Jumaat, 19 Ogos 2011

Sebuah Iklan yang Serius



Kredit  Youtube PSA Pendermaan Organ satu anugerah Kehidupan (merdeka) directed by karl hairie uitm 


Aku jumpa video di atas kat youtube bila aku google word PSA, aku sengaja download video ini, ada sebab tertentu (saudara mahu apa sebabnya), semalam aku layari laman web FINAS, aku terjumpa pengumuman ada pertandingan menulis skrip PSA tentang pendermaan organ anjuran Ktaementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dengan kerjasama FINAS, Wow! Hadiahnya lumayan juga jadi aku berkira-kira mahu menyertai pertandingan ini, kalau ada rezeki aku boleh melekat. Walaupun aku pernah menulis skrip tetapi skrip PSA tidak pernah lagi, jadi aku mahu mencuba nasib, jikalau saudara mahu mencuba, kita boleh sama-sama menulis skrip iklan ini.

Jadi itu sebabnya aku mendownload video seperti atas, bukannya apa pun, aku mahu belajar cara-cara bagaimana menulis skrip iklan PSA berdasar video, rasanya tidak susah cuma memerlukan sedikit ilmu. 

Kepada saudara-saudara...Jom kita semarakan dunia penulisan ini membantu penghidupan orang yang memerlukan ke arah yang lebih baik. 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates