Selasa, 8 Disember 2015

Pencarian Blog Terkemas 2015?



Apa-apa pun aku bagi salam dulu lah.

Assalamualaikum.


 
Korunk nak tau tak  Om buat lagi contest lah. contestnya lain daripada yang lain. kalau korunk nak tau buleh lah try klik kat photo tu pasti gempak!

Jangan Lupa Klik Photo tau!
Teratakerapung cuba Tag Blogger Mawar 

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!



Rabu, 4 November 2015

Katanya Kau Mahu Bercinta (2)



Kita berdua
Tidak bisa mendakap
Antara tubuh-tubuh 
Di bawah malap bercahaya 
Kelam malam datang pada kegelapan
Yang tidak pernah mengerti satu jiwa 

Kala sepi tertanya-tanya 
Ke mana seluruh nafas telah pergi 
Pada waktu kacau yang merayu
Denyut jantung pasti berlagu

Makin tidak faham dan hampa terhiris
Dugaan hanyalah kenangan
Air mata mendidih bergenangan.
Dan cinta tidak bisa mendakap

Rabu, 7 Oktober 2015

10 Entri Ranking Paling Banyak - Contest Blog Denaihati

2.  Malaysia Best Blog 2015

3.  Merdeka ekonomi bukan mustahil

4.  Keputusan cabaran iPhone 5s

5.  Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015

6.  Hadiah cabutan bertuah SBB2015

7.  Berkongsi trafik blog dengan blog lain

8.  Kejayaan bisnis tiada jalan singkat

9.  Gambar Bersih 4.0 lain semangatnya

Bagaimana Strategi 8 P Mempergaruhi Bisnes Anda




Saya akan terangkan bagaimana 8 P berfungsi dalam entri yang lain.

Khamis, 1 Oktober 2015

Aku Ingin Kembara Lagi





“Saya ingin terus mengembara melihat dunia ini dan memahami banyak perkara. Mungkin ada yang telah saya faham, namun belum merasai dan mengalami sendiri”  petikan kata-kata Professor Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih sinonim dengan Dr. MAZA dikaver depan buku Aku ingin Kembara Lagi telah menaikkan naluri sesiapa saja untuk menelaah apa yang sebenarnya yang cuba dipaparkan dalam siri permusafiran DR. MAZA.

Sebaik sahaja  menguak helaian hasil terbitan karya Bestari pada tahun 2014 sebenarnya membuka tingkap perspektif pembaca terhadap personaliti Dr MAZA sekaligus pengalaman dan pemikiran beliau tentang perbandingan dunia islam dan dunia barat. Buku ini telah menghimpunkan 30 artikel tentang pengalamannya selama 11 bulan semasa bertugas sebagai fellow di Oxford Centre Islamic Study(OCIS), Oxford, England yang merakamkan pelbagai isu yang menarik beserta kupasan yang hebat dengan diselihkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W menekankan hujah-hujahnya beserta gaya penulisan yang mudah difahami dan tidak membosankan. Himpunan 30 artikel dalam buku ini merupakan satu cebisan rasa, ilham, fikir dan permusafiran seorang pemikir yang berkelana selama 11 sebulan di bumi England menceritakan pengembaraan yang indah untuk kita hayati dan fikirkan tentang horizon dunia islam yang sangat luas.

Dalam buku ini Professor Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menggunakan gaya penulisan yang santai dengan buku setebal 256 halaman menyorot 30 isu dan paling penting ianya menyifatkan Bandar Oxford adalah sebuah Bandar ilmu, perkara ini dibuktikan lebih 40 buah universiti atau kolej tumbuh di merata tempat di Bandar ini. Ianya lebih menarik lagi bila Profesor Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mencelikkan tentang budaya membaca atau budaya ilmu di kalangan generasi yang berkaitan lebih ghairah dengan pelbagai aktiviti itu seperti perdebatan, forum, diskusi ilmu, kajian akademik dan sebagainya. Seolah-olah kita sebagai pembaca berada di Bandar Oxford. Ini memberikan satu gambaran tentang pemikiran yang waras. Apa yang lebih penting daripada itu bagaimana Bandar Oxford bermula sebagai Bandar ilmu sehingga menjadi noktah yang terakhir melalui sejarah-sejarah terdahulu di mana agama kristian samaada protestan atan katolik di angkat ke tahap yang tinggi walaupun pada permulaanya terdapat kontroversi yang melanda hampir meranapkannya.

Dr. MAZA juga menimbulkan kembali sejarah silam zaman kegemilangan islam di Sepanyol. Bagaimana orang yang terdahulu dihukum bunuh sebagai pengkhianat namun selepas beratus-ratus tahun masyarakat di situ mengangkat sebagai wira sesebuah masyarakat. Mungkin juga kita dapat teliti bagaimana kupasan Dr. MAZA cuba mengaitkan isu kezaliman dimana kekejaman muamar Gaddafi yang pada mulanya dianggap wira setelah mempertahankan Libya daripada di serang oleh pihak Amerika Syarikat. Muamar Gaddafi sangat megah dengan kekuasaanya namun sehingga ke akhir hayatnya di bunuh rakyat sendiri dengan begini kejam. Dr. MAZA juga tidak setuju dengan pihak media barat membesarkan isu kematian pemimpin di tangan rakyat, bagaimana Muamar Gaddafi diheret seperti lembu. Moralnya di sini apa yang pemimpin lakukan sesuatu untuk Negara tidak semestinya boleh diterima oleh rakyatnya dan segala-galanya yang berlaku ke atas sesuatu kejadian adalah ditentukan oleh Allah samaada seorang pemimpin itu dimuliakan ataupun dikeji.

Namun tidak lengkap buku ini tanpa mengkontroversi isu tentang perihal hal dalam Negara dimana pihak istana tertentu membida nombor kereta sehingga melebihi RM 500,000. Ada pihak-pihak tertentu cuba mempersoalkan pembidaan tersebut kerana kebiasaan pembidaan melibatkan harta awam. Jadi di sini ada pihak mempertahankan pembidaan tersebut. Mungkin bagi mereka pihak tertentu tidak mempersoalkan tindakan istana tersebut. Dr MAZA cuba menempelak tentang isu ini kerana bagi Dr. MAZA hanya Tuhan saja tidak boleh kita persoalkan.

Namun kita tidak harus lupa apa yang lebih penting pengembara Dr. MAZA untuk keharmonian hidup bermasyarakat di dunia adalah tidak memaksa pandangan alam, tatacara akhlak dan social serta hokum-hakam Sesuatu agama ke atas penganut agama lain. Tolerasi beragama mengandaikan wujudnya perbezaan dalam perkara-perkara dasar antara pelbagai agama yang harus difahami dan diberikan kebebasan untuk diamalkan secara sederhana dan bijaksana. Jika perkara diteliti secara serius, pastikan kerajaan islam di sepanyol tidak akan jatuh keupayaannya. 

Juga Dr. MAZA menyentuh serba sedikit tentang agama boleh menghakis Tuhan bila mana manusia pada luarannya mengaku beragama sama ada islam atau agama-agama lain juga tetapi kehidupannya tidak seperti yang dikehendaki oleh agama masing-masing malahan terlalu menjauh dari Tuhan. Maknanya manusia cuba mendekati Tuhan bila manusia itu didatangi kesusahan ataupun menjelang perayaan.  Di antara perkara yang paling menarik yang telah disampaikan oleh Dr MAZA dalam buku ini mengupas tentang seks songsang menjadi satu budaya yang rencam. Bagaimana budaya ini telah dianggap halal oleh dunia barat dengan pelbagai tuntutan, atas kepentingan itu Perdana Menteri United Kingdom cuba menjadi hero sebagai politikus handalan. Atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, beliau percaya bahawa kebebasan individu perlu dan sesetengahnya komuniti cuba memasuki budaya LGBT(Lesbian,  Gay, Bisexual dan Transgender) ke Malaysia, atas sebab kepentingan masyarakat Negara ini pelbagai kaum cuba membantah komuniti ini.

Secara totalnya Dr. MAZA cuba menyampaikan sesuatu dari perspektif dengan kerangka sebagai seorang pengembara bukan hanya untuk melihat pemandangan fizikal sahaja namun harus melebarkan idea pandangan supaya menjadi suluhan untuk generasi yang berjiwa sebenar. Kerana ini keagungan dan kehebatan kerajaan terdahulu dapat dihayati melalui pengembaraan dan turun di lapangan melalui peninggalan bangunan-bangunan bersejarah. Sebetulnya kita juga harus bersetuju dengan pandangan dan coretkan oleh Dr. MAZA walaupun sesetengah isu yang dikupaskan melanggar tatasusila yang telah digariskan oleh Islam namun begitu dengan nas-nas yang diberikan menguatkan lagi hujah yang diberikan. Ini memberikan gambaran bahawa tulisan Dr. MAZA tidak hanya bercakap kosong tanpa kepura-puraan. Apa pun yang telah kita fikirkan, kita rasa, kita terjemahkan, satu perkara yang paling penting adalah nawaitu dalam diri sebagai seorang pembaca adalah mendapat infomasi, ilmu yang diperolehi daripada intipati buku tersebut dapat digunakan untuk generasi akan datang sekaligus menjadi buku ini menjadi bentuk atau wadah untuk mendidik jiwa tentang sejarah keagungan islam, kemasyarakatan, ilmu aturan alam dan kebesaran Allah. Namun kita tidak harus lupa apa yang lebih penting pengembara Dr. MAZA untuk keharmonian hidup bermasyarakat di dunia adalah tidak memaksa pandangan alam, tatacara akhlak dan sosial serta hukum-hakam sesuatu agama ke atas penganut agama lain  




  


Rabu, 9 September 2015

Monolog Lagi

Semalam aku seperti nampak malaikat disini lalu aku tawarkan sebalut rokok daun berisi tembakau jawa. malaikat berkata
"Cis! kurang ajar manusia
lalu dia terus hilang dan sekejap saja singgah di sini.

Aku tersenyum lalu aku fikir aku rasa
" kau bukan pelangi seperti aku fiksikan
kerana dalam hujan pun kau masih kering".

Malaikat datang lagi mahu mencatat namaku kerana aku tiada hilang hormat tiada kemaluan.
"gila"

Rokok daun berisi tembakau jawa masih melekap dibibir tika aku masih imaginasi.
Kamu adalah gila.

Teratakerapung
09/09/2015

Isnin, 31 Ogos 2015

Perahu Perpaduan





Perahu ini sudah lama berlayar
Meredah lautan bernama Malaysia
Masih terkial-kial mencari daratan
Terbentang lembah menghijau muafakat

Perahu yang satu bermuat impian
Tidak terumbang-ambing menuju tepian
Angin pun bersahabat memujuk laut agar tenang
Awan sejuk dalam damai yang luar biasa mengundang

Dari gunung kedengaran berita gempa yang gempita
Ada nyawa terkorban dalam gegearan di tanah tinggi kita
Cerita mitos semangat yang marah sucinya tercemar
Sampai tuntutan ritual peribumi yang beryakin benar
Menaerik perhatian dunia – sama memberikan komentar
Ada yang setuju mengangkat wibawa budaya warisan
Tidak kurang mempersendakan amalan kuno pascamoden
Sambil rakyat kecil mengibarkan kain prihatin empati dipinta
Perahu terus belayar laut perpaduan menghulur kemanusiaan
Kala kewiraan malim gunung yang menyerlah ditulis tinta

Tiba-tiba lanun lautan muncul di laut ketuanan
Kapal besar berisi minyak kehidupan bahan daganagan
Menggoncang perahu perpaduan yang menghampiri daratan
Pencarian dan usaha menyelamat sampai ke penamat
Semua anak kapal selamat – minyak masih dalam kandungan
Menggamit kelegaan tatkala gunung kesusahan
Masih bergegar

Perahu perpaduan in mesti sampai di daratan walau ada gegar
Kerana laut pun lanun bermaharajalela  bagai tiada gentar
Perahu yang kecil boleh meraih pengiktirafan sewajar
Pabila sampai di destanasi daratan merdeka tidak gentar gegar.

Raymond Majumah

Khamis, 27 Ogos 2015

Tentang ‘Neuronistik’ Indah




Sesudah dua per malam aku tidak menjamah ketika bersahur dalam menerokai sisa-sisa kehausan yang tertinggalan kebelakangan yang berbeda sekali masa atau waktu semakin mencari kedaifan yang menjelang
Kata orang sebenar kejayaan yang sebenar adalah bila orang ramai atau masyarakat ataupun khalayak ramai menggelarkan diri kita adalah sekali-sekala gila. Bukan gila otak dengan tepat sekali psiko hanya neuronistik yang extreme. Oh tidak sebenar aku mencari ketenangan yang mungkin menjadi penghalang kea rah pengharapan yang semakin hilang dari pandangan yang jauh

Bila sesungguh aku hilang dari kekataan yang terlalu hendonisme umum. Apakah yang harus aku tumpukan untukan meneruskan perjuangan ini yang semakin menghilang bila tatkala sesekali hilang menjuju kea rah yang semakin gelap kea rah hadapan untuk mengarap sisa-sisa kehidupan sehinggalah aku lenyap dari perkuburan sastera kreatif dan seni.

*sajak ini pernah aku tulis sembilan yang lepas. ianya sengaja repost balik untuk mengembalikan kegilaan yang melampau tentang kesenian

Khamis, 20 Ogos 2015

Rabu, 22 Julai 2015

Night Hiking at Bukit Tabur



Gila! Itu lah perkataan yang korunk fikirkan.

Hari Jumaat Malam sabtu dua minggu berpuasa, aku bersama-sama 3 sahabat yang gila melakukan perbuatan gila yang korunk fikirkan gila, itu nama gila. Memang gila-gila. Gila bukan sebarang gila. Gila-gila menyesal yang pernah terjadi dalam diri aku,  sahabat aku itu tak tahu pulak apakah mereka bertiga menyesal atau tidak kerana pada firasat aku pastinya akan menyesal gila

Pada dasarnya aku tidak terfikir jugak tentang idea mahu mendaki bukit ketika manusia-manusia hina yang sedang lena dibuai mimpi indah sedangkan kami yang separuh gila ini macam sesuatu telah terjadi serebrum .

Ini adalah first time aku hiking tengah malam buta.  Memang gila! Nyesal pun ada.

Nah! Padan muka ko!








Rabu, 1 Julai 2015

Ianya tetap mengerang panjang

Makin lama ditinggalkan, maka makin lama lah ianya bersarang. aku macam nak tulis sesuatu tapi bukan pasal minyak naik rm 0.10 atau kfc ramai orang.  aku mahu titikkan sebuah sajak tentang sisa masa yang telah dibodohkan. 

Ianya tetap mengerang panjang

Semalam
dicelah-celah bibir yang hitam itu terselit
sebatang rokok tanpa asap

aku termanggu
sambil di kotak fikir masih mencari ceritera indah
masih juga begitu tidak pernah siap
Ditengah-tengah gelegar ada sebatang lilin
Ianya sedang mengerang panjang
Semakin masa berlalu semakin ia mengerang
Semakin ia panjang
Dan kala ini aku semakin terus membeku untuk
Mengadap ceritera yang tidak pernah siap
Dan aku percaya ianya tetap tidak akan siap
Dan terus mengerang panjang meskipun
Selepas aku mati
Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur

Ahad, 26 April 2015

Arsenal vs Chelsea





Semalam pertembungan antara Arsenal dan Chelsea satu bukan pelawanan yang  sejarah pun. Ianya sebuah perlawanan biasa dalam liga perdana inggeril(EPL) kali ke 34. Berkesudahan seri tanpa jaringan meskipun the gunner mendominasi perlawanan tersebut tapi sekurang-kurangnya  dapat menghalang Chelsea dapat menjuarai dengan cepat pada musim ini.

Sejarah itu penting! 
Oh! 
Tidak!

Sejarah hanya untuk manipulasi saja.
Dalam era bola sepak moden saya tidak percaya pada sejarah kerana sejarah merosakkan sesuatu pasukan. Namun kawan saya pernah berkata sejarah penting untuk meningkatkan motivasi pasukan menggapai puncak. Itu kata dia bukan saya walhal pasukan yang disokongnya  diambang kepudaran menuju puncak.

HAHAHA!


Khamis, 23 April 2015

Beg karrimor tryfan SA2 60-70 liter untuk di jual

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Saya ada beg karrimor tryfan SA2 60-70 liter
belum digunakan lagi kerana pemilik tak nak pakai
beg dalam keadaan baik 
Warna : Black/chacoal
Condition : good
Harga : RM 400
Prefect self collect : Kuala Lumpur
Siapa cepat dia dapat

#Berminat buleh whatsapp : 0196197278






















Rabu, 22 April 2015

Cerita Kecil Hari Bumi








Semalam
Ianya nyaman dan syahdu
Suci putih bersih
Menyenangkan, kesejukan dan berkasih sayang
Hinggakan tertusuk sungguh dalam di jiwa                  

Hari ini
Ianya telah didera hitam
Tterlalu jauh berlari-lari
Tidak terkejarnya
Tiada lagi menggoda
Tiada lagi menyapa

Penghuninya
Membuang segala tentang falsampah
Segala tangisan
Tiada lagi keindahan itu
Tiada peduli oleh penghuninya

Esok
Tiada perasaan gelisah
Rasa maaf
Tiada lagi rasa cinta
Tapi sayangnya
Harum  mu telah menjadi bau yang hanyir

Selamat hari bumi



22 April 2015





#Kredit foto dari http://www.griyawisata.com





















Selasa, 21 April 2015

Piala FA 2015 : The Red Warrior ke Semi Final






Kota Bharu, semalam  Bekas Champion FA cup The Red Warrior melangkah dengan bergaya ke semi final FA cup 2015 dengan agreget empat - satu setelah menumpangkan tim bertaraf kelab, Sime Darby FC dengan tiga-kosong pada aksi timbang balik yag diadakan di Stadium Sultan Muhammad iv setelah kedua-dua pasukan terikat satu-satu pada perlawanan pertama di Stadium Selayang, kemenangan pertama kepada ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah setelah mengambilalih tugas jurulatih dariapada George Boateng sekaligus memberi harapan yang menggunung kepada penykong setia The Red Warrior. 

Pada aksi malam tadi, kedua-dua tim berbalas serangan namun begitu tiada jaringan dapat dilakukan sehinggalah pada minit-minit terakhirnya separuh masa pertama hanya berbaki lima minit terakhir tiba-tiba kapten tim The Red Warrior dijatuhkan dan refree tidak teragak-agak memberi sepak penalti. 
Gooool..Akhirnya TRW telah mencetak gol.
The Red Warrior telah mendahului satu - kosong 



Tim kendalian Azraai Khor Abdullah kembali lagi mencetak gol dengan sepakan laju Austin Amutu yang bergerak secara solo pada minit ke lima puluh tujuh setelah melepasi pertahanan tim Sime Darby FC dan tim yang dikenali sebagai pahlawan merah kembali mengganas setelah mengalami kekalahan kelima dalam aksi domestik liga super dengan jaringan penyerang dari negara Colombia, Erwin Carrillo pada minit ke tujuh puluh empat dengan sepakan lencong sehingga menggegar jaring tim Sime Darby FC menjadikan tiga kosong untuk tim The Red Warrior dan kosong tim Sime Darby FC



Dengan kemenangan itu, tim Kijang bakal bertemu sama ada Pahang atau Pulau Pinang pada sembilan hari bulan lima  pada akhir semi final nanti. 






Isnin, 20 April 2015

Tips Memilih Multi Level Marketing









Kefahaman saya tentang 'Multi Level Marketing'

Ini kefahaman saya tentang multi level marketing ianya satu sistem pemasaran secara berkelompak melalui keanggotaan yang membentuk pasukan pemasaran dengan banyak atau level. Secara dasarnya multi level marketing adalah sebuah perniagaan jualan langsung sama ada jualan perkhidmatan atau produk yang akan dilakukan. kebiasaan sistem marketing terbahagi kedua level yakni up-line dan down-line. sistem ini memberi gambaran bahawa bentuk pemasaran secara networking di mana up-line diwajib mencari down-line yang ramai bagi membolehkan mendapatkan bonus yang sebanyak-banyaknya.  

Tips-tips Multi Level Marketing

Beberapa tips-tips yang diunjurkan oleh sifu-sifu saya bila mahu memilih program-program multi level marketing(MLM)


7 tips yang saya gunakan untuk memilih syarikat bagi mengelakkan terkena skim-skim yang merapu dan daripada ditipu dan jangan percaya apa yang upline ceritakan anda perlu semak sendiri.

1. LESEN SSM

Menyemak sendiri dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bayar RM10 boleh tengok detail pasal syarikat multi level marketing



2. LESEN AJL


Harus menyemak juga dengan pihak berkuasa tentang akta jualan langsung 2013 iaitu pihak KPDNKK sebab syarikat yang menjalan perniagaan multi level marketing(MLM) wajib ada sijil multi level marketing, jadi Syarikat MLM yang rekrut ahli dan menerima bonus serta produk wajib ada lesen di bawah akta jualan langsung (AJL). Ini adalah Malaya, undang-undang bagai. 



3. BANK NEGARA



Wajib menyemak dengan bank negara, sama ada blacklist atau tak syarikat MLM ni, semua tak ada. okey cantik. Syarikat yang ada lesen AJL dia di bawah pemantauan KPDNKK, so tak ada mengena dengan bank negara.






4. AGREEMENT

Jika ada agreement satu kelebihan. memilih syarikat yang ada agreement. Saya bawa kawan saya seorang peguam untuk teliti agreement, saya tak reti ayat-aya lawyer nih, jika tak tau jangan nak memandai




5. MENGIKUT SYARIAH





Sebagai orang Islam yang ni paling penting iaitu setiap perniagaan, dan sistem mesti mengikut syarak, bab ni kena tanya ustaz yang pakar bab muamalat makna sistem adalah syariah-compliant.

6. ELAKKAN SYARIKAT BARU

Kalau boleh pilihlah syarikat yang dah 5 tahun beroperasi sebab ia satu syarikat yang dah kukuh dan stabil dari segi kewangan dan sistem.

7. BERDAFTAR GST

Jika syarikat multi level marketing tu berdaftar GST maknanya syarikat tu syarikat yang sah dari segi undang-undang, takkan skim cepat kaya nak daftar GST dengan Kastam. betul tak?




Jika 7 perkara ni tidak lengkap maka saya syorkan jangan join dengan syarikat multi level marketing tu. 



#kredit semua foto dari google/foto











 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates