Khamis, 3 November 2011

Ini Bukan Cerpen!

Kerdipan-kerdipan lampu masih menghuni disisipan kota-kota konkrit itu bagaikan tidak mengubah apa erti sebuah pembangunan dan pemodenan,  malam itu juga bagaimana lumayan juga bila angin bertiup kencang, minda salleh masih menumpukan situasi menghantui diri siang tadi, bukannya dia dilanggar ataupun mengalami kecelakaan. Dari daerah yang berlainan masih juga berlawanan minda salleh, apa yang menjadi kemusykilan minda salleh adalah bagaimana empat mata salleh bertembung empat mata Ai Lin, hatinya berdebar-debar, salleh memandang dari  bawah ke hujung pucuk, barangkali pucuk itu terlalu muda untuk diterjemahkan sebagaimana Negara kita yang bebas merdeka. Salleh berpendapat Ai Lin anugerah oleh tuhan seseorang yang berbakat besar dalam arkitek. Hebat!
Pagi
“Maafkan saya saudara” Ai Lin terkejut bila bahu terlanggar sesuatu. Begitulah sikapnya, setiap kali sesuatu yang terjadi daripada tingkah laku, dia akan memohon maaf tidak kira sama ada siapa seseorang itu. Menikmati waktu santai di lanai presint 10, Lanai adalah tempat yang sesuai bagi sekeluarga berrehat di hujung minggu,  tiba-tiba blackberry yang diletakkan di atas meja makan bergetar seperti biasa dijawabnya dengan segera, dia terus bergegas meninggalkan wang, tanpa menoleh apa-apa dia terlanggar seseorang. Salleh!
Tengah Hari
Istirehat adalah sesuatu yang mengindahkan terutamanya jika memandang atau mengfoto, Salleh memang gemar mengfoto selain kerja hakiki kerja sebagai wartawan. Malam yang cerah bergemerlapan dengan kerdipan-kerdipan lampu neon setelah bingkas dari tidur, seperti biasa akan menjenguh kepalanya ke luar jendela untuk memandang keunikan bangunan  Putrajaya terutamanya Masjid Besi dari kuarter Presint 8A memandang serpihan bangunan tersebut walaupun dilindungi oleh beberapa bangunan di hadapannya, Fikir Salleh, siapa arkitek? Barangkali beberapa arkitek yang mengubah rekabentuknya,  menghirup udara segar dan termenung beberapa minit biasanya lima minit.
Petang
“Baru bangun?” satu suara yang terlandung terus mengetuk gegendang telinga salleh mengejutkan ketermenungannya terhadap keindahan Jambatan Sri Putra dan Masjid Besi. Begitu juga dengan lanskapnya begitu mengagumkan baginya. Siang nanti dia nekad dijiwan untuk mengfoto beberapa yang mengagumkan terutamanya taman warisan dan taman botani. Hafiz masih lagi memandang Salleh yang kelihatan sugul. “Apa lagi yang ditermenung tu, cepat mandi sekejap lagi kita ke Jambatan Putra untuk menikmati suasana malam di Putrajaya”
“Ya lah” bingkas Salleh mulut muncung rambut juga masih serabai.
Malam
Malam itu gerimis salju membasahkan sang bumi Putrajaya dan beberapa angin juga begitu lumayan untuk mengalun-alunkan kocakan di tasik Putrajaya,
“Dingin sekali disini ye, Fiz” Salleh cuba memulakan perbualan sambil memandang kocakan air tasik Putrajaya, di tangan kirinya sebatang rokok yang masih dinyalakan.
“Masakan tidak dingin, bumi ini baru saja dibasahi oleh rintikan anak-anak keairan” ujar Hafiz tersenyum.
Malam terus hilang dari kenakalan oleh watak Salleh dan Hafiz, begitu juga dengan Ai Lin.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates