Rabu, 24 Ogos 2011

Mencari Malam Tujuh Likur - Malam LailatulQadar


Segala puji bagi Allah SWT kerana kita masih lagi bernyawa ketika bulan hampir-hampir penghujungnya, hari ini kita berpuasa 25 Ramadhan, esok 26 Ramadhan dan seterusnya berakhirnya bulan  Ramadhan. Alhamdullah syukur ke hadrat Allah SWT. Masyallah nikmatnya bulan Ramadhan,  bulan  yang mulia dan penuh dengan berakahnya. Terima kasih diucapkan kepada baginda Rasulullah SAW kerana mengajarkan kepada umatnya cara-cara untuk berpuasa pada bulan Ramadhan, Ya kekasih kami yang datang pada setiap tahun. Ya Allah, bulan Ramadhan penuh cinta, penuh nikmat yang melimpah-ruah, dan keran cinta kami kepada Pencintamu. 

Seorang ulama tokoh ahli Sunnah Wal Jamaah, Syeikh Muhammad Fuad bin kamaludin al-Maliki telah menyebutkan dalam kitabnya Takirah Ramadhan, 

                Sesungguhnya Allah yang maha Pemurah telah menganugerahkan kepada umat nabi Muhammad SAW dengan Lailatulqadar, iaiatu suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan suatu anugerah yang tidak diberikan kepada umat-umat yang lain. Allah SWT telah berfirman :

                “sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran ini pada malamlalitulqadar, dan apa jalannya engkau mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail a.s dengan izin tuhan mereka kerana membaca segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun yang berikutnya; sejahteralah malam yang berkat itu hingga terbit fajar – al-Qadr: 1 – 5

                Para ulamak telah berbeza pendapat seta berbahas sebab apakah dinamakan dengan malam Lailatulqadar. Antaranya
1 – Pada malam itu dipaaprkan seluruh takdir atau ketentuan makhluk kepada malaikat
2 – Malam itu memiliki dan menyimpan sesuatu yang bersifat agung. Ini kerana al-Qadr ertinya kemuliaan dan keagungan.
3 – Lailatulqadar membawa maksud malam yang sempit. Ini kerana dunia pada malam itu mengalam ikesempitan dan sesak kerana turunnya malaikat

                Rasulullah SAW telah menggesa umatnya agar berusaha mencari Lailatuqadar dengan sabdanya :
                “Pilihlah malam Lailatulqadar pada bilangan malam yang ganjil daripada sepuluh terakhir ramdahan”
                Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad ibn Hanbal r.a daripada Abdullah ibn Umar r.a  berkata

 “mereka iaitu beberapa orang sahabat Nabi SAW sentiasa menceritakan kepada Nabi SAW tentang mimpi-mimpi mereka bahawa Lailatulqadar ialah pada malam ke 7 likur di dalam malam ke 10”. Maka nabi SAW 

                Aku melihat bahawa mimpi-mimpi kami itu telah bersepakat menunjukkan Lailatulqadar ialah pada malam ke 7 likur daripada malam sepuluh terakhir Ramadhan. Sesiapa yang ingin memilihnya, maka pilihlah pada malam yang ke-7 likur dri 10 malam yang terakhir tersebut”

                Imam al-Nawawi r.a , seorang ulama besar ilmu hadis telah menyatakan di dalam Majmu’ Syarah al Muhazzab bahawa tanda berlakunya lailatulqadar ialah pada malam tersebut keadaan tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Matahari yang terbit pada pagi hari itu pula kelihatan putih cerah tidak banyak sinaran cahayanya.
                Sayyidah Aisyah r.ha. pernah bertanya kepada baginda SAW.
“Wahai Rasulullah! Sekiranya aku menemui malam Lailatlqadar, apakah doa yang harus dan baik untuk dibaca? “Bacalah doa ini: Ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah yang maha Pengampun. Engkau menyukai akan keampunan, maka ampunilah kami.”

Rujukan majalah Anis.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates