Khamis, 8 Disember 2011

Masa Tambahan





Berbicara tentang angka tertentu kamu semua memahami apa sebenarnya angka, ianya  adalah sesuatu yang misteri  barangkali. Kerana angka itulah satu sejarah akan tercipta sama ada melalui Team Malakat atau Team Indikit. Kalau anda semua hendak tahu apakah sejarahnya?, cubalah pandang kebelakang melihat rekod-rekod yang terdahulu bagaimana permusuhan atau dendam kesumat antara team malakat dan team indikit. Sekadar makluman sahaja, pada hari ini bukan anda semua tidak tahu, anda semua sudah tahu apakah sejarah itu?   Cuba teka apakah sejarah itu?  Hari ini Team Malakat dan Team Indikit akan meneruskan perjuangan yang masih belum selesai. Biarlah mereka mencapai titik-titik yang terakhir. Kali ini perjuangan antara mereka telah dipersetujui di adakan di perkampungan Team Indikit. Panas! Panas! Ya begitu panas situasi ini permusuhan antara team malakat dan team indikit seperti mengimbau sejarah silam, kalau mengikut pengalaman turun-temurun. Ianya memang terlalu aneh. Tapi ya atas dasar semangat perpaduan inilah, anda semua jangan ambil peduli tentang kegelapan biarkan ianya sesuatu yang bergemerlapan, biarkan ianya semeriah-meriahnya. Sepegetahuan sejarah-sejarah yang terdahulu anda semua tahu apakah sebabnya berlaku konfrontasi antara team malakat dan team Indikit? Kalau sesungguhnya anda semuanya mengetahui detik-detik cemas biasakan ianya berlalu begitu sahaja, kerana ianya sesuatu sejarah yang tidak harus dilupakan dan dipedulikan oleh penyokong-penyokong fanatik masing-masing sama ada team malakat ataupun team indikit. Ini cerita dulu-dulu, pernah sekali team indikit telah mengalami masalah sosioekonomi yang sangat teruk menyebabkan team indikit terpaksa memerlukan bantuan dari luar khusus team-team yang berdekatan, diatas kesedaran perpaduan, setiakawan,  kejiranan setempat, persefahaman yang jitu  dan spesies yang sama, team malakat telah mengambil inisiatif menghulurkan tangan kanan memberi pertolongan yang sewajar

         Sejak dua hari yang lalu flyer-flyer, banner-banner sudah mengamati mata-mata si penyokong team indikit, itu belum lagi website dan blog alternatife yang sering kali menganyang team malakat yang selalu kurang penyokong fanatiknya. Seperti ‘ganyangkan team malakat’ dan ‘hantarkan malakat ke negaka’. Memang hebat perang saraf dan psikologinya. Memang tepat sekali kata seorang politikus handalan, “jika anda semua mahu berjaya dalam dunia realiti harus ikada gerak saraf daqn perang saraf, mungkin dasar gerak saraf perang saraf (GSPS) yang telah digunapakai oleh team indikit yang sejak lama dulu lagi. Telah diketahui oleh semua peminat-peminat sukan permainan bola bulat pada malam ini akan berlangsung perlawanan akhirnya antara team indikit dan team malakat yang mana team malakat menjadi pasukan pelawat, difahamkan penyokong fanatic team indikit lebih ramai daripada penyokong team malakat melebih 300 kali ganda jumlahnya. Memang terlalu ramai sekali! Pergh! Memang betul-betul fanatik  team indikit ni. Dengar khabar angin yang boleh dipercayai, ura-ura team indikit telah menggunakan bomoh radeyun untuk mempergaruhi perlawanan  bola bulat, untuk makluman anda semua, bomoh radeyun dipercayai mempunyai ramuan yang mujarat kebomohan, ini kerana bomoh ini telah menggunakan makhlus halus yang bisa menghalang bola bulat memasuki gawang team indikit, mendengar khabar angin tersebut team malakat terasa kegerunan, namun begitu perkiraan yang dicanangkan oleh coach melalui coaching yang bermutu pastinya menganggugugat team indikit, difahamkan juga goal keeper team malakat mempunyai ramuan yang berkesan, selain beraksi dengan cemerlang dan berkesan, goal keeper team malakat sudah mengamalkan beberapa petua yang dipelajari oleh seseorang yang dipercayai mengamalkan amalan ilmu mengesan kemusuhan lebih awal, goal keeper ini telah dimandikan dan diminumkan air solat hajat selama 45 hari tanpa henti. Ya! Team Indikit dan team malakat mempunyai kelebihan masing, kekurangan kemungkinan tidak dapat ketahui antara satu sama lain.  Dengan khabar angin lah, jika team malakat memenangi kejuaraan kali ini, ada satu cubaan untuk membatalkan kejuaraan dengan melakukan sabotaj dengan menggunakan sistem ujian dophin. Kemungkinan juga ada kebenaranya.

               Tatkala dihujung cahaya cuba melelapkan mata, team malakat dalam perjalanan ke tempat berlangsungnya perlawanan yang amat getir itu ada sesuatu diluar jangkaan pemikiran pemain dan pegawai team malakat, terlalu getir! Tidak pernah berlaku dalam sejarah perlawanan  bola bulat  yang mana team malakat di larang memasuki venue perlawanan oleh penyokong fanatic team indikit, jalan-jalan telah disekat dengan beberapa penyokong fanatik team indikit telah membaringkan diri di atas jalan ke venue kelora, perkara ini sesuatu memeranjatkan di kalangan pemain dan pegawai team malakat.

coach! Bagaimana kita….?” Salah seorang pemain team malakat bertanya

“Tak apa, kita akan contact pihak penganjur untuk meminta bantuan”

          Setelah terperangkap di dalam perjuangan sebelum perlawanan untuk memasuki venue kelora, akhirnya dengan bantuan pihak berkuasa tempatan akhirnya team malakat dapat memasuki venue kelora dengan menggunakan kereta perisai tidak lagi dengan bas seperti perlawanan sebelum ini.

        Jika anda melihat semua kelibat penyokong fanatic team indikit pasti anda juga geram, marah atau sesekali mahu menghulurkan beberapa kali buku lima ke atas seorang demi seorang penyokong fanatic team indikit. Apa tidaknya mereka mencaci team malakat dengan kata-kata yang kesat, menghina team malakat, entahlah apakah rasional mereka bertindak sedemikian rupa barangkali ada sesuatu yang tidak mengembirakan mereka atau ada sejarah yang telah dipalitkan di muka mereka. Hairan! Ajaib!. Anda semua tidak perlu hairan. Ini adalah situasi sesuatu perlawanan akhir bola bulat yang tidak kirta sama ada team mana pun. Jika perlawanan bola bulat berlaku di tempat anda juga pasti perkara ini tetap juga berlaku. Secara releven perlawanan akhir bola bulat harus diadakan venue berkecuali.

         Bila gerompolan team malakat yang berpakaian serba kuning dan hitam yang berjalur seperti bebelang harimau  untuk menyanyikan lagu tema team malakat, segelintir penyokong team indikit walaupun tidak semua cuba mempersendakan lagu team malakat dengan bersorak. Suara-suara sumbang kedengaran walaupun kejelasan tidak begitu ketara sekali, namun ianya tidak harus berlaku di antaranya

“boooo... boooo...boo..”

 “ganyang team malakat...”

“hantar saja team malakat ke neraka...”

Tidak harus ada kemenangan team malakat..”

“julang team indikit...”

          Manakala team indikit memang secara tradisinya memakai jersi merah dan putih, seperti team the red warrior yang menang liga super Malaysia(LSM) beberapa bulan yang lepas. Kelihatan wajah pemain-pemain team indikit tersenyum sampai melambai-lampai ke arah penyokong. Setiap seorang demi seorang mempunyai keyakinan yang sangat tinggi untuk memenangi kejuaraan ini dengan skill individu yang hebat dikalangan pemain team indikit tambahan sokongan peminat yang begitu ramai hingga mencecah ratusan ribu orang, begitu juga coachnya begitu yakin dengan teamnya kali ini walaupun team indikit pernah ditewaskan oleh team malakat sebelum ini diperingkat group. Salah seorang pemain yang paling bernilai dan mempunyai skill individu yang tinggi iaitu kakai harus dijaga dengan rapi oleh pemain tesam malakat, ianya mempunyai kuasa kaki kidal yang ajaib kerana tendangan boleh mengelirukan goal keeper team malakat. Malahan dikatakan kakai menggunakan bomoh hitam, betul atau tidak, anda juga tidak tahu kan. Biar ianya menjadi tanda tanya anda semua.      

            Memang tepat sekali penyokong team indikit bertindak kurang ajar, tidak menghormati team malakat langsung. Mereka juga mengejek-ejek pemain team malakat dengan agak kasar. Cara mereka bertindak sedemikian sesuatu yang aneh, jelas sekali mereka ini semua memang belum matang, tidak bertamadun. Walaupun perlawanan diadakan ditempat team indikit sekurang-kurang penyokong team indikit harus menghormati pihak lawan walaupun sebenarnya musuh di dalam venue.

           Wiiiiit.. tiupan wisel oleh rujukan Ya! Maka sepak mula! Riuh rendah di seluruh venue oleh penyokong fanatik team indikit, bila kawalan bola dikuasai oleh pemain-pemain team indikit, beberapa kali pemainya  cuba menyerang ke kubu team malakat namun begitu ianya tetap dihalang oleh defend team malakat. Suara-suara yang sumbang masih juga kedengaran dari penyokong team indikit bila sesekali pemain team malakat menguasai bola di tengah padang. Coach team malakat yang bermata sepit memberikan arahan kepada pemainnya agar  menjaga dengan rapi pemain team indikit khususnya kakai, ianya boleh mengugatkan bahagian defend. Midfield team malakat membuat tendangan dari jauh kira-kira 40 meter jaraknya hampir bola ke dalam gol mujurnya palang menyelamatkan kalau tidak pastinya venue akan senyap seketika. Perlawanan antara team indikit dan team malakat sudah berlangsung hamper lima minit, secara tiba-tiba defend team indikit melakukan forward ball dengan overlapping yang begitu pantas ke atas kubu team malakat. Huhuhu...nasib lah goal keeper dapat menepis sedikit sahaja untuk bola mencecah jaring kalau tidak pastinya venue pada malam itu akan gamat seketika. Corner!

          Pada minit kelima perlawanan, sepakan penjuru yang diambil salah seorang pemain team indikit yang begitu yakin membuat tendangan deras betul, tanpa dikawal oleh team malakat, tiba-tiba seorang pemain team indikit yang tinggi lampai meluru laju menanduk bola tersebut terus mencecah jaring, bersorak riang! Menunjukkan jai telunjuknya ke atas langit merayakan kejayaan menjaringkan bola ke atas team malakat.  Kelebihan satu jaringan ke atas team malakat, pemain-pemain team indikit bermain perlahan, mungkin mereka telah menukar taktikal dengan cara bermain secara defender, ini kerana team malakat akan terus menyerang balas.  Sekali sekala team malakat melakukan serangan balas melalui striker, suara-suara juga masih kedengaran. Bukan itu sahaja mereka mengejek-ejek pemain team malakat bila bola berada di kaki pemain team malakat.

“ganyang malakat”     

 “booo, booo, boooo....”

           Pemain-pemain team malakat tidak berputus asa walaupun dengan penyokong fanatic yang beratus ribu sekali, dengan skill individu yang tinggi dimiliki oleh pemain team indikit, mereka tidak sesekali gentar meneruskan perjuangan ini.

“wiiiiit” refree meniupkan wiselnya setelah pemain team malakat dijatuhkan oleh pemain team indikit. Pemain itu dikenakan kad kuning.

“Padan muka, main ganas sangat”

                Kapten team malakat melakukan free kick yang tertentu mempunyai tendangan deras menggunakan kaki kidalnya, hinggakan dikalangan pemain team malakat mengelarkan kapten sebagai kaki besi yang juga pemain midfield yang bijaksana merancang jentera serangan yang bertubi-tubi kali kea rah gawang team indikit.

         Pada minit ke 35 itulah free kick ditendang oleh kapten team malakat telah mencecah jaring gawang team indikit, nampaknya goal keeper team indikit gagal  bertindak dengan cemerlang.

“Gol” Senyap seketika venue, bagaikan malaikat sedang lalu.  

          Pertarungan di antara team indikit dan team malakat berlangsung dengan sengit, masing melakukan serangan balas dengan panas, swinger kedua-dua team bertindak cemerlang dengan speed seperti lipas kudung, namun begitu serangan kedua-dua yang bertubi-tubi gagal mencecah jaring, gagal memperolehi gol emas, semua gagal. Setelah perlawanan memasuki ke minit 45, kedua-duanya masih juga menemui jalan buntu untuk kemenangan untuk menentukan siapa yang berhak menjadi juara. Akhirnya separuh masa pertama ditamatkan dengan tuipan wisel oleh refree. Bagaimana anda menonton perlawanan ini, adakah ianya sesuatu yang mengemparkan?  Mungkin ada degup jantung anda berdenyut dengan kenyang kan?

             Memasuki separuh masa kedua, masing-masing kedua-dua team tersebut menukar taktikal yang tersendiri, selain kedua-dua team menukar pemain untuk memantapkan serangan seterusnya. Team indikit menukar 3 orang pemain begitu juga team malakat. Kedua-dua team melancar serangan bertubi-tubi sama ada swinger ataupun midfield. Namun juga gagal. Gagal selalu dikatakan disebabkan kerana terlalu yakin dengan diri, dan gagal juga boleh dicipta melalui kegopohan seseorang. Pastinya gagal akan merosakkan segala-galanya bukan lenyap, namun begitu gagal boleh memberikan satu semangat yang jitu untuk meneruskan kejayaan pada masa akan datang.  

           “wiiiiiiiiit” Selama 90 minit telah berlalu, masa tambahan juga ditambah, namun tetap juga kedua-dua team gagal menemui kesudahan untuk menentukan siapa yang berhak mengapai piala yang teragung.

“seri”

           Ya! Seri di dalam tempoh permainan sebenar adalah sesuatu yang amat mendukacitakan bagi sesebuah team, ini kerana perlu melalui situasi yang sangat mencabar terutamanya goal keeper harus ada keyakinan dan keberanian yang amat tinggi sekali dalam diri. Begitu juga dengan pemain lain yang diberikan kuasa untuk menendang bola, jika bola yang ditendang mencecah jaring maka pemain itu akan dipersalahkan,

“Penalti pun tak masuk.” Mesti anda akan berkata-kata begitu.

“Saat getir!”

      Team indikit melakukan tendangan yang pertama, seperti biasa bola mencecah jaring, giliran pula team malakat,

“gol”

Giliran pemain kedua oleh team indikit.

“Tidak gol”

         Bola dapat ditepis oleh goal keeper team malakat. Memang goal keeper bermain cemerlang pada hari ini. Mungkin kah goal keeper dijulang sebagai pemain terbaik  pada kejuaraan kali ini. Ataupun pemain lain. Itu tak pastinya, apa yang pasti team malakat harus menang untuk tournament kali ini untuk memartabatkan bola bulat tempatan. Seterus tendangan pemain kedua-dua team itu mencecah jaring. Akhirnya giliran terakhir oleh pemain team malakat. Kapten dan juga pemain di bahagian midfiled, seperti yang dimaklumi oleh pemain-pemain team malakat, kapten tersebut mempunyai tendangan kaki kidal yang sangat deras, jarang sekali goal keeper dapat menyelamatkan tendangannya. Namun begitu harus diingatkan bahawa tendangan penalty amat berbeza sekali dengan tendangan free kick. Keyakinan amat perlu.

           Kapten team malakat membetulkan tali kasutnya, menghela nafas, beberapa kali menghela nafas, membaca sesuatu, mulut terkumar-kamit, berdebar-debar rasanya. Berjalan-jalan ke arah gawang menyentuh jaring-jaring, entahlah mungkin psikologi untuk menakut-nakutkan goal keeper. Refree memanggil kapten team malakat memberi amaran.

           Detik-detik yang ditunggukan. Tendangannya terlalu slow, mungkin ada makhlus sedang bertengek di atas bola itu, tapi yang pasti bola seperti terlalu berat untuk menuju ke arah pintu yang jaga rapi oleh goal keeper team indikit.

“Oh! Tidak!

       Bola yang ditendangnya terkena badan goal keeper team indikit, tergolek-golek dengan slow mencapai pada garisan tengah di antara dua tiang gawang. Tiba-tiba bola berhenti disitu! Angin juga tiada! 



#Masa Tambahan - Pernah tersiar di dalam esastera majalah edisi 1. Entahlah adakah ianya sebuah cerpen ataupun tidak ianya bergantung kepada anda semua untuk menilai, justeru itu sebagai pembaca yang mengetahui dan bijaksana serta daya/buah fikir yang datang dari langit, jangan lah hanya mengkritik yang melemahkan daya kreativiti seseorang penulis/pengkarya namun kritiklah ianya sebagai menaikkan semangat atau membina ke arah menghasilkan karya bermutu tinggi nilainya dan sekaligus mungkin memartabatkan bangsa itu sendiri, paling tidak pun karya itu meninggalkan kesan nostalgia/sejarah di ingatannya pembaca.

#Shit - Karya yang pernah diharamkan pengedarannya dan kini telah menjadi hadiah oleh Kerajaan Pulau Pinang

Rabu, 30 November 2011

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY







Sempena 10 bulan birthday Blog BICARA MAK DARA ni.. Mak Dara ingin menganjurkan GIVEAWAY yang kedua untuk blog Mak Dara yang kira masih Dara ni. Mak Dara akan buat GA buat yang simple, sempoi dan tak semput untuk disertai oleh semua rakan Blogers.



Syarat syarat untuk menyertai Giveaway (GA) ini ialah:
1. Buat satu entry bertajuk MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY 
dan masukkan banner di atas ke dalam entry tersebut 

2.Follow Blog Bicara Mak Dara
3BERIKAN "SATU" TAJUK FILEM
4. Setelah Siap , Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini. 

Mak Dara Entertaiment mempersembahkan sebuah filem aksi yang hebat lagi menggemparkan pada tahun ini. Saksikan di pawagan di seluruh negara bermula xx/x/2011

"TEKSI DRIFT 2++"




Teratakerapung saja nak join GIVEAWAY begini bukan apa pun sekadar suka-suka setelah pening kepala menulis proposal drama seram untuk di hantar ke production house.  Mungkin tajuk ini sesuai untuk Shamsul Yusof atau Skop Production jikalau mak dara tidak berminat dengan tajuk filem ini. Hahaha...angan-angin mat jenin pula aku ni. Rasanya teratakerapung dah ada voucher seperti yang diwar-warkan oleh Mak Dara, pada awal bulan ni teratakerapung ada pergi ke FINAS untuk pitching (mc pitch) dapat booklet free, boleh guna ke Mak Dara?   

Isnin, 28 November 2011

Kenapa Menulis Puisi




Dibawah ini ada beberapa alasan yang agak kukuh bagi seseorang penyair atau penulis menulis sesebuah puisi atau sajak, barangkali alasan tersebut tidak semuanya betul. Namun begitu seseorang penulis mempunyai alasan tersendiri.


# Minat
# Perkara yang hendak disampaikan
# Mudah ditulis/menyampaikan mesej
# Mahu menjadi penyair/ penulis
# Masih mencari jawapan
# Mencatat peristiwa
# Desakan dari dalam dan luar
# Menyampaikan mesej dalam bentuk kiasan
# Menyampaiakan dengan keindahan
# Tidak boleh disampaikan melalui prosa
# Menangani hal-hal kerohanian/falsafah
# Dilahirkan berbakat

Ahad, 20 November 2011

Bercumbu Tak Mengena

Sememang janji semalam adalah bertegak daan menggiurkan 
seperti iblis menggoda adam dan hawa


Tapi hari ini ianya telah dicantas

seperti lelalang ditiupkan angin

Mungkin telah disembahyangkan oleh iblis ke jiwa malaikat


Ianya masih belum ranum di dada lelaki atau punggung  perempuan


Ataupun tidak ranum sesampai bila-bila ditangan penguasa


Mungkin doa ulama belum sampai


Teratakerapung
211111

Jumaat, 18 November 2011

BerKekoh di Putrajaya dan berPitching di FINAS!




Pada hari khamis dua tiga hari yang lepas maknanya pada tujuh belas hari bulan sebelas , menjadi satu sejarah dalam kamus kehidupan aku sebagai kuli batak, apa sejarahnya? Begini sejak aku menjadi kuli batak kepada si kakas ni, kira pertama kali aku masuk kerja pukul enam setengah pagi, kiranya aku mengetik kad perakam waktu (aku tidak suka menggunakan perkataan punch card),  kata si kakas itu diwajibkan mengiringi peserta untuk melawat sesuatu yang manfaat (katanya praktikal atau latihan amali) apa lah  si kakas  adakah ke patut dia kata latihan amali boleh dibuat sehari. Memang tidak patut langsung, jika dilihat secara mendatarnya bukan menarik apakah rasional latihan amali ini. Argh! Jangan persoalan dasar-dasar diorang buat nanti kena lesing. Malas aku nak fikir, itu tuntutan tugasan diorang, yang penting tugasan aku beres.  Untuk kali ini aku ke Putrajaya untuk kerja-kerja keluaran kepejabatan. Beberapa kali meronda-ronda beberapa presint (bahasa melayu apa ya?) membuat masa dan tenaga sebagai kuli batak dan membatak membawa perakam video berjenama sony dan dan perakam foto (juga berbrandkan sambung  Samsung kalau Nikon tak da can lagi kot kerna si kakas tu memang kedekut, tahi hidung masin, tangkai jering, apa lagi perkataan yang bersesuai dengannya) yang sememang tidak secantik yang dicapturekan oleh cikgu Rima (hehehe) dan juga Kalemutiara (ahaks). Selesai di situ!

Tepat jam dua belas setengah tengah hari aku dah blah (lari lah tu) dari beberapa presint, malas lah aku nak tunggu di situ, buat apa lagi, buang karang saja! Sebabnya kerja-kerja tersebut bukan mencapai minda aku pun, baik aku blah je. Selepas aku pulang dari menjalankan kerja-kerja kepejabatan di Putrajaya yakni menjadi video dan kamera man untuk tugasan yang tidak begitu mencabar sekali,  

Dalam pukul dua petang aku berlari-lari ke FINAS, buat apa ke FINAS? Kalau mengikut bidang kerja-kerja kepejabatan aku memang lari jauh sekali, aku ke FINAS adalah untuk cuba  menghadirikan diri yang sudah lama stress dengan tuntutan kerja si kakas tu aku paksakan diri aku ke event pitching atau lebih senang dikenali sebagai Malaysia Creative Pitch (MCP) yg dianjurkan oleh Finas sempena Festival Filem Malaysia ke-24 yang julung kali diadakan. Rasanya ini kali pertama kot, tak tahu lah sebelum dah ni ada,  pitching adalah perkara yang paling aku suka maksudnya aku boleh meluahkan segala idea-idea aku yang selama ini terbuku dikepala yang tidak diluahkan kepada sesiapa pun.  Bila sampai ke FINAS, parking pula tak da, Adus! Macam mana ni? Terpaksa lah aku park kereta aku di Zoo Negera, huhuhu…mahal gila punya parking, kayalah zoo Negara.   Masuk!

Pertama kali! First impression aku. Pergh! Memang sambutan MCP ini amat menggalakkan daripada scriptwriter, produser dan orang awam. Aku ke kaunter cari tiket free dan buku voucher (hahaha asyik nak free macam mana nak maju) yang dibagikan free oleh Arza aka MAK DARA sebagai blogger,  Aku ke Panggung Mini P.Ramlee untuk menyaksikan pertandingan pitching, siapa pemenang pun aku tak tahu. Aku mengregisterkan diri, kali ini untuk pitching dan memilih production house yang disukai. Fuhh! banyak betul production house. Pilih pun pilih, Bright Network menjadi pilihan dan akhir pitching. Sebenarnya aku tak bawa pun synopsis aku, kerana terlupa nak print outkan, hanya dikepala sahaja menjadi penyelamat. Pitching! Ada – dan + , storyline pula kena touch up, tak apa itu small matter je, dan kena hantar proposal. Satu sahaja yang aku nampak pada event pitching ini adalah kita perlu mencuba nasib, kalau kita tidak mencuba sampai bila kita tidak akan tahu apakah nasib kita, Kata  bijak pandai berani gagal dan berani mencuba. Bagaimana pula nasib aku? Terpaksalah tunggu.

# Eh! Lupa nak bagi tau, PTS pun ada juga,




Ahad, 13 November 2011

Saya Mahu Jemputan Ke MC PITCH



Ada Idea Kreatif Untuk TV, Filem, Novel? Jom Pitch Idea Terus Kepada Producer /Penerbit! Kepada yang ada idea, tak kiralah penulis ka, pemandu teksi ka, doktor ka, suri rumah ka, tukang masak ka, cikgu ka... asalkan ada idea nak tulis buku ka, novel ka, drama tv ka, filem ka, duko ka, apa-apa sajalah idea... tapi tak tahu kat mana dan macam mana nak jual idea tu, silalah ke Program Malaysia Creative Pitch nanti. INGAT! Bukanlah proposal yang tebal-tebal tu, tapi just idea... sekeping pun tak apa... atau cerita terus pun okay... Datang saja ke Finas pada 17hb nanti dan bentangkan idea anda kepada penerbit buku/novel atau produser TV/Filam... kalau diaorang suka idea anda, maka adalah hasil untuk anda. Mana tau idea anda sesuai untuk filem... mungkin rezeki anda RM20K.... atau rezeki anda untuk jadi novelis..
Email Teratakerapung : dolcity@gmail.com 

Telaah seterusnya Mak Dara

Ahad, 6 November 2011

Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek


Disalin daripada website Dewan Bahasa dan pustaka.

LATAR BELAKANG
Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek diadakan untuk menggalakkan penghasilan skrip drama yang berkualiti di negara ini khususnya dalam kalangan generasi muda dalam usaha mengembangkan dan memperluaskan khalayak sastera.
Penganjuran sayembara ini akan diikuti dengan pementasan 5 karya terbaik hasil sayembara ini melalui Festival Drama Pendek yang akan diadakan pada penghujung November 2011.
Sayembara merupakan satu alternatif untuk mempergiatkan usaha menangani masalah ketandusan skrip di Malaysia. Di samping itu, sayembara ini bermatlamat untuk menyemarakkan serta mempopularkan drama pendek dan menjadikan Stor Teater DBP sebagai pusat kegiatan dramatis muda tanah air.

SYARAT PENYERTAAN
·    Peraduan ini adalah untuk skrip yang ditulis dalam bahasa Melayu dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia;
·    Tema skrip adalah bebas, walau bagaimanapun, penulis digalakkan untuk menampilkan isu-isu semasa yang boleh meningkatkan jati diri bangsa dan nilai-nilai murni dengan mesej yang dapat mendidik dan membangunkan minda masyarakat. Naskhah yang ditulis juga hendaklah berlatarkan negara dan masyarakat Malaysia serta tidak mengandungi unsur-unsur perkauman, sensitif, lucah dan boleh menimbulkan kegelisahan atau perasaan kurang senang kepada pembaca;
·    Naskhah yang dihantar mestilah karya yang belum tersiar di mana-mana sama ada dalam bentuk cetakan, stensilan dan belum diterbitkan oleh mana-mana pihak sebelum keputusan diumumkan;
·    Nama dan alamat peserta tidak boleh tertera pada naskhah yang dihantar. Butir-butir tentang penulis mestilah ditaip hanya pada borang yang disediakan sahaja;
·    Panjang sesebuah naskhah mestilah sesuai untuk pementasan selama tidak lebih daripada 30 minit dan ditaip langkau dua baris;
·    Peserta dibenarkan menghantar tidak lebih daripada lima (5) buah naskhah skrip;
·    Keputusan panel adalah muktamad. Walau bagaimanapun, sekiranya karya yang dihantar itu ternyata diciplak, penyertaan dengan serta-merta terbatal dan hadiah yang diterima hendaklah dikembalikan semula oleh peserta kepada pihak penganjur;
·    Peserta mestilah bersedia untuk menandatangani sebuah dokumen undang-undang yang mengesahkan keaslian karya yang dikirimkan sekiranya perlu. Urus setia berhak untuk meminta sebarang keterangan lanjut berhubung dengan karya tersebut;
·    Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat tidak akan dipertimbangkan;
·    Hak cipta karya drama dipegang oleh penulis sendiri. walau bagaimanapun, penulis hendaklah memberi hak izin kepada pihak penganjur untuk mengurus penerbitan secara elektronik, mekanik, rakaman, pementasan dan sebagainya bagi pihak penulis khususnya bagi karya-karya yang memenangi hadiah;
·    Pihak penganjur mempunyai hak untuk menyunting karya yang diuruskan penerbitannya bagi pihak penulis;
·    Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan naskhah yang dikirimkan melalui pos. Tanda penerimaan akan dihantar oleh Urus Setia bagi setiap penyertaan yang diterima;
·    Karya yang dikirimkan tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihatkan membuat salinan naskhah tersebut sebelum menghantarnya kepada Urus Setia;
·    Ahli Urus Setia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Sayembara ini.


HADIAH


Tempat Pertama

Wang Tunai RM2,000.00
Sijil Penyertaan

Tempat Kedua

Wang Tunai RM1,500.00
Sijil Penyertaan


Tempat
Ketiga

Sijil Penyertaan


Peruntukan sebanyak RM2,000.00 diberikan untuk pementasan 5 skrip terbaik di Festival Drama Pendek anjuran DBP pada penghujung November 2011





 
SAYEMBARA
MENULIS SKRIP
DRAMA PENDEK
2011
Anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka

TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
15 NOVEMBER 2011 (SELASA)


Hantarkan penyertaan kepada:

Urus Setia,
Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek,
Bahagian Promosi dan Pengiktirafan,
Aras 25, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Zaiton Hussin        : 03 – 21482922
                                zaiton2@dbp.gov.my
Nurul Aina            : 03 – 21482914
                                   nurulaina@dbp.gov.my               
No. Faksimile       : 03 – 2142 2029



 

Beraya (makan daging) dan Iklan Memancing

Kepada kaki-kaki pancing, aku ada terjumpa iklan pertandingan memancing semasa pergi beraya di rumah kakak aku di pantai dalam, aku terjumpa di celah-celah rak terselit iklan tersebut. Walaupun ketika zaman aku study di Universiti Malaya beberapa tahun yang lepas, aku salah seorang kaki pancing juga, bila dah berusia rasanya malas nak pegang joran. Mungkin kali ini aku mahu juga masuk pertandingan memancing ni. Mana lah tau kot-kot dapat menaikan ikan patin 10 kilo di sungai klang itu walaupun aku ikan patin di sungai klang itu ada sesuatu. Sebenarnya aku ada nostalgia/peristiwa di sungai klang tersebut di belakang kampong Abdullah Hukum dan selepas itu aku terus berhenti menjadi kaki pancing. Biarkan ianya menjadi rahsia kisah tersebut. Dibawah ini aku sertakan iklan pertandingan memancing tersebut yang aku salin. 

PERTANDINGAN MEMANCING CABARAN SUNGAI KLANG 2012
Tarikh : 4 Februari 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Explosion 1: 20 Cabutan 
Bertuah 
Tempat : Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Hadiah :
Utama : RM 10,000

Kedua : RM 3,000

Ketiga : RM 1,000
Empat : RM 750
Kelima : RM 600
Keenam : RM 500
Ketujuh : RM 400
Kelapan : RM 300
Kesembilan : RM 200
Kesepuluh : RM 100

Yuran Penyertaan : 
RM 50 Satu Joran

BERMINAT SILA HUBUNGI
012-3737581/012-6368217/O12-9131371

Anjuran : Badan Amal Komuniti Lembah Pantai dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates