Selasa, 14 April 2015

Sejarah Itu Penting


Ya! Sejarah sesuatu kejadian masa lampau dalam kehidupan atau yang lebih unik dan penting tidak boleh dilupakan dan didokumentasikan. Namun begitu sesetengah orang sejarah sesuatu yang membosankan kerana apa ianya membosankan? kerana sesuatu rentetan cerita kegiatan atau peristiwa secara kronologi. waima ada puncaknya seperti peperangan.

Sejarah bukan keutamaan sebenar untuk aku kongsikan. Apa yang lebih penting adalah apakah kepentingan sejarah sebenarnya? Secara harfiahnya kepentingan sejarah adalah proses menyimpan dan mengingat tidak terputus melalui dokumentasi samada fikizal atau maya yang boleh dipercayai sumbernya.

Okey! Minggu lepas aku menghadiri satu bengkel penulisan novel sejarah anjuran Persatuan SejarahMalaysia(PSM) di Wisma Sejarah Jalan Tun Razak,  Dalam bengkel tersebut banyak maklumat-maklumat yang berguna untuk penulis-penulis untuk menyertai sayembara penulisan ini.

Ianya sesuatu berita yang baik untuk penulis di luar sana. Jom kita berlumba-lumba menulis.





Tiada ulasan :

Catat Ulasan

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates