Khamis, 16 April 2015

Buku, Seni & Kopi di Temu Kerichi





Sebenarnya aku sudah lama mahu menulis tentang temu kerichi hinggalah hari ini terdetik untuk menulisnya. Aku nak tulis sikit saja. Okey!

Semalam! Siap terhidang secawan(secangkir terlalu klise) kopi pak tam memberi satu aroma mengujakan. Pergh!Itulah perspektif pertama jika pekena kopi pak tam di sebuah kedai yang di namakan temu kerichi dengan 'tagline' yang mudah iaitu buku, seni dan kopi.. Kata kawan aku, kopi pak tam diberi taraf lima bintang. Jika korunk peminat tegar kopi tidak rugi jika mengunjungi temu kerinchi. apa yang menarik di sini ianya lebih konsepnya urban village dengan buku-buku pelbagai lebih santai untuk korunk lepak. 

Untuk maklumat korunk temu kerinchi ini terletak di kampung kerinchi di tingkat bawah Flat PKNS berhampirn LRT Universiti dan Vista Angkasa sebelahnya pula KL Gateway yang sedang rancak membangun, dikatakan KL Gateway mempunyai ruang pejabat dan hotel bertaraf bintang-bintang kemungkinan begitu kata kawan aku. 




Dengan suasana santai bersama kawan-kawan lepak untuk bertukar network, bertukar cerita dan sembang tentang isu-isu semasa, seni serta buku ataupun apa jua. memang sesuai untuk lepak. Temu Kerinchi juga sesuai dijadikan tempat 'lauching buku', diskusi dan sebagainya. Untuk maklumat di temu kerinchi juga ada menjual buku-buku dan ada juga untuk bacaan di kedai temu kerinchi. 


Selain kopi pak tam yang mengujakan seperti pengantin menikmati malam pertama, makanan yang paling menyelerakan buat korunk pastinya laksa utara Kak Tim, korunk akan rasa puas hati menikmati laksa Kak Tim. Aku boleh katakan woww!
Korunk jika memilih makanan lain di antaranya nasi ayam mentega, soto, ayam gunduk(lebih sedap dari KFC), nasi puteh bawal goreng dan beberapa jenis makanan lagi. 



                               Acara minggu lepas diskusi bersama Dr Afifbaharudin dan Ainie Haziqa bertajuk anak muda dan aktivisme


Akhirnya sekali korunk buleh rujuk fesbuk, twitter, instagram temu kerinchi atau email ke temukerichi@gmail.com untuk maklumat lanjut berkaitan dengannya. 


 *kredit foto fesbuk temukerinchi.

Selasa, 14 April 2015

Sejarah Itu Penting


Ya! Sejarah sesuatu kejadian masa lampau dalam kehidupan atau yang lebih unik dan penting tidak boleh dilupakan dan didokumentasikan. Namun begitu sesetengah orang sejarah sesuatu yang membosankan kerana apa ianya membosankan? kerana sesuatu rentetan cerita kegiatan atau peristiwa secara kronologi. waima ada puncaknya seperti peperangan.

Sejarah bukan keutamaan sebenar untuk aku kongsikan. Apa yang lebih penting adalah apakah kepentingan sejarah sebenarnya? Secara harfiahnya kepentingan sejarah adalah proses menyimpan dan mengingat tidak terputus melalui dokumentasi samada fikizal atau maya yang boleh dipercayai sumbernya.

Okey! Minggu lepas aku menghadiri satu bengkel penulisan novel sejarah anjuran Persatuan SejarahMalaysia(PSM) di Wisma Sejarah Jalan Tun Razak,  Dalam bengkel tersebut banyak maklumat-maklumat yang berguna untuk penulis-penulis untuk menyertai sayembara penulisan ini.

Ianya sesuatu berita yang baik untuk penulis di luar sana. Jom kita berlumba-lumba menulis.





 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates