Ahad, 21 Ogos 2011

Al - Fatihah untuk TUKYA (Azizi Hj Abdullah) - Belasungkawa


            Saudara pun tahu kan kematian adalah sesuatu yang pasti. Tiada seseorang yang mampu halang atau tangguhkan, Pagi ini aku diberitakan tentang kematian.

INNALILLAH HI WAINNA ILA HIRAJIUN.

            Al-Fatihah untuk sasterawan Allahyarham Azizi Hj Abdullah yang pergi buat selama-lamanya, berita ini aku terima fesbuk Abror Mohd Yusof. Terdetik aku bila mendengar berita ini, bagi aku yang tidak seberapa ini, Allahyarham adalah seorang yang sangat prolifik pengarangan sejak dari penghujung 60an hingga tahun 2010. Walaupun baru sekali berjumpa dengannya namun tulisan-tulisan memang rapat dengan aku, kata orang ada roh.

             Aku adalah peminat setia tulisannya, jangan tanya aku kenapa aku suka menelaah karya-karyanya. Aku mengenali  sasterawan Allahyarham Azizi Hj. Abdullah melalui novelnya ‘seorang tua dikaki gunung’, novel ini perolehi melalui abang aku ketika aku masih disekolah rendah, seingat aku rasanya darjah 6. Namun selepas itu telah melupakan dunia sastera hinggakan aku memasuki tingkatan 4 sebelum aku mengambil subjek kesusasteraan melayu yang belajar secara persendirian. Kali terakhir aku membaca novel Allahyarham Azizi Hj Abdullah melalui novel ‘beruk’ pada tahun lepas, dan kali pertama dan terakhir aku berjumpa dengan tukya nama panggilannya adalah pada tahun 2009 ketika aku menghadiri ‘Seminar Pengarangan Muslimah Nusantara’ di Dewan Bahasa dan Pustaka.  Ooh…sekali aku katakana karya-karyanya ada roh( kalau saudara nak baca sendiri)

Sebenarnya aku berkira-kira mahu berjumpa dengan Allahyarham pada bulan Disember ni di Hadiah sastera siber anjuran esastera.com  (HESCOM) di Alor Star, Kedah. Memang begitu(tak tahu nak kata apa dah), Allah lebih sayang beliau. 

Al fatihah sekali lagi untuk Allahyarham Azizi Hj Abdullah. 
Semoga Allah ditempatkan Allahyarham di dalam orang-orang yang beriman dan dikasihi-Nya. Amin.


Aku sertakan biodata beliau yang aku copy paste melalui blog Allahyarham
AZIZI HJ. ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam.
Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Perai (Sekolah yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi, ayahanda kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri sekarang) hingga tahun 1965.
Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an apabila artikel pertamanya tersiar dalam Warta Negara, Pulau Pinang berkenaan buruk baik wanita bermain bola sepak dan kemudian diikuti cerpen ‘Sisa’. Manakala cerpen ‘Hj. Salikun Cuba Berkhalwat’ telah menjadi kontroversi sehingga Azizi hendak didakwa di mahkamah.
Azizi mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah dalam tahun 1965 dan bermulalah kesuburan bakat beliau melalui penulisan cerpen di akhbar-akhbar, terutama akhbar terbitan Utusan Melayu.
Azizi telah bersara daripada guru agama pada tahun 1997 dan kini menjadi Ketua Editor akhbar Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang dan penulis kolum majalah.
Azizi kini menjadi Ketua Editor Utusan Pengguna, Pulau Pinang. Dengan terhasilnya novel KAWIN-KAWIN, bererti sudah 25 novel yang ditulis oleh Azizi sejak tahun 60an lagi di samping hampir 200 cerpen.


2 ulasan :

  1. Saya masih teringat lagi novel Seorang Tua Di Kaki Gunung itu menjadi subjek sastera ketika di tingkatan lima... semoga rohnya dicucuri rahmat.. amin. Al Fatihah...

    BalasPadam
  2. Tuan Salleh De Ran, Amin. semoga rohnya dikalangan orangorang yang beriman. Memang terasa kehilangan Tukya, karya-karya memang ada roh yang luar biasa.

    BalasPadam

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates