Khamis, 9 April 2015

Wacana Ilmu

Dua minngu lepas saya ke majlis ilmu iaitu wacana ilmu yang diberikan tajuk "institusi keluarga kini pencorak generasi masa depan"anjuran jabatan tempat saya bekerja. majlis tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Nor Azamir Alias, Timbalan Mufti Negeri Sembilan.

"Zikir agung adalah solat" keyword yang memberi kesan bermakna pada jiwa saya,
tapi itu bukan persoalannya tetapi ada sesuatu yang memberikan makna kepada saya atau sesiapa sahaja yang bakal memperolehi cahaya mata. beberapa teknik yang telah saya kutip untuk dikongsikan bersama anda khusus pembaca yang sempat mengunjungi blog saya yang tidak beberapa ini.

 Apa menarik minat bagi saya tentang teknik mendidik anak-anak secara islam dan saya merasakan patut dikongsikan dan saya tidak pasti teknik ini yang disampaikannya di ambil dari mana puncanya.

sedikit ringkasan teknik mendidik anak-anak secara islam

i. Perkenalkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran - biasakan anak-anak dengan Al-Quran
ii. Fahamkan tentang islam- melalui pembelajaran dan majlis-majlis ilmu.
iii. Kasih Sayang - Jadikan anak-anak  sebagai sahabat atau kawan sekurang-kurang anak-anak ada tempat mengadu
iv. Memahami perkembangan anak-anak
v. Memberi perhatian semua anak-anak, jangan pilih kasih antara anak-anak
vi. sentiasa mendekati dan berkomunikasi lah dengan cara berkesan



1 ulasan :

  1. RIngkasan yang sangat betul sekali, anak-anak sudah harus dikenalkan sejak dini.

    BalasPadam

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates