ini, Sang Kerbau dan Sang Lembu. Mereka berdua adalah kawan-kawan kita yang sama-sama membesar dibawah tuan yang sama, barangkali emaknya tidak menyedari hal ini(memujuk Sang Kambing Betina).
SANG KERBAU :
(Mendekati Sang Kambing Jantan) Sahabatku Sang Kambing, saya meminta maaf apa dikatakan oleh kami boleh menyinggung perasaan keluarga Sang Kambing, mungkin salah kami kerana terlalu menjaga tepi kain keluarga awak sedangkan kami tidak mencermin muka kami terlebih dahulu. Walaubagaimanapun kami berdua berharap sangat ianya tidak merosakkan kekeluargaan dan perpaduan ini sekian lama dijalinkan. Memanglah perangai anak-anak hendaklah kita mengawasinya(meluahkan perasaan).
SANG LEMBU :
Yalah Sang Kambing Jantan, Saya juga meminta maaf, kami juga patut dipersalahkan kerana terlalu suka membiarkan perangai anak-anak kami secara bebas menganggu anak Sang Kambing tanpa menasihati anak-anak kami.

SANG KAMBING JANTAN :
Itu perkara kecil sahaja, ianya tidak perlu diperbesarkan lagi.
SANG KERBAU DAN SANG LEMBU :
(nada rasa bersalah) Baik lah Sang Kambing Jantan, kami pulang dulu ke tempat kami.
SANG KAMBING BETINA :
(nada sindir badanya membelakangkan Sang Kerbau dan Sang Lembu)Pergi lah balik ke tempat kamu itu, saya pun tidak pernah memperlawa awak berdua datang ke mari.
SANG KAMBING JANTAN :
Apalah emaknya berbicara sebegitu sekali dengan mereka. tidak baik kitakan satu kaum, satu tuan rumah, bumbung yang sama perlukan satu perpaduan. Apa kata tuan kita nanti jika perkara ini diketahui. Sudah pasti saya dan emaknya dimarahi. Sudah! Pergi pujuk anak kita sudah merajuk itu.
SANG KAMBING BETINA :
Tuan rumah tidak akan memarahi akan kita ini, kita selalu menjaga dan membersihkan di depan rumahnya. Malaslah bapanya hendak melayan karenah anak itu, menyusahkan saya betul!




ADEGAN 1 LAKON 3
SANG KERBAU :
(bercakap sesama mereka) Sanggup Sang Kambing Betina menghalau kita, bukahkah selama ini kita menolong keluarga dia, kenapa boleh jadi macam ini?.

SANG LEMBU :
Betul tu kata awak Sang Kerbau, barangkali mereka sudah lupa bagaimana kita menolong mereka ketika anak mereka itu jatuh di dalam gaung.(Sang Lembu pun menceritakan peristiwa anak Sang Kambing jatuh dalam gaung, mereka berdua menolong dengan menggunakan tali untuk disangkutkan di tanduk mereka)

Sang Kerbau dan Sang Lembu berlalu begitu sahaja sambil bercakap-cakap tanpa menghiraukan sindiran oleh Sang Kambing Betina itu. Cahaya pentas dimalap secara perlahan dan terus gelap.

ADEGAN 2
LAKON 1
(Lokasi dan peristiwa berlaku di ruang tamu di rumah Pak Ladin, dinding rumahnya dibuat daipada papan sebagaimana rumah kampung, terdapat satu set kerusi kayu dan meja yang buruk, ada beberapa pinggan dan cawan serta beberapa helai surat khabar diatas meja itu, dibawahnya sebidang tikar getah, ada meja kecil yang dibuat daripada rotan bersebelahan kerusi itu, gambar Perdana Menteri dan gambar anak kambing tergantung didindng)
Tirai dibuka, cahaya perlahan-lahan menerangi seluruh ruang tamu itu, sebuah lampu menyuluh seorang lelaki tua separuh abad duduk atas kerusi sedang merenung sebuah buku, bersongkok hitam, berbaju melayu dan berkain batik jawa. Lelaki tua yang separuh abad itu bangun dari tempat duduknya, mendekati meja mencapai cawan yang berisi isi, kembali duduk di atas kerusi buruknya dan diteguknya air perlahan-lahan dan meletakkan cawan itu di atas meja kecil. Termenung lagi pada buku itu dan mengalih pandangan ke arah gambar anak kambing, lalu bangun berdiri dan berjalan mundar-mandir yang masih dituruti oleh cahaya yang disuluh, mara ke arah gambar anak kambing yang digantung olehnya si Jaha, memandang lagi gambar anak kambing. ditenungnya.
PAK LADIN :
(bermonolog sendirian)Sekarang ini sudah hendak masuk bulan Islam Zulkaedah, bulan depan bukan Zulhijah bulan haji, kerbau, lembu dikandang tu, orang kampung sudah tempah untuk jadikan korban untuk raya korban, kambing pula dua hari lepas Pak Samad sudah bertanyakan tentang itu katanya mahu buat aqiqah untuk cucunya sudah memasuki 3 tahun, cumanya ayam masih bersendirian. Jaha tidak tahu menahu lagi akan kambing kesayangan itu untuk dijualkan kepada Pak Samad. Cepat betul pada tahun ini sudah penghujung tahun.

Pak Ladin pergi duduk kembali ke kerusi membelek-belek helai-helai buku itu, berhenti membelek. Termenung pula.
Di dalam sebuah bilik anaknya Jaha terdengar suara anak Pak Ladin sedang menyanyi lagu beriringi muzik.

I love Allah. I love Allah. So do you. So do you.I love rasululah.I love rasululah
Do you too do you too. What is islam? What is islam?
Do you know? Do you know? It is five principles. It is five pinciples.
Now do you know. Now do you know.
What is iman? What is iman. Do you know? Do you know? It is six principles.
Do you know? Do you know? It is six principles. It is six principles.
Now do you know? Now do you know? What is ihsan?
Now do you know? What is ihsan? What is ihsan?
Do you Know? Do you know? Worship Allah.
Like you see him. Worship Allah. Like you see him.
Now do you know. Now do you know. I know islam. I know iman. I know ihsan.
Islam, iman, ihsan. Islam, iman, ihsan.
I know them all. I know them all. Do you?

Kedengaran kejauhan suara Mak timah memanggil nama Pak Ladin. Mak Timah masuk pentas, Mak Timah berjalan perlahan-lahan dengan tertib dan amat sopan dia berjalan memerhatikan Pak Ladin yang termenung jauh di atas kerusi kayu itu. Dia memakai baju kurung kedah, berkain sarung batik jawa dan menutup kepala dengan kain tuala sahaja, di tangannya sebilah pisau dan buah betik. Cahaya menyuluh Mak Timah.
MAK TIMAH :
Abang! Abang! Abang!. Apa hal bapanya ini termenung begini?(memerhati dan sambil meletakkan pisau dan buah betik di atas meja lalu pergi kearah Pak Ladin lalu duduk bersebelahan pak Ladin di atas kerusi kayu)
Abang ! abang! (ditempuknya paha Pak Ladin, terkejut Pak Ladin)
PAK LADIN :
Eh! Emaknya, awak ini buat terperanjat abang saja.
MAK TIMAH :
Aejak dari tadi lagi saya memanggil abang, berkali-kali saya memanggilnya, abang buat tidak dengar sahaja, buat tidak tahu sahaja. Apa abang ni? Apa abang yang termenung tadi? Apa yang abang fikirkan? Apakah ada masalah?
PAK LADIN :
Awak ada memanggil abang tadi ker? Abang tidak mendengarinya pun. Awak sahaja hendak mempermainkan dengan abang ya? Mana ada abang termenung? Awak jangan hendak mengarut. Abang begitu gembira sekali sekarang, mana mungkin saya mempunyai masalah? Ish… awak ini!
MAK TIMAH :
Abang mempunyai masalah ke? Kalau abang ada masalah beritahulah saya, saya kan seorang pendengar yang baik. (Tersimpul-simpul)


PAK LADIN :
Awak ini ada-ada ajelah. Abang tidak ada masalah pun. Mana ada abang termenung pun, awak tidak memandang ke abang buat apa sekarang? Saya kan sedang membaca buku agama ini. Nah! (Menghulurkan buku agama kepada Mak Timah yang tersengih-sengih)
MAK TIMAH :
Abang ini, saya sekadar bertanya sahaja. Itu pun takkan hendak marah? Sebab tadi saya memanggil tidak dijawab oleh abang.
PAK LADIN :
Siapa marahkan awak? Abang cuma beritahu sahaja, abang sedang membaca buku agama ini. Awakkan tahu jika tiada aral melintang, tidak ada halangan, sihat fizikal dan mental, kitakan akan menunaikan haji pada tahun ini, surat dari tabung haji sudah sampai. Takkan awak tidak tahu akan hal tersebut. Sebab itu saya membaca buku serba sedikit untuk mendalami ilmu agama walaupun setiap minggu kita ke masjid dibandar untuk kursus yang dianjurkan pihak Jabatan Agama. Awak ada faham tidak?
MAK TIMAH :
Iyalah saya ada faham dan tahu akan perkara itu, abang tu jikalau membuat sesuatu atau membaca saya panggil tidak disahutnya. Membaca dengan khusyuk konon. Mestikan abang fikirkan sesuatu yang merunsingkan di benak fakir itukan?. Saya tahu tentu abang fikir mengenai anak kitakan, Jaha? Iyalah anak kita tu masih kecil lagi. Baru memasuki 13 tahun usianya, habis periksa ujian penilaian sekolah rendah. Malahan Jaha itulah satu-satu anak kita. Saya terasa berat hati mahu meninggalkannya walaupun hanya sementara waktu. Iyalah dia tidak biasa dengan orang lain, tidak pernah berenggang dengan saya.

PAK LADIN :
Apa yang awak membebel pagi-pagi buta, abang hendak menelaah sikit pun tidak senang, sudah, sudah abang hendak minta tolong dengan awak, boleh tidak? Awak berhenti sekejap bercakap tu. Kalau tidak bercakap satu jam boleh tidak?.
MAK TIMAH :
Abang ingat saya ini robot ke? Senang hendak menyuruh berhenti bercakap, sememang sejak kecil lagi saya suka bercakap, tidakkan abang tidak tahu, mula-mula kita kahwin, walaupun sebelumnya kita tidak pernah berjumpa, saya tetap bercakap. Abang tu sejak dulu suka berdiam diri sahaja.
PAK LADIN :
Abang kata sudah, sudah lah. Baiklah sebenarnya abang ada juga terfikir tentang Jaha, anak kita itu. Itulah masalahnya. Bukan mengenai kita hendak meninggalkannya kerana hendak pergi mengerjakan ibadat haji tapi dua hari lepas Pak Samad ada datang jumpa dengan abang, dia minta abang jualkan kambing itu, katanya mahu membuat aqiqah untuk cucunya yang baru berusia 3 tahun anak Senah yang bekerja di Kuala Lumpur. Tapikan Jaha terlalu sangat sayang dengan kambing itu hinggakan gambar si anak kambing digantung kat dinding, awak tengok tu kat atas tu? Tengok, tengok (Pak Ladin menunjukkan dengan jarinya kearah gambar anak kambing itu).
MAK TIMAH :
Oh begitu rupanya, patutlah saya memandang muka abang risau sangat. Apasal abang tidak hendak cakap mengenai masalah ini bila saya tanya bang tadi.
PAK LADIN :
Macamana saya tidak risau, tiap-tiap hari Jaha mengosok dan memandikan kambing itu, setiap kali balik dari sekolah, belum pun sempat naik ke atas rumah terus kebelakang rumah untuk melihat kambing itu. Manakan tidak risaunya. Sejak kecil lagi kambing itu dipeliharanya, sekarang sudah besar kambing itu sudah menjangkau 2 tahun, memang sesuai sangat untuk dijadikan sesiapa yang mahu hendak membuat aqiqah.
MAK LIMAH :
Saya pun ada perasan juga sejak akhir-akhirnya sayang benar Jaha dengan kambing-kambing itu,
PAK LADIN :
Itulah abang risau sangat. Abang tidak tahu macamana hendak cakap dengan dia nanti jikalau Jaha bertanyakan dimana kambingnya nanti.
MAK TIMAH :
Itulah abang hendak membuat keputusan tidak bertanyakan pada saya. Saya juga sebahagian daripada keluarga ini. Lain kali cakap dulu dengan saya, kita boleh bawa berbincang, tentukan kata penentu dapat diputuskan. Walaupun saya tahu abang mempunyai kata keputusan berada di dalam tangan. Iyalah abang kan ketua keluarga.
PAK LADIN :
Habis tu awak hendak salahkan abang pula, pada asalnya abang tidak mahu menjualkan kambing itu, abang ada katakan pada Pak Samad, Jaha sangat sayang kambing itu, Pak Samad ada cakap jangan dilayan sangat dengan budak-budak, memanglah budak-budak sangat dengan binatang peliharaannya. Iyalah jaha mana ada adik beradik, dengan kambing sahajalah dia berkawan selepas waktu persekolahnya. Pak Samad merayu-rayu supaya dijualkan kepadanya. Saya tidak sanggup untuk menolaknya hasratnya kerana abang jenis orang mudah simpati dengan orang kampung. Abang masih ingat lagi pertolongan Pak Samad ketika kita mula-mula datang ke kampung ini, Pak Samad yang pertama memberi kita menumpang di rumahnya dulu, sehingga kita digelar ‘Ladin Tumpang’, walaupun penduduk kampung dan adik-beradiknya tidak menyukainya. Pak samad rela dicemuh oleh orang kampung. Jadi bila kita sudah senang takkan kita tidak boleh menolong dia. Dia banyak membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan. Budinya tidak terbalas oleh kita.
MAK TIMAH :
Memang betul juga kata abang tu, kita patut menolongnya. Habis tu! Abang hendak cakap dengan Jaha jikalau Jaha menanyakannya.
PAK LADIN :
Abang tengah fikirkannya tadi, tiba-tiba awak pula datang mengacau fikiran abang ini. Sudah hilang apa yang mahu saya cakapkan kepada jaha nanti(menggaru kepala dan mengambil air secawan dan diteguknya).


MAK TIMAH :
(Mencapai pisau dan buah betik yang berada di atas meja lalu mengopek buah betik itu) Abang, saya ada satu cadangan itu pun jikalau abang setuju dengan cadangan saya yang tidak seberapa ini. Boleh tidak saya bagi cadangan ini yang sudah lama di dalam benak saya ini, abang!.(memerhatikan PaK Ladin yang termenung) Abang! Abang! Bang! Aduh termenung lagi(diletakan buah yang dikopeknya di atas pinggan yang tersedia tadi dan menepuk kembali paha Pak Ladin) Abang! Masih termenung lagi. Abang dengar apa yang saya cakap tadi, saya hendak bagi satu cadangan. Itu pun abang setuju dengan cadangan saya.
PAK LADIN :
Iya, Bagaimana abang hendak kata setuju atau tidak sedangkan awak belum memberikan sebarang cadangan. Apa cadangan awak itu?
MAK TIMAH :
Abang begini, saya sudah lama terfikir tentang hal ini juga jikalau abang bersetuju, boleh tak? Saya cadangkan membeli sebuah basikal untuk Jaha tu. Kita belikan kat kedai Ah Chong tu abang kan bersahabat baik dengan Ah Chong. Dia pasti boleh bagi harga basikal dengan murah. Abang bersetuju atau tidak?
PAK LADIN :
(Berfikir sejenak) Bagus juga cadangan awak itu. Bergeliga juga otak awak. Ya! Sejak bila otak dah bergeliga ni(gelak kecil). Setahu abang lah sejak mula-mula kita kahwin awak tidak pernah mencadangkan idea yang begitu menarik sekali. Sebenarnya abang juga amat bersetuju dengan cadangan awak itu, akan tetapi?
MAK TIMAH :
Tapi? Apa yang hendak ditapi-tapi lagi. Tadi abang cakap setuju kan?

PAK LADIN :
Abang bukannya apa-apa pun, abang bimbang jikalau budak Jaha tu merayau tidak tentu hala dengan ada basikal itu.
MAK TIMAH :
Abangnya, tidak menjadi masalah tentang perkara itu, kita boleh hantarkan ke rumah Abang Long nanti, biarkan saya cakap degan dia. Dia faham akan masalah kita malahan Jaha amat senang dan dapat dengan Pak Long dia tu.
PAK LADIN :
Boleh diharapkan ke abang sulung awak tu?
MAK TIMAH :
Abang jangan macam itu, dia abang saya tau!.

Kedengaran suara menyanyi tiba-tiba Jaha keluar sambil menyanyi dan menari menuju ke arah Pak Ladin dan Mak Timah dari pintu tengah di atas pentas, cahaya menyuluh ke arah Jaha

Do you know? What islam is?It’s way of life for all. It is tought in the quran
For big and small a way of life. A way of life. A way of life. Islam is a way of life
A complete way…
Do you know. What islam says? It says that life’s
A big big test. Its says that life’s. A borrowed space. Returned upon rest
Away of life. Away of life. A way of life
Islam is a way of life. A complete way…Islam solves
All its problems. No stone left. Unturned by god
Perfect with no flaws at all. Are the laws of the lord
A way of life. A way of life. A way of life
Islam is a way of life. A complete way…Islam is a way of life
A complete way…A complete way…
ADEGAN 2
LAKON 1
PAK LADIN :
(Memerhatikan gelagak anaknya Jaha yang sedang menyanyi dan menari) Hei! Jaha! Apa halnya kamu menyanyi pagi-pagi buta.
JAHA :
Alah ayah ni saya bernasyid sahaja. Saya memuji Allah dan agama Allah sahaja, bukannya menyayi tidak tentu hala macam budak-budak kampung disini tidak juga macam Si Man anak Pak Samad tu. Lalalala…

PAK LADIN :
Sudahlah tu, Jaha, Jangan kau menyanyi lagi, Ayah ada hal yang hendak beritahu kamu ini.
JAHA :
Apa halnya ayah?. Hal yang penting sangat ke? Sampai pagi-pagi buta hendak beritahu.

PAK LADIN :
Begini, bulan depan ayah dan emak hendak pergi menunaikan ibdata haji di Mekah.
MAK TIMAH :
Ya, minggu depan ayah dan emak ada kursus di pejabat tabung haji. Jadinya selepas kursus di tabung haji emak dan ayah hendak membuat sedikit majlis kesyukuran sedikit yang ala-kadar sahaja. Oleh sebab itu, emak dan ayah mahu mengorbankan kambing itu.
PAK LADIN :
Ayah sudah beritahu Pak Latib untuk menyembelih kambing itu.
JAHA :
Anak kambing ke? Tidak sama sekali ayah, habis macamana dengan Hujan(nama anak kambing) takkan dia berkeseekor sahaja? Kesian dengan Si Hujan itu. Sudahlah Si Hujan baru sihat dari sakit kakinya yang terpijat duri minggu lepas. Saya sangat kesian dengan Si Hujan itu. Ayah!
PAK LADIN :
Si Hujan itu tidak bersendirian, kamu tengok ada kerbau, lembu, ayam dan juga itik di belakang rumah tu.

JAHA :
Itu saya tahu lah ayah, maksud saya tidakkan Si Hujan itu hidup tanpa berayah dan beribu.
PAK LADIN :
Kan kambing betina masih ada lagi. Ayah cuma mahu mengorbankan kambing jantan sahaja.
JAHA :
Tapi ayah, saya kesian lah dengan Si Hujan tu. Tidak boleh ayah menyembelihkan ayam-ayam itu?
PAK LADIN :
Itu tidak boleh. Ayam itu sudah ayah janjikan dengan Tuk Penghulu, malahan saya sudah bernazar jika tahun ini ayah dan emak kamu dapat ke Mekah, maka ayah akan mengorbankan seekor kambing jantan.
JAHA :
Tidak kira juga saya tidak mahu kambing-kambing itu dikorbankan yang disengajakan.
MAK TIMAH :
Macam nilah, sayang, Jaha kan seorang cerdiik. Nantikan ayah belikan basikal baru. Nak tak?
JAHA :
Saya tak hendak basikal baru. Saya hendak juga kambing itu tidak mahu disembelihkan.( Jaha keluar pentas)

MAK TIMAH :
Susah betul! Jaha ini. Macamana ini bang, Jaha sudah merajuk, dia tidak mahu disembelihkan kambing itu. Basikal yang kita cadangkan itu juga tidak mahunya. Barangkali abang ada cadangan yang lain.
PAK LADIN :
Entahlah! Abang tidak tahu bagaimana mahu difikirkan lagi?.

Lampu mula malap perlahan-lahan gelap mak timah dan pak ladin keluar pentas.
ADEGAN 3
LAKON 1
Lokasi dan peristiwa masih terjadi di belakang rumah Pak Ladin. Pada mulanya pentas gelap, sedikit demi sedikit malap seterusnya menjadi terang dan menunjukkan suasan di waktu petang, Anak kambing(Hujan) sedang meragut-ragut yang disediakan oleh Jaha sambil diperhatikan oleh Sang Kambing Betina, Sang Kambing Jantan. Manakala Sang Lembu dan Sang Kerbau berada di tempat yang lain juga sedang meragut rumput yang disediakan oleh Pak Ladin. Sang Kambing Jantan sedang mengembek dan selepas itu Sang Kambing Betina pula mengembek, suasana di kandang menjadi bising dek mengembiknya oleh keluarga Sang Kambing itu, mereka seakan-akan bercakap sesuatu antara mereka. Sang Kerbau dan Sang Lembu hanya memerhatikan gelagat keluarga Sang Kambing. Anak kambing masih lagi meragut rumput tidak mempedulikan Sang Kambing Jantan dan Sang Kambing Betina itu. Pak Ladin menghampiri kearah Sang Kambing Jantan dan Sang Kambing Betina.
PAK LADIN:
(Mengetuk kepala Sang Kambing Jantan dan Sang Kambing Betina serentak) Woi! Apa halnya si kambing ini, bising lah!.
JAHA :
Kenapa ayah ketuk kepala kambing-kambing itu, kesian kat dia(sambill mengosok kedua-dua kepala kambing itu dan peluk kambing )
PAK LADIN :
Kamu ini Jaha sayang sangat dengan kambing itu, jangan di layan sangat dengan kambing-kambing itu, dia mana boleh fikir sakit ke tidak.
JAHA :
Ayah mana tahu, saya faham isi hati kambing ini.
PAK LADIN :
Kamu ini kambing mana tahu apa-apa pun. Sudah, sudah! Pergi naik ke atas rumah, emak kamu sudah panggil naik ke atas rumah. Naik pergi madi, badan sudah berbau. Dah pagi tadi tidak mandi.
JAHA :
Nanti dulu lah ayah, saya hendak berkasih sayang dengan kambing-kambing saya ini dan mahu peluk anak kambing ini. Sekejap lagi saya naik lah ke atas rumah.
PAK LADIN :
Malas lah ayah hendak layan kamu ini, Jaha. Ayah naik dulu, cepat-cepat naik, jangan main-main lama sangat, gurun di langit sudah berbunyi, awam sudah makin mendung, hujan mahu turun, nanti kena hujan, siapa yang susah, ayah dan emak kamu yang susahkan? (Pak Ladin ke luar pentas sebelah kanan).
JAHA :
Baiklah lepas ini, saya naik lah. Ayah ini banyak cerita lah pula. Ayah naik dulu lah(memandang ke arahnya yang tiada di atas pentas dan masih lagi menggosok anak kambing itu)
Kedengaran kesayuan Mak Timah memanggil-manggil nama Jaha.
MAK TIMAH :
Jaha!Jaha! Hari sudah hendak hujan, awam sudah mendung kelabu, cepat-cepat tolong emak angkat kain ini.
JAHA :
(Monolog) Apa hal emak ini? Jaha hendak bermain-main dengan Hujan ini. Susah betul emak ayah ini, baru hendak duduk senang, tidak boleh?(melaung kea rah sebelah kanan pentas) Sekejap lagi Jaha naik lah.
(Masih lagi Jaha bermonolog bersendirian seolah bercakap-cakap dengan anak kambing itu walaupun anak kambing itu tidak memahaminya dan memandang kea rah anak kambing) Hujan, kamu tahu tak?
Di dalam dunia ini yang berbentuk bulat barangkali selalunya berputar mengikut kehendak-Nya, didalam isinya terdapat pelbagai makhluk-makhluk yang pelbagai karenah, pelbagai ragam, ada juga yang baik hati, dan sebaliknya sesetengah makhluk ada yang bersikap zalim yakni mengamalkan ketidaksamaan dan keadilan semata-mata untuk mencapai kehendak dan kemahuan syahwatnya, ada juga tidak mempedulikan hak-hak kemanusiaan dan kemasyarakatan(berjeda sekejap).
Jaha berlari-lari anak-anak kearah sebelah kiri pentas dan keluar pentas, selang beberapa minit Jaha masuk balik ke dalam pentas sambil membawa gambar-gambar, terdapat 3 keping gambar di tangannya, ditunjukkan kepada anak kambing yang masih meragut rumput tanpa mempedulikan).
JAHA :
(Mengangkat tinggi gambar itu ke bahagian depan pentas) Hujan, kamu tengoklah gambar ini. Cantik tak? Cantikkan!. Kamu tengok lah bagaimana aku menyayangi kamu ini semua, aku sanggup mengambil gambar semata-mata untuk aku tatapan setiap hari, aku mengantungnya di dalam bilik. Kamu tahu tidak? Pastinya kamu tahu kan? Tengok lah Hujan gambar kamu ini, sungguh comel kamu, aku amat saying akan kamu(terus memeluk anak kambing itu). Hujan, semalam emak dan ayah ada bercerita kepada aku, Ayah dan emak akan menunaikan ibadat haji ke Mekah pada bulan Zulhijjah akan mendatang, mereka akan pergi ke sana selama 2 bulan. Aku akan ditempatkan di rumah Pak Long. Ini bermakna kita akan berpisahkan buat sementara. Aku teramat sedih sekali(memeluk hujan). Malahan kau Hujan, akan kehilangan bapa kau, bapa aku akan dikorbankan pada minggu depan manakala ibu kau Pak samad akan mengambilnya pada bulan depan, ayah aku menjualnya. Tidak kau sedih sekali wahai Hujan? Aku teramat berdukacita, amat merudung dan menggunung amat situsi begini.
Jaha menitis air mata lalu melepaskan anak kambing dan berlari-lari anak ke kiri keluar pentas, anak kambing masih lagi meragut rumput.
ADEGAN 4
LAKON 1
Cahaya bertukar kepada mood kesedihan, sekumpulan haiwan peliharaan itu (Sang Kambing Jantan dan Sang Kambing Betina bercakap sendirian, manakala Sang lembu dan Sang Kerbau) sedang bercakap-cakap sesama mereka, tidak pasti apakah butirannya, ianya tidak berapa jelas sambil meragut rumput yang disediakan oleh Pak Ladin dan Jaha dari pagi. Di satu sudut ketepian kandang kambing kelihatan anak kambing sedang menari-nari dan berjoget-joget kegembiraan.
SANG KERBAU :
(Menyentuh ekor Sang Lembu) Awak tengok anak Sang Kambing itu, tergedik-gedik, menyampah betul saya. Benci! Benci!
SANG LEMBU :
Iya lah, rasa benci dibuatnya, tiada pekerjaan lain hendak dibuatnya. Asyik-asyik berjoget setiap hari saja. Sudah itu hendak salahkan kita pula.
SANG KERBAU :
Kalau anak saya lah macam itu, saya sudah bagi penampar dah. Kurang ajar betul.
SANG LEMBU :
Entahlah Sang Kerbau, Sang Kambing itu tidak mengajarkah anaknya? Cuba beradap sedikit.
SANG KERBAU :
Barangkali Sang kambing itu terlalu memanjakan anaknya?
SANG LEMBU :
Bukanlah Sang Kambing memanjakan anaknya itu, tetapi saya perhatikan anak tuan kita itu terlalu memanjakan anak Sang Kambing itu, petang semalam saya memerhati dengan mata kepala saya sendiri. Anak tuan kita memeluk, mencium anak Sang kambing itu
SANG KERBAU :
Iya ke? Apa maksud awak wahai Sang Lembu?
SANG LEMBU :
Hai sahabat saya Sang Kerbau, awak ini bukan seekor haiwan yang prihatin akan kawasan sekeliling lah. Awak tidak memerhatikan gelagat anak kambing begitu gembira sekali apa sebabnya.
SANG KERBAU :
Apakah sebabnya? Saya kurang arif mengenai itu.
SANG LEMBU :
Awak ini Sang Kerbau memang dungu dan jahil lah! Awak ini sememang tidak berotak dan malahan tidak berfikiran lah!.
SANG KERBAU :
Hei! Umur awak baru setahun jagung, darah pun masih baru setampuk pinang berani pula mengajar ikan berenang? Ah! Mulut awak ini tidak insurans ke? Awak ini sudah melampau, sedap-sedap mulut awak sahaja kata saya tidak berotak dan berfikiran.
SANG LEMBU :
kan kita haiwan peliharaan mana otak dan tidak berfikiran pun?
SANG KERBAU :
Ish..ishh awak ini hendak kena?. Kan saya bagi teranjang sebelah kekok baru tahu, awak? Sudah lama saya tidak teranjang ini? Terlanjak perahu boleh diundur, terlanjak kata badan binasa.
SANG LEMBU :
Awak ini, saya hanya bergurau sikit sahaja, itu tidak boleh ke?
SANG KERBAU :
Bergurau-gurau juga. Habis itu awak kutuk saya itu, apakah itu dinamakan bergurau?
SANG LAMBU :
Alah awak ini, kan kita ini memang bersifat begitu.
SANG KERBAU :
Saya sudah naik angin ini.
SANG LEMBU :
Bawalah banyak bersabar, wahai sahabatku Sang Kerbau
SANG KERBAU :
Memanglah bersabar ada tahapnya, (tiba-tiba kaki Sang Kerbau terus angkat kaki terus menerpa ke badan Sang lembu. Dom..dom..)
Sang lembu terus rebah di atas pentas.


SANG LEMBU :
Sakit lah Sang Kerbau.
SANG KERBAU :
Oh!..Awak kata sakit ya, tahu pun rasa sakit, sakit hati saya, awak tidak tahu pula, kan..kan..saya bagi sekali lagi, baru awak tahu.
SANG LEMBU :
Baiklah. Saya meminta maaf, memang salah saya. Lain kali saya tidak lagi menyakiti awak lagi wahai sahabat Sang Kerbau yang baik hati (Sang Lembu terus bangun terus melangkah keluar pentas ke sebelah kanan yang terjongkeh-jongkeh dan dibelakangnya dituruti oleh Sang Kerbau tersenyum-senyum)
ADEGAN 4
LAKON 2
Anak kambing masih lagi berjoget-joget kegembiraan, manakala Sang Kambing Betina dan Sang Kambing Jantan masih bercakap-cakap sesama sendiri.
SANG KAMBING JANTAN :
Emaknya, lihat anak kita gembira betul dia hari ini.
SANG KAMBING BETINA :
Apa tidaknya bergembira hingga sampai dikalbu, petang tadi anak tuan kita memeluk dia tadi.
SANG KAMBING JANTAN :
Tapi emaknya, saya ada terdengar anak tuan kita bercakap sendirian tadi. Apakah masalahnya. Ya?

SANG KAMBING BETINA :
Saya dengar-dengar lah tuan kita mahu memisahkan kita melalui percakapan anak tuan kita tadi. Itulah yang saya fahami dan didengari.
SANG KAMBING JANTAN :
Apakah sebabnya dia mahu memisahkan kita, ya?
SANG KAMBING BETINA :
Sebab-sebab itu saya pula kurang periksa, barangkali ada sesuatu yang akan terjadi mengenai keluarga kita.
ANAK KAMBING :
(Berjalan kearah tengah pentas dan menghampiri Sang Kambing Jantan dan Sang Kambing Betina sambil menyanyi riang) La…la…la…la..la…
Sayang disayang bila berkasih tidak kunjung tiba
Masa sudah tiba anak disayangi maka terjadi jua
SANG KAMBING BETINA :
(Memandang tajam kearah anak kambing) Boleh tak kamu jangan buat bising? Emak dan bapa ada hal yang hendak dibincangkan sedikit.
ANAK KAMBING :
Baiklah emak(senyap sekejap). Eh! Emak…emak…tadi…tadikan, anak tuan kita memeluk kita, dia amat sayang kepada kita, katanya dia tidak mahu berpisah dengan kita sampai hujung nyawa.



SANG KAMBING BETINA :
Iyalah, emak dan bapa sememang sudah tahu akan hal itu, emak dan bapa kau ada melihatnya tadi.
SANG KAMBING JANTAN :
Bapa ada dengar anak tuan kita bercakap bersendirian tadi dengan kamu tadi, dia yang dicakapnya wahai anakku?
ANAK KAMBING :
Entahlah bapa, saya tidak berapa faham yang diluahkan tapikan air mata menjurami laju dipipinya.
SANG KAMBING BETINA :
Habis itu apa yang kamu gembirakan sangat sampaikan bergedik-gedik tadi macam itu sekali?. Ada anak pun tidak boleh diharapkan. Aku suruh kamu perhatikan sedikit tentang masalah yang dihadapinya itu walaupun kita tidak boleh menolongnya, sekurang-kurang kita tahu masalah tuan kita itu.
SANG KAMBING JANTAN :
Betul apa yang diperkatakan oleh emak kamu itu, kamu tidak tahukah apa yang diluahkan ketika anak tuan kita bersama kamu tadi?
ANAK KAMBING :
Memanglah saya ada dengar tadi yang diluahkan oleh anak tuan kita tadi hinggakan menyebabkan anak tuan kita itu menangis, cumanya saya ada memahami sedikit sahaja, yang saya mengetahui adalah mungkin kita sekeluarga akan dipisahkan buat sementara waktu katanya. Perkara yang lain saya tidak tahu.
SANG KAMBING BETINA :
Itu emak dan bapa kamu tahu tentang itu.(Memaling muka kepada Sang Kambing Jantan) Dengar-dengar tuan kita mahu pergi jauh buat sementara waktu, dengar-dengar beberapa bulan akan meninggalkan kita.
ANAK KAMBING :
Seperkara lagi saya ada dengar juga, salah satu kita semua akan dikorbankan pada bulan akan datang akan tetapi tidak tahu siapa yang akan dikorbankan sama ada keluarga kita atau Sang Kerbau dan Sang Lembu atau keluarga Ayam.
SANG KAMBING JANTAN :
Kalau begitu sangat memerbahaya ini, memang sangat bahaya…bahaya…
SANG KAMBING BETINA :
Memang bahaya bapanya, bahaya ini. Saya ada satu idea untuk cadangan untuk mengelakkan malapetaka ini, itu pun bapanya bersetuju dengan cadangan saya ini.
SANG KAMBING JANTAN :
Apakah idea itu emaknya? Apakah perancangan? Apakah cadangannya? (Sang Kambing Jantan mengais-ngais kaki ke rumput dekat kandangnya)
SANG KAMBING BETINA :
Apa kita sekeluarga melarikan diri daripada kandang ini. Bagaimana pendapat bapanya?


SANG KAMBING JANTAN :
Kita boleh buat begitu, nanti dikatakan oleh haiwan lain tidak mengenang budi pula, kita jangan jadi ‘kacang lupakan kulit’ pula.
SANG KAMBING BETINA :
Habis tu apa perancangan bapanya?
SANG KAMBING JANTAN :
Buat masa sekarang kita tidak perlukan fikir tentang masalah itu, yang penting buat masa kita menjamu selera dulu.

Tiba-tiba suara kedengaran dari luar pentas memungkinkan dari rumah Pak Ladin.
ADEGAN 4
LAKON 3
SANG KAMBING BETINA :
Bapanya! Saya ada terdengar sesuatu dari rumah tuan kita.(Sambil berjalan merapati ke arah Sang Kambing Jantan) Bapanya ada dengar tak?
SANG KAMBING BETINA :
Mana ada berbunyi pun, mana ada bunyi lah, awak ini jangan lah hendak mengarutlah, sudah hendak senja bunyi apa pula? (Telinganya membuka-buka untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Sang Kambing Betina itu)
Saya tidak ada dengar pun? Awak ini memang mengarutlah.


SANG KAMBING BETINA :
Bapanya cuba pasang telinga besar-besar, saya betul dengar ini.(sambil menarik-narik telinga sang kambing jantan). Cuba dengar betul-betul!
SANG KAMBING JANTAN :
Tidak apa sesuatu kedengaran pun, awak ini ada-ada aje.
SANG KAMBING BETINA :
(Mengambil sebatang ranting kayu kecil menghulurkan kepada Sang kambing Jantan) Nah! Ambil kayu ini cuba bapanya korek telinga itu, saya rasanya sudah lama tidak dikorek telinga itu.
SANG KAMBING JANTAN :
(Setelah mengambil ranting kayu dari Sang Kambing Betina terus melempar jauh-jauh kayu tersebut) Sudah! Awak ini, jangan hendak mengarut.
SANG KAMBING BETINA :
(Suara sedih) Sambil hati bapanya cakap saya mengarut. Cubanya bapa dengar betul-betul. Makin kuat dengar, semakin dekat dengan kita. Bapanya ada dengar tak? Macam bunyi mesin parut kelapa sahaja?
SANG KAMBING JANTAN :
(Cuba mengambil hati Sang Kambing Betina) Heh! Macam ada sesuatu yang telah berkumandang dari rumah tuan kita lah, bunyi apa ya? Tetapi macam pernah dengar bunyi semacam itu. (Berfikir) Yalah bunyi mesin parut kelapa dan bunyi blender, setahu saya bila bunyi sebegitu biasanya isteri tuan kita mahu mengulai daging kot.

SANG KAMBING BETINA :
Apa yang mahu digulai oleh isteri tuan kita.Bapanya?
SANG KAMBING JANTAN :
(Tersenyum-senyum berfikir sesuatu) Mungkin isteri tuan kita ini mahu mengulai daging emaknya. Ha…ha…ha…
SANG KAMBING BETINA :
Kesitu pula bapanya ini. Saya cakap serius lah. Bapanya pula masih lagi bergurau, masih lagi main-main. Sepatutnya bapanya mencari akal supaya kita tidak dipisahkan nanti oleh tuan kita nanti.
SANG KAMBING JANTAN :
Saya pun serius juga,(menunjukkan muka kearah muka Sang Kambing Betina) adakah muka saya ini tidak serius ke? Saya tengah fikirkannya, awak pula mengganggu saya.
SANG KAMBING BETINA :
(Mengesel-gesel badan di batang kayu yang berada di kandang itu) Masalahnya sekarang kita perlu mencari jalannya, tidak perlu berfikir panjang sampai hendak patah tanduk bapanya.
SANG KAMBING JANTAN :
Rasanya tiada jalan penyelesaian lagi, macam ini lah saya rasakan cadangan awak itu ada rasionalnya, kita harus meninggalkan tempat ini dengan segera.
SANG KAMBING BETINA :
Ya, betul cakap abang, bilakah kita mahu meninggalkan tempat ini? Macamana kalau kita sekeluarga melarikan diri malam ini juga?
SANG KAMBING JANTAN :
Kita boleh melarikan diri malam ini akan tetapi tuan kita akan datang melawat kandang kita pada malam dan menyuntik kita.
SANG KAMBING BETINA :
Habis bila mahu kita melarikan diri dari sini, bapanya?
SANG KAMBING JANTAN :
Kita akan lari dari kandang ini malam esok, malam esok adalah malam jumaat, tuan kita selalu akan ke Masjid di Bandar untuk belajar ilmu agama, jadinya tuan kita bersama isteri dan anaknya akan bermalam dibandar, mungkin 2 atau 3 hari tuan kita baru pulang ke sini, selepas itu kita baru tengok akan kandang ini.
SANG KAMBING BETINA :
Baiklah kalau macam itu, saya ikut sahaja kata bapanya.
Bek. Bek. Bek…
Sang Kambing Betina memangil-manggil anaknya masuk ke dalam kandangnya untuk masuk tidur hari sudah semakin senja. Cahaya pentas terus malap secara perlahan-lahan dan seterus gelap.
ADEGAN 5
LAKON 1
Satu cahaya kekuningan telah menyuluh satu ruang di sebelah kanan pentas, tiba-tiba keluar Sang Kerbau dengan menguak-guak sambil ekornya memukul di badan manakala Sang Lembu mengeluh-ngeluh sambil merebahkan badannya dan salah satu kakinya mengaru-garu di badannya mereka bercakap sesama sendiri dan setelah menggarunya terus berjalan ke tengah pentas bersama Sang Kerbau dan terus duduk berehat duduk di tengah pentas, cahaya kekuningan yang masih menyuluh 2 ekor haiwan peliharaan Pak Ladin juga dari tadi menuruti kedua-dua haiwan peliharaan itu.
SANG KERBAU :
Wahai sahabatku Sang Lembu, awak mahu dengar satu berita yang masih hangat lagi.
SANG LEMBU :
(Bersunguh-sunguh) Mahu…mahu…Apa berita panas itu? Meski mengenai keluarga Sang Kambing yang malang itu kan?
SANG KERBAU :
Memang tepat ketekaan awak itu, otak awak geliga betul! Semalam saya ada terdengar satu perkabaran yang mengatakan tuan kita mahu memisahkan keluarga Sang Kambing antara satu sama lain. Salah satunya adalah tuan kita mahu mengorbankan salah seekor keluarga Sang Kambing pada minggu depan, dengar-dengar begitu lah. Katanya tuan kita mahu membuat kenduri kesyukuran.
SANG LEMBU :
Mana awak dengar berita hangat ini? Awak biar betul? Ish…ish…saya tidak mempercayainya.
SANG KERBAU :
Itulah awak bila saya memberitahu, awak tidak mempercayai pula, kalau awak tidak percaya sudah, saya berani bersumpah. Sumpah! Memang betul lah berita ini saya mendapat maklumat yang boleh dipercayai, mengenai dari mana berita yang saya perolehi itu tidak penting, yang pentingnya adalah keluarga Sang Kambing akan dipisahkan. Rasa senang sikit hati saya jika keluarga mereka porak peranda, meluap saya tengoknya.
SANG LEMBU :
Ha…ha…ha…saya begitu juga, meluap saya melihatnya, berlagak tidak bertempat, puas hati saya. Jadi sekarang kedudukan kita adalah selamat kan? Kesian Sang Kambing itu menjadi korban tuan kita.
SANG KERBAU :
Memang lah selamat. Ha…ha…ha…nasib awak wahai Sang Kambing begitu malang sekali. Hei! Sahabatku Sang Lembu, semalam saya dengar juga keluarga Sang Kambing itu mahu melarikan diri ke dalam hutan sana.
SANG LEMBU :
Oh…itu saya pun tahu, saya ada dengar juga mereka berbisik tentang hal itu.
SANG KERBAU :
Saya ada satu perancangan untuk menghalang hasrat keluarga Sang Kambing itu. Awak hendak ikut serta dalam perancangan ini.
SANG LEMBU :
Apakah rancangannya? Wahai sahabatku.
SANG KERBAU :
Mengikut dalam benak saya yang semakin bergeliga ini, kita pergi kunci kandang Sang Kambing itu tentu keluarga Sang Kambing itu tidak dapat melarikan diri ke hutan sana.


SANG LEMBU :
Geliga juga otak awak ya? Bagus juga perancangan awak itu. Tapi bila kita hendak membuat perancangan ini?
SANG KERBAU :
Hei! Otak saya sejak azali lagi bergeliga, kita buat perancangan ini malam esok sebabnya tuan kita tidak ada di rumah, mereka akan ke bandar.
SANG LEMBU :
Ha…ha…ha…padan muka kau Sang Kambing, berlagak sangat dengan kita. Nanti kau! Sangf Kambing. Tapikan sahabatku Sang Kerbau tuan kita tidak marah kepada kita ini?
SANG KERBAU :
Apalah awak ini Sang Lembu takut sangat, jangan jadi pengecut, mana ada marah, kan tuan kita tidak ada dirumah esok.
SANG LEMBU :
Ya tidak ya juga, kenapa lah saya tidak berfikir macam itu?
SANG KERBAU :
Sebabnya awak itu bodoh. Ha…ha…ha…
SANG LEMBU :
Ha…ha…ha…
SANG KERBAU DAN SANG LEMBU :
(Menyanyi) Wahai Sang Kambing… malang sungguh nasib kau…padan muka kau...

Sang Kerbau dan Sang Lembu terus ketawa dengan gembira sekali. Pentas semakin malap dan terus gelap. Suara Sang Kerbau dan Sang Lembu juga terus bersayu-sayuan.
ADEGAN 6
LAKON 1
Pentas dibuka semula dan diterangi cahaya yang ala-ala malap dan seterusnya diterangi suasana pagi, Sang Kambing Jantan dan Sang Kambing Betina sedang berbincang di antara satu sama lain. Kandang Sang Kambing pada pagi itu sudah dibuka oleh Jaha. Akan tetapi kandang Sang Kerbau dan Sang Lembu tidak buka kerana Jaha risau akan tindak tanduk bila keluarga mereka keluar ke bandar.
JAHA :
(Menggosak kepala dan memeluk anak kambing) Wahai hujan, kamu jangan nakal ya, aku mahu ke bandar sekejap, lusa aku baru pulang. Dengar lah kata emak dan bapa kamu ya?. Kamu makanlah sekenyang-kenyangnya, kalau kamu hendak bermain-main pun, jangan pergi jauh-jauh, bermain di kawasan ini sahaja. Hari ini aku bebaskan kamu semua, bila sudah senja nanti kamu semua pulanglah ke kandang ini. Ingat pesanan aku ini wahai Sang Kambing semua, kamu mesti ingat jangan pergi jauh-jauh tau.
Jaha terus keluar ke sebelah kanan pentas.



ADEGAN 6
LAKON 2
SANG KAMBING BETINA :
Bapanya, saya dengar tadi anak tuan kita cakap tadi mereka mahu ke bandar, lusa baru pulang. Inilah peluang kita hendak melarikan diri ke dalam hutan.
SANG KAMBING JANTAN :
Awak ini tidak sabar, bawa bersabar lah sikit, kita bersarapan dulu lah, bila sudah kenyang baru kita keluar lah. Saya mahu meragut dulu, awak tengok anak kita masih lagi meragut rumput.
SANG KAMBING BETINA :
Ya lah, kita sarapan dulu.
SANG KAMBING JANTAN :
Seronok betul meragut pagi ini, awak tidak seronok meragut pagi ini emaknya? Sedap pula tu.
SANG KAMBING BETINA :
Seronok memang lah seronok, cepatlah meragut rumput tu, nanti lambat pula hendak keluar, sementara Sang Kerbau dan Sang Lembu masih berdengkur lagi itu, bila mereka sudah sedar, susah lah kita mereka itu bukan boleh dipercayai sangat, nanti mereka itu boleh menghalang perancangan dan hajat kita nanti.
ANAK KAMBING :
(Menyanyi) La…la…la…la…mahu berehat sekejap.(Merebah badannya)
SANG KAMBING BETINA :
Diamlah! Emak dan bapa mahu meragut dulu, selepas emak dan bapa sudah habis meragut kita bolehlah keluar berjalan-jalan dikawasan sekitar.
SANG KAMBING JANTAN :
(Sendawa) Ah..ah…kenyangnya perut saya, rasanya mahu tidur, malas pula hendak keluar berjalan-jalan. Rasanya baik kita berehat dulu lepas ini kita keluar lah, boleh ke tidak emaknya?
SANG KAMBING BETINA :
Banyak songget pula bapanya, tidak payah berehatlah kat kandang yang sial ini, kita berehat didalam hutan, cepatlah kita keluar, lagi cepat lagi bagus. Jangan hendak mengada-ngada. Jom cepatlah. Pagi-pagi ini sedap dan seronok berjalan, melihat kehijauan hutan sedap mata memandang.
SANG KAMBING JANTAN :
Baiklah. Jom! Kejutkan anak kita yang sedang berehat itu?.
SANG KAMBING BETINA :
(Menyepak kaki anak kambing) Amboi! Sedap betul dia berehat. Woi! Bangun anak. Cepat ikut bapamu, kita mahu keluar berjalan-jalan, cepat bangun! Lembik betul kamu ini.
SANG KAMBING JANTAN :
Cepat…cepat... kita perlu pantas, untuk mengelakkan dari Sang Kerbau dan Sang Lembu mengetahui hajat kita mahu melarikan diri ke dalam hutan, malahan juga mengelakkan dari cuaca panas menjelang tengah hari nanti, bila cuaca panas, pasti anak tekak kita akan merasa kedahagaan.

ANAK KAMBING :
(Terpinga-pinga setelah dikejutkan oleh Sang Kambing Betina) Emak dan bapa, kita hendak ke mana? Saya tengok emak dan bapa kelam kabut sahaja, ada malapetaka yang akan menimpa kita ini?
SANG KAMBING BETINA :
Kamu ini jangan banyak tanya, cepat jalan!.
SANG KAMBING JANTAN :
(Terus melangkah perlahan-lahan) Kita tidak mempunyai masalah atau malapetaka pun, kita hanya hendak ke jalan-jalan sahaja di kawasan sekitar, sudah lama kita tidak berjalan-jalan ke sana-sini setelah 2 keluarga jiran kita ditempatkan disini. Kamu hendak tahu kenapa kita tergesak-gesak kerana untuk mengelakkan daripada cuaca panas.
ANAK KAMBING :
(Langkah demi langkah menurut langkah Sang Kambing Jantan dan Sang Kambing Betina) Bapa, kenapa kita tidak mempelawa Sang Kerbau dan Sang Lembu ikut serta dengan kita, mereka itukan jiran kita selama ini.
SANG KAMBING BETINA :
Tidak payah mempelawa Sang Kerbau dan Sang Lembu itu, mereka itu hanya baik didepan sahaja, dibelakang menfitnah kita, mereka itu tidak sesuai berkawan dengan kita, kitakan keluarga yang baik-baik sahaja. Sudah…sudah… cepat jalan.
ANAK KAMBING :
Bapa, tuan kita tidak marahkah kita berjalan-jalan pada pagi-pagi ini?
SANG KAMBING JANTAN :
Tidak usah kamu menanyakan tentang hal itu kerana tuan kita sudah memberikan kebenaran kita berjalan-jalan. Jangan kamu bertanya lagi?.
ANAK KAMBING :
Tapi bapa, kenapa kita perlu berjalan-jalan waktu pagi-pagi begini dan mahu ke mana?, bukankah selalunya kita berjalan-jalan pada waktu petang?
SANG KAMBING BETINA :
Aduh! Kamu ini, kan emak sudah memberitahu tadi jangan banyak mempersoalkan kemana-mana kita hendak pergi berjalan-jalan. Kamu pun tahukan pagi-pagi memang sesuai untuk senaman pagi, tuan kita juga pernah bersenam pada waktu pagi, boleh mengeluarkan peluh, sihat juga tubuh badan itu.
ANAK KAMBING :
(Mengangguk kepalanya dan melangkah berlangkah demi langkah secara perlahan) Bapa, saya sudah lama tidak berjalan-jalan jauh sebegini, bagaimana kalau kita berehat sekejap? Bolehkan bapa?
SANG KAMBING BETINA :
Issh…issh…kamu ini lembik sangat, baru berjalan sikit sudah penat, itulah manja sangat dengan anak tuan kita. Tidak payah berehat. Cepat jalan, perjalanan kita masih jauh lagi.



ANAK KAMBING :
(Tidak mempedulikan ibunya mengatakan dia lembik) Masih jauh lagi? Apa maksud emak? Saya tidak memahami apa emak cakapkan ini? Bolehkah emak jelaskan mengenainya?
SANG KAMBING BETINA :
Waduh!waduh!, kamu ini tidak faham kah? Bapanya, berikan penjelasan mengenainya, malaslah saya hendak melayannya, sakit dibuatnya, makin dilayan, makin menjadi-jadi perangai. Banyak pula soalannya. Kamu ikut sahaja lah, jangan banyak soal.
ANAK KAMBING :
Baiklah emak, lain kali saya tidak bertanya soalan lagi(berlari-lari anak ke hadapan).
SANG KAMBING JANTAN :
(Langkahnya berhenti secara tiba-tiba dan berfikir) Bagaimana ya saya mahu menjelaskan ke mana kita hendak pergi.
SANG KAMBING BETINA :
Beritahu sahaja, dia bukannya faham sangat pasal ini.
SANG KAMBING JANTAN :
Emaknya senangnya cakap(masih lagi berfikir). Baiklah kita bila sampai ke sana, saya akan memberitahunya.
SANG KAMBING BETINA :
Ke sana? Ke mana destinasi kita sebenarnya?

SANG KAMBING JANTAN :
Adalah! Ini rahsia saya.
SANG KAMBING BETINA :
Bapanya beritahulah saya, saya pun hendak mengetahui juga di mana destinasi kita seterusnya.
SANG KAMBING JANTAN :
Baiklah kalau emaknya hendak mengetahui juga, kita sekeluarga akan pergi ke Bukit Tampung, disana ada sebuah gua yang dinamakan Gua Stan, kita akan berehat disitu sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Ayam yang menempatkan semua makhluk binatang, ianya juga dinamakan syurga haiwan liar di sana. Satu penempatan yang menarik, disana juga istana raja singa yang mengawal kesemua makhluk binatang di alam rimba itu.
SANG KAMBING BETINA :
Wow! Sungguh menarik tempat itu, bagaimana bapanya mengetahui tempat itu.
SANG KAMBING JANTAN :
Dulu kan saya kan asal dari hutan. Saya selalu datang ke sini sebelum tersesat ke kampung dan terjatuh dalam gaung sebelum dijumpai dan dipeliharan oleh tuan kita dan dijodohkan dengan awak. Awak sudah tidak ingat lagi ke?
SANG KAMBING BETINA :
Saya masih ingat lagi, ianya masih berada memori saya, saya ingat sampai ila-bila ianya menjadi sejarah keluarga kita.


ADEGAN 6
LAKON 3
Sang Kambing Jantan dan Sang Kambing Betina masih lagi rancak bercakap-cakap sesama mereka namun butiran tidak begitu jelas sambil berjalan-jalan menghampiri Gua Stan, Anak Kambing sedang berehat di atas sebatang kayu yang sangat cantik.
ANAK KAMBING :
Bapa? Saya sangat dahaga.
SANG KAMBING JANTAN :
Akhirnya sampai juga kita di Bukit Tambung, di dalam sana ada sebuah yang dinamakan Gua Stan. Sebelum kita masuk ke dalam Gua Stan, biarlah kita berehat di luar gua dulu, kat luar ini udara sangat sedar dan meragut rumput dulu dan meminum air serta membuat apa yang patut.
SANG KAMBING BETINA :
Yalah, saya pun sudah lapar dan sangat dahaga setelah berjalan jauh.
Sang Kambing Jantan :
Baiklah, awak dan anak makanlah dulu saya hendak berehat dulu, tapi awak kena cepat makan itu, jangan terhegeh-hegeh! Sebelum senja kita masuk ke dalam gua.
SANG KAMBING BETINA DAN ANAK KAMBING :
Baiklah.


Cahaya pentas semakin perlahan dimalapkan dan seterusnya digelapkan, pentas menjadi gelap gulita.
ADEGAN 7
LAKON 1
Pentas dibuka perlahan-lahan dan cahaya terang-benderang. Peristiwa berlaku pada siang hari, latar masa adalah di pinggiran hutan, kelihatan 3 ekor kambing iaitu Sang Kambing Jantan, Sang Kambing Betina dan Anak Kambing sedang berjalan-jalan mencari makanan yang sesuai, disamping itu juga mereka ini berbincang diantara satu sama lain di antara mereka, namun butiran perbincangan tidak jelas. Tiba-tiba anak kambing tersepak kayu lalu terjatuh.
ANAK KAMBING :
(Badannya rebah lalu mengosokkan kakinya) Aduh! Sakitnya kaki aku, sial betul punya kayu ini, siapa pula yang letak kayu kat sini? Kalau aku tahu siapa empunya diri yang meletakkan kayu disini, geram betul! Nah!
SANG KAMBING BETINA :
Issh…kamu ini lembik sangat, kamu tidak berhati-hati, lain kali kalau hendak berjalan pandang ke hadapan, penglihatan amat penting dalam memandang sekeliling. Cepat bangun! Sikit sahaja itu.
ANAK KAMBING :
Sakitlah emak, saya tidak boleh bangun ni. Tolonglah emak.
SANG KAMBING BETINA :
Sudah! Sudah! Cepat bangun, jangan hendak mengada-ngada, kamu tidak mahu makan ke? Kalau tidak mahu makan ke?, Kamu tinggal kat sini sahaja, tinggal sendirian, biarkan emak dan bapa kamu sahaja pergi mencari makanan. Kamu hendak bersendirian ke?
ANAK KAMBING :
Jangan tinggal saya keseorangan, saya takutlah, sunyilah disini.
SANG KAMBING JANTAN :
(Hanya memandang gelagat sang kambing betina dan anak kambing), kenapa kecoh-kecoh ni, emaknya awak itu bawa banyak-banyak bersabar, kan anak kita tu ditimpa malang, ditimpa kemalangan, ditimpa kesakitan. Mana bapa tengok kaki kamu, teruk sangat ke? Alah sikit sahaja ni, sekejap lagi bapa akan cari ubatnya, kamu duduk sekejap. Apa-apa pun kita berehat disini, emak kamu ada disini, biar bapa pergi sendirian mencari dedaun kayu.
ANAK KAMBING :
Baiklah bapa (tersenyum walaupun dalam kesakitan), bapa? Jangan pergi lama-lama tau.
Sang kambing jantan terus keluar pentas dari sebelah kanan dan hilang dari penglihatan sang kambing betina dan anak kambing.
ADEGAN 7
LAKON 2
SANG KAMBING BETINA:
(Masih berlegar-legar dan bercakap-cakap sendirian) Laparnya perut ini (memegang perutnya), hendak mencari makanan, anak itu sendirian pula, habis macamana ni? Susah betul kalau macam ini, kalau dia bersendirian bukan dia pergi ke mana-mana pun, dia sudah tidak boleh berjalan lagi sakitnya sudah melampau-lampau. Baik aku pergi mencari makanan dulu.
(Memandang ke arah anak kambing) Woi! Kamu tinggal disini sekejap ya, emak hendak mencari makanan.
ANAK KAMBING:
Tapikan mak takkan saya tinggal bersendirian disini, saya takutlah, disini banyak binatang liar dan buas.
SANG KAMBING BETINA :
Emak pergi sekejap sahaja, didepan tu sahaja. Kamu jangan pergi mana-mana ya.
ANAK KAMBING :
Baiklah, tapi emak, jangan pergi lama-lama ya?
Sang Kambing Betina terus berjalan-jalan keluar pentas sebelah kanan dan tinggal anak kambing sendirian sambil mengosok kaki yang sakit itu.
ADEGAN 7
LAKON 3
ANAK KAMBING :
(Monolog) kenapa emak dan bapa meninggalkan saya sendirian disini? Adakah mereka tidak sayang akan saya lagi ke? Apakah kesalahan saya yang menyebabkan diperlakukan sebegini rupa? Mungkin juga saya tidak mengikuti apa yang dicakap oleh mereka. Ah! Itu dulu tapi sekarang saya sudah insaf, sudah tidak mementingkan diri sendiri lagi. Argh! Kenapa saya perlu melayan fikiran dan perasaan begini, saya sebenarnya sudah besar tidak perlu diperlakukan begini, saya ada perasaan dan fikiran mampu berfikir dengan sendiri, saya juga boleh menilai apa-apa pun tidak kira kearah kebaikan ataupun keburukkan. Akan tetapi saya pasti memilih kebaikan, takkan saya memilih jalan keburukkan pula, betul tak?
(Mengengsot-engsotkan dirinya ke depan pentas)
Ya, kita harus mementingkan hal atau nilai kekeluargaan, selalunya keluarga menjadi tempat kita meluahkan perasaan, tempat kita berkongsi masalah, tapi tidak dengan emak saya, dia selalu tidak menyebelahi saya, selalu menyongsong arus dengan saya atau saya terus menyongsangkan diri ini, bapa pula seorang yang baik hati budinya dan banyak menyemai nilai-nilai kasih dan sayang.
Saya lihat keluarga saya bahagia namun saya juga sesekali memberontak tentang tindak-tinduk emak kerana tidak sebulu dengan saya, tapi itu perkara biasa sahaja kerana sebagai anak sudah berumur sifat kesensitifan memang terlalu cepat.
Ya, nilai-nilai kasih sayang perlu disemai dalam keluarga melalui emak dan bapa saya, mereka berdua saling sayang menyayangi antara satu sama lain selepas melahirkan saya, masih lagi diteruskan nilai-nilai kasih sayang ini sehingga saya membesar seperti ini. Namun sejak kebelakangan ini, saya perhatikan nilai-nilai murni ini semakin berkurangan diantara mereka. Kenapa ya? Argh! Malas saya memikirkannya, lebih baik tidur daripada memikirkan perkara ini yang boleh mengganggu fikiran saya ini. Selamatkanlah emak dan bapa, biarkan keluarga kami bahagia. Janganlah diporak-perandakan keluarga kami.
(Anak kambing meletakkan kepalanya di sebatang kayu dan terus terlena)

Cahaya pentas di malapkan dan diperlahan-lahan digelapkan. Lagu dimainkan
Allah aaaa, Yaa Allah Allah
Kabulkan doaku ya Allah
Selamatkan ayah bonda
Biarlah bahagia
Selalu Allah
Selamatkan saudaraku Allah
Selamatkan kaumku Allah
Cinta mencintai Allah
Untuk selama-Nya Allah
Allah…
Allah a Yaa Allah Allah
Kabulkan doaku Allah
Selamatkan ayah bonda
Biarlah bahagia
Selalu Allah
Selamatkan saudaraku Allah
Selamatkan kaumku Allah
Cinta mencintai Allah
Untuk selama-nya Allah
Allah…
ADEGAN 8
LAKON 1
Cahaya pentas di visual dihalakan ke arah anak kambing yang sedang tidur dengan nyenyak,
Tiba-tiba keluar satu lembaga yang besar, cahaya kekuningan menyuluh lembaga itu dan perlahan-lahan lembaga itu melangkah, langkah demi langkah, badan berbelang. Bila sampai kepada tempat anak kambing yang sedang tidur, lembaga itu berhenti dan memerhatikan anak kambing, menyentuh anak kambing, membelek-membelek anak kambing, namun tidak disedari juga anak kambing itu, barulah lembaga itu menjengah anak kambing. Anak kambing tersedar.
ANAK KAMBING :
Issh! Siapa ini? Saya tengah tidurlah? (Masih memejamkan mata) Jangan kacau saya lah, awak tidak Nampak kah? Jikalau hendak bergurau sekalipun tunggu saya puas tidur dahulu. Lepas itu kita boleh bergurau sepuas-puasnya. Pergi…pergi(matanya masih tertidur) nantikan kau pula kena teranjang kan(tidak mempedulikan dan terus tidur).
SANG HARIMAU :
Hei! Wahai anak kambing, saya mahu makan kamu.(terus mengaum) Aum…aum…
ANAK KAMBING :
(Terkejut dan tersedar terus bangun) Sang Harimau! Awak rupanya, apa awak mahukan daripada saya, pergi…pergi…tolonglah jangan kacau saya?.
SANG HARIMAU :
Issh…issh…awak tidak takut akan saya, saya mahu awak, saya sedang lapar ini, sudah beberapa hari saya tidak makan daging.
ANAK KAMBING :
Saya hendak memakan saya kah? (Tergelak) Ha…ha…ha…buat apa saya hendak memakan saya, saya kan badan kecil, daging pun tiada, penuh tulang?
SANG HARIMAU :
Saya tidak kira awak kecil ataupun besar, ada daging ataupun tidak, saya mahu makan juga, saya sangat lapar ini. Aum…aum…
ANAK KAMBING :
Wahai, Sang Harimau sebelum awak hendak membaham saya, saya hendak memberitahu awak tentang perihal akan saya, awak tahu atau tidak? Jikalau awak memakan saya, pasti awak tidak akan kenyang kerana saya tidak mempunyai daging yang banyak, awak hanya membuang masa sahaja di sini lebih baik pergi memakan Sang Lembu dan Sang Kerbau di hujung sana.
SANG HARIMAU :
Saya tidak kisah pasal itu kerana sangat lapar, awak sungguh cantik, sungguh comel, saya suka pada awak. Adakah awak sudah sedia kah? Ha…ha…ha…
ANAK KAMBING :
Wahai Sang Harimau yang sangat garang, sebelum awak mahu memakan saya, saya mahu memberitahu sesuatu kepada awak, awak tahu tak? Saya mempunyai tulang besi yang pelbagai, jikalau awak memakan saya pun tiada guna juga sebab saya mempunyai tulang besi, pasti gigi-gigi akan patah apabila awak memakan saya. Nanti awak akan ditertawakan oleh haiwan yang lain. He…he…he…
SANG HARIMAU :
Betul kah tulang-tulang awak berbesi? Ah! Saya tidak mempercayainya. Awak hendak mengelak daripada saya ya? Jangan haraplah awak dapat mengelak daripada saya, awak sudah berada di dalam gengaman saya sekarang, ha…ha…ha…usahlah awak hendak berdolak-dalih lagi, awak sudah pasti menjadi mangsa saya. Ha…ha…ha…
ANAK KAMBING :
Betul lah! saya sememang dilahirkan bertulang besi dan berurat dawai. Saya tidak berbohong sama sekali dengan awak, jikalau awak tidak mempercayai saya, awak boleh operate dada saya, xray lah hati saya. Saya tidak tahu jikalau awak mahu memakan saya kerana saya sudah ditakdir mangsa mangsa awak, jikalau awak tidak memakan saya, mungkin haiwan yang lain akan memakan saya dengan bertulangkan besi dan berurat dawai ini.
SANG HARIMAU :
Biar betul awak ini! Tidak pernah lagi saya mendengar haiwan mempunyai bertulang besi dan berurat dawai, barangkali awak ini kambing jadian kot? Ha…ha…ha… Tapi tidak apa saya tetap mahu memakan awak juga. Walaupun diri awak sebegitu. Aku sangat lapar. Ha…ha…ha…
ANAK KAMBING :
(Memikir sesuatu ) Nanti dulu wahai Sang Harimau, awak tidak kasihan kepada saya? Awak tidak sayang kepada saya ke?
SANG HARIMAU :
Awak tidak tahu kah? Jika saya sangat lapar, saya tidak perlu minta kasihan akan awak, saya tidak lagi menyayangi awak, saya ini jenis yang tidak perikehaiwanan, awak adalah makanan saya. Aum…aum…aum…(merapati mulutnya ke badan anak kambing)
ANAK KAMBING :
Sekejap wahai sahabatku Sang Harimau.
SANG HARIMAU :
Sahabat? Saya bukan sahabat awak, awak, makanan saya. Saya adalah musuh saya. Apa lagi yang kamu hendak minta? Aku sangat lapar ini. Awak tak jika saya hendak sesuatu saya akan dapatkan seperti menyeluk-nyeluk ke dalam lumpur biar sama dipangkal lengan.
ANAK KAMBING :
Ya! awak adalah sahabat saya, kitakan satu satu spesies yang sama, tinggal dalam satu dunia kehaiwanan. Jikalau awak makan saya juga, maka awak melanggar hak asasi kehaiwanan. Diatas dasar hak-hak asasi kehaiwanan, saya memohon jangan lah awak memakan akan saya, menjadi mangsa awak.
SANG HARIMAU :
Apa saya pedulikan dengan hak-hak asasi kehaiwanan? Jangan awak pula mengukur air dengan sejengkal tangan awak. Saya tidak mementingkan perpaduan antara dunia kehaiwanan. Dunia haiwanan penuh kegilaan. Buat mengamalkan perpaduan ini jika perpaduan boleh merosakkan kehidupan diri saya. Dunia kehaiwanan ini hanya mementingkan nilai-nilai desakan yang mempunyai kepentingan diri sahaja. Sudah lama saya berada didalam dunia kehaiwanan. Cuba awak beritahu saya? Adakah patut saya di pulaukan oleh Raja Rimba Sang Singa ketika saya menjadi Perdana Menteri di Istana Haiwan. Raja Singa mengatakan saya seorang yang tidak mementing kekeluargaan kehaiwanan. Pedih saya hati dihina begitu rupa. Seperti hati saya dihiris atau disiatkan dengan belati, begitu tajamnya kehinaan terhadap saya. Sekarang ini pun saya melarikan diri, malas saya hendak bergaul dengan masyarakat haiwan, lebih baik saya hidup bersendirian. Saya lebih selera hdup dengan begini.
ANAK KAMBING :
Terus terang saya katakan hidup bersendirian ini adalah sesuatu kehidupan yang tidak mempunyai matlamat, tidak ada keberuntungan. Mana boleh awak hidup bersendirian? Dalam dunia kehaiwanan ini, awak patut hidup bermasyarakat, hidup kita pernah semangat kerjasama, ada sikap tolenrasi, ada unsur-unsur tolak ansur, ada penerimaan antara satu sama lain yakni memberi satu kehidupan yang berintergriti. Kita perlukan perpaduan di antara satu sama lain.
SANG HARIMAU :
Ha…ha…ha…awak kata berkerjasama, intergriti, penerimaan dan perpaduan? Tidak payah awak bersoal panjang dengan saya sebabnya saya terlebih dahulu merasai apa yang terkandung Perlembagaan 1Kehaiwananan. Semua itu saya sudah mengkajinya. Usahlah awak cuba bercakap tentang kerjasama dan perpaduan, saya lebih makan garam daripada kamu, saya lebih dahulu merasa manis dan masin akan kehidupan kehaiwanan dihutan ini. Saya tidak kira awak tetap menjadi mangsa saya hari ini.
ANAK KAMBING :
Jika awak hendak memakan juga, awak mesti membuat apa yang meminta, boleh tak?
SANG HARIMAU :
Awak ini mengada-ngada lah, apa yang awak mahu minta?
ANAK KAMBING :
Jikalau Awak boleh jawab teka-teki saya ini, bolehlah awak memakan saya. Jika tidak awak dikehendaki melepaskan akan saya dan mengubati kaki saya yang luka ini.
SANG HARIMAU :
Apa hal pula saya perlu melepaskan awak dan mengubat luka kaki awak itu sedangkan awak adalah makanan saya jika saya gagal menjawab teka-teki awak. Awak itu terlalu mentah berbanding saya. Jangan awak mengajar saya bagaimana bermain api? Aum…aum…aum…
ANAK KAMBING :
Mengikut adat resam keturunan sayalah, jika tidak pandai berteka-teki maka setiap keluarga akan di denda. Jadi sebelum awak makan saya, siap bersedia ya!



SANG HARIMAU :
Itu senang sahaja, semasa saya menjawat Perdana Menteri di Istana Haiwan dulu pun, saya selalu berteka-teki sebelum mengadap Raja Singa. Sila lah berteka-teki dengan awak itu, saya sanggup membeli teka-teki awak itu.
ANAK KAMBING :
Baiklah sedia ya wahai sahabatku Sang Harimau yang baik hati. Begini bunyi teka-teki ini.Burung apakah yang membuang selalu membuang najis dan dibencikan oleh manusia?
SANG HARIMAU :
Baiklah saya akan jawab awak kamu itu. Mestilah burung kakak tua, betul kan?
ANAK KAMBING :
Nah! Salah tu. Awak sudah tidak boleh menjawab teka-teki saya dengan tepat yang sangat mudah itu, jadi mengikut perjanjian yang kita termeterai sebentar tadi maka dengan ini saya diistiharkan bebas dari cengkaman kuku besi Sang Harimau yang sangat lapar dan garang. He…he…he…
SANG HARIMAU :
Perjanjian apa yang maksudkan itu? Saya tidak pernah membuat perjanjian awak, siapa yang kata saya membuat perjanjian dengan awak, mana ada hitam putih pun. Awak yang membuat perjanjian bukannya saya. Ha…ha…ha…Jikalau di bawa ke Istana atau Mahkamah Kehaiwanan sekalipun saya berhak memenanginya. Namun saya tidak mahu membawanya kepada pengadilan, pengadilan dari Raja Singa hanyalah tidak memberi keadilan kepada saya, Undang-Undang Rimba yang dibuat oleh Raja Singa hanya untuk mengukuhkan cengkaman kuku besi Raja Singa. Jadi sini saya tidak akan melepaskan begitu sahaja dan awak tidak berhak melepaskan diri daripada saya.
ANAK KAMBING :
Ini sudah tidak memberikan satu keadilan kepada saya yang amat kerdil, semasa perjanjian dibuat awak telah bersetuju dengan perjanjian tersebut, nampaknya awak telah melanggar perjanjian yang dimeterai tadi. saya berhak mendapat keadilan. Apakah awak tidak takut dihukum penjara dengan melanggar perjanjian? Apakah awak tidak takut dengan undang-undang ke? Apakah awak tahu apakah hukumnya jika melanggar kanun jenayah kehaiwanan.
SANG HARIMAU ;
Awak tidak berhak mendapat keadilan kerana awak berkuasa sekarang, awak tengok lah betapa besar badan dengan awak (menunjukkan otot-ototnya), apa yang perlu saya takutkan kerana semua kanun jenayah yang berada di mahkamah keadilan itu adalah ciptaan saya dulu.
ANAK KAMBING :
Nampaknya awak tidak takut dengan kanun jenayah kehaiwanan, apa kata kita berjumpa di Mahkamah Keadilan kerana awak telah melanggar perjanjian dan hak asasi kehaiwanan.
SANG HARIMAU :
Sudah saya katakan tadi, saya tidak mahu berhadapan dengan awak di Mahkamah Keadilan Kehaiwanan, perkara itu membuang masa saya sahaja. saya kira usah lah awak hendak mengelakkan diri daripada menjadi mangsa saya sekarang. Bersedia awak meninggal dunia rimba ini. Aum…aum…aum.(menganga mulut untuk membaham anak kambing)
ADEGAN 9
LAKON 1
Tiba-tiba satu suara dengaran dari luar pentas memanggil nama Sang Harimau, terus Sang Harimau tidak jadi membaham Anak Kambing yang sangat comel itu, Sang Harimau terus berhenti dan berpaling kearah luar pentas sebelah kanan. Cahaya menyuluh satu lembaga yang datang dari luar pentas.
SANG HARIMAU :
(Muka merah padam) Siapakah itu yang cuba menganggu saya menjamu selera ini, geram betul saya bila ada yang cuba kacau saya. Tunjukkan muka jikalau berani. Ada berani ke? Kenapa senyap sahaja? Takut ke?
ANAK KAMBING :
Huh! Huh! Huh! Selamat saya! Jika tidak saya tidak dapat melihat dunia ini lagi. Syukur! Alhamdulilah.
Maka keluar lah Sang Gajah bersama-sama Raja Rimba Sang Singa serta haiwan-haiwan yang lain dari sisi pentas menuju ke arah Anak Kambing dan Sang Harimau.
SANG GAJAH :
Wahai Sang Harimau yang derhaka apakah yang hendak awak buat itu? Masihkah awak tidak insaf lagi setelah dihalau daripada Istana Kehaiwanan? Apakah awak mahu dipenjara di Bukit Selidi? awak masih lagi berniat jahat terhadap kaum-kaum kita.

RAJA SINGA :
Kenapa awak masih bersikap begini lagi, cubalah berbuat baik-baik terhadap kaum-kaum kita, awak tidak mengamalkan sikap perpaduan di antara kita.
SANG HARIMAU :
(Tergagap-gagap apabila melihat Raja Rimba Sang Singa) saya tidak berbuat apa pun wahai Raja Rimba, saya cuba mahu menolong Sang Kambing ini yang kesakitan, kaki luka. Saya cuma mahu mengubatinya sahaja tidak lebih daripada itu. Jangan lah Raja \Rimba menyalah tafsir, jika saya mahu membaham anak kambing ini, sudah lama saya kenyang.
SANG GAJAH :
(Melampai-lampai belalainya) janganlah awak berbohong kepada kami lagi wahai Sang Harimau, kami sudah melihat dengan mata kepala kami sendiri, kami ada saksi yang melihat awak wahai Sang Harimau cuba-cuba membaham anak kambing ini(menunjukkan kepada anak kambing yang sedang duduk itu). Apakah awak mahu berbohong lagi? Ingatlah wahai Sang Harimau, jikalau awak berbohong Raja Rimba Sang Singa, awak akan dipenjara. Awak lupakah tentang apa yang terjadi kepada keluarga awak yang terdahulu.
Suara haiwan-haiwan mula bersorak menyatakan sang harimau patut dihukum.
SUARA-SUARA HAIWAN YANG RAMAI :
Hukum…hukum…dia.
Hukum…hukum…hukum…dia patut dipenjarakan.

SANG GAJAH :
awak dengar itu wahai Sang Harimau, saya sebenarnya mempunyai pengaruh untuk menghukumkan awak dengan memberikan nasihat kepada Raja Rimba Sang Singa untuk dibawa ke muka pengadilan dan memenjarakan awak.
SANG HARIMAU :
Wahai sahabatku yang arif, maafkan saya jika perkara ini boleh melanggarkan undang-undang rimba, maaf saya. saya berjanji tidak akan berbuat perkara keji. Saya bersumpah dengan nama moyang saya akan berlakuan baik sampai akhir hayat. Ampunkan saya Tuanku Raja Rimba.
SANG GAJAH :
Apakah sumpah awak ini adalah betul-betul atau sekadar mainan sahaja? Janganlah awak bermain dengan sumpah, nantikan awak pula disumpah Harimau Jadian, baru tahu! awak hendak menjadi Harimau Jadian ke?
SANG HARIMAU :
Sumpah saya adalah sumpah betul-betul, saya sanggup dipenjara seumur hidup jika saya melanggar sumpah ini, wahai Tuanku Raja Rimba.
RAJA SINGA :
Baiklah, beta akan melepaskan awak tapi dengan satu syarat?
SANG HARIMAU :
Apakah syaratnya wahai Tuanku Raja Rimba Sang Singa?
RAJA SINGA :
Disebabkan awak melanggar perjanjian awak yang terdahulu maka awak dibuang dari hutan ini 2 tahun, beta akan beri tempoh esok pagi untuk mempersiapkan diri awak untuk beredar dari hutan ini, jika tidak beta akan menyuruh hulubalang beta untuk menangkap awak dan memenjarakan di penjara besi di bawah tanah. Mengikut hukum yang ditermeterai oleh ahli-ahli senat kehaiwanan, jika awak gagal juga awak dalam masa 2 tahun maka awak akan dipenjara seumur hayat.
SANG HARIMAU :
Baiklah Tuanku Raja Rimba Sang Singa, Saya akan menurut perintah Tuanku. Saya akan pergi dari hutan rimba sekarang ini juga.

Sang Harimau terus pergi meninggalkan kaum haiwan-haiwan, tanpa melihat kebelakang lagi dan terus keluar pentas.

ADEGAN 9
LAKON 2
SANG GAJAH :
Wahai haiwan-haiwan, awak lihat bagaimana sesiapa yang bersikap kejam di antara haiwan-haiwan semua akan kenakan tindakan yang sewajarnya. Ingatlah wahai sahabatku semua.
RAJA SINGA :
Dimanakah doktor kita wahai Panglima Sang Gajah, tadi beta ada melihat bersama kita tadi, cepat panggil dia, kita patut merawat anak kambing, pastinya dia merindu emak dan bapanya. Cepat panglima panggil doktor kita.

SANG GAJAH :
(menoleh kebelakang) Hah! Tadi dia bersama kita semua, kemana dia pergiini? Nantikan saya akan mencarinya(terus memanggil sang monyet yang dilantik menjadi doktor Istana Rimba)
SANG MONYET :
Saya disini wahai Panglima Sang Gajah, saya sedang merawat anak kambing ini.
SANG GAJAH :
Cepatnya awak bertindak!
SANG MONYET :
Saya seekor doktor yang bijaksana terhadap segala tindakan.
RAJA SINGA :
Awak akan dinaikan panggil sebagai doktor seluruh rimba ini dan sekaligus mendapat mandat menteri kanan dalam Istana Rimba.
SANG MONYET :
Terima kasih Tuanku Raja Rimba Sang Singa, saya berbesar hati menerima darjah kebesaran ini..
ANAK KAMBING :
Doktor Sang Monyet, bolehkah saya berjalan bila sapukan ubat ini?.
SANG MONYET :
Semestinya boleh berjalan akan tetapi awak hendaklah berjalan perlahan-lahan sahaja.

ANAK KAMBING :
Baiklah, terima kasih Doktor Sang Monyet
SANG GAJAH :
Wahai Anak Kambing, mari saya hantar awak pulang ke tempat asal awak.
ANAK KAMBING :
Saya menunggu bapa dan emak saya, mereka pergi mencari makanan dan ubat akan tetapi belum pulang.
SANG GAJAH :
Baiklah kalau berkata bergitu, kami semua haiwan bersama Tuanku Raja Rimba Sang Singa mahu pulang ke Istana Rimba, awak bersama keluarga awak datang ke Istana Rimba jika ada kelapangan awak ya, pintu istana sentiasa terbuka untuk awak yang hantar berbuat kebaikan sahaja.
ANAK KAMBING :
Terima kasih banyak-banyak Sang Gajah, nantikan saya memberitahu bapa dan emak saya.
SANG GAJAH :
Kami pergi dulu ya.

Di tengah pentas yang terang cahaya menunjukkan suasana waktu petang, lokasi masih berlaku di pinggiran hutan. Kelihatan anak kambing masih mundar-mandir sendirian, mulutnya terkumat-kamir barangkali bercakap sendiri namun butirannya tidak sangat jelas.

ANAK KAMBING :
Kenapa emak dan bapa lama sangat? Kemana mereka pergi? Takkan saya bersendirian disini, nantikan Sang Harimau itu datang lagi, habis lah saya nanti, lebih baru saya pergi dari sini.

Sekumpulan haiwan-haiwan itu ke luar pentas mengikut urutan ada dibelah kanan dan ada ke sebelah kira. Cahaya yang terang benderang itu pun semakin malap dan seterusnya pentas pun digelap, lagu dimainkan.

Alhamdulilah
Oo…syukur Allah
Saya selamat
Alhamdulilah
Syukur Allah
Rahmat-Mu untukku
Alhamdulilah
Oo…syukur Allah
Saya melihat
Alhamdulilah
Saya mendengar
Alhamdullillah
Syukur Allah
Rahmat-Mu untukku
Alhamdulilah
Ooo…syukur Allah
Saya selamat
Syukur Allah
Rahmat-Mu untukku
Alhamdulilah
Ooo syukur Allah
Saya melihat
Alhamdulilah
Saya mendengar
Alhamdulilah
Syukur Allah
Rahmat-mu untukku
Syukur Allah
Rahmat-mu untukku








ADEGAN 10 LAKON 1

Di tengah pentas cahaya menyuluh Anak Kambing sedang berjalan-jalan, langkahnya perlahan-lahan kakinya dibaluti setelah tersepak dan juga terkena duri semasa dihutan. Lokasi berlaku di pinggir kampung. Setelah penat berjalan, anak kambing berehat kala ini mulut anak kambing terkumat-kamir bercakap sendiri namun butirannya tidak sangat jelas, kerana terlalu penat akhirnya anak kambing terlena. Tiba-tiba masuklah Nathakumari bersama Mamat masuk ke pentas dari sebelah kanan pentas hanya Nathakumari sahaya menyanyi dan Mamat hanya diam sahaja.
NATHAKUMARI :
Lalala…Lalala…Lalala…(berhenti menyanyi dan terpandang Anak Kambing) Hei! Mamat apa kata kita tangkap anak kambing itu(menunjukkan kepada mamat) ini boleh dibuat duit ini. Sssshh…sssshh…(menunjukkan jari telunjukkan di mulutnya semasa memandang Mamat)
MAMAT :
Betul juga tu!, Natha. Cepatlah kita tangkap anak kambing itu,
Nathakumari :
Mamat! Diam lah, suara awak itu kuat sangat, nanti sedar anak kambing ini, saya belasah mulut awak, baru tau!
MAMAT :
Baiklah saya tidak akan bercakap apa-apa pun.

Nathakumari :
Mamat! awak cari tali, kita tangkap anak kambing ini dan ikat. Cepat lah pergi cari tali. Cepat lah bodoh!
MAMAT :
ok…ok…
NATHAKUMARI :
Siap kau kambing, saya mahu tangkap kau. Saya jual kat Ah Chong.
MAMAT :
Nah! Natha, ini talinya (memberi tali kepada Nathakumari)
NATHAKUMARI :
Awak pergi ke sebelah sana pegang kepala, saya di sini hendak ikat kaki anak kambing. Jaga betul-betul, jangan bagi anak kambing ini terlepas.
MAMAT :
Baiklah sahabatku dunia akhirat.
Belum sempat Mamat memegang kepala anak kambing, anak kambing tersedar dari lenanya terus bangun dan melarikan diri
NATHAKUMARI :
Wow, sudah saya kata tadi perlahan-lahan berjalan tadi, sudah terlepas anak kambing. Ini siapa yang hendak bertanggungjawab. Cepat tangkap anak kambing!
MAMAT :
Baiklah, saya juga yang bersalah dalam hal begini. Awak pun sama juga, bercakap kuat sangat. Tentu anak kambing tersedar. Awak tengok tu?
NATHAKUMARI :
Awak jangan banyak pula cepat tangkap anak kambing, kakinya sudah patah.
MAMAT :
Mana kau hendak lari lagi, tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong kau lagi. Jaga-jaga kau!
NATHAKUMARI :
Cepat lah…tangkap…Bodoh!
MAMAT :
Ya, Saya mahu tangkap ini.

NATHAKUMARI :
Awak ini lembik sangat, hendak tangkap seekor anak kambing pun tidak boleh, harapkan badan sahaja besar, kepala kecil. Makan banyak. Memang awak tidak boleh diharap langsung. Tahu hendak senang sahaja, duit hendak, kerja tidak pandai dan tidak buat.
MAMAT :
Ok…ok…bos
NATHAKUMARI :
Mana pergi anak kambing ni? Sudah hilang anak kambing ini, ini awak punya pasal, anak kambing hilang, duit tidak dapat, perut lapar. Awak ini banyak menyusahkan saya betul. Anak kambing seekor yang patah kaki pun tidak boleh ditangkap,

MAMAT :
Macamana, Natha? Kita ini hendak mencari anak kambing itu, saya sudah penat.
NATHAKUMARI :
Apa kena dengan awak ini? Woi! Apa yang awak termenungkan itu, cepat tangkap anak kambing itu.
MAMAT :
Baiklah bos, saya tangkap anak kambing itu dengan segera. Awak pun sama juga lah menangkap kambing itu, jangan asyik memberi arahan sahaja.
NATHAKUMARI :
Ini saya hendak tanya, siapa menjadi bos ini, saya atau awak?
MAMAT :
Y lah, awak kan bos. Baiklah saya pergi tangkap anak kambing itu segera.
NATHAKUMARI ;
Awak tengok itu, anak kambing itu sudah tidak boleh berjalan, cepat kita tangkap anak kambing itu.
MAMAT :
Mana kau hendak lari lagi. Woi! Natha cepat datang sini, saya sudah tangkap anak kambing ini, mari sini kita ikat kakinya.
NATHAKUMARI :
Nanti saya datang segera.(menghampiri mamat) bagus-bagus, macam ini lah kawan saya, baru boleh diharap.

MAMAT :
Cepatlah kita pergi dari sini, nanti orang kampung nampak, susah kita nanti!.
NATHAKUMARI :
Ya cepat kita jual kepada Ah Chong, dia mesti ambil mahal daripada Ah Kiong.
MAMAT :
Baiklah. Bos!
Kedua-dua anak muda Nathakumari dan Mamat membawa anak kambing ke luar pentas, cahaya pentas yang menyuluhkan mereka tadi semakin malap dan terus gelap.
ADEGAN 11
LAKON 1

Pentas dibuka semula, cahaya sedikit malap. Lama-kelamaan cahaya menerangi pentas. Set adalah dikedai Ah Chong dan Lokasi berlaku di kedai Ah Chong. Kelihatan Nathakumari, Mamat dan Ah Chong sedang berbual-bual namun butiran tidak jelas.
NATHAKUMARI :
Hello, tauke apa macam dengan anak kambing, berapa mahu?

AH CHONG :
Ini anak kambing mana mari? Kalau anak kambing ini dariapada kamu berdua mencuri aku tidak mahu mmbelinya.

MAMAT :
Apa lah tauke ini? Ini kambing kami punya lah, kami pelihara sendiri sudah beberapa bulan yang lepas.
AH CHONG :
Kalau macam itu, saya sanggup membeli anak kambing ini akan tetapi dengan satu syarat.
NATHAKUMARI ;
Apa lagi tauke, apakah syaratnya?
AH CHONG :
Jika anak kambing ini, anak kambing curi, tidak tidak akan bertanggungjawab, saya akan cari kamu berdua. Ingat! saya akan cari kamu berdua.
MAMAT :
Apalah tauke, kan sudah saya katakan tadi, ini anak kambing memang kami berdua pelihara. Tidak faham ke?
AH CHONG :
Kalau begitu saya sanggup 200 ratus sahaja, apa macam setuju ke?
NATHAKUMARI :
Ok, saya sangat setuju, banyak senang berurus niaga tauke Ah chong ni. Mana duitnya tauke,
AH CHONG :
Nah! Duitnya. Lain kali kalau ada kambing lagi, datang sini jual kepada saya, saya ambil beli mahal, ini kambing sangat kecil, itu pasal saya ambil murah sangat.
NATHAKUMARI :
Terima kasih tauke, saya balik dulu.
MAMAT :
Saya pun mahu balik juga, lain kali jumpa lagi. Ok tauke.

Nathakumari dan Mamat keluar pentas, Ah Chong masih berdiri di situ, menggosok anak kambing itu, cahaya menyuluh mereka.
AH CHONG :
Woi Kambing! Kau duduk sini, jangan pergi mana-mana ya, saya mahu masuk ke dalam kedai sekejap, jangan pergi jauh-jauh tau. (Ah Chong terus ke dalam masuk kedai)
ADEGAN 11
LAKON 2
Pak Ladin, Mak Timah masuk pentas sambil berbual sesama mereka sambil melangkah demi langkah, hanyalah Jaha yang diam seribu bahasa mungkin masih teringat akan anak kambing di rumahnya.
JAHA :
(Terperanjat) Emak! Ayah! Itukan anak kambing Jaha.

MAK TIMAH :
Jaha! Jaha! (mengeleng kepala) anak kambing duduk di rumah lah, takkan sampai sejauh ini dia datang, Jaha ni silap lah, itulah Jaha selalu teringat akan anak kambing, anak kambing orang lain Jaha kata anak kambing Jaha.
JAHA :
Memang betul lah emak, itu anak kambing saya, macam mana boleh sampai ke sini (mendapatkan anak kambing dan memeluk anak kambing) saya cam anak kambing, ada tanda dipahanya, (menunjukkan tanda) ini anak kambing saya.
PAK LADIN :
Cuba ayah tengok mana tandanya? Iyalah ada tandanya, ini memang anak kambing kita, kena boleh sampai ke sini, mesti ada sesuatu kepada haiwan peliharaan kita, cepat kita balik ke rumah mahu tengok apa yang berlaku.
JAHA :
Ayah! Emak! Nanti dulu, Jaha mahu ambil ‘Hujan’ dulu. (dipegang anak kambing dan dukung) Hai! Hujan kenapa kamu berjalan jauh sampai ke bandar ini. Ibu dan bapa kamu mana?
Bunyi suara anak kambing
Bek…bek…bek…
ADEGAN 11
LAKON 3
Ah Chong masuk pentas semula.
AH CHONG :
Hei! Budak apa kau hendak buat anak kambing itu, awak hendak mencuri ya anak kambing, letak situ…saya kata letak kat situ.
JAHA :
Hallo! Tauke ini anak kambing saya, saya tahu ini anak kambing, ini tandanya(menunjukkan tandanya)

AH CHONG :
Ish…budak ini, saya baru sahaja beli anak kambing ini, datang-datang awak ke sini, tiba-tiba mengaku anak kambing awak pula. Pergi, pergi dari sini, nanti saya penampar baru tahu.
PAK LADIN :
Hallo! Tauke apa hal hendak menampar anak saya, ini memang anak kambing kami, kenapa boleh ada pada tauke ini?
AH CHONG :
Heh! Pak din, ini anak pak din ke? Saya meminta maaf lah, ingatkan anak siapa pula yang hendak anak kambing saya ini. Tapi pak din, saya sahaja baru beli anak kambing daripada Nathakumari dan Mamat tadi, mereka berdua jual kepada saya, jadi saya beli lah, mana saya tahu ini anak kambing pak din. Tadi memang sudah rasa mesti mereka curi anak kambing ini. Mereka tipu saya, cis!
PAK LADIN :
Tauke tidak tahu mereka berdua itu di kampung saya memang digelar penyangat. Kerja tidak buat, asyik senang sahaja, tidak habis-habis dengan perangai lama, tiada ada kerja asyik mencuri sahaja kerja mereka itu.
MAK TIMAH :
Tauke, mereka selalu begitu, beberapa bulan ayam pak latif dicurinya, nasib baik belum jual lagi, orang kampung mereka sedang membawa ayam.


AH CHONG :
Kalau macam itulah, Pak din ambil anak kambing itu, tentang duit saya yang beli anak kambing ini(menunjukkan anak kambing) nanti saya berurusan dengan ayah mereka.
PAK LADIN :
Baik lah tauke Chong, saya mahu pulang sudah 2 hari saya di bandar ini, apa pun terima kasih Chong. Lain kali jumpa lagi.

Pak Ladin, Mak Timah dan Jaha melangkah-langkah perlahan ke arah ke luar pentas, sebelum keluar pentas, tiba-tiba datang 2 orang pegawai penguatkuasa datang bersama Nathakumari dan Mamat yang digari tangannya. Pak Ladin berpaling semula kebelakang dan merapati mereka berdua.

ADEGAN 11
LAKON 4
AH CHONG :
Heh! Penyangat, mana duit saya! Cepat-cepat bagi duit saya! Awak berdua ini menipu saya ya, (menangkat tangan mahu memukulnya)
NATHAKUMAARI DAN MAMAT :
Sudah tidak ada. Kami habiskan!
PAK LADIN :
Sabar.. sabar.. tauke! Awak berdua ini masih tidak pernah insaf, sudahlah Natha, sudah Mamat. Awak berdua tidak kesian pada ibu dan bapa awak, awak berdua ini menconteng arang di muka mereka. Tidak habis dengan perangai lama(mengangkat tangan mahu menampar mereka berdua)
PEGAWAI PENGUATKUASA 1:
Sabar! Sabar! Encik. Negara kita undang-undang, biarkan pihak penguatkuasa akan tentukan tentang kesalahannya, bukan sahaja menipu orang, mencuri harta benda penduduk kampung, mereka ini sudah lama pihak penguatkuasa memburu mereka berdua kerana pecah rumah di rumaah YB harith, semasa pihak kami menangkap mereka, mereka ini sedang mengjisap dadah. Kemungkinnan mereka ini dihukum dengan berat.
AH CHONG :
Encik, macamana dengan duit saya tu?
PEGAWAI PENGUATKUASA 2 :
Macam inilah encik. Encik berdua sila datang ke balai untuk membuat laporan.
MAMAT:
Encik, tolong lepas saya, saya tidak bersalah, dia yang bersalah, dia yang menyuruh saya.
NATHAKUMARI :
Apa pula saya?, Ini awak punya pasal.
PEGAWAI PENGUATKUASA 1 :
Woi! Kamu berdua boleh diam sikit. Cepat jalan!
Semua pemain peranan di atas keluar pentas dimulai nathakumari dan mamat yang digari tangannya oleh 2 pegawai penguatkuasa dituruti oleh Pak Ladin, Ah Chong. Cahaya mula perlahan-lahan bergelapan dan terus gelap gelita yang diringi nyanyian,
Tirai ditutup.

Tamat





2 ulasan :

  1. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    BalasPadam
  2. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    BalasPadam

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates