Jumaat, 21 Oktober 2011

Harga Antara Harga

Karya Siti Nur Habibah
                                            

Sudah tiga hari aku bercuti, satu hari cuti kecemasan dan 2 hari lagi cuti rehat-rehat untuk menguruskan anak aku di hospital sungai buloh! Memang begitu menjadi seorang ayah untuk memberikan satu perhatian yang sangat khusus untuk anaknya, Anak kedua aku, Siti Nur Habibah di sahkan oleh Doktor positif denggi, memang degup jantung aku bagaikan apa ya, entah lah tak tahu nak cakap apa, ketika tulisan ini ditulis badan anak aku masih lagi kepanasan dan keseleraan makannya masih lagi tidak berganjak seperti dimasukkan ke hospital sejak 3 hari lepas.

                                              Foto cuplikan dari blog Aksaravilla

Mengikut diari harian aku, sepatut aku diwajibkan di dalam diri untuk menonton sebuah teater yang diadaptasikan dari novel harga sebuah maruah, karya hebat Arwah Azizi Hj Abdullah Di Dewan Bahasa dan Pustaka akhirnya aku terpaksa ketepikan minat aku. Disini aku tempiaskan seberapa kepentingan novel tersebut.

" Rakyat itu selalu diam, Tapi ia pencatat tidak pernah lupa, 
Rakyat itu seperti naga, 
Melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri 
 Pancainderanya tajam 
Kuat intuisinya dengan akal budi 
Lalu jangan sekali-kali melukakannya 
Jangan melukakannya berkali-kali 
Kerana sekali ia bangkit 
Rosaklah segala apa-apa. 
Ini kisah perjuangan rakyat kerdil di sebuah perkampungan terpencil, menukur harga diri dan hidup mati bukan dengan harta benda dan wang. 
Mereka punya semangat, punya roh kehidupan yang perlu dipertahankan, air mata dan darah menjadi taruhan demi sebidang tanah warisan nenek moyang. 
Terdayakah mereka menentang akta dan undang-undang yang mewakili arus pembangunan, sedangkan hidup bukan semusim sahaja, tetapi untuk selama-lama?
Harga Sebuah Maruah, mengusap rindu rasa dan kecintaan petani kepada tanah mereka, kerana tanah adalah segala-galanya." - Ini bukan aku punya.


Diantara harga sebuah nyawa dan harga sebuah maruah, aku terpaksa memilih yang pertama, harga sebuah nyawa, manakala harga sebuah maruah terpaksa aku korbankan, mungkin lain kali boleh menonton lagi. Siti Nur Habibah! Ayah sayang kamu, makan dan minum lah.



4 ulasan :

  1. Semoga tabah menghadapi ujian n semoga anak sempat sembuh. InsyaAlah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih denaihati. Hari ini sudah masih ke 10 demam.

    BalasPadam

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates