Ahad, 28 Ogos 2011

Sampel Public Service Announcement Script


ACT 1
SCENE 1
17-year old emily and her mother are sitting on the sofa and looking throungh a scropbook
emily : Who's in the photo, Mum?
mom   : That's you great grandma elanor  when she was younger do you remember visity he last year.
Emily : No
Mom : That's when she gave you this doll
Emily : Oh! Can we go see her again and get more present
mom : I'm sorry, Emily remember? She not there anymore
emily : Oh, yeah.
Mom : You know, great grandma elanor taught he how to play cards, and kind and cook, and all kinds of things i always thought she was magic.
Emily : She was a magician?
MOM : kind of, she could tell when the bacon was done, she could tell me twhat 1 was wearing, and she could tell if, was happy or sad, all kind of things.
to be continue....

Rabu, 24 Ogos 2011

Mencari Malam Tujuh Likur - Malam LailatulQadar


Segala puji bagi Allah SWT kerana kita masih lagi bernyawa ketika bulan hampir-hampir penghujungnya, hari ini kita berpuasa 25 Ramadhan, esok 26 Ramadhan dan seterusnya berakhirnya bulan  Ramadhan. Alhamdullah syukur ke hadrat Allah SWT. Masyallah nikmatnya bulan Ramadhan,  bulan  yang mulia dan penuh dengan berakahnya. Terima kasih diucapkan kepada baginda Rasulullah SAW kerana mengajarkan kepada umatnya cara-cara untuk berpuasa pada bulan Ramadhan, Ya kekasih kami yang datang pada setiap tahun. Ya Allah, bulan Ramadhan penuh cinta, penuh nikmat yang melimpah-ruah, dan keran cinta kami kepada Pencintamu. 

Seorang ulama tokoh ahli Sunnah Wal Jamaah, Syeikh Muhammad Fuad bin kamaludin al-Maliki telah menyebutkan dalam kitabnya Takirah Ramadhan, 

                Sesungguhnya Allah yang maha Pemurah telah menganugerahkan kepada umat nabi Muhammad SAW dengan Lailatulqadar, iaiatu suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan suatu anugerah yang tidak diberikan kepada umat-umat yang lain. Allah SWT telah berfirman :

                “sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran ini pada malamlalitulqadar, dan apa jalannya engkau mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail a.s dengan izin tuhan mereka kerana membaca segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun yang berikutnya; sejahteralah malam yang berkat itu hingga terbit fajar – al-Qadr: 1 – 5

                Para ulamak telah berbeza pendapat seta berbahas sebab apakah dinamakan dengan malam Lailatulqadar. Antaranya
1 – Pada malam itu dipaaprkan seluruh takdir atau ketentuan makhluk kepada malaikat
2 – Malam itu memiliki dan menyimpan sesuatu yang bersifat agung. Ini kerana al-Qadr ertinya kemuliaan dan keagungan.
3 – Lailatulqadar membawa maksud malam yang sempit. Ini kerana dunia pada malam itu mengalam ikesempitan dan sesak kerana turunnya malaikat

                Rasulullah SAW telah menggesa umatnya agar berusaha mencari Lailatuqadar dengan sabdanya :
                “Pilihlah malam Lailatulqadar pada bilangan malam yang ganjil daripada sepuluh terakhir ramdahan”
                Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad ibn Hanbal r.a daripada Abdullah ibn Umar r.a  berkata

 “mereka iaitu beberapa orang sahabat Nabi SAW sentiasa menceritakan kepada Nabi SAW tentang mimpi-mimpi mereka bahawa Lailatulqadar ialah pada malam ke 7 likur di dalam malam ke 10”. Maka nabi SAW 

                Aku melihat bahawa mimpi-mimpi kami itu telah bersepakat menunjukkan Lailatulqadar ialah pada malam ke 7 likur daripada malam sepuluh terakhir Ramadhan. Sesiapa yang ingin memilihnya, maka pilihlah pada malam yang ke-7 likur dri 10 malam yang terakhir tersebut”

                Imam al-Nawawi r.a , seorang ulama besar ilmu hadis telah menyatakan di dalam Majmu’ Syarah al Muhazzab bahawa tanda berlakunya lailatulqadar ialah pada malam tersebut keadaan tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Matahari yang terbit pada pagi hari itu pula kelihatan putih cerah tidak banyak sinaran cahayanya.
                Sayyidah Aisyah r.ha. pernah bertanya kepada baginda SAW.
“Wahai Rasulullah! Sekiranya aku menemui malam Lailatlqadar, apakah doa yang harus dan baik untuk dibaca? “Bacalah doa ini: Ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah yang maha Pengampun. Engkau menyukai akan keampunan, maka ampunilah kami.”

Rujukan majalah Anis.

Ahad, 21 Ogos 2011

Al - Fatihah untuk TUKYA (Azizi Hj Abdullah) - Belasungkawa


            Saudara pun tahu kan kematian adalah sesuatu yang pasti. Tiada seseorang yang mampu halang atau tangguhkan, Pagi ini aku diberitakan tentang kematian.

INNALILLAH HI WAINNA ILA HIRAJIUN.

            Al-Fatihah untuk sasterawan Allahyarham Azizi Hj Abdullah yang pergi buat selama-lamanya, berita ini aku terima fesbuk Abror Mohd Yusof. Terdetik aku bila mendengar berita ini, bagi aku yang tidak seberapa ini, Allahyarham adalah seorang yang sangat prolifik pengarangan sejak dari penghujung 60an hingga tahun 2010. Walaupun baru sekali berjumpa dengannya namun tulisan-tulisan memang rapat dengan aku, kata orang ada roh.

             Aku adalah peminat setia tulisannya, jangan tanya aku kenapa aku suka menelaah karya-karyanya. Aku mengenali  sasterawan Allahyarham Azizi Hj. Abdullah melalui novelnya ‘seorang tua dikaki gunung’, novel ini perolehi melalui abang aku ketika aku masih disekolah rendah, seingat aku rasanya darjah 6. Namun selepas itu telah melupakan dunia sastera hinggakan aku memasuki tingkatan 4 sebelum aku mengambil subjek kesusasteraan melayu yang belajar secara persendirian. Kali terakhir aku membaca novel Allahyarham Azizi Hj Abdullah melalui novel ‘beruk’ pada tahun lepas, dan kali pertama dan terakhir aku berjumpa dengan tukya nama panggilannya adalah pada tahun 2009 ketika aku menghadiri ‘Seminar Pengarangan Muslimah Nusantara’ di Dewan Bahasa dan Pustaka.  Ooh…sekali aku katakana karya-karyanya ada roh( kalau saudara nak baca sendiri)

Sebenarnya aku berkira-kira mahu berjumpa dengan Allahyarham pada bulan Disember ni di Hadiah sastera siber anjuran esastera.com  (HESCOM) di Alor Star, Kedah. Memang begitu(tak tahu nak kata apa dah), Allah lebih sayang beliau. 

Al fatihah sekali lagi untuk Allahyarham Azizi Hj Abdullah. 
Semoga Allah ditempatkan Allahyarham di dalam orang-orang yang beriman dan dikasihi-Nya. Amin.


Aku sertakan biodata beliau yang aku copy paste melalui blog Allahyarham
AZIZI HJ. ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam.
Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Perai (Sekolah yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi, ayahanda kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri sekarang) hingga tahun 1965.
Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an apabila artikel pertamanya tersiar dalam Warta Negara, Pulau Pinang berkenaan buruk baik wanita bermain bola sepak dan kemudian diikuti cerpen ‘Sisa’. Manakala cerpen ‘Hj. Salikun Cuba Berkhalwat’ telah menjadi kontroversi sehingga Azizi hendak didakwa di mahkamah.
Azizi mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah dalam tahun 1965 dan bermulalah kesuburan bakat beliau melalui penulisan cerpen di akhbar-akhbar, terutama akhbar terbitan Utusan Melayu.
Azizi telah bersara daripada guru agama pada tahun 1997 dan kini menjadi Ketua Editor akhbar Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang dan penulis kolum majalah.
Azizi kini menjadi Ketua Editor Utusan Pengguna, Pulau Pinang. Dengan terhasilnya novel KAWIN-KAWIN, bererti sudah 25 novel yang ditulis oleh Azizi sejak tahun 60an lagi di samping hampir 200 cerpen.


Jumaat, 19 Ogos 2011

Sebuah Iklan yang Serius



Kredit  Youtube PSA Pendermaan Organ satu anugerah Kehidupan (merdeka) directed by karl hairie uitm 


Aku jumpa video di atas kat youtube bila aku google word PSA, aku sengaja download video ini, ada sebab tertentu (saudara mahu apa sebabnya), semalam aku layari laman web FINAS, aku terjumpa pengumuman ada pertandingan menulis skrip PSA tentang pendermaan organ anjuran Ktaementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dengan kerjasama FINAS, Wow! Hadiahnya lumayan juga jadi aku berkira-kira mahu menyertai pertandingan ini, kalau ada rezeki aku boleh melekat. Walaupun aku pernah menulis skrip tetapi skrip PSA tidak pernah lagi, jadi aku mahu mencuba nasib, jikalau saudara mahu mencuba, kita boleh sama-sama menulis skrip iklan ini.

Jadi itu sebabnya aku mendownload video seperti atas, bukannya apa pun, aku mahu belajar cara-cara bagaimana menulis skrip iklan PSA berdasar video, rasanya tidak susah cuma memerlukan sedikit ilmu. 

Kepada saudara-saudara...Jom kita semarakan dunia penulisan ini membantu penghidupan orang yang memerlukan ke arah yang lebih baik. 

Khamis, 18 Ogos 2011

Merdeka itu apa?


Semua warganegara malaysia tak kira di mana-mana pemaustatinnya sama ada di kutub utara atau selatan, benua mana pun mereka berada tahu akan bulan ogos adalah bulan kemerdekaan. Ya! 31 ogos 1957, detik manis bagi sebuah negara bernama Tanah Melayu ketika itu. Jadi tak usah diantara kita pertikai apakah definisi kemerdekaan, bagi aku semua akan tahu apa itu merdeka kan?

Pada tahun ini, 31 Ogos, bersamaan dengan hari raya puasa, jadi bagaimana kita mempersiapkan untuk menyambut kemerdekaan bagi sebuah negara yang digelar Malaysia. Mungkin kita lebih terdesak untuk menyambut hari raya kan! 

Saudara! Ada yang sudah mengibarkan bendera tak kira di mana sama ada di rumah, di pejabat atau di kenderaan. Petang tadi aku lihat banyak bangunan-bangunan mengibarkan bendera sebesar gergasi, adakah itu melambangkan "1Malaysia : Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Apakah itu sudah memberikan maksud merdeka. 

Ah! Malas aku nak bercerita panjang pasal kemerdekaan ini, saudara semua sudah maklumi tentang itu. Dibawah ini aku titipkan sebuah sajak 'merdeka'.


Merdeka itu bebas 
bukan belenggu tidak pasti
tanpa diraih yang memerlukan juang jitu secara keras 
walaupun perubahan itu bisa mengubah apa-apa
dikotak fikir pastinya tidak ikut telunjuk syaitan.
Merdeka itu seperti ramuan makanan yang secukup rasa!

Rabu, 17 Ogos 2011

Sehari Sebelum Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432

Foto di atas adalah ketika saya berbengkel penulisan berita dan kritikan di capture dari suara keadilan.

Sebelum masuk bulan puasa, aku telah menghadiri satu bengkel penulisan berita dan kritikan anjuran esastera.com. Terus terang aku katakan disini, bengkel tersebut betul-betul menafaat kepada aku dan peserta yang lain barangkali. Seramai 20 orang peserta termasuk aku telah menghadiri bengkel tersebut. Aku diberi satu pendedahan tentang asas-asas penulisan berita dan kritikan yang telah difasilitator oleh wartawan berpengalaman iaitu Kalamutiara dan Fazallah Pit (ketua editor suara keadilan) yang lebih 10 tahun dalam media arus perdana.


Banyak maklumat-maklumat diketahui yang sebelum aku amat buta tentang penulisan berita walaupun ini aku pernah menulis sajak, cerpen atau skrip drama tetapi dalam penulisan berita ini tidak seperti menulis karya kreatif, ianya amat berbeda sekali.

Kata salah seorang fasilitatornya "menulis berita sama dengan menulis surat cinta" - itu katanya.  Dan katanya lagi penulis berita harus ada perasaan ego dan ganas.

Tapi menjadi kemusyilan bagi aku, kenapa foto aku saja dijadikan bahan berita di atas sedang lebih ramai peserta yang menghadirinya. Aduh! (saudara faham maksudnya kan)

Sebenarnya ada beberapa perkara perlu aku ceriterakan, namun apakah daya, malam hampir melabuh tirai.



~"Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan".

#Selamat Bersahur dan Mengerjakan Ibadah Puasa. Tingkatkan Amalan dan Perbanyakkan Sedekah.






Isnin, 15 Ogos 2011

Kedinginan Pagi Aku Berpuisi

Sajak dibawah ini pernah tersiar di dalam Majalah URTV dan esastera.com, sengaja aku siarkan semula kerana aku teringat sesuatu yang nostalgia. Oh! Memang nostalgia. Malahan ianya dikarang pada bulan ramadhan.

(1)
Di pagi yang kelabu menambat hati
Kilauan bulan tika bersendirian
Melemparkan sejenak kenangan nan sejati
Kedamaian nan murni
Menikmati bulan purnama
Dikirimkan oleh kedinginan pagi

(2)
Saat ini…mengenangmu
Membawa ku destinasi nan tinggi
Pengalaman nan luas
Panorama nan pelbagai dimensi
Ianya bagaikan membentangkan
Mutiara yang berkilau
Sepanjang waktu
Terlukis indah yang dikirimkan hanya untuk
Diriku bersama salam yang bergetar-getar

(3)
Mengenangmu…
Sesekali ada mengindahkannya
Lembut denyut jantung
Bersama desir darahku yang mengalir
Segenap seluruh tubuhku
Mengenang wajahmu nan lembut
Yang kerut lelah di bawah kelopak mata
Kerana berteriakan lantang
Lantas kata-kata yang mengusung makna
Yang bukan sebarang kata
Yang boleh berbicara
Membangkitkan kembali membuka mata
Di kala letih-letih di usia tuamu
Yang usai kerja demi masa depan
Untuk tebusan semua anak-anak buahmu
Dengan senjata bijaksana
Kata-kata yang tidak tertimbus

(4)
Di kala kedinginan pagi
Ku menarik nafas dalam-dalam
Dan menghempuskan dengan penuh perasaan
Ku melihat seribu wajahmu
Walaupun waktu ini hanya khayal
Yang termampu mencoretkan sebuah puisi
Di dalam kekelabuan pagi yang kelam
Di atas secari kertas yang kurasakan
Ada getarannya lalu kubentangkan sejadah
Untuk ruku dan sujud berbisik kepadaNYA
Yang mengsyukuriNYA
Yang telah diberikan olehNYA

(5)
Terlalu kerdil baktiku untukmu
Berbeda baktimu terhadapku
Di gelap kelam malam pasti dikau
Berdoa kudus panjang
Untuk berdiri anak-anak buahmu
Seraya…khayal masih dibenakku
Dengan gelodak remaja yang beranjak
Dan di saat aku dewasa ini
Aku terlalu merinduimu
Di depan kenang bayang maya
Perlahan-lahan hilang

(6)
Di pagi yang cerah…sejenak
Sayup-sayup azan kumandang
Melemparkan kenangku padamu
Yang mengangguk keceriaan
Membiru tangis
Jutaan kenangan oleh air mata
Hati meneriakan terima kasih
dan terus kenangmu

Teratakerapung,
Greenwood, Gombak.

Ahad, 14 Ogos 2011

Seorang yang bernama Teratakerapung

Teratakerapung atau nama sebenar adalah Teratakerapung boleh cari di Fesbuk atau twitter, dan juga adalah anak  jantan, mempunyai sembilan abang, kakak dan adik dilahirkan di Kampung Pendek (sebut betul-betul nanti kena pelanting), Kota Bharu Kelantan pada tahun kuda belang dan dibesarkan kampung Sungai (orang kampung panggil sa'to) , Jeli, Kelantan.

Sabtu, 13 Ogos 2011

“Chessmate” untuk sebuah ‘Kasino”





Novel kasino adalah salah satu daripada beberapa buku yang dibawa pulang dari pesta buku Selangor yang lalu, Aku beli sendiri dari tangan pemilik FIXI sendiri Amir Muhamad bukan dari penulisnya, sebab masa tu aku ke pesta buku Selangor pada hari bekerja, kenapa aku pesta buku pada hari bekerja sebabnya aku tahu pada hari bekerja mungkin ulat-ulat buku tidak ramai, kerana memang tidak suka ramai orang sebab itulah aku juga menyewa rumah dihujung kampong, memang aku tidak suka kehidupan dibandar walaupun mencari rezeki di Bandar, keterpaksaan barangkali, berapa banyak barangkali ini.

 “kau ingat lagi belajar add mate ke? Tentang kebarangkalian, sudah lah tu subjek tu sudah ketinggalan zaman”.

Mungkin penulis tiada itu adalah firasat aku lah.

Selepas 2 minggu aku membeli buku ini Pertama kali aku membuka balutan novel kasino adalah memandang kulit belakang membaca synopsis atau mungkin cebisan dari ‘content’ novel ini. Perkara menjadi kebiasaan bagi aku bila menelaah sesebuah buku, memang tabiat aku begini agaknya, orang lain aku tidak tahu tabiatnya, barangkali serupa atau tidak.  Baru buka balutan tau bukan baca lagi. Aku membelek-belek saja novel ini,

“Kita adalah serupa tapi tidak sama”

Isnin, 8 Ogos 2011

Orang Kerajaan dapat Bonus.

Di dalam dunia yang fana ini apa yang dimahukan lagi oleh setiap insan yang digelarkan manusia kalau bukan kerana wang, zaman sekarang ni segala-gala adalah wang. Hinggakan air suam di kedai mamak mahu dikiranya RM 0.30.

Ahad, 7 Ogos 2011

Hari kelapan berpuasa

Hari ini sudah lapan hari umat islam berpuasa Ramadhan Al-Mubarak, aku bersahur seperti hari-hari sebelumnya, nasi puteh, telur masin dan sedekit kuah.  Kepada yang menjalankan ibadat puasa semoga selamat menunaikan, ianya wajib lancar, jaga semuanya pancaindera kita, samada mata, teliga, hati, tangan, kaki, syahwat dan apa-apa lagi bukan hanya sekadar menahan dahaga dan lapar. dan (banyak dan pula aku tulis ni) apa yang paling penting harus mendapat barakah yaa.

'Barakah" Apa itu barakah?

Secara umumnya barakah adalah memohon RESTU dari Allah swt agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang. Barakah ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah swt. Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati rezekinya, maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi barakah kepada seseorang itu.

Aku bukan mahu bercerita tentang keberkatan, aku bukan ustaz yang layak diberikan ceramah, kepakaran aku bukan bidang keagamaan tetapi persembahan pentas. aku sekadar berkongsi rasa apa yang terlintas dihati. Aku ada cerita sempena bulan puasa, kisahnya berkisar dipejabat aku, aku perhatikan selama 8 hari berpuasa ni, ini bukan nak mengutuk atau mengumpat ini betul-betul tau ada sebilangan rakan sepejabat aku ada yang berpuasa tapi tidak bersolat walaupun sesetengah usianya menjangkau lebih 50 tahun, aku tidak pernah bertanya kepada mereka ini, silap tanya boleh cari gaduh, mereka ini kaki gaduh, kalau dah bermasam muka, berbulan-bulan tidak bertegur sapa. Tu lah aku tidak gemar menegur atau menasihati sesiapa kecuali isteri dan anak-anak aku lain,  yang lantak lah. aku tak kisah, Ah! ada aku kisah!

aku ada terjumpa sumber dari http://sobahicairo.blogspot.com/ mengenai berpuasa tapi tidak solat,

"Manakala orang yang berpuasa, sekiranya dia menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum dan syahwatnya, maka puasanya sah dan tidak batal walaupun dia telah mengerjakan perbuatan-perbuatan maksiat seperti menipu dan meninggalkan solat. Akan tetapi, walaupun sah ibadat puasanya, adakah ia diterima dan diganjari pahala daripada Allah SWT"

Ooops! Di pejabat aku ada seorang tu hamba Allah dengar-dengar dah masuk tarekat entah tarekat mana aku pun tidak tahu malas pula aku nak tanya pun, kalau tanya nanti kena tempeleng pula maklum dia ni jenis panas baran sebelum dia masuk tarekat sekarang tak tahu pula, setahu aku dimalaysia ada 2 tarekat je yang diamalkan tarekat naqsyabandiyah dan tarekat ahmadiah, sebenarnya ada banyak lagi. Bab ni aku tak nak komen memang aku tak tahu apa-apa amalannya tetapi aku ada sedikit pengetahuan aku tentang tarekat ni melalui pembacaan.

Catitan ini bukan ada apa-apa pun aku cuma mahu memberi latihan minda agar terus menulis, kata Hashi Hashim"Jangan putus menulis"

Untuk anda yang sedang menjalankan  ibadah puasa. Kukirimkan foto ini.


Kredit photobucket badankuwangi

Sabtu, 6 Ogos 2011

Menunggu Sahur.

                                             
 


                                     Siti Nur Habibah. anak kedua aku yang tiada 
kaitan dengan tulisan dibawah.

Sambil menunggu sahur tu tak tahu nak buat apa, aku buka lap top dan mahu juga updated blog yang penuh dengan sarang labah-labah ni, aku seperti mahu bercerita tentang apa pun tak tahu, jadi aku pun menulis apa yang terlintas dikepala. "Drama. Drama maksud aku adalah skrip teater atau tv, drama radio kurang minat. 

Sebenar aku bukan pandai buat skrip ni walaupun pernah belajar buat skrip teater dan tv ketika menuntut di Universiti  Malaya lewat 2003. Itu dulu. Perkara lama. Kata orang perkara lama tidak perlu dibangkitkan lagi. Nama sejak kebelakangan ini gian aku menulis skrip menjadi-jadi, entahlah tidak tahu kenapa? Barangkali ada sesuatu kot? 

Dulu pernah juga berangan-angan mahu menghantar skrip aku yang tak seberapa mengancam ni  untuk mana-mana production house, namun setelah diberitahu oleh 'kawan' aku 
"Kau berhati-hati bila berurusan dengan penerbit" 

Lewat 2010 aku pernah menghantar beberapa proposal kepada penerbit, namun proposal direject. Disebabkan itu aku sudah malas nak  menghantar proposal lagi, lebih baik aku menulis untuk dipostkan di laman sesawang http://www.esastera.com/ dapat juga anugerah. aku pernah dinobatkan dramatis siber 2009 dan 2010.

Aku cebiskan sebuah drama pendek 30 minit yang diberikan title 'POK KO'


ACT 1
Scene 1

Di atas pentas kelihatan dua lelaki kacak sedang duduk di atas bangku. Cahaya lampu kemerahan memancarkan ke arah mereka. Mereka bersembang.


KALAM : (memerhatikan ke atas) Apa nak jadi sekarang? puisi boleh dianggap senjata,   orang tua seperti Pak Samad boleh dianggap musuh. Hairan bin Ajaib!


PEJA  : (bangun) Apa yang hendak dihairankan sangat, setahu pengetahuan cetek aku ini kalau tak silap lah di negara jiran kita, Indonesia khususnya, W.B Rendra atau Pram pernah dipenjara kerana buku-buku puisinya. Tidak ada keajaibannya. Kerana di sini politikus adalah politikus, seniman adalah seniman. Seniman harus perlu menjadi pok ko kepada politikus.


KALAM : Tapi aku kesian kepada orang setua Pak Samad itu kenapa boleh dikenakan waran tangkap sebegitu rupa. Apakah lagi yang mahu dikejarkan oleh Pak Samad selain daripada kebersihan, keadilan dan kebenaran.


PEJA : Barangkali dalam perjuangan Pak Samad erti kata kesian tidak ada wira seniman seperti Pak Samad. Aku juga ada terdengar cerita-cerita khayalan. Seorang anak murid kepada Pak Samad bercerita, Pak Samad telah diperalatkan oleh orang-orang politikus dungu.


KALAM : Siapa yang bilang begitu? Rendah sungguh intelektual. Aku kira Pak Samad boleh dianggap wira seniman dalam mengkritik sistem politik yang lebih adil dan benar barangkali. Pak Samad boleh juga disamakan seperti Pak Samad Ismail seorang tokoh wartawan yang pernah ditahan tanpa bicara.


PEJA : Adalah. Biarlah rahsia, nanti pula aku ditahan SB, kamu tengok disini sahaja berapa CCTV yang ada, dan tapi apa yang paling aku takutkan adalah musuh dalam selimut. Aku setuju dengan kau tu, kedua-dua pangkal perkataan yang sama, SAMAD. Hahaha...bila kau sebut pasal Pak Samad Ismail aku teringat pula dengan Dr Burhanuddin Helmi, tokoh politikus terkenal negara. kesian juga aku kepadanya.


KALAM : Kenapa kau kesian pada Dr Burhanuddin Helmi tu, dia kan sudah lama meninggakan kita? Kau ni memang suka mengimbau nostalgia. Bukan kah Dr Burhanuddin Helmi ada meninggalkan nama di Taman Tun Dr Ismail?


Khamis, 4 Ogos 2011

Hari Keempat Posa.

Hari ini sudah hari keempat posa. Perkara yang tidak boleh aku tinggalkan adalah rokok, seperti biasa sudah darah daging aku sejak 15 tahun lepas ketika itu umur aku 16 tahun barang kali, dalam tingkatan 4. Eh! Sebenarnya aku belajar merokok tingkatan 3 lagi masa hanya mahu belajar-belajar aje, remaja katakan mahu mencuba sesuatu yang baru, bila dikatakan baru, baru bermakna bergetah dan sedap. Jadi hidup remaja adalah sedap.

Sebenar aku bukannya setagih dengan rokok, aku sengaja mahu hisap rokok pun malahan aku pun memang suka hisap rokok terutama rokok-rokok yang diseludupkan dari indonesia terutama Nusantara, Surya dan gudang garam merah. Aku sengaja membeli rokok dari peniaga yang tidak pernah membayar cukai eksais pun.

Apa ni bulan posa aku bercerita pasal rokok. Melalok dah!

Hari ini juga anak bongsu aku, Muhammad Ameen Hafiz sudah menjangkau 4 bulan usia, semakin hari semakin cerdik pergerakan dan tingkah lakunya. Tapi paling tak tahan bagi aku adalah Ameen Hafiz jenis menjaga malam, kalau lawan dengan kucing bab menjaga malam rasanya kalah kucing. Kalau setakat menjaga malam sahaja tak apa, aku bukan kisah sangat pun,
Masalahnya 'menangis'.

Ada kisah 'tangisannya'

sambung lain kali......
 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates